8.ONAR BURUH BINAAN
KAPTEN SALAR akhirnya mengaku bahawa memang beliau lah yang telah mengarahkan skuad Helang Besi pergi mensabotaj rumah kediaman Pak Sargo di desa Pulau Tulus hingga mengakibatkan orang tua itu terkorban dalam kebakaran.
Itu benar-benar membuatkan Herrizal dan Johari terbakar!
Akibatnya tubuh Kapten Salar melayang lagi di humban ke timbunan kotak-kotak dalam stor kapal.
"Arghhhhhh!!"
Jeritan dan rayuannya hanya sia-sia belaka. Di dalam bilik stor itu tiada siapa pun yang mendengarnya. Warga kapal persiaran mewah itu masing-masing sedang rancak di majlis makan malam di atas geladak. Bayangan maut dan dosa-dosa silam sedang menghantui diri kapten Salar.
Tubuhnya telah longlai bersama kesakitan dan kekesalan. Sedikit masa lagi ajal pasti menyapa dirinya.
Herrizal telah mencekik leher lelaki itu dan mahu segera menamatkan riwayatnya. Namun Kapten Salar masih ada sisa maklumat yang hendak di sampaikan.
"Nanti..nanti dulu..Tauke Boon Chai yang mengupah aku. Dia berdendam dengan Pak Sargo sebab orang tua tu dah banyak menumpaskan geng kumpulan samseng upahannya dekat Pasar Utama Pelabuhan. Boon Chai mahu mengawal semua peniaga pasar agar dapat memeras ugut mereka dengan meminta wang perlindungan"ujar Kapten Salar dengan suara yang lemah.
"Aku akan berhitung dengan tauke cina gemuk tu nanti"kata Herrizal.
"K..kau..kau takkan mampu apa-apakan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Tauke Boon kebal undang-undang. Ramai pegawai tinggi polis Pelabuhan Helang yang telah menjadi barua dan anjing suruhan beliau"
"Kalau undang-undang pun tak menyebelahi,aku akan gunakan cara lain untuk ajar dia"tegas Herrizal.
"Kau boleh bunuh aku...tapi di akhirnya kau tetap akan temui kegagalan juga..hahahahaha"perli Kapten Salar sambil ketawa berjela-jela seperti mana beliau ketawa sewaktu merogol arwah ibu dan kakak dua pemuda itu suatu ketika lalu.
Alangkah menyinga rasanya amarah yang terbakar di jiwa Herrizal dan Johari mendengar kata-kata dan ketawa Kapten Salar. Wajah pilu arwah ayah,ibu dan kakak mereka jelas tergambar di benak.
Hanya bedilan tumbukkan demi tumbukkan dan sepak terajang tanpa rasa belas kasihan sahaja dapat meredakan puncak amarah serta mengembalikan maruah yang jatuh sejak bertahun lamanya.
"Ughhhhh!"
Darah menyembur dari mulut Kapten Salar sebelum dia tertiarap dan menggelupur serta tidak bergerak-gerak lagi. Wajah dan tubuhnya bermandi darah. Matanya terbeliak.
Nyatalah lelaki itu telah menemui ajalnya.
Berita kematian Kapten Salar tular di dada-dada akhbar. Mayat beliau hanya di temui sehari selepas majlis makan malam yang di adakan di atas kapal cruise mewah terbabit.
Baru kini pembongkaran aktiviti haram penyeludupan dadah dan pelbagai barang terlarang yang di dalangi oleh Kapten Salar dapat di dedahkan ke pengetahuan umum setelah sekian lama bimbang dengan pengaruh dan ancaman Kapten Salar.
     _______________
Pagi tu Herrizal dan Johari ke kedai menjual kereta terpakai. Baru semalam mereka telah berjaya menjual motobot milik mereka pada seorang pembeli. Dengan wang yang di perolehi, dua beradik itu bercadang untuk membeli sebuah kereta terpakai sebagai kemudahan untuk mereka bergerak ke sana ke mari.
Herrizal duduk di sit pemandu sebuah kereta terpakai keluaran tahun 70an jenis Ford Escort sambil menggodek itu dan ini.
"Macam mana Joe? okey tak?"
"Wuih lebih dari okey lah ni bang. Lepas ni tak perlulah kita naik bas berhimpit-himpit dengan penumpang lain macam ikan sardin lagi"balas Johari.
"Haa kalau macam tu awak berdua jadilah beli kereta ni ya?"kata ejen kedai kereta terpakai yang duduk di sit sebelah pemandu.
Herrizal tersenyum dan mengangguk.
Selesai segala urusan jual beli di kedai kereta terpakai,dua pemuda itu pun terus meluncur di jalanan kota dengan kereta baru mereka. Singgah pula ke pasaraya untuk membeli barangan rumah.
"Apa rancangan kita seterusnya bang?"kata Johari sambil mencapai pek maggi,roti dan pelbagai makanan dalam tin dari rak pasaraya sebelum di masukkan ke dalam troli.
"Hm kita akan cari Mahmud. Rasanya kita boleh pergi ke tapak binaan tempoh hari. Budak-budak dia pun ada kat situ"balas Herrizal sambil menolak troli.
Johari mengangguk-angguk saja.
Ketika dalam perjalanan pulang dari pasaraya, mereka terserempak dengan beberapa orang pekerja kontrak binaan sedang mengenderai sebuah traktor.
"Eh macam kenal je muka-muka tiga orang pekerja kontrak yang sedang bawak traktor tu"kata Johari.
"Hah panjang pun umur mereka. Baru kita sebut-sebut pasal mereka tadi. Sekarang dah bertembung. Jom kita ekori mereka"kata Herrizal yang memandu kereta.
Walaubagaimanapun mereka tidak mengekori traktor itu dalam jarak dekat kerana di takuti tiga orang pekerja kontrak yang juga ahli kumpulan Tukul dan Paku itu mencurigai mereka pula.
Tak lama kemudian traktor itu di lihat membelok ke suatu jalan desa dan tiba di sebuah kawasan perumahan setinggan di pinggir bandar. Kereta yang di naiki oleh Herrizal dan Johari terus memerhati dari jauh.
Sungguh tak diduga apabila penduduk kawasan setinggan mulai keluar dari rumah masing-masing dan mengerumuni traktor terbabit.
"Nampaknya kehadiran mereka tak di senangi oleh penduduk. Tengok tu..mereka macam berbalah pulak"kata Herrizal.
"Aih pelik ni. Apa hajat budak-budak si Mahmud ni datang ke kawasan setinggan tu?"kata Johari.
Persoalan itu terjawab akhirnya apabila traktor tersebut di lihat mulai merobohkan sebuah garaj kenderaan. Para penduduk mulai berteriak-teriak bising dan marah.
Seorang lelaki india tua merayu-rayu pada tiga orang pekerja kontrak itu namun permintaannya tidak di endahkan.
"Rasanya mereka merobohkan garaj kenderaan pakcik india tu"agak Johari.
Tidak setakat itu saja, malah tiga pekerja kontrak itu mulai melompat turun dari traktor dan mulai berkasar dengan pakcik india tua terbabit.
Para penduduk yang cuba menghalang tindakkan mereka langsung di terajang sesuka hati.
Di tengah keributan itu muncul seorang pemuda india bertindak berani cuba membelasah ketiga-tiga pekerja kontrak biadap terbabit.
Terjadi pergelutan di antara mereka. Boleh tahan juga handalnya pemuda india itu berlawan. Ketiga-tiga lawannya mampu di tangani. Namun nasibnya agak kurang baik apabila lawannya mulai bertindak bacul dengan menggunakan batang kayu.
"Arghhhhhh!!!"
Pemuda india itu mengerang kesakitan saat libasan batang kayu hinggap di belakang tubuhnya. Para penduduk juga sudah mulai risau dengan keselamatannya.
Herrizal dan Johari bergegas turun dari kereta lalu pergi membantu melawan tiga orang buruh binaan ahli kumpulan Tukul dan Paku itu.
ZASS!
Libasan kayu itu di elak mudah oleh Johari sebelum dia menghantar tendangan tepat ke muka salah seorang lawannya hingga terhumban dan terbaring.
"Arghhhhhh celaka! bukan kamu berdua ke yang menceroboh tapak binaan hari tu?!"
"Baguslah kalau kau masih ingat lagi"Herrizal tersengih.
Dua orang buruh menyerbu ke arahnya sambil menghayun batang kayu. Sepantas kilat Herrizal meluru sebelum mengesampingkan dirinya ke tepi. Serangan lawannya tersasar.
Herrizal melompat dan melibas tendangan tepat di belakang salah seorang dari lawannya. Manakala yang seorang lagi di benamnya dengan kepala lutut tepat di perut.
"Ughhhhh!!"
Buruh itu tertunduk menekup perut.
Herrizal hadiahkan lagi dengan benaman sesiku lengannya di belakang tubuh lelaki itu serta melibas kekuda kakinya hingga terbaring.
Nasib buruh itu memang kurang baik. Dia di pijak tepat di perut.
"Arghhhhhh!!"
Herrizal dan Johari tenang saja. Bagi mereka tiga orang anak buah Mahmud itu tidaklah begitu susah untuk di tangani.
Johari memapah pemuda india yang terkena libasan kayu di belakang tubuh itu.
"Kau tak apa-apa ke?"
"Fuh aku tak apa-apa. Sakit sikit je lah. Terima kasih kawan. Nasib baik kau dua orang datang tolong. Kalau tidak mungkin aku dah patah-riuk tadi"balas pemuda india.
Seorang daripada buruh binaan itu di tendang melayang hingga terhumban dalam alat pengorek traktor. Manakala yang dua orang lagi Herrizal hantukkan kepala mereka sesama sendiri.
Sudahnya ketiga-tiga mereka kelam-kabut memanjat traktor untuk beredar pergi.
"Hei kirim salam kat Mahmud! bagitau kat dia yang aku akan datang cari dia pulak lepas ni faham!"teriak Herrizal.
Traktor itu pun berundur dan berlalu pergi.
Para penduduk di kawasan rumah setinggan itu berterima kasih kepada Herrizal dan Johari kerana telah datang membantu mereka menghambat tiga orang buruh yang datang membuat onar di situ.
Herrizal dan Johari duduk seketika di bangku bawah pokok redup di tepian padang kawasan perumahan setinggan itu. Pemuda india tadi pun ada sekali. Kugaressan namanya. Umurnya sebaya Herrizal. Pakcik india tua yang menangis dan merayu-rayu kepada tiga orang buruh itu pula adalah ayah kepada Kugaressan.
Menurut Kugaressan,ayahnya telah di tipu oleh kontraktor binaan yang di upah membangunkan garaj kenderaan rumahnya. Pada mulanya mereka meletakkan harga yang agak berpatutan dan di persetujui oleh bapa Kugaressan. Namun setelah garaj itu siap di bangunkan,kontraktor tersebut datang dan memberitahu kononnya dia tersilap meletakkan harga dan ingin meminta bapa Kugaressan membayar tetapan harga terbaru.
"Kau orang bayangkanlah bro..masa mula-mula dulu dia letak harga dalam tiga ribu je. Bila garaj dah siap dia minta lagi tambahan beberapa ribu. Jadi aku rasa bapa aku dah kena tipu dengan mereka. Bapa mana ada wang nak bayar banyak macam tu. Kontraktor tu mula berani ugut bapa. Hari ni paling teruk. Dia hantar budak-budak dia kasi roboh balik garaj tu. Jadi aku pun hilang sabar dan belasahlah buruh tiga orang tu"cerita Kugaressan.
"Bro...kau hebat jugak berlawan tadi. Cuma sahaja tiga orang tu main bacul guna senjata"kata Herrizal.
Kugaressan tersenyum saja.
"Bolehlah sikit-sikit bro. Lagipun mereka dah mula berkasar dengan penduduk tadi"
Tiba-tiba pemuda india tu termenung jauh dengan wajah risau. Johari pun bertanyalah apa yang bermain di fikirannya.
"Entahlah bro. Aku rasa Mahmud si kontraktor tu pasti akan hantar budak-budak dia datang ke sini untuk balas dendam. Hati aku rasa tak sedaplah"kata Kugaressan.
Herrizal menepuk-nepuk ke bahu Kugaressan.
"Jangan risau Kuga. Kita orang akan tolong kau. Kali ni Mahmud takkan terlepas lagi!"
"Wahh apa pulak Mahmud dah lakukan pada kau orang bro?"
"Besar dosa dia Kuga. Terlalu besar"balas Johari.
BERSAMBUNG...
Share this novel