45.AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS

Action Series 2816

45.AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS

JOHARI bergegas ke kedai menjual barangan memancing di jeti pelabuhan Helang setelah mendapat panggilan daripada Herrizal. Namun begitu abangnya tidak pula memberitahu hal sebenarnya.

Herrizal berlari ke arah Johari yang baru tiba di kawasan parkir kenderaan dengan menaiki motor RXZ yang baru di belinya sebulan lalu.

"Ai bang...ada hal apanya kau telefon suruh aku ke kedai?"tanya Johari sambil melucutkan topi keledar dari kepalanya.

Herrizal tersenyum.

"Joe...kalaulah emak kita muncul semula,apa reaksi kau ya?"

Berkerut dahi Johari dengan pertanyaan abangnya.

"Ai kenapa pelik sangat soalan kau ni bang?"

"Alah kau jawab ajalah"

"Soalnya di mana emak kita berada sekarang pun kita tak tahu bang. Dia pun entah-entah mungkin dah lupakan kita buat selamanya"balas Johari ketika dia dan abangnya berjalan menuju ke arah kedai mereka.

Ketika mereka hampir tiba, Puan Rebekah sedang berdiri tercegat kat pintu kedai menjual barangan memancing itu. Dia bercermin mata gelap dan memakai penutup mulut.

Johari tersenyum melambai saja kat wanita itu.

"Heheh bang...kan elok kalau Puan Rebekah saja jadi ibu kita"kata Johari.

Pada ketika itulah Puan Rebekah tiba-tiba membuka cermin mata gelap dan penutup mulutnya. Wajah Johari langsung berubah. Dia langsung tersentak. Seperti mana Herrizal,Johari juga tak mungkin lupa akan wajah wanita yang telah melahirkannya itu.

"Puan...tak...tak mungkinlah"

"Johari..."kata Senah dengan suara yang sebak. Air matanya berjuraian.

"Bang...aku..aku tak percaya..."

"Joe...mak dah lama cuba nak rapat dengan kita. Dia terpaksa menyamar jadi Puan Rebekah kerana bimbang kita enggan menerimanya kembali"

Mata Johari berkaca-kaca sambil menatap ke wajah ibunya. Bibirnya bergerak-gerak. Lama dia tercegat begitu sahaja. Tidak pula dia menerpa mahu memeluk wanita itu.

"Tapi kenapa baru sekarang mak?...kenapa tidak belasan tahun lalu lagi?"kata Johari. Nada suaranya sayu. Air matanya tidak mampu di bendung dari turun ke pipi.

"Mak tak pernah lupakan kalian. Nah..tengok foto-foto ni..."kata Senah tersekat-sekat dek sebak dan hibanya perasaan yang di tanggung ketika itu sambil membuka beg tangannya. Beberapa keping foto lama di tahun 80 an dahulu pun di sua ke tangan anak-anaknya.

Johari dan Herrizal menatap setiap gambar. Ianya adalah foto zaman kanak-kanak mereka sewaktu di pelihara oleh Pak Sargo di Pulau Tulus.

"Jadi rupanya selama ni mak tahu lah kami tinggal dengan Pak Sargo di Pulau Tulus ya?"

"Setiap tahun mak ikuti perkembangan dan melihat kalian membesar melalui foto-foto ni. Cuma sahaja mak tak dapat nak dekati kalian.."kata Senah sebelum menekup wajahnya kerana terlalu sebak.

Herrizal mengusap dan menggosok di belakang tubuh ibunya. Dia cuba menenangkan perasaan wanita itu.

"Kenapa begitu pulak mak? kami mati-mati menyangka mak dah meninggal dunia. Kenapa mak tak berusaha dapatkan kami semula?"soal Johari sambil mengesat-ngesat air mata yang berlinangan.

"Joe...sudahlah tu. Usahlah kau memaksa mak lagi"tegah Herrizal.

"Tapi bang...kita ni anak dia. Ibu apa yang sanggup tinggalkan anaknya selama bertahun-tahun macam tu?"sanggah Johari.

"Jagalah perasaan mak sikit Johari!"Herrizal meninggikan sedikit suaranya.

"Habis tu perasaan kita bagaimana pulak bang?! orang lain membesar dengan kasih sayang ibu dan ayah. Kita pula di tinggalkan dengan sengaja? Malah lebih mengecewakan bila kita dapat tahu mak ikut lelaki jahanam yang rogol dirinya dan Kak Nani? Mak tak rasa bersalah ke? Itu juga lelaki jahanam yang bunuh ayah. Di mana maruah emak?!"soal Johari bersama hati yang remuk.

"Johari kau dah melampau! kenapa kau biadab sangat dengan mak?"kata Herrizal sambil menarik ke kolar baju adiknya.

"Herry sudahlah tu..lepaskan adik kau. Dia ada sebab yang kuat untuk bencikan mak. Mak takkan salahkan dia pun"tegah Senah dengan tangisan yang lebat.

"Mak akui kesilapan mak meninggalkan kalian dan telah berlaku khianat dengan mengikuti Mokhtar. Tapi mak lakukan itu demi untuk memastikan kau dua beradik dapat meneruskan hidup dan tidak di apa-apakan. Mokhtar mengugut mak untuk membunuh kalian sekiranya mak tidak mahu menggadaikan maruah diri dan tubuh mak kepadanya. Mak di bawanya ke sebuah tempat terpencil jauh dari Pelabuhan Helang. Mak terpaksa bersetuju dengan kehendak Mokhtar dengan syarat dia membawakan bukti dalam bentuk foto terbaru kalian setiap bulan sebagai bukti yang kalian selamat dan tidak di apa-apakan...."

"...Jadi mak pun mulai percayakan Mokhtar. Tahun demi tahun berlalu. Hasil bersekedudukan dengan Mokhtar mak telah melahirkan beberapa orang anak. Kemudian mak terfikir betapa mak sudah terlajak jauh dan tidak dapat di undurkan lagi segala apa yang mak dah lakukan. Andai mak bertemu dengan kalian pun tiada gunanya lagi. Maruah mak dah hancur punah. Bergelumang maksiat dengan Mokhtar bertahun-tahun hingga melahirkan anak luar nikah yang berderet-deret,bagaimana dapat kalian terima mak lagi ketika itu? Jadi mak nekad untuk teruskan saja dengan kehidupan keji itu asalkan kalian baik-baik sahaja. Waktu itu mak lebih rela kalian anggap mak sudah mati sahaja"

"Kemudian Mokhtar bawa mak dan anak-anak berhijrah ke Bangkok dan usahakan pub dan kelab malam di sana. Hidup mak terumbang-ambing dan hanyut di lautan dosa. Waktu itu mak alami masalah ketagihan arak,seks dan beberapa kali menggugurkan bayi hasil benih haram. Dapatkah kalian terima diri mak lagi andai mak munculkan diri?"soal Senah.

Johari dan Herrizal terdiam dan termenung panjang.

"Tapi percayalah...tahun demi tahun mak tidak dapat membendung perasaan rindu pada kalian. Mujurlah kapal persiaran mewah Mokhtar pulang ke Pelabuhan Helang. Dan akhirnya mak nekad untuk cari kalian semula. Sebelum kesalan yang akan menghantui sepanjang hayat,biarlah mak terima apa sahaja walau di benci, di cemuh dan di hina oleh kalian asalkan mak dapat bertemu semula dengan anak-anak mak. Maafkan mak sekali lagi. Kalau kehadiran mak tidak di senangi..biarlah Sekurang-kurangnya ini menjadi kali terakhir pertemuan kita sebelum mak pergi menyisihkan diri yang hina ini dari hidup kalian"

Begitu panjang lebar kata-kata luahan Senah sebelum dia menangis kesal.

Johari terkaku bagaikan patung. Air matanya sudah kering. Dia pun berpaling dan melangkah pergi. Herrizal tidak menegahnya. Dia membiarkan sahaja.

"Mak...maafkan lah sikap Johari ya. Dia mungkin perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan perasaan. Rasanya dia menyesal dengan kata-katanya yang lancang tadi setelah tahu duduk perkara sebenarnya dari mulut mak sendiri"kata Herrizal sambil memeluk ibunya.

"Tak apalah Herry. Johari tak ada salah apa-apa dengan mak pun"

Tiba-tiba Johari berpatah semula ke kedai menjual barangan memancing itu membuatkan Herrizal dan Senah berasa hairan.

Dia terus memeluk ibunya dengan erat dan menangis tersedu-sedan.

"Mak ampunkanlah Johari atas kata-kata biadab yang keluar dari mulut Joe tadi. Setelah mendengar cerita sebenarnya barulah Joe tahu betapa besar pengorbanan emak sehingga diri sendiri pun sanggup di gadaikan demi melihat kami dapat meneruskan hidup sehingga ke hari ini"

"Johari tak bersalah apa pun dengan mak sayang"kata Senah sambil mengusap di belakang tubuh anaknya itu. Tangisan keduanya cukup mengharukan.

Herrizal menepuk-nepuk di bahu adiknya. Senah memeluk kedua-dua orang anaknya. Sudah lama dia menantikan saat ini. Memang benar kata orang bahawa air di cincang takkan putus.

                            ******

"Herry...Johari...nah makanlah lagi"kata Senah sambil menyuapkan kentang goreng ke mulut dua orang anaknya ketika tiga beranak itu singgah di restoren makanan segera A&W di Pelabuhan Helang.

"Mmh terima kasih mak...err cuma rasa segan pulak di buatnya"kata Herrizal.

"Alah abang tu. Dulu-dulu masa kita kecil kan mak biasa je suapkan kita"kata Johari sambil mengunyah kentang goreng yang di suapkan oleh Senah.

"Iyelah itu masa kita budak-budak lagi Joe.  Sekarang ni kita dah macam bapak budak tau tak"

"Hahahahaha"Senah tertawa.

"Kalau macam tu biar kita aja suapkan mak"kata Johari.

"Haa yang tu aku setuju. Lagipun kebetulan  pulak hari ni kan hari ibu"

"Alah iya tak iya jugaklah bang. Lepas ni kita singgah ke kedai hadiah pula. Kita belikan emak hadiah ya?"

"Hahaha okey"

"Eh tak perlulah susah-susah. Mak dapat suapkan kalian makan pun dah cukup jadi hadiah yang amat bermakna"

Johari tersengih-sengih lalu di rangkul tangannya ke bahu ibunya.

"Err kalau mak tak keberatan,beritahulah kami berapa banyak anak emak hasil bersekedudukkan dengan Mokhtar?"tanya Johari lagi.

Senah menyedut minuman cola itu sebelum mengelap mulutnya dengan sehelai tisu paper. Dalam lambat-lambat barulah dia menjawab pertanyaan Johari itu.

"Sembilan orang semuanya"balas Senah.

Johari dan Herrizal terlongo dengan mata terbeliak.

"Setiap tahun ke mak melahirkan anak?"

"Mmh..."Senah mengangguk-angguk dalam tersipu-sipu dan menunduk.

"Oh ya berapa umur mak sekarang ni ya?"tanya Johari.

"Dah lima puluh dua Johari"

"Tapi hairan ya..wajah emak cantik macam perempuan berusia tiga puluhan je. Pinggang pun ramping"kata Herrizal.

"Ouh emak memang jaga kecantikan Herry"

"Iyalah...patutlah banyak anak Mokhtar dengan emak selama bertahun-tahun..kikiki"sakat Johari.

"Aduh..untung punya Mokhtar"kata Herrizal.

Hahahahaha

Pecah dua beradik tu ketawa sambil tersembam wajah ke meja.

"Mari sini telinga kalian...lama dah mak tak piat-piat"

"Aduh!! sakit mak...uhh mak aih"

"Adeh...deh.."

Tak pasal-pasal Johari dan Herrizal kena tarik telinga.

"Barulah padan muka kalian ya"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience