52.CERITA SEBENARNYA

Action Series 2816

52.CERITA SEBENARNYA

"Terima kasih Encik. Nanti datang lagi ya"kata Herrizal sambil memulangkan baki wang pelanggan yang datang ke kedai menjual barangan memancing itu.

"Sama-sama. Joran yang dijual kat kedai ni bagus-bagus lah. Ada banyak pilihan..harga berpatutan dan puas hati. Layanan pun best"kata pelanggan tersebut tersenyum mengangguk-angguk.

"Mestilah bang..hati pelanggan mesti nak kena jaga. Sebelum kami buka kedai ni dulu pun kami dah kaji kelemahan kebanyakkan kedai menjual barangan memancing. Pilihan joran tak banyak di sediakan. Penjual pula letak harga mahal-mahal. Dekat sini kami tak mahu jual mahal-mahal. Biarlah untung tak seberapa, tapi pelanggan puas hati dan akan sentiasa ingat kedai ni. Kami belajar prinsip ni pun dari ibu kami"kata Johari sambil tunjuk kepada Senah yang sedang sibuk menghias bunga-bunga mawar plastik dalam pasu perhiasan di ruang sofa.

"Hai Puan. Bagus anak-anak Puan ni"pelanggan tersebut menyapa Senah.

"Iya terima kasihlah datang membeli kat kedai ni ya"balas Senah sambil tersenyum.

Pelanggan tadi pun minta diri dan beredar.

"Wah barulah berseri kedai ni bang. Nasib baik mak ada dan pandai buat kerja-kerja menggubah bunga perhiasan"kata Johari sambil membantu ibunya meletakkan pasu besar itu di tepi sofa.

"Mmh...dah siap pun"kata Senah.

"Terima kasih mak"

"Sama-sama"balas Senah sambil menguntum senyuman.

Kemudian ibu kepada Herrizal dan Johari itu mengambil sebotol semburan pewangi lalu di sembur ke sofa di dalam kedai.

"Penyembur ni bagus. Boleh guna untuk sofa, tilam,leather dan sit kereta"kata Senah.

"kau kena beli sebotol tu Joe. Saziana kan kuat 'menembak' atas katil"

"Hahaha apalah kau ni bang"

Senah turut terlepas ketawa.

Tiba-tiba ada seorang lelaki muncul dekat pintu kedai itu. Orangnya agak tua dalam usia lewat lima puluhan memakai baju kot dan bercermin mata.

Encik Badri namanya. Dia datang mencari Johari. Beliau ialah pegawai dalaman pejabat pendaftaran nikah.

"Hm Encik Johari jangan risau. Segala rekod maklumat pernikahan Encik sama Saziana akan saya masukkan dalam pendaftaran komputer jabatan. Jadi tiada siapa akan syak ianya sijil nikah palsu"kata Encik Badri sambil menyuakan dua keping sijil pernikahan palsu.

"Aduh terima kasih banyak-banyak lah Encik Badri. Akhirnya saya dan Saziana dah punya sijil nikah"kata Johari gembira tak terkata.

Ibunya Senah dan Herrizal pun ada sekali.

Dekat dua ribu juga wangnya melayang untuk membayar Encik Badri.

"Tak boleh murah lagi ke?"

"Maaflah Encik Johari..kerja ni berisiko tinggi.  Saya sendiri pun boleh di buang kerja andai tertangkap kerana buat sindiket maklumat pendaftaran palsu begini"kata Encik Badri.

"Johari...kau bayar sajalah. Itu pun dah kira murah kalau nak di banding dengan kos majlis perkahwinan sebenar dan hantaran apa semua"nasihat Senah.

Johari akur dan membayar seperti jumlah yang di minta. Dia pun berjabat tangan dengan pegawai terbabit sebelum lelaki terbabit minta diri dan beredar.

"Kes Johari ni lebih kurang sama macam kes mak dengan ayah kalian dulu. Iyelah waktu kami bersekedudukan dulu mak masih isteri orang. Nak bernikah tak boleh. Bimbang pula di cekup pencegah maksiat. Sudahnya mak sama ayah mohon sijil nikah palsu guna sindiket. Aduh,masa tu barulah mak dan ayah rasa aman sedikit. Kemudian lahirlah kalian bertiga cahaya mata kesayangan mak"kata Senah tersenyum.

Herrizal dan Johari tersengih-sengih je lah.

Tiba-tiba wajah Senah jadi muram pula.

"Kenapa muram saja mak?"tanya Herrizal.

"Mak rindukan Nani kakak kau orang...di manalah dia sekarang ya? Mokhtar kata kakak kalian di pelihara keluarga angkat dan tinggal di tempat yang jauh. Di mana mak nak jejak Nani?"kata Senah.

"Apa? Di pelihara keluarga angkat? aduh...rasanya mak tak tahu cerita sebenarnya ni"kata Johari.

Herrizal dah tertunduk-tunduk sambil picit-picit kepala.

"Cerita sebenarnya apa Johari? kakak kalian kenapa? Dia ada di mana sekarang? Kalian ada pernah pergi mencari dia tak?"soal Senah ingin tahu.

"Jadi mak tahu apa yang berlaku selepas Mokhtar dan geng-geng dia rogol mak dan Kak Nani dulu?"

"Mokhtar beritahu yang dia dah bebaskan kalian dan cuma culik mak dan bawa ke suatu tempat yang terpencil. Kat situ mak langsung terputus berita tentang dunia luar. Dia tak bagi mak baca akhbar atau tengok berita. Televisyen pun tak ada di belinya. Mak cuma di beritahu kau orang berdua di pelihara oleh Pak Sargo sementara kakak kalian pula di pelihara oleh keluarga angkat"

"Kami tak sampai hati nak beritahu mak cerita sebenarnya tentang Kak Nani"kata Herrizal.

"Kenapa? kenapa dengan Nani? cakaplah dengan mak Herry...Joe.."desak Senah.

Herrizal bangun lalu pergi membuka sebuah almari. Dia masih menyimpan akhbar yang melaporkan berita sewaktu kedai barangan memancing milik ibunya yang terbakar serta dua orang yang terkorban dalam kejadian yang berlaku pada lewat tahun 70an itu.

Johari duduk di sebelah Senah.

"Harap mak tabah dan terima kenyataan sebenarnya ya.."kata Johari sambil memeluk ibunya.

Akhbar itu di beri kepada Senah.

Alangkah berkecainya hati Senah saat membaca laporan yang tertera. Air matanya berjuraian lebat.

"Alahai Nani...Nani...mak mati-matilah percaya Nani masih hidup dan selamat. Rupanya Mokhtar tipu mak hidup-hidup. Dia bakar kedai kita hingga kau terkorban kat dalam"kata Senah teresak-esak sebak.

Senah terjerit-jerit meraung hingga Herrizal dan Johari terpaksa menenangkan ibu mereka. Dek terlalu sedih mengenangkan kematian Nani yang agak tragis itu telah menyebabkan Senah pengsan.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience