29.MENUJU PEKAN CINA

Action Series 2816

29.MENUJU PEKAN CINA

HERRIZAL dan adiknya Johari berjaya menyelinap keluar dari bilik kurungan tersebut. Rupanya ia adalah sebuah bilik stor dalam sebuah gudang arak.

Dua orang yang masuk ke bilik kurungan mereka tadi adalah pekerja di gudang berkenaan. Dengan pakaian pekerja gudang yang berjaya di curi,tiada siapa pun yang mencurigai lakonan mereka.

Johari bersiul-siul sambil menolak troli di penuhi timbunan katun arak. Herrizal pula memikul sekatun dua lagi di bahu.

"Haa kasi masuk dalam lori"kata seorang lelaki di percayai adalah pengurus gudang.

Herrizal dan Johari menurut sahaja. Di luar gudang beberapa orang pekerja sedang sibuk melakukan tugas memuatkan katun-katun arak ke dalam muatan belakang sebuah lori.

Rupanya mereka sedang berada di Pekan Cina. Gudang itu sederet dengan bangunan letaknya restoran cina,kedai pajak, kedai judi, kopitiam dan pasar-pasar peniaga cina. Kawasan itu agak sesak dengan orang.

Dengan mudah sahaja dua pemuda itu telah berjaya meninggalkan gudang tadi dan hilang di celah-celah warga di kaki lima. Ada sebuah motel cina murah di mana kelihatan pelacur dan pondan bersidai di luarnya sambil melambai dan menantikan pelanggan.

Dua beradik itu pun mendapat satu akal. Mereka menyiul dua orang wanita lacur sambil berlakon mahu melanggan khidmat mereka.

Sampai di belakang lorong bangunan, dua pelacur itu pun di pengsankan.

"Aduh teruk betul idea kita kali ni bang"kata Johari sambil menyalin pakaian wanita lacur itu ke tubuhnya. Begitu juga dengan Herrizal.

"Untuk sekali ni ajalah Joe. Kita dah tak ada cara lain. Lagipun dalam bilik hotel nanti ada telefon. Kita boleh hubungi ke balai atau minta tolong ahli lain Petir Waja untuk datang ke Pekan Cina selamatkan kita dan Inspektor Yaslan"kata Herrizal sambil menyarung skirt panjang ketat dan baju wanita yang memberahikan.

"Ah bagus juga wanita-wanita ini pakai rambut palsu. Kita nak menyamar jadi apa bang?"kata Johari sambil menyarung rambut palsu wanita yang sungguh seksi di hiasi reben itu di kepalanya.

"Kita menyamar jadi pondan je lah Joe"

"Haih!"kata Johari sambil tepuk dahi geleng kepala,siap menggedik tayang baju bra bertali pintal di dada. Gincu sudah di sapu di bibir. Ada pulak bulu mata palsu melentik. Celana wanita ketat paras peha siap dengan hiasan manik-manik mewah.

Beg tangan wanita lacur tadi pun turut di 'pinjam' sekali oleh dua beradik itu.

Mereka pun mendaftar masuk ke motel cina itu dengan penyamaran sebagai mak nyah bapok.

"Haa ini you orang punya kunci. Bilik nombor 18 dekat tingkat dua, hujung sekali..harga sewa satu hari dua puluh ringgit saja"kata apek tua pemilik motel.

"Terima kasih apek..jom naik nyah..tak kuasa mami nak tunggu pelanggan berjam-jam kat luar nun..lebih baik kita pergi membuta lagi best kan.."balas Johari dengan meniru nada suara seperti seorang bapok lalu mencapai kunci yang di hulur.

"Wahh..gua tak pernah nampak pun you dua orang sebelum ini..'nama siapa?'tanya apek itu.

"Ohh..kita orang saja lah mari 'cari makan' kat China Town ni pulak apek..by the way my name is Mami Juhara..and this is my friend...Herrina"kata Johari.

Nyaris Herrizal hendak terlepas ketawa. Lucu benar melihatkan 'lakonan' Johari sebagai bapok. Cukup menjadi.

"Ohh welcome...welcome"balas apek.

Wang pun di serah sebelum Herrizal dan Johari melenggang lenggok menaiki tangga untuk ke bilik mereka di tingkat dua.

Selepas mandi, mereka pun duduk berbincang tentang apa tindakkan seterusnya yang perlu di ambil. Telefon juga di sediakan dalam bilik sewa itu untuk mereka membuat panggilan ke luar.

                           *******

"Arghhhhhh!"

Dua orang lelaki yang di tugaskan menjaga dan menguruskan bilik stor terhumban di tumbuk kuat ke wajah masing-masing.

"Tak guna! bodoh! kenapa cuai sangat sampai mereka boleh terlepas?"maki tauke Boon Chai yang datang ke gudang arak di mana Inspektor Yaslan masih terkurung di bilik stor.

"Me..mereka serang kami bos"

Cina gemuk itu pun mendengus-dengus marah. Dia menoleh ke arah Inspektor Yaslan yang duduk di suatu sudut.

"Hm gua rasa itu dua orang anak Pak Sargo pasti masih berada di Pekan Cina ni dan bersembunyi di mana-mana. Cepat pergi ajak yang lain-lain cari mereka sampai dapat!"arah Boon Chai.

"Baik bos!"

Dua orang suruhannya pun beredar.

"Tak sangka tauke Boon Chai pun terlibat bersubahat sama Mahmud dan skuad Helang Besi ya?Hm saya pasti akan dapatkan waran untuk geledah dan siasat segala urusan perniagaan tauke"kata Inspektor Yaslan.

"Hei you diamlah Inspektor! jangan bermimpi kau akan terlepas dari sini. Pelabuhan Helang tak perlukan pegawai-pegawai polis jujur dan amanah seperti you! Hahahaa ketua-ketua pelbagai kumpulan gangster pasti gembira dapat tahu you sudah kena tawan. Mereka pasti ternanti-nantikan pula berita pembunuhan ke atas you"

"Saya pasti bantuan akan tiba dalam masa terdekat. Kamu harus ingat..bukan semua pegawai polis Pelabuhan Helang terlibat dengan jenayah dan salahlaku. Masih ramai lagi yang bersih,jujur dan amanah!"tegas Inspektor Yaslan.

Boon Chai pun merentap leher Inspektor Yaslan dengan kasar.

"You dengar sini Inspektor...kalau pihak polis berani serbu ini Pekan Cina,gua pasti akan bunuh dan humban mayat you depan mereka!"ugut Boon Chai.

                           ******

"Hm baiklah....kalau macam tu aku dan Johari akan tunggu kau orang datang ke Pekan Cina ni pada waktu malam nanti. Kami berdua sekarang terpaksa bersembunyi kat Aqua motel. Inspektor Yaslan masih lagi kat bilik kurungan dalam stor gudang arak. Oh ya, aku fikir lebih baik kita bertindak sendiri je. Jangan dimaklumkan hal ni kepada balai. Aku bimbang kalau pegawai-pegawai korup pulak yang tangani hal ini. Kita hanya boleh letak kepercayaan kita pada Inspektor Yaslan sahaja. Ya baik..baik..jumpa malam nanti"

Herrizal baru selesai menghubungi Qazrel di gudang markas Petir Waja dan menyampaikan maklumat terperinci keberadaan mereka terkini. Nampaknya Pekan Cina bakal di serbu oleh Petir Waja pada sebelah malam nanti.

Johari sedang berdiri dekat tingkap bilik motel sewa di tingkat atas itu dan melihat ke luar. Suasana kelihatan agak kecoh sedikit di jalanan dalam Pekan Cina. Samseng-samseng upahan Boon Chai berkeliaran ke sana sini.

"Apa yang kecoh-kecoh di luar sana tu Joe?"tanya Herrizal ketika gagang telefon sudah di letak.

"Ahli kumpulan Tian Long berkeliaran sambil bawa parang dan sebagainya bang. Aku rasa mereka dah menyedari bahawa kita telah terlepas dari bilik kurungan dan sekarang mereka sedang buru dan cari kita"kata Johari.

Herrizal bangun dan pergi melihat sekali dekat tingkap. Warga pejalan kaki dan para peniaga riuh-rendah melihat gerombolan ahli kumpulan Tian Long berparang dan menyoal setiap orang di kaki lima.

Seketika kemudian barulah keadaan reda.

                             *******

Pada sebelah malam itu belasan ahli kumpulan Petir Waja berkumpul dan berjalan menuju ke Pekan Cina yang letaknya di suatu area dalam Pelabuhan Helang juga.

Ketika gerombolan itu tiba di sana, mereka telah di sambut dengan serangan oleh ahli kumpulan samseng cina Tian Long. Berlaku pertempuran hebat di jalanan kaki lima Pekan Cina.

Warga awam dan para peniaga bertempiaran lari.  Bunyi senjata berlaga dan berdesing-desing serta hiruk-pikuk suara memecah suasana.

Herrizal dan Johari yang berada di Aqua Motel juga telah dapat melihat betapa hebatnya kacau-bilau yang berlaku di jalanan pasar kaki lima Pekan Cina. 

Sementara itu berapa orang samseng Tian Long terhumban ke rak buah-buahan sebuah warung tepi jalan akibat di belasah oleh Ammar yang mahir ilmu persilatan sambil di bantu oleh beberapa orang lagi ahli Petir Waja.

Qazrel yang aneh penampilannya dengan rambut panjang mengurai berkelubung dan berwajah separa melecur itu bukan sahaja hebat berlawan,malah amat mahir dalam penggunaan pelbagai senjata termasuk pedang,pisau,kerambit dan sebagainya. Dia sering di gelar sebagai 'hantu' dek wajahnya yang tampak ngeri itu.

Tiga empat orang samseng Tian Long bersenjatakan parang di tumpaskannya sendirian saja dengan mudah.

Begitu juga dengan kehandalan Kugaressan,Meng Li, Sapik dan beberapa orang lagi sahabat seperjuangan walaupun ada dua tiga orang di antara mereka yang tidak bernasib baik dalam pertempuran tersebut.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience