31.LIKU BERDURI
FOTO itu di capai dan di tatap oleh Herrizal dan Johari. Di belakang foto itu ada tertera tarikh sekitar 5 Julai 1981. Di dalam foto itu ada gambar Mokhtar sedang mendukung seorang bayi sambil merangkul mesra pinggang seorang wanita yang sedang sarat hamil.
"Eh? ini gambar mak kita bang. Apa yang mak buat sama lelaki jahanam ni? aduh...kenapa jadi begini pulak?"kata Johari.
"Tak...tak mungkin...ini mustahil. Mungkin kebetulan sahaja wanita dalam gambar ini mempunyai iras wajah seperti emak"kata Herrizal dengan wajah tergamam. Dahinya berpeluh lebat.
"Bang...kalau iya pun wanita ini pelanduk dua serupa dengan emak,tak mungkin tahi lalat di tepi dagunya pun ikut sama juga? ini memang gambar emak bang! bukan wanita lain"
"Hahahaha terimalah hakikatnya bahawa ibu kalian adalah pelacur! Ibu kalian sendiri mengkhianati bapa kalian malah mempunyai anak luar nikah dengan pembunuh suaminya..akhirnya perjuangan kau berdua hanya sia-sia! hahahahaha"
Mahmud yang sudah nyawa-nyawa ikan itu ketawa sepuas-puasnya. Kata-katanya telah membuat Herrizal dan Johari berasa amat terhina.
Seketul batu di hempas ke muka Mahmud sekuat hati.
"Pergi mampuslah kau!"
Dua pemuda itu berdiri di sisi Mahmud dalam keadaan marah meluap-luap dan mendengus bagai di rasuk syaitan sambil menatap jasad Mahmud yang longlai dan sudah tidak bernyawa.
Keadaan sunyi-sepi seketika dekat kawasan jalan mati di jeti kecil tempat menambat bot itu. Suasana hanya di terangi oleh lampu-lampu dari pagar sebuah pelantar kabin.
Herrizal dan Johari terdiam agak lama sambil duduk termenung di tepian tebing tanah. Pandangan di lontar jauh ke tengah lautan malam.
"Aku tak sangka emak kita sanggup..
"Tidak Johari! kita tak tahu perkara sebenarnya apa yang berlaku! usahlah kau memfitnah mak lagi"
"Semuanya dah jelas dalam foto itu bang! emak masih hidup. Dia sampai hati tinggalkan kita dan mengkhianati ayah. Sanggup emak lari ikut Mokhtar dan malah hamilkan anak syaitan itu pula!"tinggi suara Johari. Dia berdiri dengan mata bergenang-genang sebak lalu duduk semula menyembamkan wajah dan teresak-esak.
Herrizal terdiam dan membisu. Dia termenung panjang. Perkara huru-hara di Pekan Cina tadi mahupun terbalasnya dendam mereka terhadap Mahmud langsung tidak berjaya mengusik fikirannya sehebat seperti tamparan sekeping foto bergambarkan ibunya Senah dan Mokhtar.
Pelbagai persoalan menerjah ke benak fikirannya. Walaupun di mulut dia enggan mempercayainya,namun jauh di sudut hati nalurinya kuat mempercayai bahawa wanita didalam foto itu sememangnya adalah ibunya.
Tapi kenapa?kenapa ibunya Senah sanggup berbuat seperti itu? Di manakah ibunya kini? kenapa wanita itu tidak pernah muncul-muncul lagi? Tidak rindukah dia pada dua orang anak lelakinya yang di tinggalkan sejak kecil ini?
Air mata mengalir di pipi Herrizal. Dia mahu mencari ibunya. Dia mahukan jawapan di atas setiap persoalan yang berbangkit.
_____________
KEESOKKAN harinya berita tentang huru-hara di Pekan Cina gempar di akhbar dan televisyen. Pihak polis berterima kasih kepada Ahli kumpulan Petir Waja kerana telah sanggup merisikokan nyawa mereka bertarung dengan samseng Tian Long yang sangat berpengaruh itu demi menyelamatkan tawanan yang di sembunyikan di Pekan Cina.
Tauke Boon Chai,Mahmud dan Skuad Helang Besi yang kini dalam senarai orang-orang paling di kehendaki di Pelabuhan Helang Walaubagaimanapun masih gagal di berkas.
Inspektor Yaslan selamat di tempatkan di wad sebuah hospital. Pegawai polis itu hanya mengalami kecederaan bahu akibat dari tembakkan. Dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk berehat.
Herrizal dan Johari tidak pulang ke rumah semalaman. Fikiran mereka melayang serta terganggu dek gara-gara sekeping foto mengandungi gambar ibu mereka. Mereka pergi tenangkan fikiran melepak di sebuah kawasan kontena dan kabin kapal. Termenung panjang dan akhirnya tertidur di situ.
Sebelah pagi pula mereka pergi melawat Tuan Inspektor Yaslan di wad hospital. Selain mereka ada isteri dan anak-anak Inspektor Yaslan serta ahli-ahli lain Petir Waja datang menziarahi.
"Tuan tak apa-apa ke?"kata Herrizal yang duduk di bangku sebelah katil yang di baringi oleh Inspektor Yaslan.
"Jangan risau, saya tak apa-apa. Cuma sedikit cedera di bahu"kata Inspektor Yaslan tersenyum. Pembedahan kecil bagi mengeluarkan peluru di bahunya telah selamat di jalankan.
"Maaf Tuan Inspektor,waktu kami berjaya menyelinap keluar dari bilik kurungan, kami tak inform ke balai kerana bimbang pegawai polis korup yang bersekongkol dengan Boon Chai pulak yang dapat maklumat tentang lokasi kita di tawan. Jadi kami beritahu pada ahli lain Petir Waja sahaja untuk datang ke Pekan Cina dan selamatkan tuan"
"Tindakkan kamu untuk tidak melaporkan maklumat ke balai memang bijak dan tepat. Banyak pegawai korup di balai yang cuba nak jatuhkan saya"kata Tuan Inspektor Yaslan.
Apa yang pasti,Wendy dan Saziana menyambut gembira kepulangan Herrizal dan Johari ke rumah sekitar jam sepuluh pagi setelah dua malam pemuda-pemuda itu tidak pulang.
Malam itu Petir Waja berkumpul beramai-ramai di markas gudang mereka seperti biasa. Mereka turut mengadakan sedikit parti jamuan sesama ahli.
Di atas meja ada pelbagai hidangan seperti ayam goreng segera, french fries,kek,burger,keropok jajan, minuman cola dan sebagainya. Sambil makan minum, mereka berbual,bergelak-tawa dan sebagainya.
Johari makan sikit sahaja sebelum dia duduk menyendiri di sofa suatu sudut dan termenung panjang. Fikirannya melayang entah ke mana. Kemeriahan parti jamuan itu tidak sedikit pun berjaya mengembalikan semangatnya yang hilang.
Kugaressan mempamerkan bakatnya menari dan membuat breakdance sambil di iringi lagu-lagu dari Michael Jackson. Ahli-ahli lain mengerumuninya.
Tepukkan bergema saat Kugaressan selesai.
"Wooohoo! cayalah Kuga! hoi besar bakat kau menari ala Michael Jackson tu. Berapa lama kau praktis?"tanya Bob. Dia satu-satunya ahli Petir Waja yang berbadan gemuk namun kehebatannya berlawan tak boleh juga di nafikan.
"Bolehlah sikit-sikit bro. Aku ni menari dari kecik lagi"kata Kugaressan sambil mencapai setin minuman sejuk dan duduk di sebuah bangku.
"Kau pun patut belajar menari Bob. Biar bakar sikit lemak tu"kata Sapik yang sedang rancak main snooker bersama Hanif.
"Aku tak bolehlah Pik"kata Bob sambil mulut comot-comot mengunyah ayam goreng.
"Aik kenapa pulak?"
"Aku ada pantang sikitlah"kata Bob.
"Kahkah pantang apalah tu agaknya ya Bob?"kata Meng Li.
"Aku pantang jumpa Meng. Asal ada terhidang depan mata. Memang lapar perut aku. Sekian"kata Bob sebelum seketul lagi ayam goreng di capainya.
"Aku dah agak dah budak gemuk sekor ni"kata Lumang yang sedang duduk bermain video game arked.
"Bahahahaha hahahaha"
Ketawa pecah.
Herrizal,Qazrel dan Ammar duduk di sebuah meja sambil makan minum dan berbincang tentang misi-misi seterusnya yang bakal ahli Petir Waja selesaikan. Kebiasaannya mereka merancang untuk menyerbu mana-mana kawasan jagaan kumpulan-kumpulan samseng lain serta membungkam segala aktiviti jenayah yang di jalankan.
Tiba-tiba seorang dari ahli Petir Waja yang baru tiba di markas gudang memberitahu dia telah di kepung oleh tiga orang budak punk sewaktu dalam perjalanan tadi.
"Mereka cabar kita berentap dengan kumpulan mereka kat padang permainan terbiar tempat mereka selalu melepak tu"kata Ashmad sambil termengah-mengah.
"Siapa lagi nak ikut aku sebagai wakil Petir Waja?"kata Kugaressan terus melompat bangun dari kerusi dan mengikat tali headband di kepalanya.
Pemuda india itu memang sentiasa bersemangat untuk menyahut cabaran.
"Aku! aku nak ikut! bosan pulak tak ada fight malam ni"sahut Sapik.
"Ah aku pun ikut sekalilah"kata Meng Li.
"Kita orang pun!!"sahut yang lain.
"Oi kalau semua orang sekali pergi, siapa pulak nak habiskan makanan-makanan jamuan ni semua haa? banyak ni oi"teriak Bob.
"Nasib baik kau ada Bob. Kami semua tak larat nak makan banyak-banyak"kata Meng Li tersenyum sambil menyarung jaket vest rasmi Petir Waja sebelum melangkah pergi bersama yang lain-lain.
Bob tercongok sambil lihat pelbagai hidangan di atas meja.
"Tak patut betullah dia orang ni. Tak patut...tak patut. Memang tak patut kalau aku tak cuba habiskan semua hidangan ni"
Tangan Bob yang besar berlemak itu menggapai bucket ayam goreng dan kek. Tersengih dah macam apa entah.Dia terus duduk mengunyah itu dan ini.
__________________
HERRIZAL terlalu sibuk menyusun kotak-kotak barangan stok di dalam stor kedai menjual barangan memancing sebelum terdengar bunyi dentingan loceng di kaunter. Biasanya loceng itu akan di tekan oleh pelanggan apabila mereka mendapati tiada pelayan yang sedang menjaga kedai.
KTING! KTING!
"Aih..Joe ni dah pergi mana pulak ni? kedai tak ada orang jaga ke.."fikir Herrizal sambil mencatat sesuatu pada halaman buku laporan perniagaan kedai.
Dia pun membiarkan sahaja pelanggan yang datang itu kerana tadi adiknya Johari ada sedang duduk menjaga di kaunter.
Apabila loceng itu di tekan berkali-kali,nak tak nak terpaksalah Herrizal meninggalkan bilik stor di belakang kedai buat seketika untuk pergi melayan pelanggan.
Di lihatnya hanya pelanggan sahaja yang ada di ruang hadapan. Johari pulak sudah hilang entah ke mana.
"Maaf ya Encik kerana terpaksa menunggu..saya kat bilik stor belakang tadi tengah susun barang dan kira stok. Sepatutnya adik saya ada jaga kat depan ni..ini dah hilang ke mana pulak dia"kata Herrizal dengan penuh sopan santun.
"Oh tak apa..tak apa..saya faham. Hm..saya nak beli safety jacket dan set lengkap peralatan untuk skuba diving,..ada jual tak?"
"Ada..ada Encik..mari saya tunjukkan"
Setelah pelanggan itu beredar,Herrizal pun keluar dari pintu kaca kedai. Rupanya Johari sedang duduk di atas tembok pelantar jeti sambil termenung panjang menghadap ke lautan biru di Pelabuhan Helang.
Sebagai seorang abang,Herrizal tahu apa yang bersarang di fikiran adiknya.
Semenjak Mahmud melayangkan sekeping foto kontroversi tentang ibu mereka seminggu yang lalu,Johari lebih banyak termenung. Karakternya yang gila-gila dan happy go lucky itu tiba-tiba mati. Dia bertukar menjadi seorang yang pendiam. Kadang-kadang teresak sendirian.
Herrizal pun menutup pintu kedai buat seketika dan berjalan menghampiri Johari di tembok pelantar jeti dan menepuk di bahu adiknya.
"Usah di fikirkan sangat tentang tu Joe..kalau tidak ia akan membunuh keceriaan hidup kita"
Johari mengesat air matanya.
"Memang betul cakap Mahmud bang..walaupun kita berjaya membalas dendam..di akhirnya kita sendiri yang akan temui kekecewaan.."balas Johari sebelum tangisannya tidak lagi dapat di bendung.
Dia teresak-esak seperti seorang kanak-kanak.
Herrizal sekadar berdiam dan membiarkan sahaja adiknya melayankan perasaaan hampa dan kecewa yang sedang di tanggung oleh dirinya. Pandangan di buang ke lautan biru.
"Kenapa..kenapa mak sanggup buat macam itu kat kita bang? tiga belas tahun lamanya dia membiarkan kita hidup sebatang kara..mujur kita di pertemukan dengan arwah bapak(Pak Sargo) buat kita menumpang kasih..
"....Zaman kanak-kanak dan remaja kita penuh dengan liku berduri. Persekolahan kita terhenti..seawal remaja lagi kita sudah turun ke laut ikut bapak untuk jadi nelayan. Remaja kita bergelut dengan budak-budak jahat dan gangguan samseng-samseng jalanan dekat jeti. Di saat rakan seusia kita berjaya dalam pencapaian akademik,kita pula jadi nelayan dan petarung jalanan tanpa masa depan yang pasti. Di mana emak pada waktu itu bang?..di mana?"soal Johari dengan mata berkaca-kaca.
"...selepas tiga belas tahun,kini kita di hadapkan dengan suatu hakikat bahawa emak yang selama ini kita sangkakan telah terkorban rupanya masih hidup lagi..malah lebih mengharukan,dia tinggalkan kita untuk ikut lelaki syaitan durjana itu?!"
Johari semakin sebak dan tersedu-sedan. Semangatnya luntur. Herrizal juga jadi tersentuh hati dan merasakan ada air bergenang di tubir mata. Tiada perkataan yang mampu di luah.
Apa yang terdaya di lakukan ialah dengan memberi Johari ruang dan masa untuk menyembuhkan kembali jiwanya yang luka parah itu.
BERSAMBUNG...
Share this novel