37.LUNAS DENDAM

Action Series 2816

37.LUNAS DENDAM

PETIR WAJA meraikan kejayaan mereka dengan mengadakan sedikit parti di markas gudang. Sebelum datang ke situ tadi, mereka beramai-ramai sudah membeli pelbagai hidangan makanan dan minuman.

Qazrel langsung tak larat untuk bangun meraikan parti itu bersama-sama yang lain. Mereka duduk-duduk makan beramai-ramai di meja bersama lima orang wanita penyeri.

Lepas makan, mereka berbual sembang dan gelak ketawa. Lumang dan Aroy asyik benar bertarung snooker.

Sapik,Mohan,Nash dan Ashmad sibuk dengan mesin-mesin video permainan arked. Bob masih tercongok kat meja menghadap pelbagai hidangan.

Herrizal,Kugaressan,Meng Li dan Ammar rancak berbual.

Johari yang miang sedang asyik bertepuk-tampar manja dengan Akma. Langsung dia terlupakan Saziana yang sedang sarat hamil di rumah.

Hanif dan Darwis melepak di sofa menonton televisyen sambil di temani oleh Pamela dan Marissa.

Rossa dan Cimbiani sedang berbual di pelantar luar pintu masuk gudang sambil menikmati keindahan suasana malam di Pelabuhan Helang.

Siaran berita mengambil alih rancangan televisyen.

"Berita jam sembilan malam. Susulan serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang tepung yang menjalankan aktiviti pemprosesan dadah di Senggagak,kesemua para pekerja kilang telah berjaya di tahan dan di soal siasat. Polis masih giat memburu pengurus kilang iaitu Maniam yang juga ketua sebuah kumpulan samseng di Pelabuhan Helang. Beliau merupakan orang kanan kepada Jongos pemilik sebuah pub hiburan,Drugon. Jongos di kenalpasti sebagai dalang utama paling di kehendaki oleh pihak berkuasa. Setakat malam ini,kejadian tembak-menembak di antara skuad polis dengan konco-konco Jongos sedang rancak berlangsung dekat pub Drugon. Orang ramai di minta untuk tidak menghampiri kawasan kejadian"

Begitu pembaca berita membaca laporan. Herrizal segera mangajak Johari untuk pergi ke Pub Drugon.

"Aduh..aku sedang seronok sama Akma ni bang. Biar ajalah pihak polis jalankan tugas mereka"kata Johari yang sedang asyik terbaring sama Akma di sofa.

Herrizal menarik tangan Johari dan bercakap di suatu sudut.

"Joe...lupakan dulu keseronokan ni semua. Ingat Joe..Jongos berhutang nyawa dengan kita. Aku bimbang dia terlepas kali ni"

Dalam lambat-lambat akhirnya Johari akur. Dia dan Herrizal bergegas meninggalkan markas gudang lalu meluncur pergi dengan kereta menuju ke lokasi Pub Drugon.

Ketika hampir tiba di pub Drugon,Herrizal dan Johari dapat melihat sebuah helikopter sedang terapungan di atas bumbung Pub berkenaan.

"Ah aku rasa Jongos pasti berada dalam helikopter tu. Dia ni masih panjang akal nak melarikan diri"kata Johari.

"Tak apa. Kita pun takkan biarkan dia terlepas"

Kereta yang di naiki oleh dua pemuda itu membelok ke sebatang jalan menuju ke arah haluan helikopter terbabit.

Sesekali Herrizal terpaksa memotong kenderaan di hadapan kerana jalanraya di kota pada waktu-waktu malam begini tidak begitu lancar.

Helikopter itu tidaklah terbang dengan laju,namun dek faktor kesesakkan jalan serta simpang demi simpang yang tidak searah dengan haluan yang hendak di tujui memaksa Herrizal menjadi lebih bijak dalam mencongak dan mengagak laluan yang betul agar mereka tidak terlepas dalam mengejar helikopter terbabit.

Selama lebih kurang lima belas minit bertarung dengan jalanraya, akhirnya helikopter itu di lihat mendarat di sebuah padang golf bertasik.

Kereta Herrizal tidak dapat masuk ke dalam kawasan tersebut,jadi dia berhenti di luar pagar keliling padang golf sahaja. Lagipun di luar pagar agak gelap,sementara di dalam sana agak terang dek lampu-lampu padang.

"Bagus..mungkin mereka fikir agak selamat mendarat di padang golf ni serta agak jauh dari pihak polis. Walhal mereka tak sedar kita berjaya ekori hingga kemari"kata Herrizal lalu meneropong ke dalam kawasan padang golf dengan binokular yang sentiasa ada di bawanya dalam kereta.

Seorang lelaki di lihat melompat turun dari helikopter bersama beg briefcase.

"Siapa yang turun dari helikopter tu bang?"tanya Johari.

"Siapa lagi kalau bukan Jongos"

Kemudian helikopter itu pun terapung-apung ke udara semula dan beredar. Jongos pula di lihat berjalan keluar ikut pintu kecil pagar kawasan golf dan menuju ke suatu jalan.

"Eh kalau tak silap aku,jalan yang dia tuju tu mengarah ke Desa Bayu"agak Johari.

Herrizal tersengih.

"Ke mana lagi tempat paling terpinggir dan aman damai serta boleh tenangkan fikiran sambil main jetski di tepian pantai kalau bukan Desa Bayu"kata Herrizal.

Kereta dua pemuda itu pun membelok ikut laluan menuju ke Desa Bayu yang sedang di lalui oleh Jongos. Akan tetapi mereka berada dalam jarak seratus meter lebih di belakang agar Jongos tidak mengesyaki yang dirinya sedang di ekori.

Bulan malam mengambang penuh di langit bersama desiran ombak pantai di Desa Bayu. Jongos singgah sebentar ke mini mart sebuah stesyen minyak.

Kereta dua pemuda itu juga berhenti di bahu jalan. Johari terus meneropong dengan binokular.

"Ah dia beli air dan coklat"

"Bagus juga dia singgah ke stesyen minyak ni Joe. Secara tak langsung itu telah mengingatkan kita bagaimana dia simbah ayah kita dengan petrol suatu ketika dahulu sebelum...

"Biar aku pergi isi petrol satu tangki dulu"kata Johari lalu melompat turun dari kereta dan mengambil botol tangki kosong di dalam bonet belakang.

Kata-kata Herrizal itu sedikit mengganggu perasaannya. Dia masih ingat sewaktu kejadian di mana bapanya menyuruh dia dan abangnya lari bersembunyi dengan suara yang sayu dan tangan terketar-ketar.

"Bangsat kau Jongos! aku nak lihat kau terketar-ketar pula malam ini seperti mana ayah aku dulu!"getus hati Johari.

Nafasnya turun naik menahan amarah.

Ketika Jongos sudah keluar dari mini mart stesyen minyak dan meneruskan langkahnya, Johari pun bergegas ke pam minyak lalu mengisi petrol.

Tak lama kemudian Jongos di lihat membelok ke suatu lorong belakang bangunan yang sepi sambil bersiul-siul dan merokok.

Dia berdiri di tepi sebuah kabin sampah dan menarik zip seluar sebelum membuang air kecil di situ.

Setelah selesai dan menarik zip, Jongos pun berpaling sebelum terkejut besar apabila kelibat Herrizal dan Johari sudah tercegat di belakangnya. Dia menyangkakan dua pemuda itu mahu menyamun dirinya.

"Kalau hajat kalian nak menyamun aku,lebih baik lupakan je..kau tak kenal aku siapa..konco-konco aku akan datang cari kalian nanti"kata Jongos memberi amaran.

Sekeping foto pun di hulurkan kepadanya.

"Foto? Foto apa pulak ni? Jangan nak main-main boleh tak?"

Dalam marah-marah itu Jongos pun membelek dan melihat ke gambar foto terbabit. Ianya adalah foto sebuah keluarga terdiri dari bapa,ibu bersama tiga orang anak mereka.

Dahinya berkerut.

"Apa ni? foto siapa?apa kaitannya sama aku?"

"Perhatikan betul-betul gambar bapa dan ibu dalam foto tu!"keras suara Herrizal.

Lama juga Jongos menatap gambar itu sambil mengerah ingatan silam.

"Kalau tak silap aku...ini Bakri sama isteri dia Puan Senah dan tiga orang anak mereka. Tapi foto ni dah agak lama"

"Ah macam itulah..bagus sekali ingatan kau. Sekarang bagitahu kami apa yang kau dan rakan-rakan syaitan engkau dah lakukan kepada ahli keluarga ini sekitar lewat tahun 70 an dahulu"

"Hei kamu berdua ni siapa sebenarnya? mana aku ingat..

Suatu tumbukkan hinggap ke wajah Jongos.

"Ughhhh!''

Lelaki bergigi jongang itu terhumban melanggar kabin tong sampah dan terduduk atas jalanraya. Dia bangun semula mahu melawan.

Tumbukkannya di tangkap mudah sahaja oleh Johari.

"Kau dah agak berusia nak bertanding kekuatan dengan aku Jongos. Kau dah tak segah waktu kau jadi samseng sekitar lewat tujuh puluhan dulu"

Jongos merengus menahan marah.

"Kurang ajar!"sergah Jongos lalu cuba menyerang lagi.

Johari benam kepala lututnya di perut lelaki itu.

"Ughhhhh"

Jongos tertunduk menekup perut.

Herrizal layang pula dengan tendangan hingga lelaki itu terhumban dan bergolek-golek di atas jalanraya dengan darah meleleh dari hidung.

"Sekarang aku nak kau akui segala perbuatan tidak berperi-kemanusiaan  yang dah kau lakukan pada ahli keluarga dalam foto ni!"herdik Herrizal sambil cengkam rambut Jongos.

"B..baiklah...tolong jangan apa-apakan aku. Aku mengaku aku terlibat sama sewaktu kejadian pukul dan bunuh ke atas Bakri.."

"Itu je? kejadian dekat kedai barangan memancing ibu kami kau tak nak cerita?"

Jongos terperanjat besar.

"J...jadi kau berdua ni..."

"Kau dah lupa waktu kau pukul kami sebelum kau rogol ibu dan kakak kami dulu?"

Kini tahulah Jongos bahawa dua orang pemuda itu adalah anak lelaki Bakri dan Senah. Itulah juga dua orang budak lelaki yang sama di pukulnya sewaktu kejadian rogol ke atas ibu dan kakak dua orang budak itu dulu.

"Tolong...aku...aku merayu..aku akui segala kesilapan lampau aku dulu. Tapi Mokhtar,Mobin,Salar dan Mahmud juga terlibat sama.."

"Salar dan Mahmud dah kami balas lebih awal. Sekarang ni giliran kau pula sebelum kami balas yang dua orang lagi"kata Herrizal.

"Kau tahu tak apa perasaan kami melihat bapa kami terketar-ketar waktu dia suruh kami lari sembunyikan diri sebelum kau simbah dia dengan minyak petrol dulu?"

"Kau faham ke tidak bagaimana perasaan kami melihat bapa kami rentung meronta-ronta dalam bakaran api di saat kau dan lain-lain ketawa?"kata Johari sambil membuka penutup botol tangki minyak di tangannya.

"Jangan..jangan...tolong maafkan aku..jangan buat begini...aku merayu.."

Kali ini Jongos merayu sambil terketar-ketar.

Herrizal dan Johari humban lelaki itu ke dalam mulut kabin tong sampah besar di lorong belakang bangunan sunyi itu sebelum minyak petrol di curah ke atas tubuh Jongos yang sebak merayu dek ketakutan luar biasa.

Herrizal memetik sebatang mancis.

"Mampuslah kau!"

Api menjulang tinggi berkobar-kobar dalam kabin tong sampah bersama raungan Jongos.  Seketika kemudian raungan itu pun terhenti. Lelaki itu melayang nyawa dan rentung seluruh tubuhnya seperti mana apa yang pernah di lakukannya kepada bapa dua orang pemuda itu suatu ketika lalu.

Satu lagi dendam terlunas.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience