5.PERTARUNGAN SUBWAY

Action Series 2816

5.PERTARUNGAN SUBWAY

TUMBUKKAN hinggap ke muka Herrizal dan Johari sehingga kedua-dua pemuda itu terbaring di atas longgokkan pasir di kawasan tapak pembinaan itu.

Beberapa orang lelaki pekerja kontrak sudah mengepung mereka dengan wajah yang bengis. Walau sudah berkali-kali mereka meminta maaf kerana tidur di dalam bangunan separa siap itu namun tidak di endahkan oleh pekerja tapak binaan terbabit.

Herrizal dan Johari di hambat dengan kasar. Tak cukup dengan penumbuk,tubuh mereka di layang pula dengan tendangan.

"Aduhh...kenapa dengan kamu semua ni? bukankah kami dah mengaku kesalahan kami dan minta maaf berkali-kali. Lepaskan saja kami pergi dari sini"kata Johari.

"Penceroboh macam kalian memang patut di ajar secukupnya terlebih dahulu sebelum di lepaskan. Hei dengar sini! Kawasan tapak pembinaan ni di bawah kekuasaan Tukul dan Paku. Kau berdua ni dari kumpulan mana?! jangan berani-berani cari pasal sama Tukul dan Paku faham!"herdik pekerja kontrak yang bertubuh sedikit sasa sebelum dia menghayun tumbukkan lagi,namun kali ini di tangkis oleh Herrizal.

"Lucu jugak nama kumpulan kamu ni.  Tapi maaflah..kalian dah melampau sangat nampaknya"

Suatu tendangan pantas Herrizal hayun tepat ke wajah lelaki bengis itu.

"Arghhhhhh!! kurang ajar! sudahlah menceroboh ke kawasan kami sekarang nak melawan pulak?!"

"Bang, aku ingatkan kita nak cabut lari saja"kata Johari.

"Tak perlulah Joe. Sekurang-kurangnya mereka tak seramai budak-budak punk malam tadi. Lagipun mereka tak ada hati perut langsung. Ayuh kita ajar mereka!"kata Herrizal.

Beberapa pekerja tapak pembinaan yang lain pula menyerbu,Herrizal dan  Johari bergandingan dalam menghadapi mereka.

ZASS!

Seorang pekerja tapak binaan itu menghayun sebatang kayu. Pantas Johari mengelak dengan cara melompat balik kuang ke belakang sebelum dia mara dan menghantar suatu tendangan libas.

"Arghhhhhh!!"

Pekerja kontrak itu terhumban dan tersembam ke tanah.

Herrizal pula di belit lengan sasa dari arah belakang. Lehernya terkunci. Pantas di sikunya ke perut lawan hingga belitan di lehernya terlepas sebelum di benamnya lagi perut lelaki itu dengan lututnya sehingga rebah.

Dalam masa yang  singkat sahaja para pekerja tapak binaan yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli kumpulan Tukul dan Paku itu berjaya di tewaskan oleh Herrizal dan Johari.

Mereka pun beredar meninggalkan kawasan tersebut.

"Fuh! gila betul. Baru nak masuk hari kedua kita kat sini dah macam-macam hal berlaku"kata Johari ketika dia dan Herrizal berjalan meredah orang ramai di kaki lima bangunan di pekan.

"Hm, nampaknya kawasan-kawasan kat kota seperti dah di jagai oleh ahli kumpulan tertentu. Kita setakat ni baru bertemu dengan geng budak-budak punk dan ahli Tukul dan Paku saja. Entah berapa banyak lagi lah agaknya kumpulan-kumpulan lain yang wujud"kata Herrizal.

"Mereka dapat untung apa jaga-jaga kawasan begitu bang?"

"Ah biasalah geng jalanan..boleh jadi tuan punya tanah yang upah mereka atau mereka pandai-pandai sendiri saja dakwa itu kawasan mereka"balas Herrizal.

Ketika lalu dekat deretan pondok telefon awam,Herrizal dan Johari pun berhenti untuk melihat kalau-kalau ada tawaran kerja kosong dan bilik sewa buat mereka. Lagipun dekat pondok telefon awam sudah menjadi kebiasaan apabila pelbagai kertas iklan dan tawaran pekerjaan di tampal.

"Aduh..kerja kosong memang banyak.  Tapi paling-paling nak ada sijil menengah. Kita mana ada semua tu bang. Bapak sendiri pun orang susah. Dia tak mampu nak biaya persekolahan kita dulu. Kalau susah-susah sangat aku fikir eloklah kita pulang saja ke Pulau Tulus semula dan bekerja nelayan seperti selalu"kata Johari.

"Usahlah merungut Joe. Bumi Tuhan kan luas. Di mana-mana pun ada pekerjaan. Cuma kita nak rajin mencari saja. Lagipun kan kita dah bertekad mahu mencuba nasib hidup di kota"kata Herrizal.

Johari diam sahaja sambil terus meneliti kertas-kertas iklan yang di tampal bertindih-tindih dekat pondok telefon awam.

"Eh iklan apa pulak ni?"katanya.

"Mana?"Herrizal turut berminat dan melihat.

Kertas iklan kecil itu mungkin tidak akan di sedari keberadaannya kerana ia tertindih paling bawah dek kertas-kertas dan flyer iklan lain.

   
"PERTANDINGAN TEMPUR SUBWAY KERETAPI BAWAH TANAH MENJANJIKAN PENDAPATAN HARIAN LUMAYAN. SYARAT YANG DI PERLUKAN HANYALAH KEBOLEHAN BERLAWAN, SILAT, TINJU DAN LAIN-LAIN SERTA SANGGUP TANGGUNG RISIKO KECEDERAAN ATAU DALAM SENARIO YANG LEBIH BURUK LAGI BERKEMUNGKINAN MATI. BERMINAT? SILA HUBUNGI MAIL BARONG DI NOMBOR 0X xxxxxxx"

Herrizal dan Johari saling berpandangan dan tersengih.

"Fuh,apa kata kalau kita cuba nasib dengan menyertai pertandingan ni bang? Kita pun dah sengkek dan kekurangan wang sekarang. Ini je satu-satunya cara paling pantas nak buat pendapatan. Harap-harap ada tuah untuk kita nanti"kata Johari.

Tanpa berfikir panjang Herrizal terus bersetuju. Nombor individu bernama Mail Barong itu terus di hubungi.

         
                          ***

Cuaca agak baik hari ini. Hanya sahaja udara dan persekitaran di kota yang sedang membangun sebegitu sedikit di cemari oleh asap-asap kilang dan kenderaan yang sesak berpusu-pusu dijalanraya.

"Jadi awak berdua ni memang boleh berlawan lah ya?"kata Mail sambil menghirup secawan teh tarik. Orangnya kurus-kurus saja. Misai nya lebat. Wajah Herrizal dan Johari di tatapnya sepenuh harapan.

Dua pemuda adik beradik itu mengangguk.

"Kami nak cuba nasiblah abang Mail. Nak cari kerja dalam masa terdekat ni mungkin agak susah sikit..al maklum je lah..kami bukan ada pencapaian akademik. Bila di fikir-fikirkan balik,kami pun dah kekurangan wang nak tampung perbelanjaan. Harap abang Mail dapatlah bantu kami"kata Herrizal.

"Betul bang Mail. Kami ke kota ni pun dalam keadaan sehelai-sepinggang. Malam semalam pun kami menumpang tidur kat padang permainan sebelum kena hambat dengan budak-budak punk. Lepas tu berlindung kat kawasan tapak binaan...kena belasah pulak dengan geng Tukul dan Paku. Nasib baiklah kami boleh berlawan. Kalau tidak,.. mungkin lunyai le nasib kami"kata Johari.

"Ish..kesian juga aku dengan nasib awak berdua ni. Hm baiklah..malam nanti aku bawak awak pergi ke stesyen terminal keretapi bawah tanah. Tapi awak berdua kena tahu..ini pertandingan haram dan tidak sah dari segi undang-undang. Kita semua masih berisiko di tangkap oleh pihak polis"ujar Mail Barong.

"Kami faham. Err..bagaimana dengan bayaran yang di perolehi oleh petarung yang menang?"soal Herrizal. Sepinggan nasi lemak dan secawan teh tarik yang di pesan telah habis di pulunnya sampai habis.

Mail Barong tersengih.

"Lumayan...awak berdua tak perlu cari kerja lain dah"

Lewat malam tu sekitar jam sebelas Herrizal dan Johari di bawa oleh Mail Barong ke terminal keretapi bawah tanah. Pada waktu begitu,perkhidmatan keretapi sudah menamatkan waktu operasi mereka.

Di suatu ceruk betul-betul di atas rel landasan keretapi sedang berlangsung  pertempuran di antara dua orang petarung. Kedua-dua mereka saling melawan. Ada yang di tumbuk hingga terhumban ke badan gerabak keretapi. Kemudian si lawan pula membalas dengan membenam pesaingnya atas rel sebelum di pijak tanpa belas kasihan hingga nyawa-nyawa ikan. Ngeri juga melihat kedua-dua petarung luka-luka bermandi darah.

Herrizal dan Johari berdiri di atas bumbung gerabak bersama para penonton lain dalam jumlah sekitar tiga puluh orang. Seorang juruacara tak menang tangan memungut wang pertaruhan dari penonton yang bertaruh untuk petarung kegemaran masing-masing. Petarung yang menang akan menyapu bersih semua wang tersebut bersama pengurus mereka.

Pertarungan yang sedang berlangsung itu akhirnya telah di menangi oleh seorang petarung yang tegap tubuhnya di kenali sebagai Dino. Dia dan pengurusnya berlagak-lagak dengan wang pertaruhan yang di menanginya.

Sorakkan dan tepukkan bergema kuat.

"Psst...eksyen habis mamat ni bang. Tapi aku rasa dia menang sebab lawan dia kaku sangat kot"kata Johari separa berbisik kepada Herrizal.

"Aku pun rasa macam tu. Lawan dia pun macam tak berkeyakinan tinggi je"kata Herrizal.

Pengurus Dino mulai membuka cabaran kepada mana-mana petarung lain yang ingin mencabar anak didiknya pada ketika itu juga. Dia begitu yakin dengan kehebatan Dino hingga sanggup mempertaruhkan kesemua wang yang telah di menangi tadi.

Penonton bersorak teruja. Ramai juga yang bertaruh wang lagi ke atas petarung bernama Dino itu.

"Hahahaha ayuh sahut cabaran ni cepat! Dino dah tak sabar nak pecahkan muka lawan dia. Takkan tak ada yang berani kot?"teriak pengurus Dino.

"Bang Mail..biar aku sahut cabaran dia"kata Herrizal.

"Heheh bagus Herry. Semoga awak dapat ajar Dino tu sikit"kata Mail Barong.

"Selamat berjaya bang"kata Johari.

Herrizal pun turun dari bumbung gerabak keretapi dan masuk ke gelanggang. Para penonton bersorak semakin kuat.

"Kau orangnya yang berani nak sahut cabaran?"soal pengurus Dino.

"Ya"

Dino tersengih sinis memandang kepada Herrizal.

"Aku akan seret wajah kau atas rel ni sampai bercalar!"kata Dino sebelum para penyokongnya berteriak dan ketawa.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience