9.MAHMUD
SETELAH di belasah ketika datang ke kawasan perumahan setinggan itu,tiga orang buruh yang juga ahli kumpulan Tukul dan Paku tadi terus pulang ke pejabat syarikat binaan dan melaporkan hal tersebut kepada Mahmud.
PAKK!
Mahmud tumbuk di atas meja yang sedang di duduki dalam bilik ofisnya.
"Siapa dia dua pemuda yang berani cari nahas sama kumpulan kita tu?! macam mana kalian yang bertiga ni pun boleh di kalahkan oleh mereka hah!?"tengkingnya dengan nada tinggi.
"Maaf bos...tapi budak dua orang tu memang hebat berlawan. Mereka jugak yang menceroboh kawasan tapak binaan kita tempoh hari"kata salah seorang buruh.
"Rasanya dia ada tak puas hati dengan bos kot. Sebelum kami nak blah, dia cakap kirim salam kat bos. Nanti dia nak datang cari bos"kata buruh yang sorang lagi.
Meluap-luap kemarahan Mahmud. Bilik berhawa dingin itu pun boleh terasa seperti panas membahang jadinya.
"Ah! tak perlu tunggu dia datang cari aku. Sekarang jugak aku nak kau orang kumpulkan budak-budak kita dan pergi ke setinggan tu dan cari dua orang tu sampai dapat dan bawak dia hidup-hidup kemari!"arah Mahmud.
"Nak cari kat mana bos? dia bukan tinggal kat kawasan setinggan tu. Orang luar agaknya"
Mahmud bangun dari kerusi dan berjalan ke hulu ke hilir dalam bilik ofis syarikat binaan tersebut. Asap rokok berkepul-kepul di hembus keluar dari mulutnya. Ligat otaknya mencari akal bagaimana untuk memburu Herrizal dan Johari.
Dalam kebuntuan itu,seorang buruh melangkah masuk ke bilik tersebut.
"Bos...tauke Boon datang nak jumpa bos"
"Hm baiklah..panggil tauke masuk"
"Macam mana dengan budak dua orang yang cari pasal dengan kita tu bos?"tanya tiga orang pekerja buruh yang sedang berdiri di hadapan meja Mahmud.
"Ah itu kita bincang nanti. Bersurai dulu"
"Baik bos"
Tiga orang pekerja buruh itu pun beredar sebelum tauke Boon Chai si cina gemuk itu pula masuk ke ofis Mahmud sambil di temani oleh seorang amoi cina muda yang seksi.
"Hello Mahmud...wahh apa pasal you nampak macam orang ada masalah saja?"kata Boon Chai.
"Ah tak ada apa-apa lah tauke. Biasalah...masalah kerja sikit"
"Sudah...sudah..jangan stress-stress Mahmud. Tengok gua bawa Wendy untuk you. Wahh sudah lama gua tarak mari pun Mahmud banyak sombong..terima kasih pun tak mau ucap sama gua"kata Boon Chai.
"Hahahaha tauke ni macam-macam lah. Mana ada sombong ni tauke"balas Mahmud sambil memimpin tauke cina gemuk itu duduk di bangku hadapan meja nya.
Kemudian Mahmud menatap wajah jelita Wendy si amoi cina di hadapannya. Skirt kontot ketat celah peha dengan batang kakinya cukup gebu menciut seksinya.
"Please have a sit Wendy"kata Mahmud.
Wendy tersenyum mengenyit mata kepada Mahmud sebelum melabuhkan punggung di atas permukaan sofa hitam berkilat dalam ofis tersebut. Terliur Mahmud melihatkan keseksian Wendy. Amoi itu duduk bersilang kaki kanan di atas peha kiri. Berdecing-decing sandal ranggi tumit tinggi wanita itu. Dalam kepala sudah terbayang katil besar dan bantal empuk. Tak sabar mahu di habisinya wanita itu cukup-cukup nanti.
Mahmud memang cukup senang dengan tauke Boon. Walaupun jarang-jarang cina gemuk itu bertandang ke opis syarikat binaannya, namun setiap kali datang pasti di bawanya amoi-amoi cina lawa,muda dan menggiurkan sebagai hadiah teman tidur buat Mahmud.
"Hehe..Mahmud jangan cakap you sudah tak sabar mau tidur sekatil dengan Wendy.."
Berdekah-dekah Mahmud dan tauke itu ketawa. Wendy pun tertawa sama.
"Hm baiklah. Kita lupakan dulu pasal amoi dan katil. Oh ya..tauke datang ni macam ada hal penting je ni"kata Mahmud.
Boon Chai membakar sebatang curut dan membetul-betulkan duduknya.
"Macam ni Mud...i ada rasa tak sedap hati sikit pasal kematian Salar"kata tauke Boon Chai.
Mahmud berkerut dahi kurang mengerti.
"Maksud tauke?"
Cina gemuk itu menatap wajah Mahmud dalam-dalam.
"Entahlah...i cuma syak kematian Salar ada kaitan dengan kematian Pak Sargo"
"Haa? jauh sangat kaitannya tu tauke"
"Tapi you kena ingat Mud..siapa yang bertanggungjawab bakar rumah Pak Sargo kalau bukan skuad Helang Besi pimpinan Salar. Gua sendiri yang deal sama Salar. So i rasa boleh jadi ada saksi yang melihat sewaktu kejadian rumah Pak Sargo di ceroboh oleh Skuad Helang Besi"ujar Boon Chai sambil asap curut berkepul-kepul di hembus keluar dari mulutnya.
Mahmud menyandar di kerusi sambil ligat memikirkan kata-kata Boon Chai. Agak masuk akal juga dakwaan tersebut.
"Hm memang boleh jadi jugak tu tauke"
"Ada lagi satu perkara Mud.."kata Boon dengan wajah serius.
"Perkara apa tauke?"
"Pak Sargo ada dua orang anak lelaki yang handal berlawan macam dia jugak. Dalam kejadian kebakaran tu cuma Pak Sargo yang terkorban..anak dia yang dua orang tu terselamat kerana mereka tiada di rumah. Sekarang i dah mula terfikir...adakah Salar sebenarnya mati kerana balas dendam oleh anak-anak Pak Sargo?"
Mahmud termenung panjang. soalnya bagaimana hal tersebut dapat di buktikan? Tiada siapa pun yang mengenali anak-anak Pak Sargo. Mahmud bukan kenal rapat dengan Pak Sargo. Cerita kehandalan orang tua itu berlawan saja yang sering meniti di bibir ramai orang sejak sekian lama lagi.
"Hey Mud...Salar pernah bagitahu gua suatu perkara. Ini cerita lama sewaktu dia sama you masih dalam kumpulan samseng sekitar lewat 70an dulu. Katanya Pak Sargo pernah belasah ahli kumpulan you orang sewaktu dekat jeti. You mesti ingat itu cerita kan?"
Mahmud tersentak.
"Oh ya..ya..waktu tu kita orang kejar dua orang budak sampai dekat jeti. Ah dah lama sangat cerita tu tauke"
"Hei Mud..gua tahu itu cerita. Salar sudah cerita kat i semuanya. You orang mahu bunuh itu dua orang budak sebab dia sudah nampak ahli kumpulan you rogol dia punya ibu sama kakak kan?"kata tauke Boon Chai tersengih.
Mahmud terdiam sahaja. Malas dia mahu mengingati segala macam kerja jenayah yang pernah di lakukannya dahulu. Sudah berpuluh tahun dia bergelumang dengan pelbagai kerja kotor. Malah sudah sebati dengan dirinya.
"Apa yang penting sangat dengan kisah tu tauke?"
"Mahmud oh Mahmud...you lagi tak sedar sesuatu ke? Pak Sargo lah yang pelihara itu dua orang budak tau tak? sekarang mereka sudah dewasa. Pak Sargo sudah ajar mereka ilmu berlawan. Gua punya samseng ramai-ramai pun kalah di tangan anak-anak Pak Sargo dekat pasar utama. Sebab itu lah gua pakat sama Salar mau kasi nyah Pak Sargo sama itu dua orang pemuda. Tapi sayang dia punya anak-anak masih hidup lagi. Gua punya samseng pun tarak berani sama itu dua orang budak. Hei Mud...sebab tu i mari sini jumpa you. Mau kasi you ingat suatu perkara. Mau kasi you buka mata luas-luas. Gua percaya Salar mati kerana di bunuh oleh dua orang anak Pak Sargo. You jangan lupa Mahmud...selain Salar, you juga ahli kumpulan samseng yang terlibat dalam jenayah rogol dan bunuh famili mereka. Sekarang mereka pasti datang,cari dan balas setiap dari you orang. I bukan datang nak takut-takutkan you. Tapi saya percaya semua ini adalah satu pembalasan dendam. Kalau Salar sudah terima balasan, lambat-laun giliran you pasti akan tiba"ujar tauke Boon Chai panjang lebar.
Entah kenapa jantung Mahmud berasa berdebar-debar dan hatinya tidak tenteram. Dalam pada masa yang sama juga telah muncul dua orang yang begitu berani mencari pasal dengan membelasah ahli kumpulan Tukul dan Paku serta memberi akan datang mencari Mahmud.
Fikiran Mahmud melayang seketika ke waktu silam di saat dia dan beberapa orang lagi merogol serta membunuh Puan Senah dan anak perempuannya di kedai menjual alatan memancing yang terletak di jeti pelabuhan sekitar penghujung tahun 70an.
Andai benarlah dua orang anak lelaki Senah yang kini telah dewasa,kembali untuk menuntut bela dan membalas dendam di atas kezaliman yang menimpa ibu dan kakak mereka,itu ertinya Mahmud kini dalam bahaya.
Boleh jadi apa yang di percayai oleh tauke Boon Chai tentang perancangan membalas dendam oleh anak-anak Senah memang ada kebenarannya. Mahmud juga kuat mempercayai hal tersebut walau sekuat manapun keegoaannya cuba menafikan.
_____________
BEBERAPA hari kemudian bertempat di terminal keretapi bawah tanah telah berlangsung pertarungan jalanan di antara Johari dengan seorang petarung lain bernama Rody Tiger.
Pertarungan itu di hadiri oleh sekitar lima puluh orang. Mr Rachman si lelaki kaya yang telah menaja Rody Tiger bukan sahaja telah bertaruh wang yang lumayan malah telah turut mempertaruhkan seorang wanita cantik dan seksi sebagai hadiah buat mana-mana petarung yang mampu menumbangkan Rody Tiger.
Tapi sayang seribu kali sayang. Ternyata Rody Tiger hanyalah seorang petarung yang hanya sukakan pujian dan berlagak-lagak. Kehebatannya hanya di acah-acah sahaja.
Akibatnya beliau terkapai-kapai saat dua kaki Johari terbang dan mengepit batang lehernya hingga dia terbaring kesakitan sebelum akhirnya terpaksa mengaku kalah.
Herrizal dan Mail Barong melonjak girang di atas kemenangan Johari. Wang sebanyak empat ribu jatuh ke tangan Johari.
              ******
Malam sudah terlalu larut saat kereta yang di naiki oleh Herrizal dan Johari tiba di hadapan sebuah deretan bangunan di pekan. Setepatnya di hadapan sebuah hotel bajet yang masih terang-benderang dengan lampu neon melambai.
"Hehe aku turun kat sini jelah bang. Nanti esok pandai-pandailah aku balik rumah sendiri"kata Johari.
"Haha okey bos no problem. Selamat 'pengantin baru'...kikiki"balas Herrizal mengusik dan tertawa kecil.
"Ah kau ni bang. Tunggulah nanti kalau Mr Rachman nak taja petarung baru dengan wanita yang lebih hot untuk kau menangi pula lepas ni. Pasti lumayan kan"balas Johari tersengih.
"Hahahaha"Herrizal tertawa geleng kepala.
Johari turun dari kereta bersama wanita seksi yang di menanginya lalu berjalan naik ke hotel. Herrizal melirik pandang saja melihat wanita itu melenggang lenggok sambil merangkul tubuh Johari. Punggungnya berbalut skirt ketat celah peha yang berkilat-kilat seksi nya. Batang kakinya menciut putih gebu. Berdetuk-detak sandal ranggi tumit tinggi nya bila berjalan.
"Fuh! untunglah kau Johari"
Kereta Herrizal meluncur pergi membelah malam di bandar Pelabuhan Helang yang kian larut namun masih terang bercahaya.
BERSAMBUNG...
Share this novel