41.RUSUHAN KUMPULAN/DIA TELAH KEMBALI

Action Series 2816

41.RUSUHAN KUMPULAN/DIA TELAH KEMBALI

"Petir Waja kena turun ke jalan Dolphin sekarang. Banyak geng dan ahli kumpulan merusuh dan pecah masuk kedai-kedai kat situ sebab tak puas hati apabila ahli mereka kena gari polis tanpa sebarang sebab"kata seorang pakcik.

"Apa?! rusuhan kumpulan?"soal Herrizal.

"Kedai kami habis jadi mangsa. Ahli Petir Waja buat apa saja? Tolonglah tengok-tengokkan keadaan kat sana sebelum banyak barang-barang kami di curi nanti"kata seorang peniaga.

Sementara itu Julie dan ahli Lesgirls turut terdengar aduan tersebut. Julie tersengih. Dia dan ahli Lesgirls memang suka melakukan aktiviti samun dan curi.  Lagi-lagi pula bila keadaan tengah gawat dan kacau-bilau.

"Haha jom Lesgirls..kita kena pantas pergi ke Jalan Dolphin sekarang"kata Julie.

Dia bersama ahli-ahli Lesgirls pun beredar.

"Dey Julie... saya punya upah mana? saya sudah bantu Lesbian girls lawan ini Pitir Waja. You kata mau bayar upah kan"kata Jagdeep Singh berteriak.

"Banyaklah kau punya upah"balas Julie lalu terus pergi.

"Dey! tarak guna punya minaci! saya kasi cikik you punya leher. Tunggu!"

Jagdeep Singh pun bergegas mengejar gadis-gadis itu.

Ahli Petir Waja pun bersiap menyarung jaket vest rasmi mereka dan bergerak dalam satu gerombolan besar menuju ke Jalan Dolphin di mana telah berlaku rusuhan kumpulan.

                             *****

Keadaan dekat Jalan Dolphin riuh-rendah dengan hiruk-pikuk suara. Petir Waja terkejut besar melihat kaca-kaca tingkap deretan kedai pecah bertaburan di kaki-kaki lima.

Beberapa orang lelaki dari sebuah kumpulan di lihat sedang mengusung televisyen baru dari sebuah kedai menjual televisyen yang di pecah masuk. Ada yang menolak troli di penuhi pelbagai barang makanan curi yang di ambil dari pasaraya mini dekat Jalan Dolphin.

Ahli Petir Waja terpaksa menghalang perbuatan mereka hingga berlaku pergaduhan.

"Arghhhhhh!"

Dua orang pemuda dari kumpulan mana entah terhumban di terjah dek Qazrel hingga terbaring ke lantai bersama raga berisi barang curian.

"Hentikan perbuatan kalian!"arah Qazrel.

"Petir Waja jangan masuk campur! kami asalnya bukan kumpulan penyamun atau pelaku jenayah. Tapi ahli-ahli kami di gari oleh pihak polis atas tuduhan mencuri yang tidak pernah kami lakukan. Polis-polis itu minta wang rasuah pula agar ahli-ahli kami dapat di bebaskan. Sebab tu kami mengamuk dan pecah kedai-kedai dan buat samun betul-betul"kata lelaki itu.

"Apa?! polis minta rasuah?"

"Hei Petir Waja! kau orang cakap team kau orang nak banteras jenayah. Sekarang pihak polis menindas kami dengan fitnah yang mereka tuduh atas kami. Pergilah belasah polis-polis jahat tu!"kata ahli team lain pulak.

Hal ini begitu mencengangkan ahli Petir Waja. Nampaknya ada sesuatu yang aneh sedang berlaku. Benarkah pihak polis telah bertindak sesuka hati menangkap orang dan membuat tuduhan palsu sebelum meminta wang suapan sehingga berlakunya rusuhan kumpulan di jalan Dolphin?


***

"WOW....tengok ni..aku dapat dress yang cantik. Harga pun mahal. Yang lagi best tu kita tak perlu bayar sesen pun"kata Julie sambil tayang sehelai baju wanita yang di ambilnya dekat rak kedai pakaian sebelum di rembat masuk ke dalam sebuah beg sandang.

"Yeeeha aku dapat bra sama panties cun!"kata ahli lain Lesgirls.

"Woi dah dah lah tu. Jom cepat kita blah. Risau pulak aku polis rush mengejut nanti..mampus kita"

Gadis-gadis liar itu mencuri dan menyapu bersih segala apa yang mereka mahu dari dalam kedai pekaian wanita yang di pecah masuk itu.

Ketika mereka mahu beredar, tiba-tiba kelibat Meng Li dan Aroy dah tercegat kat pintu kedai.

"Haa mau lari mana gegirl?"kata Meng Li tersengih sambil menghadang gadis-gadis itu dari melarikan diri.

"Hahaha kumpulan gadis penyamun tertangkap akhirnya"perli Aroy.

"Tepilah! kang aku terajang kau dua orang baru tau!"herdik Julie.

"Fuh berani betul"kata Aroy.

"Setakat mamat lembik macam kau orang tak ada makna aku nak takut"kata Julie.

Tiba-tiba muncul lagi seorang lelaki di belakang Meng Li dan Aroy.

"Bagaimana kalau saya bantu Meng Li sama Aroy kasi hantam sama you Julie?"kata Jagdeep Singh dah tersengih.

Bahahahaha hahahahaha

Meng Li dan Aroy ketawa sekali melihat wajah Julie dan Lesgirls yang cuak.

"Sudah...you orang ladies..balai cirta!"kata Jagdeep Singh.

Sementara itu di kaki lima deretan bangunan Jalan Dolphin masih riuh-rendah dengan pergaduhan,rusuhan dan pecah masuk kedai yang di lakukan oleh beberapa buah kumpulan.

Ahli Petir Waja terpaksa bertempur dengan geng-geng jalanan yang degil demi mencegah perbuatan jenayah yang di lakukan oleh mereka.

Herrizal pula sedang menghubungi Inspektor Yaslan melalui sebuah pondok telefon awam dan memaklumkan perihal rusuhan kumpulan yang berlaku di Jalan Dolphin.

"Apa? pihak polis keluar arahan menangkap ahli-ahli dari pelbagai kumpulan sesuka hati tanpa sebarang sebab dan meminta rasuah?"soal Inspektor Yaslan di hujung talian.

"Betul Tuan...ramai yang bertindak membuat rusuhan kat Jalan Dolphin dengan memecah masuk kedai-kedai dan mencuri barangan sebagai protes di atas tindakkan pihak polis"

"Herrizal...untuk makluman kamu...saya telah memeriksa segala maklumat tangkapan terbaru yang di buat oleh pihak polis. Tiada sebarang arahan penangkapan di keluarkan ke atas mana-mana individu yang menyertai mana-mana kumpulan tanpa sebarang bukti yang mensabitkan mereka dengan jenayah.
Lagipun perbuatan meminta rasuah ke atas pesalah yang di tangkap adalah melanggar etika kepolisan. Saya semakin ragu siapakah pihak yang mendakwa diri mereka sebagai polis dan melakukan perbuatan sedemikian"

"Alamak..maknanya ada pihak yang menyamar jadi polis ke tuan?Ada apa-apa yang Petir Waja boleh lakukan untuk bantu pihak polis Tuan?"

"Begini...saya mengesyaki ada penyamar atau pun memang anggota polis korup sendiri yang menyalahgunakan kuasa untuk melakukan hal seperti itu. Saya akan siasat hal ni. Saya dan skuad polis akan ke Jalan Dolphin sekarang. Mohon Petir Waja halang mana-mana perusuh yang melakukan jenayah pecah kedai dan samun sementara pihak polis tiba di sana"pinta Inspektor Yaslan.

"Baik Tuan"

"Oh ya lagi satu...kalau ada anggota polis tiba di sana, minta mereka tunjukkan bukti lencana kepolisan mereka. Saya akan arahkan setiap anggota untuk berbuat begitu. Andai ada anggota yang gagal berbuat sedemikian,kemungkinan mereka adalah polis korup yang enggan identiti dan salahlaku mereka terbongkar atau boleh jadi juga adalah penyamar"

"Ya baik Tuan. Saya faham"

Belasan ahli Petir Waja berpecah dan mengawal di setiap deretan kedai. Banyak juga barang-barang curi yang berjaya di selamatkan setelah mereka bertungkus-lumus bergelut dengan para perusuh.

Dua orang penyamun sedang menolak troli yang padat dengan barang curian dan ingin melarikan diri ikut lorong belakang bangunan. Tiba-tiba kelibat seorang pemuda gemuk muncul dari sudut gelap.

"Banyak beli barang ya?"

Bob tersengih sambil menghadang dua pemuda itu.

"Jangan sibuklah gemuk. Pergilah curi ayam goreng dua tiga bucket kat A&W ke lagi bagus"

"Bunyi macam menarik. Tapi matlamat tak halalkan cara. Heyarghhhhh!"

Bob meluru dengan tumbukkan glove boxing yang bersarung di tangannya. Dua pemuda tadi cabut lari terus dek takut dengan si gemuk gedabak berambut lebat dengan topi terbalik di kepala tu.

Troli dengan barang curian itu berjaya di selamatkan.

Sementara itu Johari,Kugaressan dan Ashmad sedang berkejaran dengan beberapa orang penyamun dekat eskalator sebuah supermarket yang melarikan diri setelah berjaya memecah mesin cash dan merembat sejumlah wang.

Pengunjung terpaksa memberi laluan kepada Petir Waja menjalankan tugas mereka.

Para penyamun itu tidak menemui sebarang jalan keluar kerana tangga kecemasan supermarket itu berkunci. Mereka terperangkap dan terpaksa berdepan dengan tiga orang ahli Petir Waja.

Arghhhhhh!

Kesemua penyamun itu kecundang di kerjakan Johari, Kugaressan dan Ashmad. Mereka di ikat dan diiring pergi. Wang cash yang di curi telah berjaya di selamatkan sebelum di serah kembali kepada tuan punya kedai yang menjadi mangsa.


***

Motor besar Harley Davidson yang di tunggang oleh Mobin membelah laluan dekat jambatan lebuhraya bersama kenderaan lain. Lautan malam terbentang luas di kiri kanan laluan jambatan tersebut bersama kemilauan lampu-lampu dari pelabuhan kapal yang tidak jauh dari situ.

Sejak keluar dari hutan,Mobin lebih gemar bersiar-siar di segenap ceruk Pelabuhan Helang. Malam ini dia menuju ke suatu area di mana masa mudanya bergelumang dengan dunia samseng jalanan banyak di habiskan di situ.

Pelbagai ceruk di laluinya. Di setiap ceruk itu ada sahaja memori silam yang terlakar. Zaman itu terpaksa di tinggalkannya setelah dia berkahwin dan di terima masuk ke dunia askar sekitar tahun 80'an dulu.

Tak lama kemudian Mobin melihat orang ramai berkerumun di area jalan Dolphin. Keadaan agak kecoh. Dia memberanikan dirinya untuk meninjau ke situ untuk mengambil tahu apa yang sebenarnya sedang terjadi.

Ahli Petir Waja menghimpunkan beberapa orang perusuh yang bertindak melampau dengan memecah kedai dan menyamun. Kesemua mereka di himpun dan diikat. Barang-barang curian mereka semua di longgok di suatu sudut.

Mobin terdengar perbualan orang ramai yang berkerumun.

"Ah nasib baiklah Petir Waja ada untuk basmi kumpulan-kumpulan samseng jalanan kat Pelabuhan Helang ni. Nak harapkan pihak polis, pegawai-pegawai mereka pun banyak yang korup"kata seorang lelaki.

"Alangkah bagus kalau Petir Waja wujud dari tahun 70 an lagi...aku rasa geng Mokhtar,kumpulan samseng paling di geruni kat Pelabuhan Helang pada ketika tu pun mungkin kecundang di tangan Petir Waja"kata seorang pakcik tua.

Mobin yang terdengar perbualan itu jadi tertanya-tanya siapakah sekumpulan pemuda-pemuda dengan nama Petir Waja ini? nampaknya mereka agak handal berlawan. Segala macam samseng jalanan yang merusuh di Jalan Dolphin itu berjaya mereka tawan dan ikat.

Sebagai salah seorang bekas ahli kumpulan Mokhtar sekitar tahun 70an dahulu,Mobin tidak nafikan kejahatan yang pernah dia dan ahli-ahli lain lakukan dahulu sangat banyak. Memang ada benarnya kalau kumpulan seperti Petir Waja ada pada waktu itu kemungkinan besar geng Mokhtar akan tergugat.

Suatu pertarungan di antara seorang gengster bertubuh besar memakai sarung tangan berduri melawan seorang ahli Petir Waja yang berambut panjang hingga ke dada dan memakai kain jubah mantel di belakang tubuh menarik perhatian Mobin.

Pemuda berambut panjang memakai mantel di tubuh yang di maksudkan tak lain tak bukan ialah Qazrel. Badannya tegap dan tinggi lampai. Biasanya dia tidak berbaju dan hanya menyarung mantel di tubuh dengan lambang Petir Waja.

"Mampus kau!"gangster bertubuh besar itu melancarkan tumbukkan sarung tangan berdurinya.

Namun sayang Qazrel lebih pantas melayangkan tendangan ke muka lawannya sebelum di hadiahkannya lagi dengan benaman lutut di perut dan penyiku di belakang tubuh gengster itu.

"Arghhhhhh"

Gangster itu tertiarap ke jalan raya sebelum ahli lain Petir Waja mengikat nya.

Orang ramai yang berkerumun bersorak kuat menyokong Petir Waja.

Ketika Qazrel menoleh kepada orang ramai dengan wajah yang separa lecur itu,dia ternampakkan seseorang yang amat di kenalinya. Pandangannya menikam tajam.

Mobin tersentak dan terperanjat besar.

"Tak...tak mungkin budak tu?"getus hatinya.

Samada itu cuma perasaannya sahaja atau boleh jadi memang benar,Mobin tidak pasti pula. Tapi pemuda dengan wajah separuh lecur itu seakan sedang memandang kepadanya.

Mobin cuba menghindar.

Qazrel mencelah orang ramai dan cuba mengejar. Mobin terus berlari. Hal itu menarik perhatian ahli lain Petir Waja. Lalu mereka pergi mengikuti Qazrel.

Mobin melompat di atas motor besarnya dan meluncur laju pergi dari situ.

"Bangsat!"jerkah Qazrel.

Herrizal dan lain-lain pun mendekati.

"Qaz,kenapa dengan lelaki tu?"

"Lelaki yang aku cari-cari selama ni...dia dah kembali"

"Siapa dia?'

"Mobin"

Herrizal dan adiknya Johari terkedu dan saling berpandangan sesama sendiri.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience