21.RAHSIA YANG SUKAR DI PERCAYAI

Action Series 2816

21.RAHSIA YANG SUKAR DI PERCAYAI

KABUS pagi masih terawangan di kawasan puncak bukit menghijau dengan pokok-pokok itu. Udaranya sungguh bersih dan nyaman bersama kicauan burung yang terbang bebas di udara. Seawal jam tujuh lagi Herrizal dan Johari sudah keluar pergi berjogging untuk meningkatkan kecergasan tubuh mereka.

Jarak dari rumah untuk kawasan puncak berbukit-bukau itu mengambil masa lebih kurang sejauh setengah kilometer. Pemuda dua beradik itu akan melakukan aktiviti itu dua ke tiga kali dalam seminggu.

Dan setibanya di puncak bukit menghijau itu,mereka akan berpencak dan beradu kekuatan. Melatih setiap teknik dan skil berlawan yang di pelajari dari arwah bapa angkat mereka iaitu Pak Sargo.

"Heyarghhhh!!!'

Johari berlari kencang lalu melompat tinggi dan melibas suatu tendangan. Herrizal melompat balik kuang ke belakang. Tendangan itu berjaya di elakkannya. Namun Johari tidak setakat terhenti di situ. Dia terus mengasak lagi dengan tumbukkan dan tendangan pantas bersilih-ganti.

Begitu juga dengan Herrizal.

Dua pemuda itu saling berbalas serangan sambil sesekali menepis dan mengelak. Sekejap Johari di terkena penumbuk. Kemudian giliran Herrizal pula di hadiahkan dengan tendangan.

"Arghhh"

Dua beradik itu masing-masing terhumban ke belakang.

"Aduhh... kuat betul penangan kau pagi ni bang"kata Johari sambil mengusap ke rangkung dan pipi yang terkena tumbukkan.

"Fuh..libasan tendangan kau pun makin pantas dan berbisa Joe.."kata Herrizal sambil mengusap ke bahu kirinya.

Johari pun melihat ke jam tangan.

"Dah pukul lapan setengah pagi ni. Aku rasa sampai sini je lah dulu latihan kita untuk pagi ni bang.. perut pun dah lapar ni'kata Johari.

''Okey...okey..jomlah kita pulang"

                          __________

SEEKOR burung helang besar di lihat melayang di dada langit biru sebelum turun dan menyambar seekor ikan di permukaan laut dekat Pelabuhan Helang. Ia berligar-ligar mencari daratan untuk di singgahi agar dapat ia meratah habuan ikan yang masih meliuk-lentok dalam genggaman kedua cakar kuku kakinya.

Namun ia terpaksa terbang pergi jauh tatkala sebuah motobot tiba-tiba muncul dan meluncur laju menuju ke jeti di mana ada sebuah kapal Cruise persiaran mewah raksasa di parkir dekat situ.

Gerangan orang yang datang dengan motobot itu siapa lagi kalau bukan Mahmud. Dia datang untuk bertamu lagi di kapal persiaran mewah Mokhtar.

Dalam pertemuannya dengan Mokhtar kelmarin, Mahmud tidak dapat berlama-lama sangat di atas kapal persiaran mewah itu kerana ada urusan lain yang hendak di buat.

Hari ini dia bertandang lagi ke situ untuk menyampaikan berita-berita gempar tentang apa yang telah terjadi di Pelabuhan Helang di sepanjang ketiadaan Mokhtar di tanah air.


****

"Ini kan foto gambar Bakri,Senah dan anak-anak mereka. Mana mungkin aku lupa. Ada apa halnya dengan foto ni Mud?"soal Mokhtar ketika dia dan Mahmud melepak dekat kafeteria dalam kapal persiaran mewah itu.

"Bukan foto ini yang menjadi soalnya Mokhtar. Tapi dua orang budak lelaki dalam gambar ini... Maksud aku anak-anak Bakri dan Puan Senah"

Mokhtar menatap lagi gambar dua orang budak lelaki itu.

"Kenapa dengan budak-budak ni?"

"Kita tersilap tak bunuh mereka dulu. Sekarang mereka dah dewasa dan muncul untuk menuntut balas atas kematian ibu bapa dan kakak mereka"

"Hahaha apa saja yang mereka boleh lakukan pada kita Mud? engkau tak usahlah nak jadi penakut pula. Apa engkau pasti itu memang anak-anak Bakri sama Senah?"soal Mokhtar.

"Agaknya kau masih belum dapat khabar berita tentang Salar ya Mokhtar?"

"Ah dah lama juga aku tak jumpa Salar. Aku dengan dia memang sudah berputus arang. Besar juga pertelingkahan di antara kami dulu. Oh ya kenapa dengan Salar Mud?"

"Salar dah mati kena bunuh. Dia mati di belasah dengan teruk. Sebenarnya tauke Boon Chai yang sedarkan aku tentang perkara anak-anak Bakri sama Senah kerana dia dan Salar berpakat bunuh Pak Sargo dalam suatu kebakaran. Cerita ni memang masuk akal Mokhtar. Ada suatu perkara yang kita semua terlepas pandang sejak dari dulu"

"Apa perkara tu Mud?"

"Dua orang anak Bakri sama Senah di pelihara oleh Pak Sargo hingga dewasa. Mereka juga hebat berlawan macam bapak angkat mereka. Samseng-samseng upahan tauke Boon dan geng-geng jalanan pun habis di belasah dek mereka. Jadi bila Pak Sargo mati, di situlah mulanya mereka membalas dendam. Salar yang pertama mendapat balasan. Sekarang ni mereka sedang memburu aku pula. Ni..foto ni mereka hantar sendiri melalui hadiah hari jadi aku Mokhtar. Kalau bukan kerana mereka nak beritahu bahawa mereka dah muncul nak balas dendam sebab kita bunuh dan rogol keluarga mereka dahulu, habis atas sebab apa lagi Mokhtar?"

Kali ni Mokhtar terdiam dan termenung agak lama.

"Kau diam saja Mokhtar?"

"Ah kau tenang-tenang sajalah Mud. Aku masih belum jumpa dan tengok sendiri depan mata bagaimana kehebatan anak-anak Bakri berlawan. Tapi kalau mereka muncul nanti tahulah aku ajar mereka. Itu bukan perkara susah bagi aku. Hm tapi budak-budak itu pun tak pernah tahu cerita sebenarnya tentang ayah dan ibu mereka ya?"kata Mokhtar tersengih.

"Maksud kau?"

"Hahahaha apa kau dah lupa Puan Senah tu kan isteri orang yang di bawa lari oleh Bakri? Memang lah kita dulu-dulu jahat Mahmud...kita bunuh Bakri..kita rogol Puan Senah dan anak perempuannya. Apa kau dah lupa siapa yang upah kita lakukan perkara itu dulu kalau bukan suami si Senah sendiri? hahaha nanti kalau budak-budak tu muncul nak bunuh kau..kau beritahulah perkara sebenarnya ini kepada mereka. Biar mereka tahu bahawa betapa jahatnya bapa mereka dulu sanggup melarikan isteri orang. Biar budak-budak itu tahu bahawa ibu mereka si Senah itu adalah isteri orang lain. Bakri dan Senah bersekedudukan hingga melahirkan tiga orang anak luar nikah. Lepas kau beritahukan perkara sebenarnya ini nanti aku pasti budak-budak itu akan menyumpah seranah ibu bapa mereka balik..hahahaa"kata Mokhtar ketawa besar.

Mahmud tersengih dan mengangguk-angguk.

''Haha bukan setakat itu saja Mud. Aku ada 'kejutan' yang mungkin sukar  untuk kau percayai. Ini adalah rahsia yang aku simpan sejak bertahun-tahun lamanya,malah tiada seorang pun di antara sahabat-sahabat kita waktu sama-sama dalam kumpulan samseng jalanan dulu yang tahu perkara ini"

"Haa? rahsia apa pulak ni Mokhtar?"

"Ayuh ikut aku"

Mokhtar dan Mahmud meninggalkan kafeteria dan berjalan ke ruang lain dalam kapal persiaran mewah yang besar itu. Mereka masuk ke dalam pub yang gemerlapan dengan sinaran lampu-lampu neon berkerlipan.

Di dalamnya sesak dengan puluhan perempuan simpanan Mokhtar. Pakaian mereka teramatlah seksi dan menjolok mata. Tetek mereka besar-besar dan hanya bersarung kutang bra bertali silang di leher dan di padankan dengan skirt kontot ketat celah peha atau celana ketat. Wajah mereka jelita-jelita.

Mereka habiskan masa berhibur di pub tersebut. Ada yang menjadi pelayan bar, ada yang rancak menari dan berdansa di ruang tari, mabuk-mabuk,main pool, bersembang dan sebagainya.

Katil-katil juga di sediakan dalam pub. Mahmud teguk air liur sahaja lihat perempuan-perempuan simpanan Mokhtar yang seksi-seksi itu sedang merangkak di katil dan bercumbu bibir sesama wanita.

Dalam ramai-ramai wanita itu ada seorang wanita yang paling jelita dan seksi walaupun pada pengamatan Mahmud wanita itu mungkin agak berusia. Mahmud tersentak bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Wanita itu seakan di kenalinya dulu.

"Eh? betul ke apa yang aku sedang lihat ni Mokhtar? wanita itu..ah tak mungkin...tak mungkin...sukar untuk aku percayai"

"Hahahaha kan aku dah cakap..kau pun sukar untuk mempercayainya. Tapi itulah kenyataannya Mud. Dia ada bersama aku selama bertahun-tahun lama.

Mahmud terus memerhatikan wanita tersebut. Nampaknya wanita terbabit bagaikan queen di antara semua perempuan-perempuan simpanan Mahmud yang ada di dalam pub hiburan terbabit.

Wajahnya agak lain sedikit dari waktu dulu-dulu. Rambutnya lebih besar dan memberahikan serta di hias reben bunga yang seksi.

Tetek besarnya melambung-lambung di sarung baju bra bertali pintal seksi yang ketat dan mewah berkilat-kilat.
Bulu matanya agak melentik dengan bibir tebal yang seksi.

Wanita berusia tetapi jelita itu sedang duduk menyandar dekat birai sebuah katil air sambil melujurkan batang kakinya yang menciut seksi di padankan pula dengan sandal high heels tumit tinggi.

Ada dua wanita muda lain sedang bermanja-manja dengannya di kiri kanan. Sesekali wanita itu berkucupan bibir ketat-ketat dengan wanita-wanita muda itu atau berlaga gelas minuman koktel.

"Aduh lain benar dia sekarang Mokhtar. Kau memang hebat menyimpan rahsia besar ni dari aku dan sahabat-sahabat kita lainnya"kata Mahmud masih bingung dengan semua itu.

"Hahahaha...maaflah Mud. Aku bukan saja-saja nak berahsia. Cuma pada ketika itu aku fikir wajahnya amat jelita juga. Kenapa tidak aku miliki sahaja. Hm sekarang dia benar-benar sudah aku miliki bertahun lama. Hei lebih dari itu dia juga telah melahirkan sembilan orang anak untuk aku Mud. Tak kisahlah betapa ramai pun wanita-wanita simpanan aku. Dia tetap permaisuri di antara semuanya"

"Fuh kalau begitu biarlah kau ceritakan segalanya pada aku Mokhtar. Ceritakan dari awal mulanya"

"Hm baiklah...aku fikir ceritanya sepatutnya di mulakan sewaktu kita berlima membuat angkara di dalam kedai dekat jeti itu...

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience