46.MEMBURU RIMAU

Action Series 2816

46.MEMBURU RIMAU

MALAM tu team Petir Waja yang di ketuai oleh Johari dan beberapa ahli lain seperti Meng Li, Kugaressan,Nash dan Darwis telah menjalankan tugasan mereka meronda di sekitar Terminal Perhentian Bas Pelabuhan Helang.

Agak sesak juga keadaan di sana dengan orang ramai yang berhimpit-himpit ingin membeli tiket bas menuju ke destinasi masing-masing.

Deretan kedai makan,kedai serbaneka, kedai majalah dan pelbagai lagi mudah di dapati di terminal yang terang-benderang itu.

Johari,Meng Li, Kugaressan,Nash dan Darwis singgah di sebuah restoran dalam terminal untuk menjamu selera,mengisi perut yang lapar.

"Fuh sedap betul roti canai ni. Gebu..kuah kari pun lazat"kata Johari berselera betul menikmati hidangan yang di pesan.

"Oi lapar pulak aku tengok Johari punya nafsu makan tu"kata Darwis lalu di pesannya roti canai juga.

"Dey tambi...apa lu tengok-tengok tu eh?"kata Meng Li kepada Kugaressan.

"Minaci lah Meng"kata Kugaressan tersengih. Dia minum teh tarik dan capati saja.

"Mana?"tanya Nash.

"Tu yang tengah bergayut kat pondok telefon tu"kata Kugaressan.

Semua mata melihat ke arah pondok telefon itu. Memang betul ada seorang wanita india memakai sari sedang bercakap di telefon. Tapi ada yang tidak kena dengan wanita itu.

"Hish...lengan dia besar dari kita pulak. Main gim ke minaci tu?"kata Johari.

"Misai pun lebat. Pondan tu..ish..ish..ish..haru..haru..haru yob"kata Nash dah geleng kepala.

"Sejak bila minat pondan pulak ni Kuga?"tanya Darwis.

Bahahahaha hahahahaha

Tepuk-tepuk meja mereka berlima ketawa.

Sehinggalah beberapa orang pemuda dengan lagak yang mencurigakan muncul dengan parang di tangan. Mereka menyerbu masuk ke kedai makan dan meminta setiap pelanggan menyerahkan beg dompet mereka.

Ada pelanggan yang menjerit ketakutan. Tahu-tahu sebilah parang di cantas atas permukaan meja makan yang sedang di duduki.

Langsung senyap semua orang.

"Aha...tugasan kita malam ini dah sampai"kata Johari tersengih.

"Aik? kita pakai jaket rasmi Petir Waja macam ni pun dia orang ni tak nampak ke? Aneh..aneh..kalau samseng penyamun lain dari jauh dah nampak jaket Petir Waja gerenti dah cabut lari punya"kata Darwis.

Kugaressan menyiul geng penyamun berparang itu sambil tunjuk-tunjuk jaket Petir Waja di tubuhnya.

"Apa hal macha? ada masalah ke? elok kau sama geng kau ready wang cukup-cukup. Ni parang lu nampak?"kata salah seorang dari penyamun itu.

"Ni mesti geng penyamun dari luar Pelabuhan Helang ni yop..tu pasey deme tak keney kite"kata Nash.

"Tak apa..kita tunggu dia tenyeh kita punya meja dulu"kata Johari.

Apabila geng penyamun itu menghampiri meja mereka,tau-tau Meng Li telah melompat dan menghadiahkan tendangan padu tepat ke muka salah seorang dari mereka.

"Attta!!"

Terhumban berguling-guling dia jatuh ke lantai.

Yang lain-lain pula menyerbu.

Johari,Kugaressan,Nash dan Darwis hayun kerusi dan bangku. Geng penyamun itu pula agak lemah berlawan. Parang di tangan mereka pun telepas ke lantai sebelum mereka semua di belasah hingga lunyai. Dompet yang mereka curi pun di pulangkan semula kepada tuan punya dompet yang menjadi mangsa. Pihak polis pun di hubungi.

Berkerumun orang ramai nak tengok.

Kugaressan merentap baju salah seorang dari mereka dan menyoal siasat. Rupanya mereka adalah kumpulan penyamun dengan nama Raja Parang dan berasal dari daerah Memberang yang berjiran dengan Pelabuhan Helang. Mereka menyasarkan kerja samun dan rompak di luar daerah.

"Ada banyak kumpulan samseng ke kat Memberang?"soal Kugaressan.

"Tak sebanyak macam kat Pelabuhan Helang"balas penyamun itu.

Tak lama kemudian anggota polis pun tiba sebelum ahli kumpulan Raja Parang di gari.

Selesai menjamu selera,mereka pun meneruskan rondaan. Johari menelefon ke markas gudang bagi memaklumkan kejayaan menumpaskan Raja Parang di terminal perhentian bas Pelabuhan Helang.

"Joe...kau orang bergerak ke bar Western Bike n Roll sekarang untuk support team Herry kat sana"kata Aroy yang menyambut panggilan tersebut.

"Alamak...ada hal apa kat sana Roy? situ bukan tempat budak-budak Tengkorak Bikerz melepak dengan geng-geng motor besar mereka ke?"

"Betullah tu Joe. Tapi bukanlah sebab Tengkorak Bikers ada buat hal ke apa"

"Habis tu?"

"Qazrel percaya lelaki askar yang dia cari tu ada dengan Tengkorak Bikers sebab masa kita kat Jalan Dolphin tempoh hari, lelaki tu muncul dan melarikan diri naik motor besar geng Tengkorak Bikerz"ujar Aroy.

"Ah kalau macam tu bagus jugaklah..sebab aku dengan Herry pun tengah cari lelaki tu. Baiklah team aku bergerak ke sana sekarang"

Sementara itu,di pinggiran tempat perkapalan Pelabuhan Helang,ada sebuah kawasan khas letaknya bengkel dan rumah kuarters pekerja. Di situ juga ada bangunan bar yang di kenali sebagai Western Bike n'roll yang menjadi tempat untuk geng-geng motor besar seperti Tengkorak Bikerz melepak.

Kawasan itu juga berhampiran sahaja dengan Desa Jeti Tanjung di mana Senah tinggal bersama Nek Mesum.

"Nek nak bawak Senah pergi ke bar geng-geng naik motor besar tu ke?"tanya Senah ketika dia dan Nek Mesum sedang menelusuri laluan rumah-rumah setinggan yang sunyi dan samar-samar terang itu.

"Hish buang tebiat aku nak mengajak kau ke situ Senah. Tolong ikatkan simpul selendang kutang kat belakang aku ni jap"kata Nek Mesum.

"Ouh..habis tu kita nak ke mana ni Nek?"kata Senah sambil membantu mengikat tali simpulan coli selendang yang di pakai nek Mesum. Bukan main seksi lagi nenek jelita itu pakai begitu. Geram Senah melihat tubuhnya.

"Berhampiran kawasan bar budak motor tu...ada rumah janda-janda muda menyewa. Mereka pun lebih kurang macam kita juga Senah..puas sama-sama perempuan. Ada mereka mengajakkan aku dengan kau ke rumah mereka. Bolehlah kita ramai-ramai nanti"

"Mmh...Senah ikut ajalah Nek. Lawa ke janda-janda muda tu Nek?"

"Lawa-lawa Senah. Ada yang dah punya anak kecik"

Senah dan Nek Mesum pun melenggang lenggok meneruskan perjalanan di celah tepian rumah-rumah setinggan itu. Senah memakai baju bra bertali silang seksi dan skirt kontot silver berkilat-kilat. Batang kakinya menciut seksi pakai sandal tumit tinggi. Kepalanya di sarung selendang dengan sanggul tinggi.

Ibu kepada Herrizal dan Johari itu agak hanyut juga dengan maksiat seks lesbian bersama Nek Mesum sejak tinggal di Desa Jeti Tanjung. Malam ini Nek Mesum nak bawa dia pergi berseronok buat maksiat dengan janda-janda muda pula.

Pintu sebuah rumah setinggan yang letaknya agak tersorok dek rumah lain pun terbuka. Beberapa orang wanita muda menyambut Nek Mesum dan Senah dengan pelukkan dan kucupan bibir.

Mmh...cupp..cupp..mmh..

Khayal dan terpejam-pejam mata Senah saat mengucupi bibir janda muda yang sedang meramas-ramas punggung seksinya.

Hingar-bingar muzik dari bar Western Bike n'roll kedengaran dari kejauhan. Puncak bangunan bar dengan lampu neon berkerlipan itu pun dapat di lihat dari rumah setinggan itu.

Pintu pun tertutup dari dalam. Lampu juga di padam.

Senah merangkak dengan punggung berbalut skirt silver sequin berkilat-kilat seksi atas permukaan tilam besar yang sedang di baringi oleh janda-janda muda itu dalam kegelapan. Mereka hanyut bersama.

Mmh...,cupp...cupp..mmh


******

Pintu bar di tendang kuat oleh Qazrel seorang pemuda gagah perkasa berambut panjang hingga ke dada dengan wajah yang separa melecur. Dia melangkah masuk dengan beraninya ke dalam bar yang sesak dengan pengunjung dan penunggang motor besar.

Beberapa orang bonzer menerpa namun di tendang dan tumbuk olehnya hingga terhumban berguling-guling jatuh ke meja. Ada pengunjung yang beredar dari bar.

Beberapa orang penunggang motor yang sedang mabuk memecahkan botol arak dan menyerang pemuda dengan kain mantel di belakang tubuh itu.

Wajah Qazrel tampak bengis. Lelaki-lelaki itu tidak mampu membuatnya berasa gerun,malah sebaliknya dia menjadi lebih agresif dan kuat. Akibatnya geng penunggang motor besar itu yang terhumban ke sana-sini di amuknya dengan apa sahaja yang ada di dalam bar tersebut termasuk meja dan kerusi.

"Arghhhhhh"

Para penunggang lain berganjak takut. Lagipun pemuda itu sedang menghayun-hayun rantai besar di tangannya.

Qazrel mencengkam baju ketua geng Tengkorak Bikerz yang berjambang lebat serta memakai jaket leather hitam di penuhi duri-duri dan simbol tengkorak. Rantai di belenggu ke leher lelaki terbabit.

"Arghhhhhh!!....kau ni dah kenapa? Tengkorak Bikerz mana ada buat kerja-kerja jenayah lagi. Kami cuma melepak dan berkongsi hobi tentang motor besar saja"kata lelaki itu.

"Mana lelaki tu?!"soal Qazrel.

"Lelaki?! lelaki mana pulak? ahli kami pun semuanya lelaki?"

"Lelaki askar dengan rantai tentera di leher tu! di mana dia?! kau jangan pura-pura tak tahu atau kau sedang selindungkan dia? Aku nampak lelaki tu menunggang motor besar dengan logo Tengkorak Bikerz! itu ertinya dia ada kaitan dengan kalian"kata Qazrel.

"Nanti...nanti...maksud kau lelaki tentera yang mahir bermain dengan pisau belati tu ke?"

"Siapa lagi kalau bukan dia. Di mana rimau belantara tu hah?! aku datang memburu dia!"

"Rasanya kau dah salah faham ni. Hei lelaki itu lah yang belasah ahli Tengkorak Bikers dekat sebuah restoran bar tepi jalan dan curi motor besar salah seorang ahli kami. Tengkorak Bikerz pun sedang buru dia jugak tau tak?!"

Qazrel tergamam. Dia pun melepaskan belenggu rantai di leher lelaki itu.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience