3.IKAT DAN BAKAR.
KEBERANIAN yang di tunjukkan oleh Herrizal dan Johari serta di bantu oleh segerombolan peniaga lain yang tidak berpuas hati akibat kekacauan dan masalah yang timbul dekat kawasan pasar telah membuahkan hasil.
Akibatnya adegan kejar-mengejar itu berakhir dengan pemuda-pemuda samseng tadi di ganyang secukupnya. Salah seorang dari mereka akhirnya telah membuka mulut tentang suatu perkara..
"Arghhhhhh"
Pemuda ahli geng samseng itu terbaring di henyak dengan tapak kasut Herrizal di bawah dagunya.
"Cakap! berapa ramai lagi ahli geng kau orang hah!?"
"Aduh! tolong...tolong lepaskan aku..kami..kami sebenarnya cuma di upah.."
"Upah? ohh jadi maknanya ada orang lain yang mendalangi semua ni?"soal Johari pula.
"Boon Chai..dia..dia yang bayar kami untuk lakukan kerja kotor ni"akui ketua geng samseng itu.
"Boon Chai?! si tauke cina gemuk tu rupanya. Apa motif dia upah kamu buat semua ni?"soal peniaga lain pula.
"Dia tak puas hati sebab banyak nelayan yang mulai berniaga sendiri sekarang kerana enggan jualkan hasil tangkapan laut kepada tauke-tauke sepertinya"
"Hah! jangan di harap kami akan jual hasil tangkapan laut kami kepada peraih dan tauke-tauke tamak seperti Boon Chai dan lain-lain. Hei! kami yang bekerja sebagai nelayan ni terpaksa mempertaruhkan bukan saja nasib bahkan nyawa di saat turun ke laut demi mencari sesuap rezeki. Mereka pulak hanya mahu beli dengan harga yang tidak berbaloi langsung! Dan sekarang ni mereka hendak berlagak seperti ketua gengster pulak kerana tak puas hati dengan kami?!"
"Hm..jadi selama ni memang betullah khabar angin yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu yang tidak suka nelayan berniaga sendiri di pasar. Patutlah macam-macam hal aneh menimpa beberapa orang peniaga nelayan sebelum ni..ada yang mendakwa menerima surat ugutanlah, bot dan perahu mereka di sabotaj lah...dan macam-macam lagi"kata Herrizal.
Pemuda geng samseng itu pun di lepaskan. Walaubagaimanapun Herrizal dan Johari serta para peniaga pasar yang berkerumun itu dapat merasakan bahawa mereka harus berwaspada sentiasa kerana Boon Chai mungkin akan menimbulkan masalah lain pula selepas ini.
***
PAKK!
Satu tumbukkan di lepaskan ke meja. Boon Chai si tauke cina gemuk itu mendengus-dengus marah sambil ke berjalan ke hulu ke hilir menatap setiap wajah pemuda-pemuda samseng upahannya.
"Bangsat! apa macam lu orang semua pun boleh kalah macam ni? samseng taik kucing saja. Bazir gua punya wang mau bayar lu orang punya upah..puihh!"maki Boon Chai.
Asap curut berkepul-kepul di hembus keluar dari mulutnya.
"Sori bos...anak-anak Pak Sargo kuat dan handal-handal berlawan macam bapak dia juga. Selagi tiga beranak tu ada..memang susah sikitlah bos"
Boon Chai memandang ke wajah pemuda yang sedang bercakap itu dengan sebelah kening yang terangkat.
"Lu ingat gua tak boleh kasi upah gangster yang lebih ganas untuk kasi hantam itu orang tua Sargo sama dia punya anak-anak kah? Hah! gua kasi lu tengok sendiri nanti!"kata Boon Chai dengan nada suara yang tinggi.
***
Usai berniaga di pasar pada waktu tengahari,Pak Sargo,Herrizal dan Johari berkemas dan pulang ke rumah. Pada sebelah petang pula Herrizal dan adiknya Johari turun ke pekan yang letaknya dalam bandar Pelabuhan Helang. Waktu-waktu begini mereka selalunya mempunyai waktu lapang.
Johari dah kepingin benar ingin menonton filem terbaru Jackie Chan yang sedang hangat di tayangkan dekat pawagam. Bersama abangnya si Herrizal dua beradik itu singgah ke panggung wayang.
Leka benar duduk di bangku paling hadapan sambil makan popcorn. Sesekali Johari dan Herrizal berteriak teruja bila muncul babak lawan yang menarik hati atau tertawa dengan elemen komedi lucu yang di paparkan.
Sementara itu Pak Sargo pula petang-petang begini sedang membaiki pukat sambil duduk-duduk di atas titian dermaga Pulau Tulus.
Dia berasa curiga apabila melihat ada sebuah motobot asing sedang meluncur menuju ke titian dermaga itu.
"Aih, siapa pulaklah ni? tak pernah lihat pun motobot macam tu sebelum ni"getus hati Pak Sargo sambil melempar pandangan jauh ke tengah lautan. Setepatnya pada motobot asing itu.
Hairannya motobot itu berhenti sekitar seratus meter dari jarak titian dermaga dan terus berkeadaan seperti itu.
Pak Sargo masih terang matanya. Dalam kejauhan itu dia masih dapat melihat kelibat beberapa orang lelaki sedang berdiri di atas motobot tersebut sambil melihat kepadanya.
Setelah siap kerja-kerja membaiki pukat jaring,Pak Sargo pun bangun lalu berjalan di atas titian lalu menuju ke rumahnya yang hanya sepelaung saja dari dermaga Pulau Tulus.
Pintu rumah sekadar di rapatkan dan tidak di kunci kerana ingin memudahkan Herrizal dan Johari masuk ke rumah apabila pulang dari pekan nanti. Lagipun Pak Sargo sudah berasa mengantuk ya amat. Orang tua itu masuk ke bilik dan terus baring di katilnya sebelum berdengkur.
Tanpa di sedarinya,ada beberapa orang lelaki telah menceroboh masuk ke dalam rumah terbabit. Mereka adalah lelaki-lelaki yang sama di lihat oleh Pak Sargo datang menaiki motobot asing itu.
Mungkin kerana terlalu letih dan tertidur mati, Pak Sargo langsung tidak terjaga saat bilik tidurnya di ceroboh.
Dia hanya tersedar dan mendapati dirinya sudah di ikat tangan dan kaki serta mulutnya di tampal plaster.
Beberapa orang lelaki tidak di kenali sedang ketawa di tepi katilnya.
"Hahahaha matilah kau kali ni orang tua!"kata salah seorang dari mereka. Di tangannya ada setangki tong berisi minyak petrol.
Pak Sargo hanya mampu meronta-ronta saat minyak petrol di simbah ke dinding sebelum salah seorang dari lelaki tersebut menyalakan sebatang mancis sebelum kesemua mereka cepat-cepat beredar.
Ketika motobot yang dinaiki oleh Herrizal dan adiknya Johari baru pulang dari Pelabuhan Helang dan hampir tiba di Pulau Tulus,dari kejauhan lagi mereka sudah dapat melihat ada asap berkepul-kepul naik ke udara betul-betul di desa tempat tinggal mereka.
"Eh ada kebakaran ke tu?"soal Johari.
"Nampak macam kat sekitar rumah kita"kata Herrizal yang memandu motobot lalu segera memecut lebih laju.
Motobot pihak polis juga dapat di lihat dekat jeti titian dermaga Pulau Tulus. Dua beradik itu sudah berasa tidak sedap hati.
Alangkah terkejutnya Herrizal dan Johari bila mendapati rumah kediaman mereka telah rentung dalam kebakaran tersebut.
Kaki mereka lemah bagai hilang darah apabila di beritahu bahawa Pak Sargo terkorban dalam tragedi itu. Pihak polis membuat konklusi bahawa kes tersebut kemungkinan bermotifkan jenayah berdasarkan penemuan jasad Pak Sargo yang rentung dalam keadaan tangan dan kakinya diikat.
Kehilangan Pak Sargo amat di rasai oleh Herrizal dan Johari. Tak tertahan air mata dua beradik itu saat jasad orang tua yang telah di anggap seperti bapa mereka itu selamat di kebumikan di kawasan perkuburan.
Langit sedikit mendung dengan awan hitam berarak laju. Angin bertiup menderu-deru. Di saat penduduk desa telah minta diri untuk pulang setelah selesai majlis pengebumian jenazah Pak Sargo,Herrizal dan Johari masih duduk berteleku di tepi pusara yang masih merah tanahnya itu.
Rintik-rintik halus titisan hujan sudah mulai turun di sertai guruh-guruh kecil.
"Siapalah agaknya yang berdengki dengan arwah bapak..."kata Herrizal sambil tertunduk dan menggeleng-geleng kesal.
Johari menoleh lalu menepuk-nepuk ke bahu abangnya.
"Ini kali ketiga berlaku dalam hidup kita bang. Saling tak tumpah seperti apa yang menimpa ke atas arwah ayah,ibu dan kakak dulu. Adakah kita hanya akan bersabar dan menelan saja bulat-bulat semuanya? Sedangkan kat luar sana pembunuh orang-orang kesayangan kita masih lepas bebas"kata Johari.
Herrizal masih bisu dan termenung jauh.
"Pelabuhan Helang ni mesti di 'bersihkan' sebersih-bersihnya dari anasir jenayah. Kalau tak ada yang sanggup berusaha ke arah itu, sampai bila-bila pun kita akan menjadi mangsa dan kejahatan pulak terus-terusan bermaharajalela"kata Herrizal.
"Maksud abang?"
Herrizal menoleh ke arah Johari.
"Kita akan cari semua bajingan yang terlibat. Kita akan cari Mokhtar dan setiap rakan-rakan subahatnya termasuk orang yang menganiaya arwah bapak...dah tiba masanya untuk kita keluar dan mulai memburu mereka"kata Herrizal.
Johari mengangguk faham.
Beberapa hari kemudian,dua beradik itu bercadang untuk berhijrah ke kota Pelabuhan Helang. Sejak Pak Sargo meninggal dunia serta kediaman mereka rentung dalam kebakaran,mereka sudah tawar hati untuk meneruskan kerja-kerja selaku nelayan. Mereka mahu mencuba nasib di kota pula.
"Kalau itu keputusan yang kalian buat, baiklah...nanti kalau ada waktu lapang datanglah jenguk-jenguk ke Pulau Tulus ni"kata Pak Tobing yang menumpangkan Herrizal dan Johari di rumahnya.
"InsyaAllah Pak Tobing...Mak Temah..terima kasihlah kerana sudi tumpangkan kami beberapa hari di sini"kata Herrizal.
"Sama-sama...kau berdua tu dah macam cucu kami jugak. Sedih pulak mengenangkan nasib kalian"kata Mak Temah isteri Pak Tobing.
"Nak buat macam mana lagi Mak Temah..hidup terpaksa juga di teruskan"balas Johari.
Ketika Herrizal dan Johari berjalan di titian dermaga untuk menuju ke motobot mereka, tiba-tiba ada suara berteriak memanggil mereka.
"Abang Herry! abang Joe! nanti kejap!"
Pantas mereka menoleh. Seorang budak lelaki berusia dua belas tahun sedang berlari menuju ke arah mereka di atas titian. Si Hami adalah anak penduduk di desa Pulau Tulus juga.
"Haa ada apa Hami?"
Hami termengah-mengah seketika.
"Kalau Hami nak cerita mungkin abang Herry sama abang Joe takkan percaya punya"kata budak tu ketika nafasnya kembali tenang.
"Haa? ada apa hal nya ni Mi? cubalah cerita..kami pun nak tahu juga"kata Herrizal.
"Sebenarnya waktu kejadian beberapa hari lepas,Hami ada ternampak beberapa orang lelaki pakai baju macam orang kerja kelasi perkapalan Pelabuhan Helang bergegas keluar dari rumah Pak Sargo. Mereka lalu ikut semak-samun kat tepi-tepi rumah Pak Sargo sebelum turun ke tebing titian untuk elakkan di lihat oleh penduduk"cerita Hami.
"Apa betul ke ni Hami?!"
"Abang Herry dengan abang Joe tolonglah percaya cakap Hami ni. Mak dengan ayah Hami pun tak nak percaya cakap Hami. Padahal Hami nampak orang-orang kapal tu datang naik motobot jenis Fletcher warna merah putih ada lambang tengkorak tulang silang sebelah kiri"
Herrizal dan Johari tergamam sambil saling berpandangan sesama sendiri.
Maklumat yang di berikan oleh Hami tersangat membantu dalam usaha mereka untuk menjejak si pelaku durjana yang bertanggungjawab di atas kejadian beberapa hari lepas.
BERSAMBUNG...
Bab baru akan di update setiap dua ke tiga hari sekali. Tq for reading.
Share this novel