14.PANGKALAN RAHSIA
KEESOKKAN harinya Mahmud telah mengarahkan konco-konconya pergi ke kawasan perumahan setinggan dan menggertak Selvamuthusamy agar menyerahkan anak lelakinya si Kugaressan.
Keadaan agak kecoh. Para penduduk sekali lagi di ancam ketakutan dek kehadiran buruh-buruh pekerja syarikat binaan Tukul dan Paku itu.
"Cepat serahkan anak lelaki kau tu pada kami Selva. Budak tu dengan dua orang lagi rakan dia betul-betul dah cari pasal sama Tukul dan Paku tahu tak?!"kata seorang buruh.
"Kugaressan dah buat apa dengan budak-budak Mahmud?"soal Selvamuthusamy.
"Dia belasah orang-orang kami"
"Kau orang kan ramai. Macam mana boleh kalah jugak sama anak aku dengan dua orang kawan dia tu?!"
"Kurang ajar! banyak cakap pulak kau ya. Sudah! bakar je rumah dia ni!"arah buruh itu sebelum rakan-rakan nya mulai mencurahkan minyak petrol ke dinding rumah Selvamuthusamy.
Keadaan betul-betul kecoh. Penduduk merayu agar buruh-buruh itu tidak bertindak keterlaluan seperti itu.
Namun Kugaressan yang telah menjangkakan akan hal tersebut telah lebih pantas menghubungi Inspektor Yaslan. Dia bersama Herrizal dan Johari sedang memerhati tindak-tanduk buruh-buruh terbabit dari jauh. Ketika kereta peronda yang di naiki oleh Inspektor Yaslan tiba di kawasan perumahan setinggan itu, konco-konco Mahmud yang tidak menjangka akan hal itu lintang-pukang mahu cabut lari namun telah di tumpaskan oleh Kugaressan,Herrizal dan Johari. Mereka semua telah di gari.
Selvamuthusamy dan para penduduk menarik nafas lega. Inspektor Yaslan mengambil keterangan dari Selvamuthusamy dan berjanji akan mengheret kesemua buruh binaan itu ke muka pengadilan.
Tak lama kemudian Mahmud telah mendapat panggilan dari balai polis. Dia di minta hadir untuk memberi keterangan serta di pertanggungjawabkan atas perbuatan anak-anak buahnya.
PAKK!
Mahmud menumbuk meja di bilik ofisnya. Wendy terkejut betul dengan reaksi lelaki itu.
"Kenapa ni Mahmud?"
"Budak-budak i dah kena tangkap polis. Sekarang pihak balai suruh i pergi ke sana bagi statement. Sial! jangan haraplah i nak pergi"balas Mahmud dengan wajah merah padam. Nafasnya mendengus-dengus.
Dia pun menghubungi tauke Boon untuk meminta bantuan.
"Rileks Mud. I akan bantu you. Sekarang lebih baik you kemas pakaian apa semua. I akan bawa you ke tempat persembunyian yang selamat. Hei Mud..Wendy ada lagi sama you ke?"
"Ada...ada..kenapa tauke?"
"Tinggalkan Wendy. Tak perlu bawa dia. Nanti kat tempat baru i kasi you amoi yang lagi bagus"
"Haa?! kenapa pulak macam tu tauke?"
"I ada perancangan yang lebih bagus. Nanti i beritahu. Sudah,you cepat siap sekarang. Tunggu dekat jeti Pelabuhan"
"Lokasi tempat persembunyian tu kat mana tauke?"
"Salah sebuah pulau-pulau kecil dekat area x paling selamat"
"Situ kan hutan tebal. Gila you tauke..tak pasal-pasal i kena ngap sama rimau pulak nanti"
Boon Chai ketawa berdekah-dekah di hujung talian.
"Hei Mud. Dalam hutan tu ada markas rahsia i lah. Budak-budak i jaga tempat tu"
"Baiklah..jumpa dalam setengah jam dari sekarang"
Panggilan berakhir.
Mahmud berdiri menghadap lembaran peta Pelabuhan Helang yang ada di gantung pada dinding bilik ofisnya. Dia meneliti lokasi Pulau area X dan membulatkannya dengan pensel.
Wendy yang sedang duduk di sofa hanya melihat sahaja. Dia pun tidak tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran Mahmud.
"Wendy..cepat kita kemas semua barang-barang penting dan pakaian"kata Mahmud.
"Kita nak pergi mana ni Mahmud?"
"Ah ada lah..kemas je"
Setelah beg bagasi dan barang-barang di masukkan ke dalam bonet,pajero yang di naiki oleh Mahmud dan Wendy pun bertolak. Dia pergi begitu sahaja. Buruh-buruh pekerjanya pun tidak tahu bos mereka hendak pergi ke mana.
Tanpa di sedari oleh Mahmud,kereta yang di naiki oleh Herrizal dan Johari sedang mengekorinya dari kejauhan. Dua pemuda itu dapat merasakan Mahmud akan melakukan percubaan melarikan diri setelah anak buahnya tertangkap. Oleh sebab itu mereka segera bertolak ke lokasi syarikat binaan Tukul dan Paku sejurus pulang dari kawasan perumahan setinggan tadi.
"Hah memang tepat seperti yang kita duga..Mahmud memang nak larikan diri. Tengok tadi dia siap punggah beg-beg bagasi pakaian dan sebagainya"kata Herrizal yang duduk memandu dalam jarak beberapa puluh meter di belakang pajero Mahmud.
"Heheh dia ingat dia boleh nak larikan diri dari kita. Mesti terkejut beruk dia nanti"kata Johari.
Tiba-tiba pajero yang di naiki oleh Mahmud di lihat berhenti di sebuah deretan kaki lima bangunan dekat pekan. Mahmud di lihat keluar sebentar dari pajero bersama Wendy dan menurunkan beg bagasi pakaian wanita itu.
Kereta yang di naiki oleh Herrizal dan Johari juga terpaksa berhenti seketika agak jauh di belakang. Namun kehadiran mereka tidak mungkin di sedari oleh Mahmud kerana jalanraya pekan agak banyak dengan kenderaan lain.
"Sorry Wendy...i tak dapat bawa you ikut sekali"kata Mahmud.
"What?! why?!"soal amoi cina jelita itu.
"Ini arahan dari tauke Boon Chai. Elok you jumpa dan tanya kat dia sendiri kenapa dia suruh i buat macam ni"
Wendy tiada pilihan. Dia berdiri tercegat saja sambil melihat pajero Mahmud berlalu pergi sebelum dia berjalan kaki sambil menolak beg bagasi pakaiannya.
"Aik? kenapa Mahmud turunkan amoi cina tu kat pekan pulak?"soal Johari.
"Hm..aku fikir eloklah kita tumpangkan dia. Mana tahu kita boleh korek-korek rahsia Mahmud dari dia"cadang Herrizal.
Johari mengangguk-angguk. Lagipun pajero Mahmud telah terlepas pergi. Keadaan jalanraya pekan pula sesak.
"Cik nak ke mana? berat beg bagasi tu...naiklah. Kami boleh tolong hantarkan"pelawa Herrizal.
Wendy melihat ke tingkap kereta. Senyuman segera terukir apabila melihatkan wajah kacak Herrizal dan Johari. Dia sendiri pun tidak pernah tahu bahawa dua pemuda itulah yang sedang di buru oleh Mahmud sejak akhir-akhir ini.
"Ouh...boleh ke nak tumpangkan i?"
"Boleh..."
Herrizal tersenyum lalu keluar dari kereta dan membantu amoi cina lawa itu mengusung beg bagasi pakaiannya ke dalam bonet belakang. Wendy pun melabuhkan punggung di atas sit belakang kereta.
Kereta pun bergerak. Wendy pun memperkenalkan dirinya. Begitu juga dengan Herrizal dan Johari.
"Kami rasa macam pernah terlihat Wendy bersama dengan Mahmud kontraktor syarikat binaan tu. Ke atau orang lain?"tanya Herrizal.
"Yes..yes betul. Mmh..tadi i naik kereta dengan dia lah. And then tiba-tiba dia stop and suruh i turun kat pekan"kata Wendy.
"Haa? kenapa dia buat macam tu pulak Wendy? dia nak pergi mana sampai sanggup turunkan you kat pekan?"
"Entahlah...i pun tak faham. Dia kata atas arahan bos. I tak tahu dia nak pergi mana sebenarnya. Dia cuma suruh i kemas semua beg pakaian. Tau-tau sampai kat pekan dia suruh i turun"
Herrizal dan Johari masih belum berpuas hati dengan jawapan Wendy selagi mereka tidak tahu ke mana sebenarnya Mahmud ingin tujui. Jadi mereka pun bertanyakan beberapa soalan lagi.
"Err cik Wendy ni secretary Mahmud ke?"tanya Johari.
"Oh ahaha bukanlah"balas Wendy.
"Habis tu? girlfriend Mahmud?"
"Well...entahlah..how to say...mmh maybe i just teman tidur dia je macam tu. Yea i duduk dengan Mahmud"
"Oh kira bersekedudukan lah ni ya?"
"Hish kau ni Joe.."kata Herrizal.
"Ahahaha its okey Herry...betul lah cakap Joe tu. I tak pandai nak guna perkataan bahasa melayu untuk explain. Yea...macam Joe cakap tadilah..berduduk..berkeduduk..
"Bersekedudukan...tinggal bersama..hari-hari romen atas katil tapi tarak kawin..lama-lama perut pun besar...lepas tu keluar anak.."terang Johari lagi.
Langsung Herrizal dan Wendy terlepas ketawa.
"Baiklah Wendy...you nak i hantar you ke mana ya?"tanya Herrizal sambil melihat melalui cermin pandang belakang.
Wendy juga melihat ke cermin tersebut. Entah kenapa dia suka menatap wajah Herrizal yang kacak serta berbadan tingggi dan tegap itu.
"I pun tak tahu nak pergi mana dah"balas Wendy tersenyum dan mengenyit mata dan menyeka-nyeka rambutnya pada Herrizal dekat cermin.
"Err?"tersipu-sipu Herrizal di buatnya.
"Pssst!"Johari tersengih sambil memberi isyarat agar Herrizal membawa amoi itu pulang ke rumah saja.
"Err kalau Wendy tak keberatan...jomlah tumpang kat rumah kami dulu. Nanti bila you dah tahu nak pergi mana, saya akan hantarkan"pelawa Herrizal.
"Aha bestnya..okey..okey...macam tu i setuju"kata Wendy.
               ******
Langit di Pelabuhan Helang baik dan cerah. Kapal-kapal datang dan pergi. Sesekali bunyi serombong kapal memecah suasana. Pajero Mahmud tiba di jeti. Dia di sambut oleh beberapa orang suruhan tauke Boon Chai di sana.
Setelah pajero itu di sembunyikan dalam sebuah bangsal, Mahmud di bawa naik ke sebuah motobot besar dan mewah dan di bawa meluncur membelah lautan menuju ke lokasi Pulau area X.
Mahmud di beritahu bahawa area x hanya di kenali sebagai pulau hutan belukar tebal yang tiada di huni oleh manusia. Malah dalam lingkungan area X di lautan Pelabuhan Helang itu sendiri terdapat begitu banyak pecahan pulau-pulau kecil yang berhutan tebal. Akan tetapi tiada siapa pun tahu,di salah sebuah pulau itu telah di bina pangkalan rahsia Boon Chai.
Sudah bertahun lamanya tauke cina gemuk itu bersekongkol dengan kapten Salar membina tempat itu sebagai markas dan tempat penyembunyian stok-stok barangan seludup sewaktu kapal kapten Salar masih gah berlayar di lautan dahulu.
Ketika tiba di Pulau X,Tauke Boon Chai sendiri sudah menanti dan menyambut kedatangan Mahmud.
"Hahaha apa macam dengan tempat ni Mud? masih takut lagi dengan ancaman rimau?"kata tauke cina gemuk pendek itu ketawa sambil hisap curut berkepul-kepul.
"Wow...saya tak pernah tahu langsung tentang kewujudan pangkalan rahsia dekat pulau ni tauke. Dari jauh nampak hutan belukar saja"kata Mahmud yang masih kagum dengan keadaan di pulau terbabit. Sememangnya di sekeliling tepian pulau di biarkan berhutan tebal agar dapat melindungi pangkalan rahsia yang ada di situ.
"Haha i sama Salar sudah bina lama ini tempat Mud. Sebab tu polis masih gagal merampas sebahagian besar stok barangan seludup yang Salar bawa masuk ke dalam negara melalui kapal. Sekarang ini pangkalan sudah jadi tempat persembunyian orang lari dari polis"
"Hahaha janganlah perli saya tauke"kata Mahmud.
"Hei Mud...bukan you seorang sahaja yang lari dari polis. Tengok dekat sana tu"kata tauke Boon Chai sambil tunjuk ke arah pelantar bangunan pangkalan.
Kelihatan beberapa orang lelaki berbadan tegap dengan topi kelasi sedang rancak berlatih berlawan bersama.
"Skuad Helang Besi pun ada?"kata Mahmud.
"Hehe..lepas berita Salar di temui mati dan operasi pembongkaran kegiatan haram beliau di dedahkan, skuad Helang Besi terpaksa lari ke sini untuk perlindungan. Alah..lagipun mereka sudah biasa pun dengan ini tempat"ujar tauke Boon Chai.
BERSAMBUNG...
Share this novel