39.LELAKI DARI HUTAN

Action Series 2816

39.LELAKI DARI HUTAN

BUNYI cengkerik di hutan rimba belantara itu bagaikan hiburan dan halwa telinga bagi lelaki itu tidak kira pagi petang siang atau malam.

Langkahnya terus gagah menongkah denai,paya,semak-samun mahupun akar-akar pokok yang berselirat. Tidak lama kemudian cahaya rembulan dan kemilauan kota sudah semakin ketara di hadapannya.

Sehinggalah lelaki itu berjaya juga keluar dari hutan belantara tebal itu dan sedang berdiri di atas sebuah tebing tanah tinggi sambil mendongak ke langit malam berlatarkan bulan mengambang dan taburan bebintang.

Pelabuhan Helang yang bercahaya kini terbentang di hadapan matanya. Sudah lama benar dia hidup di hutan dan tidak ambil peduli langsung tentang dunia luar.

Hari ini lelaki itu keluar juga akhirnya. Dia merindui teman-teman lamanya. Apa khabarnya mereka kini? begitu terdetik pertanyaan di hatinya.

Dari atas tebing tinggi itu dia menunduk memandang ke bawah. Ada jalanraya dan kenderaan-kenderaan yang berpusu-pusu di atasnya.

Lelaki bertubuh tegap berseluar camo celoreng ala tentera serta memakai sepasang but askar itu menuruni tebing tanah tinggi itu dan meneruskan langkah perjalanannya sambil menyandang beg di belakang tubuh.

Kereta yang lalu-lalang di buat tidak hirau sahaja. Di lehernya tergantung seutas rantai askar. Sesiapa yang melihatnya pasti yakin beliau adalah seorang tentera.

Tak lama kemudian lelaki itu pun melintas jalan dan singgah ke sebuah restoran bar tepi jalan.  Lampu neon di luar pintu restoran itu berkerlipan.

Di suatu sudut kawasan parkir kelihatan pelbagai kenderaan termasuk beberapa buah motor besar.

Lelaki itu pun melangkah masuk ke dalam restoren bar. Beberapa orang pelanggan memandang kepadanya. Sekumpulan lelaki penunggang motor besar berbisik-bisik sesama sendiri sambil menjelingnya.

Dia buat tidak hirau saja dan terus duduk di suatu meja dan memesan makanan dan minuman. Sedang dia menikmati hidangan yang di pesan, lelaki-lelaki penunggang motor besar itu datang mengerumuninya.

Nampaknya ada yang tidak suka dan sengaja ingin mencari pasal dengannya. Kalaulah dia keluar hutan untuk mencari pasal dengan lelaki-lelaki itu sudah tentu dia akan pastikan mereka semua pulang sehelai sepinggang. Apa sahaja yang di miliki oleh mereka akan di ambilnya semua.

Jadi ada baiknya lelaki-lelaki penunggang motor besar itu membatalkan sahaja hasrat mereka.

Tapi sayang seribu kali sayang. Mereka tidak menghargai semua itu. Entah apa yang buat mereka berasa tergugat dengan seorang lelaki tegap dan memiliki ciri gaya tentera kental sepertinya.

Di saat lelaki-lelaki penunggang motor besar itu ketawa seronok mempermainkannya dengan mengambil pinggan dan cawan minumnya, kesabarannya hilang.

ZASS!

Pisau belati yang terselit di dalam poket seluarnya di lontar lalu terpacak di bahu salah seorang dari mat motor besar itu.

"Arghhhhhh bangsat!"

Beberapa bilah lagi belati terbang dan hinggap ke bahu beberapa yang lain. Kecoh keadaan di dalam restoran bar itu. Ada pelanggan yang sudah berlari keluar.

Lelaki askar berusia sekitar pertengahan lima puluhan itu tersengih sinis dengan misainya yang tebal. Rambutnya berstail flat top dengan sedikit uban di sideburn kiri dan kanan Sepantas kilat di hayunnya lelaki-lelaki bermotor besar itu dengan kerusi.

Ada yang di jerutnya dengan lengan sasanya hingga menggelupur. Ada yang di hempaskannya kepala dekat bucu meja. Ada yang di tendangnya dengan but tenteranya yang sedikit berlumpur itu.

"Arghhhhhh!"

Satu demi satu penunggang motor besar itu di tumbangkannya hingga bergelimpangan bersama kerusi meja yang terbalik sebelum dia mencapai beg dan beredar keluar dari restoran bar tersebut.

Tiba-tiba lelaki askar itu masuk semula. Pelayan restoran,pelanggan dan penunggang-penunggang motor besar yang terbaring itu jadi terpinga-pinga.

ZASS!

But kasut tenteranya di pijak ke perut salah seorang lelaki bermotor besar.

"Ughhhhh"

"Kunci motor mana?...kunci motor.."pintanya sambil hulurkan tapak tangan.

Lelaki motor itu menggigil-gigil menahan sakit sambil terketar-ketar meraba ke poket jaket sebelum menyerahkan kunci motornya serta memberitahu nombor plat motornya sekali.

Lelaki askar itu tersengih dengan misai lebatnya.

"Jaket..aku nak jaket kulit hitam kau ni sekali. Buka sekarang.."

Penunggang motor besar itu terpaksa menyerahkan apa yang lelaki itu minta.

Motor Harley Davidson yang di tunggang oleh lelaki askar itu pun meluncur laju membelah jalanraya. Dia menuju ke Jeti Kapal Pelabuhan Helang. Dia mencari sahabat lamanya di Syarikat Perkapalan yang beroperasi di sana namun berita yang mengejutkan pula yang di terimanya.

"Salar dah mati? dia sakit apa?"soalnya.

Seorang pegawai perkapalan membawa kepadanya keratan akhbar tentang kejadian pembunuhan kapten Salar yang berlaku kira-kira hampir setahun yang lalu. Lelaki itu terduduk kesal sebelum minta diri.

Dia pun meneruskan perjalanannya menuju ke sebuah taman perumahan dan berhenti di hadapan sebuah rumah banglo mewah sebelum di sambut oleh seorang wanita dalam usia empat puluhan.

"Mahmud dah lama tak pulang ke rumah? Dia pergi mana Misah?"tanya lelaki itu.

Wanita itu agak sebak.

"Suami aku dah meninggal Mobin. Patutlah lama dia tak pulang ke rumah. Memanglah rumahtangga aku dengan Mahmud goncang sikit gara-gara sikap dia yang kaki perempuan tu. Tapi hati isteri mana yang tak hiba bila mayat suaminya di temui hancur dekat kawasan jeti feri sunyi macam tu. Aku yang pergi tuntut mayatnya di hospital. Kad pengenalan dan barangan lainnya pun ada di temui sekali"kata Misah sambil teresak-esak.

Mobin tergamam dan termenung jauh. Dua orang sahabat lamanya telah pergi meninggalkan dunia. Lama benar dia tidak keluar dari hutan dan mengambil tahu hal ehwal dunia luar. Dia menggeleng kesal.

"Aku harap kau tabahlah Misah"katanya sambil memeluk wanita itu dan mengusap di belakang tubuhnya.

Misah masih teresak-esak sambil memeluk lelaki askar itu dan menyandarkan kepala di bahunya.

Lewat malam hujan turun sederhana lebat. Katil besar dalam bilik itu bergoncang kuat di henjut bertalu-talu.

Krek! Kruk! Krek! Kruk!

"Ahh...ohhh....ohhhh....aaaahh!"

Kamisah,isteri kepada Mahmud yang cantik jelita itu terbaring di bantal sambil terpejam mata dan mengerang. Tetek besarnya melambung-lambung. Dadanya penuh dengan perhiasan rantai yang mempesona. Mobin begitu gagah di atas tubuhnya mendayung kencang. Jemari mereka bertautan.

"Tahan sikit Misah. Aku dah nak pancut ni. Paut kuat-kuat"

"Ohh...ahhhhh"

Misah memeluk erat di bahu tegap lelaki itu. Jari jemarinya halus mulus. Gelang tangannya berkilauan. Henjutan semakin laju bersama erangan Misah.

"Ahhh...uhhh...ohhhh"

Mobin pun tersadai puas bersama isteri Mahmud. Misah memeluknya erat dan tidur di pangkuan lelaki itu hingga ke pagi.

LEPAS bersarapan Misah menghantar Mobin hingga ke pagar. Wajahnya berseri-seri bersama sekuntum senyuman. Wajahnya jelita dengan reben bunga di kepalanya.

Lelaki bekas komando askar itu sudah duduk di atas motor besarnya dan menghidupkan enjin.

"Kau tak mahu ikut aku Misah?"katanya.

"Aku masih ada anak-anak di rumah untuk di jaga"

Mobin melihat ke arah anak-anak Misah bersama Mahmud yang sedang bermain-main di halaman rumah. Ada kanak-kanak dan remaja.

"Sesekali datanglah lagi temani aku di sini"ajak Misah.

"Baiklah.."

Misah melambai sehinggalah motor besar yang di tunggang oleh Mobin sudah berlalu pergi. Tak lama kemudian lelaki itu pun tiba di sebuah rumah mewah dengan kolam renang yang cantik.

Seorang pengawal keselamatan yang di tugaskan mengawal rumah itu keluar dari pondok pos kecil dekat pagar lalu bercakap-cakap dengan lelaki askar itu.

"Maaf Encik..Tuan Jongos sudah tiada. Dia menjadi buruan polis. Bisnesnya musnah. Dia berjaya melarikan diri namun di temui mati dalam keadaan mayatnya rentung dekat Desa Bayu"

Mobin tergamam. Terasa seperti ada yang tidak kena dengan semua ini. Dari Salar,Mahmud dan kini membawa kepada Jongos. Dia dapat merasakan seolah kematian mereka semua ada unsur pembunuhan dan khianat.

"Siapa? Siapa yang lakukan semua ini kepada mereka?"begitu getus hati kecilnya bertanya.

Dia pun meluncur pergi dengan motor besarnya. Kemudian beliau singgah dan termenung panjang dekat kawasan tepian pantai di Desa Bayu. Kehilangan sahabat-sahabat baiknya sewaktu sama-sama berkecimpung dalam kumpulan samseng di Pelabuhan Helang sekitar tahun 70'an dulu benar-benar membuat dirinya rasa terpukul.

Kemudian dia pun teringatkan seorang lagi sahabat lamanya.

"Mokhtar...aku mesti cari Mokhtar. Aku harap Mokhtar masih ada dan dapat beritahu aku atas apa yang berlaku terhadap Mahmud,Salar dan Jongos"

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience