(AUTHOR:Dalam Bab lepas terdapat adegan 18SX. Sesekali Sy harus mengingatkan kdp pembaca sekalian segala perbuatan seperti maksiat zina,bersekedudukkan luar nikah,gay, lesbian dll itu adalah Haram dan BERDOSA BESAR di sisi agama Islam. Si pelaku wajib BERTAUBAT NASUHA jika ada melakukannya. Oleh itu jadikan cerita ini sebagai satu sempadan dan tidak terpengaruh oleh hal tersebut-selamat membaca)
______________
27.DALAM BAHAYA
SUASANA malam di Pelabuhan Helang bergemerlapan dengan cahaya. Bandar itu kini betul-betul sedang pesat membangun. Pada waktu-waktu begini ahli kumpulan Petir Waja akan berpecah kepada beberapa buah kumpulan dan meronda ke sesekian area.
Mereka dapat di kenali dengan jaket vest tanpa lengan berlogokan petir di belakang. Geng-geng samseng jalanan picisan pasti akan berhamburan cabut lari setiap kali terserempak dengan mereka.
Di sebuah padang besbol, lampu spotlight besar menyala terang menyimbahi padang. Ada sekumpulan pemain besbol yang menamakan team mereka sebagai The Bat dilihat sedang membuli seorang wanita.
Perempuan itu merayu dan berteriak minta tolong.
"Hahahaa jeritlah kuat macam mana pun. Bukan ada orang dengar. Kalau ada pun mereka takkan berani kacau The Bat"kata seorang pemain.
Tiba-tiba muncul tiga orang ahli kumpulan Petir Waja dekat padang itu sedang menghampiri mereka.
"Siapa cakap tak ada yang berani kacau The Bat? Petir Waja pernah belasah kumpulan samseng yang berpistol. Inikan pula sebuah team pemain besbol?"
Johari bersama Kugaressan dan Meng Li tersenyum.
Tak banyak cerita, budak-budak nakal pemain besbol itu pun cabut lari langkah seribu.
Gadis tadi pun berterima kasih sebelum berlalu pulang. Johari dan team nya pun meneruskan langkah ke ceruk-ceruk lain dalam Pelabuhan Helang.
"Hm rasanya malam ni keadaan elok-elok saja kat kawasan ni"kata Johari.
"Kalau macam tu ayuhlah kita berkumpul bersama Herrizal dan lain-lain kat kawasan funfair terbiar kat sebelah sana"ajak Kugaressan sambil tunjuk ke suatu arah.
Ketika mereka sudah berjalan meninggalkan padang sejauh beberapa puluh meter,tiba-tiba menyerbu keluar sekumpulan pemuda berambut panjang dengan pakaian jeans rabak dari celah lorong belakang bangunan.
Masing-masing di antara mereka bersenjatakan kayu dan buku lima. Jumlah mereka sekitar belasan orang lalu mengepung tiga orang ahli Petir Waja itu.
Kumpulan ini di kenali sebagai Rock Kechamuk. Terdiri dari budak-budak rock yang gemar berpeleseran dan menjadikan studio muzik sebagai tempat jamming,menghisap dadah serta mabuk.
"Heh..korang bertiga je ke malam ni? habislah jadi lauk lah gamaknya"kata seorang lelaki di percayai ketua kumpulan terbabit sebelum di sambut gelak ketawa,tepuk tangan dan sorak-sorai dari ahli-ahlinya yang lain.
"Alamak...aku rasa nasib kita mungkin kurang baik kali ni.."bisik Meng Li.
"Belum cuba belum tahu Meng..kita try je dulu..lagipun budak-budak kutu berahak ni kaki lalok beb..jalan pun terhuyung-hayang je.."balas Kugaressan.
Johari tenang sahaja sambil menatap ke setiap wajah anggota kumpulan yang sedang mengepung mereka itu.
"Apa masalah korang ni? Setahu aku setakat ni Petir Waja belum pernah kacau kumpulan korang"tanya Johari.
"Kau tanya apa masalah kami?! Hei sejak Petir Waja muncul,habis kecundang tokan-tokan tempat kami biasa dapatkan bekalan dadah harian kami faham tak?!"bentak ketua kumpulan terbabit.
"Heheh..kau punya gian dah kick ke.."sindir Johari sambil tersengih. Geli hati melihatkan budak-budak rock kutu rayau itu ada yang menggigil-gigil dek kerana ketagihan dadah yang memuncak.
"Kurang ajar! Arghhh!"
Segerombolan belasan ahli Rock Kechamuk itu pun menyerbu.
Johari bersama Kigaressan dan Meng Li meskipun hanya bertiga dan malah terkepung begitu,namun mereka juga tidak mahu mengalah dan menyerah begitu sahaja.
ZASS!
Libasan kayu itu berjaya Johari elakkan sebelum dia meluru, menerkam dan menjatuhkan lawannya itu hingga terbaring sebelum di hadiahkannya tumbukkan demi tumbukkan.
Akan tetapi sudah menjadi lumrah bila jumlah yang ramai itu pasti akan mengatasi jumlah yang kecil. Belakang tubuh Johari di hinggapi sepak terajang hingga dia terguling jatuh.
BUKK!
Sebatang kayu hinggap di perut Kugaressan.
"Arghhhh!"
Dalam kesakitan begitu,sempat di layangkannya tendangan libasan kencang dan pantas hingga menyebabkan beberapa lawannya mendapat paku buah keras.
Meng Li pula berbalas tumbukkan dan tendangan dengan beberapa ahli lain Rock Kechamuk. Sungguhpun ada seorang dua lawannya yang berjaya di tumpaskan,namun pemuda cina berambut panjang dan bercermin mata itu benar-benar berada dalam keadaan yang agak terhimpit.
Keadaan tidaklah semudah seperti yang di sangka. Kedua tangannya di kekang sebelum dia di tumbuk ke muka dan perut.
"Arghhhh"
Meng Li terguling-guling jatuh sambil mengerekot kesakitan. Cermin matanya retak.
"Meng!"Kugaressan meluru hendak membantu namun beberapa libasan kayu lebih pantas hinggap ke tubuhnya.
Seperti mana nasibnya Meng Li,begitu jugalah nasib Kugaressan. Pemuda india tinggi lampai itu terjerembab ke jalanraya.
Baru sahaja gerombolan budak rock kutu berahak jalanan itu ingin menyerbu ke arah Johari,tiba-tiba sebuah kereta peronda polis muncul dari kejauhan.
"Sial..polis datang pulak..cepat blah woi!"
Mereka pun tidak jadi mengganyang Johari,sebaliknya bergegas ingin melarikan diri.
PINN!
Kereta polis itu membunyikan hon sebelum pemandunya keluar.
"Woi bahalol sekalian..lari buat apa? Ini aku lah!"katanya.
Ahli Rock Kechamuk pun berhenti berlari. Rupanya polis yang datang itu adalah geng mereka juga. Mereka pun berkerumun dekat kereta peronda itu.
"Hahaha..pundek kau ni buat saspens je lah Din. Ingatkan Inspektor Yaslan yang datang tadi"kata ketua Rock Kechamuk.
Dia pun menyampaikan berita kejayaan mereka mengganyang tiga orang ahli Petir Waja.
"Bagus..cepat sumbat mereka dalam kereta ni. Kita gari dan kurung mereka dalam kabin pelabuhan kapal dan biarkan mereka mampos!"kata pegawai polis berpangkat sarjan itu.
Sementara itu Johari,Meng Li dan Kugaressan pun tidak bertangguh lalu bangun dan pantas melarikan diri.
"Kejar mereka!!"
Johari,Kugaressan dan Meng Li di kejar di sepanjang laluan jalan yang mana di tepiannya adalah tembok dan tebing lautan malam Pelabuhan Helang yang terang-benderang.
Nun di hujung jalan itu Johari,Meng Li dan Kugaressan telah di sambut oleh ahli-ahli Petir Waja yang lain. Setepatnya dekat tapak fun fair terbiar itu.
"Lah kenapa dengan korang ni Joe..Kuga..Meng?macam kena kejar hantu je.."tanya Herrizal yang sedang berdiri tercegat bersama Qazrel,Sapik,Amar dan ramai lagi.
Johari pun memberitahu apa yang terjadi.
Geng kutu rayau Rock Kechamuk pun tiba. Apabila melihatkan jumlah ahli Petir Waja yang ramai itu telah membuatkan hasrat mereka untuk menangkap Johari,Kugaressan dan Meng Li jadi terbantut. Langkah mereka pun terhenti.
"Hah apalagi...marilah kita fight! Sekarang barulah adil.jumlah ahli kita pun lebih kurang sama banyak ni.."kata Johari sambil tersengih.
Walaubagaimanapun gerombolan kutu rayau Rock Kechamuk itu telah mengubah fikiran mereka. Mereka sedar betapa meskipun jumlah mereka sama banyak,namun kehandalan mereka berlawan tidaklah dapat menandingi Petir Waja.
Akhirnya mereka terpaksa mengambil keputusan yang amat memalukan dengan beredar pergi sebelum di ketawakan oleh Petir Waja.
Johari kemudian meminta yang lain-lain untuk pulang dahulu ke markas gudang Petir Waja kerana dia harus mencari pondok telefon dan menghubungi Saziana di rumah.
Pada ketika itu tahun 90-an,aktiviti vandalism sangat berleluasa di dalam Pelabuhan Helang. Merungut-rungut Johari apabila semia pondok telefon yang di temuinya telah di rosakkan oleh budak-budak nakal.
Itu telah membawanya menelusuri jalan yang berliku sebelum menemui sebuah motel bar yang agak terang-benderang namun letaknya di lokasi agak terpencil. Johari bercadang mahu menggunakan telefon di dalam motel itu sahaja.
"Telefon ada kat sudut kiri dekat dalam bar"kata seorang pekerja hotel.
"Terima kasih"balas Johari sambil melihat begitu ramai pengunjung sedang lepak dan makan minum di bar sambil menikmati muzik yang di sediakan.
Tiba-tiba Johari ternampakkan seseorang. Dia bagaikan tidak percaya apabila melihat seorang lelaki bermisai lebat yang amat di kenalinya sedang duduk di salah sebuah meja dengan beberapa orang lain.
"Mahmud?! setelah berbulan engkau berjaya larikan diri, akhirnya aku temui juga engkau kat sini"getus hati Johari.
Cepat-cepat dia menyusup ke ruang letak telefon dalam motel bar itu sambil melindungi sedikit wajahnya dekat tangan agar tidak di sedari oleh Mahmud. Hajatnya untuk menghubungi Saziana pun di batalkan. Johari lantas menghubungi ke markas gudang Petir Waja terus.
Sapik yang menjawab panggilan. Kebetulan Herrizal dan team nya pun baru tiba di markas gudang.
"Siapa yang call Pik?"tanya Herrizal.
"Johari. Dia nak bercakap dengan kau"
Herrizal menyambut gagang telefon.
"Apa?kau temui Mahmud? di mana?"
"Motel bar cina Moon Palace....
Tiba-tiba panggilan itu terganggu.
"Joe? Johari! kau kenapa tu?"
Bunyi seperti suatu pergelutan sedang terjadi. Herrizal tahu adiknya pasti dalam bahaya. Pantas dia mengajak ahli lain Petir Waja menuju ke motel bar Moon Palace yang letaknya beberapa ratus meter dari situ.
Sementara itu Johari sedang di kekang kedua tangannya oleh beberapa orang lelaki bertopi kelasi kapal sebelum di heret ke luar perkarangan motel bar Moon Palace.
"Heheh percubaan yang baik. Tapi kau tetap gagal"kata salah seorang dari mereka.
"Belum tentu lagi. Petir Waja pasti sedang kemari. Kita lihat sejauh mana kemampuan kalian"kata Johari.
"Hahahaha"
Tiba-tiba suatu suara ketawa muncul dari balik beberapa orang lelaki bertopi kelasi kapal itu sambil bertepuk tangan. Dia bukan siapa-siapa pun melainkan Mahmud sendiri.
"Engkau syaitan kedua yang aku sama abang aku buru sejak beberapa bulan lepas. Kali ni kau takkan terlepas!"kata Johari sambil meronta-ronta cuba melepaskan tangannya dari kekangan geng-geng bertopi kelasi kapal itu.
"Hahaha apa pun aku ucapkan syabas di atas kejayaan kau dan abang engkau membunuh Salar. Dengar sini budak mentah...andai engkau dapat bunuh aku sekalipun,kekecewaan besar pasti akan kau temui juga di akhirnya. Aku ada rahsia besar yang akan buat kau goyah,hampa dan putus harapan. Aku akan dedahkan rahsia tu sejurus kau dan abangmu hampir berjaya bunuh aku nanti"kata Mahmud.
"Apa...apa maksud engkau?!"
"Hahahaha baiklah..aku sedia dedahkan sedikit rahsia tu. Itupun kalau engkau mampu tewaskan skuad Helang Besi"
Johari pun di belasah oleh lelaki-lelaki bertopi kelasi yang sedang mengekang dirinya.
"Arghhhhhh!"
Tubuh Johari terhumban di atas kaki lima bangunan motel cina Moon Palace. Lelaki-lelaki bertopi kelasi kapal itu mengganyangnya cukup-cukup.
Kemudian salah seorang dari kelasi kapal itu mencekak leher Johari dan mengacungkan lengannya ke udara. Tubuh Johari terangkat dan pemuda itu terkapai-kapai.
"Aku akan pastikan tubuh engkau hancur-luluh seperti mana kau dan abang kau lakukan pada Kapten Salar!"kata kelasi bertubuh tegap itu.
Nampaknya skuad Helang Besi ingin membalas dendam ke atas Johari dan Herrizal di atas kematian ketua mereka iaitu Kapten Salar.
Di saat Johari meronta-ronta dan terkapai-kapai itulah kebetulan sebuah kereta peronda polis lalu di jalanraya hadapan bangunan motel Moon Palace.
"Ah celaka betul!"getus Mahmud.
Kereta itu pun berhenti,dan kebetulan pula Inspektor Yaslan yang keluar.
"Mahmud! skuad Helang Besi! lepaskan pemuda itu. Kamu semua di tahan atas kesalahan melarikan diri dari pihak polis"arah Inspektor Yaslan sambil mengacukan pistol di tangan.
Mereka pun melepaskan Johari yang terbaring lemah di atas jalanraya. Namun tidak di duga apabila setiap kelasi-kelasi kapal skuad Helang Besi itu juga rupanya masing-masing memiliki pistol.
Kini Inspektor Yaslan pula yang terperangkap apabila setiap muncung pistol sedang di acukan ke arahnya.
"Hahahaha jangan cuba lakukan perkara bodoh Inspektor. Ayuh cepat jatuhkan pistol engkau dan tendang ia kemari! kalau tidak,nyawa engkau dan pemuda ini yang akan melayang nanti"arah Mahmud.
Inspektor Yaslan tiada pilihan lain selain terpaksa akur sahaja. Pistolnya di jatuhkan atas jalan di kaki lima itu lalu di sepaknya ke arah Mahmud.
Pada ketika itulah Herrizal bersama segerombolan ahli kumpulan Petir Waja baru tiba di hadapan premis motel terbabit dan terkejut besar melihat Johari dan Inspektor Yaslan telah di tawan oleh Mahmud dan skuad Helang Besi.
PAMM!
Suatu tembakkan di lepaskan ke udara oleh salah seorang kelasi itu membuatkan Herrizal dan yang lain-lain terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menyerang.
"Jangan cuba-cuba lakukan perkara bodoh! sudah...engkau cepat serahkan diri kalau kau mahu nyawa adik kau dan tuan inspektor ni selamat"arah Mahmud sambil tunding ke arah Herrizal.
Herrizal juga terpaksa akur. Dia bersama Johari dan Inspektor Yaslan diikat sebelum di bawa pergi menaiki sebuah van.
BERSAMBUNG...
Share this novel