12.SATU MATLAMAT
PINTU utama gudang itu pun di buka. Ia tidak berkunci dari sebelah dalam. Herrizal,Johari dan Kugaressan pun melangkah masuk. Memang agak gelap di dalam sana, malah mereka bertiga pun tidak tergerak hati ingin mencari suis lampu kerana memikirkan status gudang terbiar sebegitu sudah tentulah bekalan elektriknya telah lama di putuskan.
Namun mujurlah Johari sentiasa ada membawa lampu suluh kecil di dalam poket jaket yang di pakainya.
Cahaya dari lampu suluh bersimpang-siur menyuluh ke merata-rata. Gudang dua tingkat itu agak luas dan banyak kotak-kotak kabin barangan bersusun di lantai tingkat bawah. Mereka pun turun melalui tangga.
Di suatu sudut kelihatan ada sebuah forklift buruk.
"Uih tengok ni..ada punching bag. Agaknya ada orang guna gudang ni untuk melatih bertinju ke?"kata Johari tertarik pula melihat sebuah beg tinju tergantung di suatu sudut.
"Hm mungkin dah ada kat situ sejak gudang ni masih beroperasi sejak dulu lagi"agak Herrizal.
Tiba-tiba mereka bertiga terkejut apabila lampu-lampu utama dalam gudang menyala dengan sendirinya. Sekelip mata seluruh gudang menjadi terang-benderang.
"Ah takkanlah hantu punya kerja kot?"
"Hish kau ni Joe..takkanlah hantu punya kerja. Kan ada orang batuk-batuk tadi...dah tentulah ada orang tinggal dalam ni"kata Kugaressan.
Herrizal mendongak melihat apa entah.
"Kau tengok apa bang?"tanya Johari.
"Hm cuba korang perhatikan setiap tingkap dalam gudang ni. Semuanya di tutup dengan papan kayu dari sebelah dalam. Jadi walaupun lampu di buka dan terang-benderang di sebelah dalam, tapi kat luar gudang tetap akan nampak gelap sebab cahaya tak keluar"ujar Herrizal.
"Okey bro aku faham apa yang kau cuba nak sampaikan. Itu ertinya orang yang tinggal dalam gudang ni sengaja tak mahu orang luar tahu bahawa gudang ni berpenghuni"teka Kugaressan.
Mereka pun naik semula ke tingkat atas gudang. Sewaktu mereka masuk tadi agak gelap. Suluhan lampu picit Johari pun tidak menyeluruh. Tapi bila keadaan sudah terang-benderang begini barulah jelas semuanya. Rupanya ada ruang santai di lengkapi dengan sofa-sofa untuk melepak. Di satu sudut ada peti ais.
Lantai tingkat atas di hampar dengan permaidani. Lebih menarik apabila turut terdapat sebuah dua mesin arked video games dan meja snooker.
Lampu-lampu neon bagai di kelab malam pun turut menyala.
Herrizal,Johari dan Herrizal bagai tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Ternyata dakwaan bahawa gudang tersebut berhantu kemungkinan sengaja di heboh-heboh buat menakut-nakutkan orang ramai agar tidak berani menceroboh ke situ dan mengganggu penghuninya.
"Wuih kalau macam ini yang dikatakan gudang berhantu tapi siap ada ruang melepak untuk main snooker,arked video games dan lampu-lampu neon berkerlipan,aku sanggup melepak sepanjang hari tanpa rasa bosan kot"kata Johari sambil duduk di salah sebuah mesin arked yang sedang bernyala.Â
"Haha..wei bro aku rasa si 'hantu' yang huni gudang ni mungkin sengaja nak takut-takutkan orang supaya tak ada mana-mana kumpulan jalanan samseng yang berebut nak jadikan gudang ni sebagai markas lepak mereka kot"kata Kugaressan sambil bermain snooker.
Herrizal kemudiannya turun ke tingkat bawah. Dia berjalan ke segenap ceruk dalam gudang. Ada banyak bilik tapi berkunci. Kemungkinan bilik-bilik pekerja fikirnya.
KREKK...
Tiba-tiba daun pintu sebuah bilik terbuka. Herrizal menoleh dan pergi ke situ. Baru saja dia ingin mengintai ke dalamnya tiba-tiba suatu tendangan menyinggah ke mukanya.
BUKK!
"Arghhhhhh!"
Herrizal terhumban dan berdebuk jatuh.
Johari dan Kugaressan yang terdengar suara Herrizal mengerang serta-merta berlari turun ke tingkat bawah.
Seorang lelaki yang berkelubung kepala dan tubuh berdiri tercegat dengan wajah yang mengerikan. Kelubung jubahnya mempunyai mantel di belakang. Sungguh aneh sekali penampilannya. Sebelah wajahnya pula melecur teruk.
"Bangsat! berani kalian ceroboh dalam gudang ni!"kata lelaki berwajah lecur itu lalu rentapnya leher Herrizal dan humban pemuda itu berguling-guling jatuh.
"Ughhhhh!"
Malang betul nasib Herrizal.
"Herry!"teriak Kugaressan.
Johari terus meluru ingin menyerang lelaki terbabit. Tumbukkannya di tepis mudah sebelum perutnya di siku. Johari mengerang sambil menekup perut. Lelaki itu humban tubuh Johari hingga terbang melayang sebelum jatuh dekat timbunan kotak-kotak.
"Ughhhhh!"
Kugaressan melompat dan melayangkan tendangan tornado namun lelaki itu jauh lebih pantas menundukkan badannya. Apabila pemuda india itu berjejak semula ke lantai,kakinya di libas dengan tendangan leret hingga dia terbaring.
"Cakap! dari kumpulan mana kalian ni? atau komando gila tu dah berjaya kesan persembunyian aku kat gudang ni dan hantar kau orang untuk tangkap aku?! hah cakaplah!"kata lelaki berkelubung dengan wajah separuh lecur.
Leher Herrizal di cekaknya lagi.
"Nanti...nanti...jangan salah faham.. kami bukan dari mana-mana kumpulan pun. Dan kami tak kenal siapa komando gila yang kau cakapkan tu"kata Herrizal.
Wajah Herrizal di renung tajam.
"Habis tu kenapa ceroboh kemari?!"
"Kami kena kepung oleh dengan kumpulan-kumpulan samseng jalanan kat kawasan funfair terbiar tu sebelum akhirnya kami nekad lari ke sini untuk selamatkan diri. Kemudian kereta peronda ke hulu ke hilir dekat setengah jam sebelum hujan pulak turun lebat. Nah sekarang kami terkandas kat gudang ni"ujar Kugaressan.
"Aku nampak kau kat tingkap tadi. Dengan wajah kau yang mengerikan tu mula-mula aku percaya juga dakwaan konon gudang ni berhantu. Tapi lepas terdengar kau batuk-batuk, fikiran aku berubah"kata Herrizal.
Lelaki itu pun melepaskan cengkaman tangannya dari leher Herrizal.
Timbunan kotak-kotak di mana Johari di lempar tadi letaknya di tepi sudut. Ada papan dart dekat dindingnya. Johari baru terperasan ada foto-foto gambar di lekat pada dinding tersebut.
Kelihatan panah dart terpacak pada fotonya. Apabila di perhatikan betul-betul,Johari seraya terkejut besar.
"Eh bang! kau tengok gambar siapa kat foto ni"teriak Johari.
Herrizal segera menghampiri dinding sudut berkenaan. Berkerut dahinya apabila melihat foto tersebut adalah gambar Mokhtar dan konco-konconya. Serta-merta darahnya naik menyirap. Dia pun menoleh ke arah lelaki berkelubung itu.
"Apa kaitan kau dengan syaitan-syaitan durjana ni hah?! cakap!"teriak Herrizal.
"Dan apa pula kaitan kau dengan Mokhtar dan konco-konconya tu?"soal lelaki berkelubung dengan wajah separuh lecur itu.
"Inilah bajingan yang bunuh ayah aku, rogol ibu dan kakak aku..aku bersumpah akan buru mereka semua dan balas dendam!"kata Herrizal dengan agak beremosi.
Tiba-tiba lelaki berkelubung itu meraba koceknya dan mengeluarkan sebatang mata panah dart lalu di lontarnya tepat hingga terpacak ke foto salah seorang konco Mokhtar.
"Aku cari lelaki tu! Mobin namanya. Dialah komando gila yang aku sebutkan tadi. Hampir lapan tahun lamanya aku terpaksa bersembunyi dalam gudang ni kerana tak mahu di kesan oleh Mobin. Aku nekad berlatih ilmu tempur sepanjang tempoh tu demi membalas dendam atas penyeksaan kejam yang di lakukan oleh Mobin ke atas aku"kata lelaki itu sambil tunjukkan wajahnya yang melecur teruk.
"Jadi maknanya kita mempunyai satu matlamat yang sama"kata Herrizal.
"Nampaknya begitulah. Maafkan aku kerana dah berkasar dengan kalian semua tadi. Aku Qazrel...'hantu' yang heboh di perkatakan oleh ramai orang kononnya menjadi penunggu dalam gudang besar ni"kata lelaki dengan wajah lecur itu.
Herrizal,Johari dan Kugaressan tertawa kecil.
              ***
Di luar gudang hujan sudah mulai reda. Herrizal,Johari dan Kugaressan duduk-duduk di sofa tingkat atas gudang. Jam sudah menginjak ke pukul 12 malam.
Qazrel datang dari tingkat bawah sambil menatang dulang berisi kopi dan biskut.
"jemputlah minum. Kopi panas dan biskut je"
"Terima kasih"ucap mereka bertiga.
Herrizal dan Johari rancak bercerita tentang kisah silam bagaimana ahli keluarganya di aniayai,di bunuh dan rogol oleh Mokhtar dan konco-konconya belasan tahun lalu.
Qazrel hanya menggeleng kesal sambil menatap foto ahli keluarga dua pemuda tersebut. Begitu juga dengan kisah Kugaressan dan penduduk di kawasan setinggan tempat tinggalnya yang hidup dalam ketakutan gara-gara kejahatan Mahmud dan anak-anak buahnya.
"Bro...aku fikir kat luar sana pasti ada ramai lagi mangsa-mangsa penindasan dan kejahatan yang senasib dengan kita semua. Mereka mungkin ingin bangkit membela nasib tapi mereka tak punya sokongan dan rakan seperjuangan. Kalau kumpulan samseng dan jahat boleh bermunculan macam cendawan lepas hujan, kenapa tak ada satu pun kumpulan orang baik yang bangkit untuk menentang mereka?"begitu Kugaressan melemparkan buah fikirannya.
Herrizal,Johari dan Qazrel jadi berminat dengan idea Kugaressan.
"Aku setuju dengan kata-kata Kuga. Mungkin dah tiba masanya kita tubuhkan sebuah kumpulan yang akan menjadi penentang kepada kumpulan-kumpulan samseng jahat yang bersepahan di luar sana. Kita akan banteras mereka habis-habisan. Lagipun kita sefahaman dan punya matlamat yang sama"kata Qazrel.
"Aku fikir kalau kita dapat realisasikan hal ni pasti ramai orang akan menyokong perjuangan kita. Dah tiba masanya untuk kita bersihkan Pelabuhan Helang ni dari cengkaman jenayah yang telah sekian lama mencengkam hingga ke akar umbi"kata Herrizal pula.
BERSAMBUNG...
Share this novel