33.SINGA BERANTAI

Action Series 2816

33.SINGA BERANTAI

PELABUHAN Helang bukan sahaja telah menjadi sarang kepada segala macam jenayah dan berkumpulnya pelbagai kumpulan samseng jalanan,malah kadang-kadang muncul pula orang-orang gila berkekuatan luar biasa membuat onar.

Hari itu beberapa orang peniaga telah muncul dan berlari cemas mendaki tangga pelantar markas gudang 'berhantu' tempat ahli kumpulan Petir Waja berkumpul.

KREKK..

Pintu masuk utama gudang itu pun terbuka. Qazrel yang sedang giat berlatih di gim tingkat bawah yang muncul menyambut kedatangan para peniaga itu. Turut ada bersamanya ialah Sapik,Hanif dan Bob.

"Pak Zaki..tauke Lim..Doraisamy...apa hal nya ni? Macam ada kecemasan je?"tanya Qazrel dengan wajah di lindung dengan kain kerana tidak mahu menakut-nakutkan tetamu-tetamunya itu.

"Hah kamu berempat je ke? di mana ahli-ahli lain Petir Waja?"soal Pak Zaki yang bersongkok lusuh itu. Beliau adalah seorang peniaga kedai runcit.

"Siang-siang macam ni ada di antara kami yang harus pergi bekerja pakcik..malam nanti barulah semua orang free untuk berkumpul kat sini"

"Alamak..habislah..habis.."Pak Zaki menggeleng kepala kesal.

"Apa hal nya ni pak Zaki?"tanya Sapik pula sebelum menoleh pula ke wajah tauke Lim dan Doraisamy.

"Aiya..itu Dollah Singa Berantai si orang tua gila sudah muncul bikin onar dekat kawasan kami berniaga. Dia minta wang perlindungan dari setiap peniaga atau di akan belasah kami dan samun kedai kami"ujar tauke Lim,pengusaha kedai kopitiam.

"Dollah Singa Berantai?"serentak empat pemuda Petir Waja itu bertanya.

"Tak tahulah apa nasib yang menimpa kedai kami. Ini pun kami sebenarnya melarikan diri dari Dollah Singa untuk meminta pertolongan dari Petir Waja"

"Kami nak mintak Petir Waja tolong ajar sikit orang tua jahat tu supaya dia  tak berani buat onar sesuka hati"pinta Doraisamy pula.

"Dah hubungi ke balai polis ke?"

"Kami tak berani nak repot polis. Takut pegawai korup pengikut Dollah Singa pulak yang jawab telefon nanti"

Tak bertangguh Qazrel bersama Sapik,Hanif dan Bob pun bertolak mengikuti tiga orang peniaga itu ke Jalan Jed Hijau di mana onar yang di timbulkan oleh Dol Singa Berantai sedang berlaku.

                             ***

BRANKK! PRANGG! PRANGG!

Bunyi kaca tingkap deretan kedai-kedai di Jalan Jed Hijau pecah di iringi ketawa garau seorang lelaki tua bertubuh sasa sambil menghayun-hayun rantai besi di tangannya.

Wang berkepuk-kepuk di dalam mesin cash kedai itu habis di sapunya licin bersih. Pemilik kedai pula sedang menangis merayu-rayu agar lelaki itu menghentikan perbuatannya. Namun tidak di endahkan oleh Dollah Singa.

Selain wang,barang-barang didalam kedai itu pun di angkutnya berkatun-katun masuk ke dalam ruang muatan sebuah lori kontena panjang.

Orang ramai hanya berani memerhatikan dari jauh sahaja.

Lagaknya seperti seorang pendekar ganas dengan rantai besi di lilit di lengan. Sebelah matanya bertutup seperti seorang lanun. Tubuhnya sasa dan berotot kental.

Kedai-kedai yang di samunnya adalah kedai yang enggan membayar wang perlindungan kepadanya. Pengusaha dan tauke kedai itu ada yang di belasahnya tanpa belas kasihan.

BRANKKK!

"Aaaaaa!!"

Seorang pemilik kedai terhumban keluar dari dinding kaca kedai yang pecah. Kebetulan tiga orang ahli Petir Waja juga baru tiba di situ. Kaca-kaca bertaburan di atas jalanraya kaki lima.

"Wak Alias..kamu tak apa-apa ke?"Qazrel memapah pemilik kedai itu bangun sambil di bantu oleh Sapik,Hanif dan Bob.

Mujurlah Wak Alias hanya sakit-sakit kecil sahaja.

"Kamu..kamu Petir Waja kena halang lelaki tua gila tu cepat! Kalau tidak jangan kata perniagaan kami je yang musnah,silap-silap nyawa pun melayang"

Dollah Singa Berantai pun melangkah gagah keluar dari kedai sambil bersiul-siul memikul beberapa katun minuman di atas bahu dan sebotol di tangannya pula sedang di teguk. Rantai besi besar tersandang di tubuhnya.

"Berhenti!"kata Qazrel.

Siulan Dollah pun terhenti.

Dia menoleh ke arah tiga empat orang pemuda yang berani menegurnya itu dengan kening terangkat.

Sebotol air minuman di tangannya di gogok terus sehingga habis sebelum botolnya di buang.

"Ohh budak-budak hingusan Petir Waja dah muncul rupanya..hahahaha..aku sudah acapkali mendengar tentang kehandalan kalian bertempur dan menumpaskan banyak kumpulan samseng jalanan di Pelabuhan Helang ni"katanya.

"Dan kau yang seterusnya wahai singa tua gila!"kata Qazrel.

"Kurang ajar! Mampus kalian! Harghhhj!"

Pantas keempat-empat orang pemuda Petir Waja itu mengelakkan timbunan katun minuman yang di humban ke arah mereka itu sebelum masing-masing menyusun langkah untuk menghadapi Dollah Singa Berantai.

Orang ramai sudah berkerumun dan teruja untuk melihat pertempuran itu.

Bagaikan seekor lembu sapi ganas Dollah Singa menyerbu ke arah Qazrel. Mahu di hancur lumatkan mulut lancang pemuda tinggi lampai yang sering berkelubung wajah itu.

Qazrel menganjak tubuhnya ke belakang sambil mengacungkan sebatang kaki yang bersarung dengan but tinggi keras.

BUKK!

Dalam keadaan tubuh sedang menerkam dan terdorong laju ke arah Qazrel,tidak dapat tidak,dada Dollah Singa terkena juga tapak but keras itu.

Akan tetapi dia hanya tersengih dengan misai lebatnya yang sudah memutih itu.

Kaki Qazrel lalu di tangkap dan di pulas.

"Arhhhhhh!"

Pemuda itu terseret ke jalan sambil mengerang kesakitan.

Sapik,Hanif dan Bob tidak bertangguh lalu berganding bahu menyerang di belakang Dollah Singa.

"Uhhh!"

Dollah Singa terhumban juga di hadiahkan tumbukkan dan tendangan. Akan tetapi gandingan serangan itu hanya memberi dampak kesakitan kecil saja pada dirinya.

Dia pun berpusing dan menyerbu tiga pemuda yang menyerangnya itu. Kali ini kepala Sapik dan Hanif di hantuk lagakannya sesama sendiri. Kedua-duanya terhuyung-hayang dengan pandangan mata berpinar sebelum tersembam ke jalanraya.

Bob terbeliak biji mata. Dia satu-satunya ahli Petir Waja yang bertubuh gemuk. Bob memang boleh berlawan. Akan tetapi kekuatannya kalau hendak di bandingkan dengan Dollah Singa Berantai itu seperti langit dengan bumi jauhnya.

BUKK!

Segenggam penumbuk dari batang lengan sasa Dollah Singa terbenam ke dalam perut gemuk Bob. Matanya terbeliak.

Pengsan.

Qazrel belum mahu putus asa meskipun tiga rakannya yang lain sudah terbaring dan tidak mampu untuk bangun lagi. Dia terus mara membuat serangan,-berbalas tumbukkan dan tendangan dengan Dollah Singa.

Namun dia terpaksa pasrah bila lehernya di belit oleh rantai besar kepunyaan Dollah Singa sebelum tersadai tidak bermaya.

Riuh-rendah jadinya keadaan. Orang ramai sudah naik kecut perut melihatkan kegagahan luar biasa yang di pamerkan oleh lelaki tua gagah perkasa dengan gelaran Dollah Singa Berantai itu.

"Hahahaha..begini sajalah. Apakata kalau kalian ajak saja kesemua ahli Petir Waja datang dan bergabung untuk berhitung dengan aku. Nah..ini alamatnya"kata Dollah Singa sambil meninggalkan sekeping kad.

MALAM itu bertempat di sebuah kawasan gudang luas penempatan lori-lori trak kontena panjang,kumpulan Petir Waja tiba bersama belasan ahli untuk berhitung dengan Dollah Singa Berantai.

Di atas barisan timbunan kontena-kontena panjang yang bersusun seperti blok bangunan tinggi itu,Dollah Singa Berantai yang tegap perkasa sedang duduk menanti di kerusi beralaskan bulu singa yang mewah.

Lagaknya tak ubah seperti raja singa bertakhta di singgahsana sambil menantikan kedatangan mangsa-mangsa yang akan di bahamnya sebentar lagi.

Herrizal,Johari,Qazrel,Meng Li,Sapik,Kugaressan dan ramai lagi berdiri tercegat sambil mendongak tinggi ke puncak susunan blok kabin-kabin kontena itu.

Hujan renyai mulai turun bersama guruh-guruh. Kawasan itu terang-benderang dengan lampu-lampu gudang.

"Cepatlah kau turun ke bawah ni! Ayuh kita berhitung!"

Seperti seekor singa buas Dollah Singa terus meluru dari atas blok kontena itu dan menerkam mangsa-mangsanya.

Di bawah kolong langit malam bersama dentuman halilintar dan hujan lebat mencurah,kawasan luas dekat gudang kontena itu menjadi medan pencak pertarungan dahsyat.

Dollah Singa di kepung belasan pemuda gagah dan pantas serta mahir bertarung. Tubuhnya di hinggapi ribuan tendangan dan tumbukkan. Sebuas-buas seekor singa,apabila di serang oleh sekerumunan kuda,sedikit sebanyak ia akan terjejas juga.

"Harghhhh!"

Dia pun menyergah kuat dengan tangan di acung ke udara sebelum para lawannya terhumban.

Lelaki itu ketawa gagah melihat para pemuda yang berjumlah belasan itu masing-masing sudah jatuh bagaikan nangka busuk.

"Hahahahah"

Enggan membuang lebih banyak masa,Dollah Singa pun memutar-mutarkan rantai besi yang terlilit di tubuhnya itu ke udara.

ZASS! ZASS! ZASS! ZASS!

Setiap pemuda Petir Waja itu habis di hayun libasnya dengan rantai tersebut.

"Arghhhhhh!"

Herrizal,Johari,Qazrel,Kugaresaan dan lain-lain masing-masing cuba bangkit kembali walau menanggung sesauk kesakitan dan kecederaan.

Mereka terus berganding-bahu, berpencak demi menewaskan Dollah si Singa Berantai di dalam hujan yang kian lebat.

"Arghhhhh!"

Tubuh Herrizal yang terakhir sekali melayang bagaikan layang-layang terputus tali di tubi serangan Dollah Singa sebelum dia terbaring di samping tubuh-tubuh rakan-rakannya yang sudah kecundang bergelimpangan lebih awal.

Nampaknya untuk sekali ini Petir Waja terpaksa pasrah dan akur di atas kegagalan mereka dalam mendepani Dollah Singa Berantai. Lelaki tua bertubuh tegap dan sasa itu di sifatkan mempunyai kekuatan dan daya bertarung luar biasa. Beliau juga adalah bekas mahaguru seni tarung yang di geruni kerana kejahatannya.

Akan tetapi kemenangan tidaklah datang bergolek semudah-mudah itu sahaja di kaki Dollah Singa Berantai. Tanpa di sedarinya,pertarungan tadi juga sudah di perhatikan oleh beberapa pihak lain.

Berita pertarungannya menentang Petir Waja rupanya sudah tersebar ke segenap pelusuk Pelabuhan Helang.

Lelaki itu sebenarnya mempunyai ramai musuh. Para musuhnya sentiasa menantikan peluang untuk mengenakannya.

Hujan masih turun mencurah-mencurah. Langit bersimbah dengan cahaya petir dan halilintar.

Ketika Dollah Singa Berantai sudah duduk kembali di kerusi bertatahkan bulu Singa mewahnya dekat atas blok-blok kontena tersebut,para musuhnya pun menyerbu masuk beramai-ramai ke kawasan tapak luas gudang kontena tersebut.

Ada yang datang berparang,berpedang samurai dan sebagainya. Harapan mereka untuk melihat Raja singa itu di tewaskan oleh Petir Waja telah berkecai. Oleh itu mereka sendiri akan bergabung beramai-ramai bagi menghabisi Dollah Singa Berantai.

Maka bergegarlah suasana dengan hiruk-pikuk suara manusia berpencak bersama desingan bunyi senjata berlaga.

Sementara itu Petir Waja sudah beredar dari kawasan terbabit. Mereka sendiri berasa gerun dan tidak menjangka keadaan boleh bertukar menjadi seburuk itu.

Inspektor Yaslan pun di hubungi dan di maklumi akan perkara tersebut.

Tak lama kemudian,keriuhan di medan pertarungan itu pun terhenti dek bunyi tembakkan pistol pihak berkuasa.

Dollah Singa Berantai telah mendapat padahnya. Beliau pun sudah mengalami kecederaan teruk akibat di ganyang selautan musuh sewaktu pihak polis menggari tangannya.

Lelaki itu pun sudah lama berada dalam senarai penjenayah berbahaya dan di buru oleh pihak polis sejak sekian lama.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience