57.BAYANGAN TRAGIS

Action Series 2816

57.BAYANGAN TRAGIS

JOHARI tertiarap sambil sesekali berguling menahan peritnya kesakitan di bahunya. Namanya di teriak-teriak beberapa kali.

Mokhtar sudah malas mahu menunggu lama. Dia terus menyerbu ke arah Herrizal. Taktik yang sama juga di gunakannya iaitu menyerang bertubi-tubi dengan libasan tendangan kencang.

Herrizal tenang menepis semua asakkan itu dengan tangannya sambil sesekali mengelak. Kini dia tahu bagaimana sakitnya menahan rembatan kaki Mokhtar seperti yang di alami oleh adiknya Johari.

Tapi Herrizal tidak mahu bertahan sahaja. Dia tahu yang dia harus mencuba nasibnya.

Ketika Mokhtar menerjah dengan suatu tendangan,pantas Herrizal menangkap kaki lawannya lalu di rentapnya kasar hingga Mokhtar terbaring.

Herrizal pun melompat ke atas tubuh Mokhtar dan benam penyiku ke perutnya.

"Ughhhhhh!!"

Mokhtar menekup perutnya. Herrizal tidak biarkan setakat di situ, di benamnya lagi kepala lutut pula ke perut lawannya.

Giliran Mokhtar pula berguling-guling  menahan kesakitan di atas lantai. Sorakkan bergema dalam kelab Lotus Feet.

Ahli kumpulan Petir Waja melonjak-lonjak bersemangat.

"Heheh macam itu ler Herry...dua puluh tahun akan datang,awak mungkin dah jadi legend"kata abang Mail.

Mokhtar bangun semula. Kali ini baru nampak wajahnya bertukar serius.

Herrizal bersedia untuk gerakkan seterusnya. Mokhtar meloncat-loncat sambil melayang-layangkan tinjunya buat memanaskan lagi tubuh dan otot.

Harghhhh!

Tumbukkan Mokhtar sepantas peluru di lepaskan ke arah Herrizal bertalu-talu.

Serangan itu di tepis elak atau sesekali Herrizal terpaksa berganjak. Tiba-tiba Mokhtar duduk dan melibas  tendang leret di atas lantai yang tak sempat untuk di elak oleh Herrizal.

Akibatnya pemuda itu terbaring.

Mokhtar merembat ke tubuhnya tanpa belas kasihan. Dan sebatang kakinya menghempas di atas tubuh Herrizal bagaikan sebatang pokok balak yang runtuh ke tanah.

Urghhhhhh!

Derita nampaknya Herrizal menanggung kesakitan. Mokhtar melompat atas tubuh pemuda itu lalu mencengkam rambutnya dan meninju ke mukanya beberapa kali.

Ahli Petir Waja mulai berasa bimbang dengan hal tersebut.

"Herry!... "

Senah jadi tak senang duduk. Dia ke hulu ke hilir sambil terus berteriak memberi semangat kepada anaknya.

Sementara itu Mokhtar bukan sahaja telah menguasai pertarungan,malah dia terus memprovok pemuda yang sedang kelelahan itu.

Rambut Herrizal di cengkam kasar.

"Hahahaha kau takkan mampu balas dendam untuk bapa dan adik perempuan kau. Ibu kau pula wanita murahan. Aku bunuh suaminya, tapi dia lebih minat bersekedudukan dengan aku sehingga melahirkan sembilan orang anak"

Dalam kesakitan dan kelelahan itu Herrizal cuba melepaskan tumbukkan ke muka lelaki itu. Namun serangan itu terlalu lemah dan di tepis mudah sahaja oleh Mokhtar.

"Hahaha kau terlalu lemah untuk berlawan dengan juara tomoi macam aku"

Tahu-tahu suatu tendangan hinggap di belakang tubuh Mokhtar. Cengkaman Mokhtar ke atas rambut Herrizal pun terlepas. Dia terhumban.

Johari rupanya yang membuat serangan itu. Dia terus menerkam ke atas tubuh Mokhtar dan melepaskan tumbukkan bertubi-tubi ke mukanya.

"Ughhh..."

Mokhtar kelihatan sengsara. Sekejap wajahnya terpaling ke kiri, sekejap ke kanan pula. Tumbukkan Johari pun bukan main kuatnya.

Gamat dan riuh-rendah suasana dalam kelab Lotus Feet. Ahli-ahli lain Petir Waja bersorak teruja dan terus memberi sokongan kuat.

"Arghhhhhh...tak semudah itu!"kata Mokhtar.

Lelaki itu membalas semula dengan tinju-tinju tomoinya yang jauh lebih kuat dan pantas serta bertubi-tubi.

Kali ini Johari pula hanya mampu bertahan. Beberapa dari peninju Mokhtar hinggap ke wajahnya. Mata Johari lebam-lebam. Hidungnya berdarah.

"Harghh!"

Mokhtar libas suatu tendangan padu sebelum Johari terhumban dan terbaring ke lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Senah hampir meraung melihat anaknya begitu. Abang Mail dan ahli-ahli Petir Waja tidak sanggup melihat keadaan Johari.

Herrizal yang di ganyang teruk tadi meluru pantas ke arah Mokhtar dengan bibir yang pecah serta berdarah. Dia melompat dan berpaut di belakang badan Mokhtar sebelum membenam kepala lututnya di belakang tubuh Mokhtar.

"Ughhhhh"

Mokhtar terbeliak biji mata. Sakitnya bagai di rempuh kayu balak. Dia pantas menoleh. Namun tumbukkan demi tumbukkan dari Herrizal lebih pantas menyinggah ke wajahnya.

Nampaknya Mokhtar masih di belenggu kesakitan di belakang tubuhnya di tambah dengan tumbukkan bertubi-tubi ke wajahnya, dia tidak mampu fokus untuk membuat serang balas.

"Harghhhh!!"

Herrizal menyergah kuat sebelum dia melompat,berpusing dan melibas tendangan demi tendangan ke wajah Mokhtar yang sudah mulai hilang rentak itu.

Suasana jadi sangat genting. Ahli Petir Waja menyorak nama Herrizal lebih kuat. Para pengunjung yang kuat menyokong Mokhtar pula kini berasa tidak senang duduk melihat lelaki juara tomoi itu terhuyung-hayang menerima pukulan demi pukulan.

Herrizal bagai di resapi semangat yang luar biasa. Dia teringat kembali bagaimana Mokhtar mengunci tubuh ayahnya dengan pelukkan kuat dari belakang sebelum lelaki itu membanting ayahnya beberapa kali.

Waktu itu dia dan adiknya Johari masih kanak-kanak. Mereka bersembunyi sambil mengintai perlakuan tidak berperi-kemanusiaan Mokhtar bersama rakan-rakannya ke atas bapanya Bakri.

Apalah daya dua orang adik beradik itu selain menangis dan hanya mampu melihat sahaja dari jauh.

                 ((IMBAS KEMBALI))

Langit petang pada 18 November tahun 1977 agak mendung. Hujan turun renyai-renyai membasahi kawasan pelupusan kenderaan yang sunyi-sepi itu.

Sekumpulan lima orang lelaki samseng sedang membelasah seorang lagi lelaki lain.

"Arghhhhhh"

Bakri berguling-guling kesakitan akibat di pijak beberapa kali oleh lima orang samseng itu.

Puas dia merayu belas kasihan,namun permintaannya tidak di endahkan.

"Tolonglah...tolong.. aku merayu kalian. Kan aku dah bayar wang perlindungan kedai tiap minggu pada kalian. Kenapa aku di perlakukan begini?"kata Bakri kesakitan sambil menangis.

"Hahahaha ini bukan soal bayar wang perlindungan. Tapi kami di bayar upah yang amat tinggi dan lumayan untuk melupuskan engkau dari dunia ini"kata Mokhtar.

"Si...siapa yang upah dan kenapa?"

"Suami kepada Senah yang upah kami untuk bunuh engkau. Ini balasan buat lelaki yang gemar larikan isteri orang...Harghh!"kata Mokhtar lalu di kuncinya tubuh Bakri dari belakang dengan pelukkan lengan sasanya.

Tubuh Bakri terangkat ke udara sebelum di banting hempas ke atas tanah

"Arghhhhhh"

Raungan Bakri tiada siapa yang dapat mendengarkannya pada ketika itu. Mokhtar mengulangi membanting lelaki itu beberapa kali hingga Bakri nyawa-nyawa ikan.

Dalam salah sebuah kereta lupus yang bertimbun dalam kawasan itu, ada dua orang kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan sepuluh tahun sedang bersembunyi di dalamnya sambil mengintai.

"Bang...kenapa orang-orang tu pukul ayah kita bang?..huuuu...uuuu"Johari menekap wajahnya ke tingkap dengan tangisan pilu melihatkan keadaan ayahnya yang lunyai.

"Joe...jangan rapat sangat ke tingkap.., nanti mereka nampak kita"kata Herrizal lalu menarik adiknya.

Dia pun memeluk adiknya yang teresak-esak itu sambil mengelap air mata.

"Mereka tu orang jahat Joe. Bila kita besar nanti kita mesti cari mereka semua dan balas perbuatan mereka"

Dua beradik itu terus mengintai. Sayu melihat bapa sendiri di perlakukan sebegitu. Seorang lelaki lain mematahkan kedua tangan bapanya.

Seorang lagi yang jongang giginya menjirus minyak petrol ke tubuh Bakri.

Api marak menyala bersama Bakri yang rentung terkorban di dalamnya.

Herrizal dan Johari berlinangan air mata dari dalam tingkap kereta buruk  itu.

"Aku...aku akan cari kau orang semua suatu hari nanti!"kata Herrizal sambil tersedu-sedan mengelap air mata.

        ((TAMAT IMBAS KEMBALI))

Sorakkan dalam kelab Lotus Feet menyedarkan Herrizal dari lamunan kisah silam penuh tragis itu. Bayangan api menjulang tinggi bersama raungan bapanya yang rentung serta-merta hilang. Air matanya berlinangan sambil tercegat menatap ke wajah Mokhtar yang lunyai dan terhuyung-hayang bagai hendak tumbang itu.

Herrizal menoleh ke arah Johari yang terbaring dengan wajah berlumuran darah.

"Mampus kau kali ni Mokhtar"begitu getus hati Herrizal sebelum kedua penumbuknya di genggam erat.

"Harghhhhh"

Pemuda itu menyergah kuat sebelum menyerbu dan mengunci tubuh Mokhtar dari arah belakang dengan kedua tangannya persis seperti apa yang di lakukan oleh Mokhtar ke atas ayahnya dulu.

Dengan segala daya kekuatannya,lalu di angkatnya tubuh Mokhtar dan di bantingnya ke belakang

Alangkah sengsaranya Mokhtar bila batang tubuhnya di banting hempas ke lantai.

Herrizal bagai orang kena rasuk. Di ulangnya membanting tubuh Mokhtar ke lantai berkali-kali. Dan berkali-kali itu jugalah Mokhtar terkapai-kapai menggelepar kesakitan.

Para pengunjung berasa ngeri melihat  semua itu. Pada pengamatan mereka Mokhtar akan terbunuh sekiranya pemuda itu tidak di hentikan dengan serta-merta.

Loceng pun di bunyikan tanda pertarungan itu sudah di batalkan.

Herrizal tidak mempedulikan semua itu. Dia terus membanting tubuh Mokhtar. Beberapa orang pengawal keselamatan menyerbu dan menghentikan perbuatannya.

Keadaan jadi sangat kecoh.

Herrizal di tarik beramai-ramai. Senah, Abang Mail Barong dan ahli kumpulan Petir Waja bersegera meluru masuk ke gelanggang dan menahan Herrizal yang seperti kerasukkan.

"Herry! hentikan...sudah-sudahlah tu. Awak dah menang dah. Kalau awak terus buat begitu, Mokhtar akan terbunuh nanti"kata Abang Mail menenangkan pemuda itu.

Herrizal terduduk lesu. Ada tangisan di pipinya. Bayangan tragis silam itu yang memberinya semacam suatu semangat yang membara.

Senah memeluknya erat sambil menangis.

"Mak tahu kau melakukan semua tu untuk ayah"kata Senah.

Johari di papah oleh ahli-ahli lain Petir Waja. Matanya lebam-lebam dan bengkak. Kepalanya pening dek darah yang banyak keluar dari hidung membasahi bajunya. Senah jadi sebak dan hampir pitam mengenangkan nasib anak lelakinya itu.Kain selendang kepalanya di gunakan buat mengelap darah di hidung Johari.

Sebuah ambulans di kejarkan ke kelab Lotus Feet. Mokhtar terpaksa di usung atas katil stretcher kerana tengkuknya patah akibat bantingan berkali-kali oleh Herrizal. Para peminatnya masih tergamam dan sukar menerima kekalahan juara tomoi kelas dunia itu di tangan Herrizal.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience