17.MENCARI PEJUANG
BERITA kejayaan pihak polis membongkar rahsia pangkalan rahsia yang di jadikan pusat penyimpanan barangan seludup dan haiwan liar terlindung di salah sebuah pulau dekat area X cukup menggemparkan di berita dan dada-dada akhbar utama.
Seorang individu di kenali sebagai Mr Chen yang di dakwa sebagai dalang kegiatan tersebut sedang di cari oleh pihak berkuasa walaupun di percayai nama itu kemungkinan besar adalah nama samaran sahaja.
"Boleh jadi Mr Chen yang di maksudkan tu ialah tauke Boon sendiri. Beliau tahu kalau kegiatan salah beliau di pulau tersebut akan terbongkar suatu ketika nanti, pasti padah alamatnya"kata Herrizal ketika dia, Johari dan Kugaressan melepak di sebuah warung.
"Tapi hairan betul lah bro...pihak polis masih gagal tangkap mereka. Padahal mereka dah berjaya tawan pangkalan pulau tu"kata Kugaressan.
"Itulah...kita pun tak tahu entah-entah ada ceruk ruang tersembunyi kat pulau tu yang pihak polis gagal kesan"kata Johari pula memberi pandangan.
"Hei Joe...boleh jadi betul juga cakap kau tu. Siapa tahu kan.."Kugaressan bersetuju.
Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba pintu kaca sebuah kedai pasaraya yang terletak berhampiran warung di tengah pekan itu pecah berkecai. Sebuah kerusi terlempar keluar sebelum di susuli suara jeritan pelanggan kedai tersebut yang di lihat berlari keluar.
"Eh kenapa pulak tu?!"soal Herrizal.
Johari dan Kugaressan pantas bangun dari kerusi.
Cepat-cepat mereka bayar harga minuman yang di pesan lalu berlari ke kedai pasaraya terbabit.
Rupanya beberapa orang penyamun sedang menyamun tuan punya kedai. Mereka mengacukan pisau dan mengarahkan tuan pemilik kedai menyerahkan semua wang yang berada dalam mesin cash.
Tuan kedai kelihatan terketar-ketar sambil membuka mesin cash. Salah seorang penyamun menyambar semua wang yang ada lalu di masuk ke dalam saku jaketnya.
Tak bertangguh Herrizal,Kugaressan dan Johari meluru masuk dan membelasah para penyamun berjumlah sekitar enam tujuh orang itu.
"Bangsat!''
Dua orang penyamun terhumban ke rak barangan di layang tendangan pantas oleh Herrizal. Berterabur tin-tin dan pek makanan ke lantai.
Kugaressan menepis tumbukkan yang di hantar kepadanya sebelum di benamnya penumbuk tepat ke muka si penyerang.
"Arghhhhhh"
Penyamun itu menekup wajahnya sambil tertunduk-tunduk. Pantas Kugaressan menerkam sehingga lawannya itu terjerembap ke lantai sebelum dia duduk di atas belakang tubuh dan menghempas wajah si penyamun itu ke lantai.
Johari pula telah di kunci kedua tangannya dari belakang oleh seorang penyamun yang bertubuh besar. Tapi dia pun tidak kurang liciknya. Satu tendangan songket di lepaskan bawah kangkangan lawannya.
"Ughhhhh"
Si penyamun terpaksa melepaskan tangan yang mengunci lengan Johari lalu menekup perut yang senak. Pantas Johari benam penyikunya di belakang lawan.
Terbaring lawannya.
Kesudahannya ialah kesemua penyamun itu berjaya di tumbangkan lalu di ikat. Wang berkepuk yang di samun oleh mereka di pulangkan kembali kepada tuan punya kedai pasaraya.
Polis pun di hubungi.
"Oh terima kasih banyak-banyak. Nasib baik lah kamu bertiga datang. Kalau tidak,berputih matalah gamaknya saya melihat semua wang keuntungan kena sapu macam tu je dengan mereka"ucap tuan punya kedai pasaraya.
"Sama-sama. Kat kawasan ni selalu ke berlaku kejadian samun Encik?"tanya Herrizal.
"Agak kerap jugak. Kita orang yang berniaga ni pun dah naik bimbang di buatnya. Pelabuhan Helang dah makin teruk dari hari ke hari. Kumpulan-kumpulan samseng dan samun membiak-biak. Aih...tak tahulah nak buat macam mana lagi"kata tuan punya kedai itu sambil geleng kepala.
Tak lama kemudian polis pun tiba. Penyamun-penyamun tadi pun di gari dan di bawa pergi semuanya.
Sehari kemudian Herrizal,Johari dan Kugaressan pergi memantau di beberapa buah kawasan perniagaan kedai. Berlaku beberapa kejadian samun lagi. Namun kali ini telah muncul beberapa orang individu yang berani. Mereka mungkin orang persendirian yang berasa kesal melihat kejahatan samseng terlalu berleluasa hingga tidak terbendung oleh pihak berkuasa. Maka mereka tiada pilihan lain selain bangkit sendiri untuk mengubah keadaan buruk itu.
"Arghhhhhh"
Seorang mamat punk di hempaskan mukanya ke dinding kedai.
"Haa ni hari tuan hamba datang nak paw kedai ni pulak ya? haa rasakan cukup-cukup. Kalau dekat kedai lain, tuan hamba sekalian bolehlah nak tunjuk samseng. Ini kedai bonda hamba kalau mari juga memang saja cari nahas lah"kata seorang pemuda berambut panjang hingga ke dada dan memakai tanjak di kepala.
Dia menunjukkan kehandalannya bersilat dengan membelasah budak-budak punk itu di luar kedai runcit kepunyaan ibunya. Ramai juga orang berkerumun melihat termasuk Herrizal,Johari dan Kugaressan.
Dua orang mamat punk berambut trojan menyerbu dengan papan kayu. Pemuda bertanjak itu terlalu cekap mengelak dan melompat balik kuang sebelum akhirnya dua orang mamat punk itu yang mendapat padah di ganyang hingga berdarah hidung dan patah gusi.
"Hah pergi berambus! kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga. Pergi khabarkan kepada ketua tuan hamba. Suruh dia pula turun ke sini..biar hamba gunting rambut kuda dia"kata pemuda bertanjak itu.
Lari tak cukup tanah budak-budak punk itu. Orang ramai bertepuk tangan dek terhibur melihat aksi pemuda silat itu.
"Terima kasih...terima kasih..ah marilah tuan hamba semua singgah-singgah ke kedai runcit bonda hamba ni. Beli-beli barang sikit"pelawanya. Orangnya muda lagi tapi misainya tebal.
Herrizal,Kugaressan dan Johari menyapa dan bersalaman dengan pemuda itu. Ammar namanya. Dia sebaya dengan Johari. Orangnya cukup peramah dan sopan santun. Malah Ammar lebih gemar berbahasa seperti pendekar melayu di zaman silam.
Apabila Herrizal,Johari dan Kugaressan memberitahu perancangan mereka untuk menubuhkan sebuah kumpulan baik untuk membanteras kumpulan-kumpulan samseng jalanan serta melindungi orang ramai dan para peniaga,Ammar terus jadi berminat.
Dia terus mempelawa tetamu-tetamu nya itu masuk ke dalam kedai. Ada ruang berehat di suatu sudut dalam kedai. Herrizal,Johari dan Kugaressan duduk di sofa.
Seorang wanita dalam usia lewat empat puluhan muncul dari belakang kedai sambil menatang sebiji dulang berisi teko dan cawan-cawan lalu di letak atas meja kecil. Orangnya berkebaya.
"Aha ini ibunda hamba,Kamsiah namanya. Panggil Mak Siah saja pun boleh"kata Ammar.
"Apa khabar makcik?"sapa tiga pemuda itu.
"Khabar baik..."balas Mak Siah sambil menguntum senyuman kepada tiga orang tamu itu sambil duduk bersimpuh menuangkan air teh ke dalam setiap cawan.
"Eh jemputlah minum ya"kata Mak Siah.
"Terima kasih makcik"
Ibu Ammar itu pun bangun dan berlalu pergi melayan pelanggan yang datang ke kedai.
"Eh bagus sekali cadangan tuan-tuan hamba tu. Dah lama hamba terfikirkan nak buat perkara yang sama tapi tak kesampaian kerana bukan senang nak cari ahlinya. Nanti kalau jadi,jangan lupa pelawa hamba"kata Ammar.
Nombor telefon rumahnya pun turut di beri agar pemuda-pemuda itu dapat menghubunginya nanti.
"InsyaAllah Mar...buat masa ni kami nak cari dan kumpulkan ahli seramai yang boleh dulu. Kalau jadi nanti kami hubungi kau"
"Baiklah...mudah-mudahan berjayalah perancangan ni. Hamba pun dah tak sabar nak ganyang samseng-samseng kat luar sana tu"kata Ammar.
"Fuh..aku waktu tengok kau bersilat tadi..mati-mati ingatkan Hang Tuah yang ghaib di zaman kesultanan melayu Melaka tu dah tersesat muncul ke zaman kita ni Mar..''kata Johari.
Pecah mereka berempat ketawa.
Misi pencarian ahli pun di teruskan. Dalam masa yang singkat mereka telah di pertemukan dengan beberapa orang lagi pemuda yang mahir berlawan dan bergerak secara persendirian menentang samseng-samseng yang membikin onar di Pelabuhan Helang.
Petang itu telah berlaku kekecohan di sebuah restoran. Sekumpulan samseng yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai geng Berlian datang meminta wang perlindungan dari tauke kedai dan mulai berkasar.
Meng Li,seorang pemuda cina yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di sebelah restoran itu telah bertindak berani dengan melawan samseng-samseng Berlian itu.
Walaupun beberapa orang dari ahli kumpulan itu berjaya di tewaskannya, namun nasib Meng Li tak berapa baik kerana beliau sendirian sahaja hendak menghadapi sembilan orang lawan.
Mujur Herrizal,Kugaressan dan Johari kebetulan lalu di depan restoran itu dan melihat orang ramai berkerumun sedang menyaksikan pertempuran tersebut. Pantas mereka membantu Meng Li. Dalam beberapa minit kemudian ahli geng Berlian telah berjaya di tumpaskan. Ada yang pengsan. Ada yang sempat melarikan diri.
Meng Li di pelawa untuk menyertai mereka dalam usaha membentuk kumpulan baru yang bakal memberi amcaman kepada samseng-samseng jahat.
Pemuda cina bercermin mata itu langsung bersetuju dan cukup bersemangat malah tak sabar-sabar mahu lihat kumpulan baru ini di wujudkan.
Herrizal,Kugaressan dan Johari pergi meninjau ke pasar utama Pelabuhan Helang di mana dahulunya pernah menjadi tempat buat mereka berniaga ketam, udang dan ikan bersama arwah Pak Sargo.
Di sana mereka di sapa oleh seorang rakan peniaga mereka iaitu Sapik. Pemuda orang asli itu memberitahu semenjak Ketiadaan Pak Sargo dan dua pemuda itu berniaga di situ,pasar utama sering di ganggu oleh samseng-samseng dari Pekan Cina.
"Apa? Kumpulan Tian Long?"
"Siapa lagi kalau bukan budak-budak Boon Chai. Sejak Pak Sargo dan kau orang dah tak meniaga kat pasar ni,mereka naik tocang betul. Ramai peniaga kat sini kena belasah. Ada yang pindah berniaga kat tempat lain. Sekarang ni mereka ugut setiap peniaga agar bayar wang perlindungan setiap minggu. Cuma aku dan beberapa orang peniaga saja yang bangkang dan lawan. Kami bertarung dengan samseng-samseng cina tu. Tapi masalahnya mereka ramai"ujar Sapik.
"Kau tak perlu risau dan takut lagi Sapik"kata Herrizal sambil tepuk-tepuk bahu rakannya itu.
"Apa maksud kau?"tanya Sapik.
Mereka pun memberitahu Sapik tentang rancangan untuk menubuhkan kumpulan baru bertujuan membanteras kumpulan-kumpulan samseng di Pelabuhan Helang.
Berita itu cukup menggembirakan Sapik. Berkobar-kobar semangat pemuda orang asli itu. Tanpa banyak bersoal terus di persetujuinya untuk menyertai kumpulan itu.
Misi mencari pejuang-pejuang baru terus galak di usahakan oleh mereka. Hari demi hari semakin ramai yang menyertai. Dapatkah wajah Pelabuhan Helang yang telah di cemari anasir jenayah dan kejahatan ini di ubah di kemudian hari nanti?
BERSAMBUNG....
Share this novel