43.TOUR JAGUH TOMOI
Motor besar yang di naiki oleh Mobin berhenti di suatu ceruk dekat jeti kapal Pelabuhan Helang. Dia ke situ hanya sekadar untuk ambil angin dan menenangkan jiwa sambil menikmati kebiruan laut dan kapal-kapal yang berlabuh.
Mobin tidak pernah tahu di antara banyak-banyak kapal besar yang ada di pelabuhan itu,ada sebuah kapal persiaran mewah raksasa milik salah seorang sahabat lamanya yang telah bertahun tidak di temuinya.
Sehinggalah seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang edar kertas iklan dan menampal poster sesuatu acara di lihat begitu sibuk menjalankan tugasnya di sekitar titian jeti tersebut.
Ketika lelaki itu telah jauh pergi, Mobin turun seketika dari motornya dan pergi melihat kertas iklan dan poster acara yang di tampal dekat tembok jeti.
"MUAY THAI MASTER 'MOKHTAR SAIDON' ROAD TOUR FIGHT TONIGHT.
VENUE: BRA HOOKER CLUB,Jalan Lantern.
TIME: 9PM.
TICKET:$10
Demikian apa yang tertera pada kertas iklan tersebut.
"Hahahaha...sahabat lama. Jumpa kau malam nanti"kata Mobin. Dia pun beredar pergi dengan motor besarnya.
Malam itu bertempat di Bra Hooker Club,sebuah acara tinju tomoi yang juga pertunjukkan tour jalanan khas Mokhtar Saidon telah di anjurkan.
Kelab itu sesak dengan pengunjung yang datang seawal petang tadi lagi bagi menyaksikan seorang master tinju Muay Thai bertaraf antarabangsa yang di geruni di pentas dunia beraksi di kelab terbabit.
Mobin adalah di antara salah seorang pengunjung yang hadir awal. Sementara menunggu bermulanya acara tersebut,dia mengisi masa dengan melepak di bar kelab dan memesan makan minum atau bermain snooker.
Tepat jam sembilan,pembukaan acara di mulai dengan perlawanan di antara dua orang peninju tomoi muda yang mewakili generasi baru, namun kurang di kenali.
Kedua-duanya agak sama hebat menunjukkan kehandalan masing-masing. Gelanggang di adakan di ruang luas dalam kelab. Lampu spotlight mewah menerangi arena pertempuran.
Para pengunjung dan penonton berkerumun di tepian gelanggang. Tak lama kemudian tamatlah acara perlawanan pembukaan itu.
Masa yang di tunggu-tunggu pun tiba. Seorang lelaki negro bertubuh tegap dan berambut dreadlock masuk ke gelanggang. Beliau di kenali dengan nama Jack Smith, seorang peninju tomoi yang berasal dari Amerika dan bakal menjadi saingan kepada Mokhtar pada malam ini.
Apabila pengacara mengumumkan nama Mokhtar Saidon dan mempersilakan beliau masuk ke gelanggang, serta-merta para penonton bersorak dan bertepuk tangan dengan kuat. Gamat dan riuh-rendah suasana di dalam kelab Bra Hooker.
Mokhtar muncul sambil di iringi wanita-wanita seksi berbikini. Beliau mengenakan jubah tarung yang mewah berkilauan. Di lehernya penuh dengan rantai-rantai emas berkilauan.
Tepukkan begitu gamat. Mobin yang duduk di suatu meja bar turut bangun bertepuk tangan. Dia tersenyum dan mengangguk-angguk. Tak sabar dia mahu menemui sahabat lamanya itu selepas tamat acara nanti.
Mokhtar pun melucutkan jubah tarungnya. Dia memakai seluar tomoi warna putih yang sedikit sendat. Tangannya bersarung dengan glove khas untuk sukan tomoi.
Apabila loceng perlawanan di mulai. Lawan kepada Mokhtar iaitu Jack Smith telah lebih pantas menghujaninya dengan tumbukkan dan libasan tendangan padu,namun di tepis atau di elak mudah saja oleh Mokhtar.
Hal itu berlanjutan agak lama. Nampaknya Mokhtar sengaja memberi peluang kepada lawannya untuk membuat lebih banyak serangan. Mungkin juga dia mahu Jack Smith letih lebih awal kerana telah banyak mensia-siakan tenaganya sedangkan Mokhtar yang bijak menggunakan pendekatan bertahan tetap tidak berjaya juga di lelahkannya.
John Smith mulai tampak lelah setelah setengah jam menyerang tanpa sebarang hasil. Pada ketika itulah Mokhtar mulai menyerang dengan tinju dan tendangan libas yang bertalu-talu.
Walaupun mampu menepis dan bertahan, namun John Smith telah banyak kehilangan stamina. Akibatnya rembatan kencang Mokhtar berkali-kali hinggap ke wajahnya.
Darah meleleh dari hidung John Smith. Matanya layu. Dalam satu sergahan sambil melompat dan melibas tendangan,Mokhtar telah berjaya menumbangkan lawannya yang berambut dreadlock itu.
John Smith terbaring dan tidak terdaya untuk bangun lagi. Loceng di bunyikan tanda kemenangan berpihak kepada Mokhtar. Penonton bersorak teruja dan bertepuk tangan.
Acara semakin menarik apabila Mokhtar membuka peluang kepada mana-mana penonton atau pengunjung untuk berlawan dengannya. Dia tidak kisah apa pun seni persilatan yang akan di gunakan oleh pihak lawan.
Nampaknya tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran. Sehinggalah seorang lelaki yang tegap sasa berseluar camo tentera dan berkasut but muncul di gelanggang.
Dia menyarung topeng kepala ala militia yang hanya menampakkan kedua matanya sahaja. Rantai askar tergantung di lehernya.
Mokhtar tersengih dan mempersilakan lawannya ke gelanggang.
Suasana dalam Kelab Bra Hooker riuh-rendah dengan suara sorakkan para pengunjung. Masing-masing teruja ingin melihat bagaimana seorang jaguh tomoi peringkat dunia seperti Mokhtar Saidon bakal menghabisi lawannya yang menggunakan seni tarung yang berbeza.
Lelaki tegap tidak berbaju dan hanya berseluar camo tentera serta but tinggi askar dan bertopeng kepala balaclava itu hanya mahu di kenali sebagai Ninja Militia.
Mokhtar bersikap tenang sahaja. Namun dia tidak juga berani memandang remeh lawannya. Melalui pengamatannya, dia dapat rasakan lelaki askar itu berkemungkinan adalah seorang anggota komando yang kuat dan gagah serta punya banyak pengalaman azab di hutan belantara.
Loceng mula perlawanan pun di bunyikan. Ninja Militia banyak mengitari di sekeliling Mokhtar dan cuba mencari mana-mana bahagian yang berpotensi untuk di serang dan mampu melemahkan lawannya.
            Â
Agak lama juga mereka saling mengitari antara satu sama lain sehinggalah Ninja Militia itu berasa bosan lalu membuat serangan cubaan.
Dia melompat tinggi lalu menghunus tumbukkan padu. Mokhtar menepis sebelum memusingkan tubuh dan melibas tendangan kaki ke udara.
Akibatnya ninja militia itu menerima padah. Libasan tendangan Mokhtar hinggap di belakang tubuhnya.
Dia terhumban jatuh ke lantai.
Penonton bertepuk dan bersorak kagum. Mokhtar kelihatan tenang dan tersenyum dengan misai lebatnya.
Ninja militia yang terbaring itu melompat bangun dengan kedua kakinya dan berdiri semula. Kemudian dia menyerang Mokhtar dengan tumbukkan demi tumbukkan dan tendangan yang amat kuat dan pantas.
Agak kelam-kabut juga Mokhtar menepis dan membalas serangan itu dengan pelbagai teknik tinju dan tendang tomoi. Sesekali dia termakan juga dengan satu dua serangan. Begitu juga dengan ninja militia. Sepak terajang Mokhtar menyinggah juga ke tubuhnya beberapa kali.
Entah bagaimana ninja militia telah berjaya merebut satu peluang dengan pantas dia berjaya mengunci di bawah leher Mokhtar dari belakang dengan menggunakan lengannya yang sasa itu.
Riuh-rendah suasana di buatnya.
Mokhtar kelihatan lemas di belit lengan lawannya.
"Ughhhhh!"
Tiba-tiba ninja militia berbisik ke telinga Mokhtar yang sedang di kuncinya itu.
"Kalau ikutkan situasi sebenar di medan perang,pisau belati tajam dah aku kelar ke leher kau Mokhtar. Sudahlah...cepat kau siku ke perut aku balik. Aku akan berpura-pura tewas. Aku datang ke sini bukan nak berlawan dengan kau sahabat"
"Apa?! apa kau cakapkan ni?"kata Mokhtar.
"Cepat siku ke perut aku dulu"kata ninja militia.
Mokhtar pun menyiku ke perut lawan yang sedang mengunci lehernya. Ninja militia pun menekup perut sebelum pura-pura terhumban berguling-guling ke lantai.
Para pengunjung bersorak kagum dan bertepuk tangan. Ninja militia pun mencabut topeng kepala yang di pakainya sebelum memberi tanda hormat kepada Mokhtar.
"Mobin? kau rupanya?! Hahahaha bertuah betul terkena aku malam ni"kata Mokhtar ketawa besar sebelum dia berpelukkan seketika dengan Mobin.
"Hahahaha inilah gurauan sahabat yang dah lama tak jumpa"kata Mobin.
Mokhtar menyuruh pengadil membatalkan perlawanan tersebut dan memperkenalkan Mobin iaitu sahabat lamanya kepada semua pengunjung kelab.
Lepas tamat acara di kelab Bra Hooker, Mokhtar telah mengajak Mobin ke suatu tempat menaiki kereta limosin mewahnya. Mereka sempat berbual di sepanjang perjalanan itu.
"Kau tahu Mokhtar...Mahmud,Jongos dan Salar dah mati. Aku terkejut besar bila dapat tahu semua ni. Dulu kita sama-sama berlima. Sekarang tinggal kau sama aku saja. Aku dapat tahu mereka mati di bunuh"kata Mobin.
"Aku dah tahu semua tu lebih awal. Tauke Boon Chai sendiri yang ingatkan aku agar berhati-hati"kata Mokhtar.
"Berhati-hati?ai..lain macam saja bunyinya Mokhtar. Apa sebenarnya yang berlaku?"soal Mobin.
"Kau pasti akan terkejut lepas dapat tahu nanti. Tauke Boon Chai akan sampaikan sendiri pada kau bila kita tiba kat tempatnya lepas ni"
Kereta limosin mewah itu membelah jalan di kota Pelabuhan Helang. Mereka pergi ke terowong rahsia persembunyian tauke Boon Chai.
Dalam pub mewah bawah tanah itu, Mobin, Mokhtar dan Tauke Boon Chai duduk di sofa santai bersama sambil minum-minum dan di layan oleh wanita-wanita seksi.
Lebih dahsyat lagi ialah, sekumpulan drag queen 'jelita' dan bertubuh tegap sedang menari-nari di pentas dengan memakai pakaian wanita yang memberahikan. Mereka tak lain tak bukan ialah ahli kumpulan skuad Helang Besi.
Rupanya para kelasi kapal yang juga anak buah kepada Kapten Salar itu mempunyai orientasi seksual yang agak menyimpang. Mereka agak gagah bila berlawan dengan musuh,namun apabila tiba malam hari,mereka akan berkumpul di kelab privasi dan 'bertukar' menjadi 'wanita-wanita' jelita.
"Hahahaha dahsyat betul kelab tauke ni"kata Mobin ketawa besar melihat persembahan tarian lelaki-lelaki kelasi kapal macho berwajah cantik jelita dan tergedik-gedik di atas pentas itu.
"Hahahaha..hei Mobin...itu sebab Mokhtar suka berkunjung ke pub ni. Dia suka cari kelainan seks"kata tauke Boon Chai.
"Hahahaha.."Mokhtar ketawa berdekah-dekah.
BERSAMBUNG....
Share this novel