30.NYAWA DI HUJUNG TANDUK

Action Series 2816

30.NYAWA DI HUJUNG TANDUK

DARI dalam sebuah tingkap bangunan yang letaknya tidak jauh dari kawasan huru-hara pertempuran di antara Petir Waja dan Tian Long, ada beberapa orang sedang berdiri memerhati.

Mereka tak lain dan tak bukan ialah Boon Chai,Mahmud dan ahli skuad Helang Besi.

"Sebelum pihak polis datang, lebih baik kita cabut lari dari sini tauke"cadang Mahmud.

"Tidak! ini Pekan Cina gua punya kawasan. Gua tak akan lari"bantah Tauke cina gemuk itu.

"Habis apa rancangan tauke? takkan kita nak lepaskan saja Inspektor tu?"

"Kita sudah jadi orang buruan paling di kehendaki sekarang. Lepas ni gua sama lu terpaksa terus hidup seperti pelarian. Jadi, alang-alang perkara sudah jadi teruk macam ini, kita kasi tembak saja itu Inspektor Yaslan dan buang dia punya mayat dekat depan Petir Waja"

Skuad Helang Besi pun menawarkan diri untuk bergandingan dengan Tian Long dalam menghadapi Petir Waja. Mereka bergegas turun dari bangunan itu dan pergi ke kawasan huru-hara.

Pertempuran kian sengit. Walaupun ramai juga ahli Tian Long kecundang,namun beberapa orang ahli kumpulan Petir Waja juga turut tidak bernasib baik.

"Ughhhh!"

Kugaressan menekup perut akibat di bedil tumbukkan padu dari salah seorang ahli skuad Helang Besi.

"Hahahaha mampuslah kau!"

Satu lagi tendangan dari lelaki bertopi kelasi kapal itu melayang dan menyebabkan pemuda india tu terhumban dan terbaring.

Meng Li dan Sapik yang baru selesai menewaskan beberapa ahli Tian Long segera meluru memberi pertolongan kepada Kugaressan.

Tendangan pantas Meng Li di tepis oleh kelasi itu namun Sapik si pemuda orang asli itu sempat membenam kepala lututnya tepat ke wajah kelasi tersebut.

"Arghhhhhh!"

Sementara itu seorang dari ahli skuad Helang Besi terhumban ke dalam sebuah kedai melalui jendela. Kaca bertaburan sebelum Qazrel melangkah masuk dan menghempas wajah kelasi itu ke meja kaunter.

Kelasi itu mencapai pucuk pistol dari dalam jaketnya, namun sebilah pisau yang di lontar oleh Qazrel telah menyebabkan pistol itu jatuh ke lantai.

"Arghhhhhh"

Qazrel benam beberapa penumbuk ke tubuh dan wajah lawannya itu hingga pengsan. Dia pun keluar dari situ untuk membantu yang lain-lain.

Sementara itu Herrizal dan Johari tidak terus pergi ke kawasan pertempuran,sebaliknya mereka menuju ke arah gudang arak di mana Inspektor Yaslan di kurung untuk mengambil kesempatan membebaskan pegawai polis itu ikut di lorong celah belakang bangunan.

Namun sebelum itu mereka harus menukar pakaian mereka terlebih dahulu.

Mereka pergi ke belakang bangunan di mana mereka menyembunyikan pakaian mereka siang tadi sewaktu menyalin pakai pakaian dua orang wanita lacur itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakkan senjata api. Herrizal dan Johari berasa cemas. Mereka berasa gusar kalau-kalau ada ahli Petir Waja yang menjadi mangsa tembakkan itu.

Lantas hajat mereka untuk menuju ke gudang arak tersebut terpaksa di batalkan buat seketika. Dua pemuda itu pun langsung berlari menuju ke arah kawasan huru-hara pertempuran.

Dan memang tidak salah percaturan mereka,kerana ketika tiba di sana, suatu perkara yang tidak di duga telah berlaku. Tauke Boon Chai bersama Mahmud dan skuad Helang Besi di lihat telah menawan Inspektor Yaslan sebagai tebusan.

Keadaan sangat genting. Mereka bersenjata api dan sedang mengacukan pistol ke arah ahli kumpulan Petir Waja.

"Hahahaha cepat berundur pergi! kalau tidak kita kasi tembak ini Inspektor..cepat! cepat!"arah tauke Boon Chai.

Ahli kumpulan Petir Waja tiada pilihan lain. Mereka berundur setapak demi setapak ke belakang. Dua buah kenderaan datang untuk mengambil tauke Boon Chai, Mahmud dan ahli Skuad Helang Besi pergi dari situ

"Ah mereka nak melarikan diri dengan menjadikan Inspektor Yaslan sebagai tebusan kalau-kalau kita berdegil"kata Herrizal.

"Apa pilihan kita sekarang?"tanya seorang dari ahli Petir Waja.

Herrizal tidak mampu menjawab pertanyaan tersebut. Tauke Boon Chai bersama Mahmud dan ahli Helang Besi melompat masuk ke dalam kenderaan yang sudah tersedia.

Pada ketika itulah kedengaran bunyi siren kereta-kereta polis sedang menuju ke situ. Kemungkinan ada orang awam yang menghubungi ke balai dan membuat aduan tentang huru-hara yang berlaku di jalanan Pekan Cina.

PAMM!

Tauke Boon Chai bertindak di luar dugaan. Dia telah menembak ke bahu Inspektor Yaslan.

"Arghhhhhh!"

"Cepat jalan! jalan!"

Dua buah kenderaan itu pun meluncur pergi. Petir Waja segera menerpa ke arah Inspektor Yaslan yang terbaring di atas jalanraya dengan berlumuran darah.

"Tak guna betul! takkan kita nak terlepas mereka sekali lagi?"kata Johari.

"Kau orang tengok-tengokkan Inspektor Yaslan. Biar aku kejar mereka"kata Herrizal.

Yang lain-lain mengangguk.

Johari mengikuti abangnya. Mujur ada sebuah motosikal besar di tinggalkan dekat tepian kaki lima itu dan cahaya lampu dan enjinnya masih hidup. Kemungkinan tuan punya motor itu kelam-kabut melarikan diri sewaktu berlaku huru-hara tadi hingga tertinggalkan motor nya.

Herrizal dan Johari melompat naik ke atas motorsikal tersebut dan memecut pantas mengejar dua buah kenderaan tadi.  Berlaku kejar-mengejar di jalanraya utama dalam Pelabuhan Helang.

Boleh tahan juga hebat dan cekapnya Herrizal menunggang motosikal besar itu. Sesekali dia mencilok kenderaan-kenderaan lain. Masalahnya ada dua buah kenderaan yang harus di kejar.

"Kita nak kejar yang mana satu bang?"tanya Johari.

"Kita kejar je yang mana dapat. Tak kisah mana-mana pun"

Malangnya kereta yang di naiki oleh Boon Chai dan skuad Helang Besi telah terlepas sewaktu motor yang di naiki oleh dua pemuda itu terhalang dek sebuah treler panjang.

Jadi mereka pun menumpukan kepada kenderaan satu lagi yang di naiki oleh Mahmud. Namun bukan mudah juga untuk berbuat demikian kerana Mahmud yang bersenjata api telah melepaskan tembakkan ke arah belakang melalui tingkap dengan harapan dapat membunuh Herrizal dan Johari atau melengahkan dua pemuda itu.

Mujur tiada satu pun tembakkan itu yang mengena. Akhirnya Mahmud kehabisan peluru dan berharap pemandu kenderaan itu lebih licik dan bijak untuk mencari jalan agar dapat melepaskan diri dari situasi kejar-mengejar yang amat genting itu.

Dari kawasan bandar mereka terus berkejaran hingga ke pinggir bandar sebelum kenderaan yang di naiki Mahmud tersalah masuk lorong dan menemui jalan mati yang berakhir dengan titian tempat menambat bot dan lautan Pelabuhan Helang terbentang di hadapan.

Mahmud dan pemandu melompat keluar dan ingin melarikan diri. Herrizal dan Johari mengejar lebih pantas. Akhirnya mereka tertangkap jua. Si pemandu di belasah hingga pengsan manakala Mahmud masih cuba melawan.

Tumbukkan demi tumbukkan yang di lepaskan oleh Mahmud kepada dua orang pemuda itu tiada satu pun yang mengena.

Johari menendang di belakang tubuh lelaki itu hingga beliau terhumban sebelum Herrizal pula menangkap dan mencekak kolar bajunya dan membenam kepala lututnya ke perut Mahmud beberapa kali.

"Arghhhhhh!!"

Mahmud menekup perut yang senak.

"Kau dah agak berusia kalau nak bertanding kekuatan berlawan dengan kami Mahmud. Kau dah tak segah sewaktu kau dengan empat orang syaitan durjana yang bunuh bapa kami dan rogol bunuh ibu dan kakak kami sekitar lewat 70 an lalu"kata Herrizal sebelum di hentaknya belakang tubuh Mahmud yang sedang tertunduk-tunduk menahan sakit itu hingga terbaring ke jalanraya.

"Ughhhhh!!"

Johari pula duduk mencangkung di sisi Mahmud lalu merentap kasar ke rambut lelaki itu.

"Nah! sekarang kau cakaplah apa dia rahsia besar yang kononnya akan buat aku dengan abang aku rasa goyah tu hah!? Cakap!"herdik Johari.

"Rahsia besar?"soal Herrizal.

"Hahahaha hahahahaha"

Mahmud dalam kesakitan masih boleh tertawa.

"Hahahaha dunia ini nemang tak adil buat kamu berdua. Lihatlah...walaupun kau berjaya bunuh Salar,aku dan lain-lain...rahsia dan fakta sebenarnya lebih memeritkan dari perihal ahli keluarga kau di bunuh dan rogol"kata Mahmud.

"Apa maksud kau! cakap terus terang!"

"Aha tak perlulah..aku rasa kau berdua akan lebih berterima kasih sahaja kepada aku andai aku pendamkan saja rahsia ini"

"Tidak! kau mesti beritahu kami!"

"Aku simpati dengan nasib kalian. Biarlah aku mati dan bawa rahsia ini pergi dari pengetahuan kamu. Hahahahaha"Mahmud bagai sengaja mahu mempersendakan dua pemuda itu.

"Bangsat! kau main-mainkan kami ya!"

Herrizal dan Johari naik radang di buatnya lalu Mahmud di belasah dan di pijak tanpa belas kasihan. Syaitan itu lah yang merogol kakak mereka di hadapan mereka belasan tahun lalu.

"Arghhhhhh!!!"

Darah menyembur keluar dari mulut Mahmud. Nyawanya bagai sudah berada di hujung tanduk. Dalam keadaan lemah dia akhirnya meraba ke kocek seluar dan mengeluarkan sekeping foto lama di awal tahun 80 an.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience