44.TERUNGKAP AKHIRNYA
BOON CHAI sedang rancak menceritakan perihal kematian Kapten Salar,Mahmud dan Jongos secara terperinci dan panjang lebar. Sehinggalah sekeping foto di suakan oleh tauke Boon Chai kepada Mobin.
Berkerut dahi lelaki bekas komando itu. Mokhtar pula lebih senang menjadi pendengar sambil hisap sebatang curut besar.
"Maksud tauke...anak-anak Bakri dan Puan Senah yang punya kerja?"soal Mobin.
"Dua orang budak lelaki dalam gambar foto itu sekarang sudah dewasa Mobin. Mereka bunuh Salar,Mahmud dan Jongos sebab mahu balas dendam. Lepas ni mereka pasti cari gua, you dan Mokhtar pulak. Hei kawan...itu budak handal berlawan seperti Pak Sargo juga. Gua punya samseng pun teruk kena belasah sama mereka. Sekarang dah tak macam dulu lagi. Kumpulan-kumpulan samseng di Pelabuhan Helang telah banyak yang mereka tumpaskan. Tian Long pun mereka berjaya tumpaskan dekat Pekan Cina. Lebih memburukkan keadaan bila mereka juga mendapat sokongan kuat pihak polis dan orang ramai lebih-lebih lagi para peniaga yang sudah lama kena tindas sama kumpulan samseng. Sekarang kalau sebut saja Petir Waja, pasti ramai kumpulan samseng yang goyang"
"Petir Waja?!"soal Mobin.
"Ya Petir Waja. Itu dua orang anak angkat Pak Sargo juga adalah ahli Petir Waja"
"Kalau tauke maksudkan kumpulan pemuda-pemuda yang pakai jaket berlogokan petir itu memang aku sendiri ada saksikan kehebatan mereka berlawan dengan samseng dekat Jalan Dolphin baru-baru ni"
"Hahaha memang itulah Petir Waja. Hei Mobin...mereka ada belasan orang ahli. Semua handal-handal berlawan. Setiap hari ada saja berita tentang Petir Waja tumpaskan pelbagai kumpulan dan aktiviti jenayah. Operasi kilang dadah Jongos dekat area Senggagak pun lumpuh mereka kerjakan. Awas Mobin...lambat-laun itu anak Pak Sargo pasti buru kita"kata tauke Boon Chai.
"Belum tentu lagi tauke.."kata Mobin.
"Apa maksud you Mobin?"
"Sebelum mereka buru kita, kenapa tidak kita buru mereka dulu tauke?"
"Jangan buat gila Mobin..kan gua sudah cakap....sudah banyak kumpulan samseng yang mereka tewaskan. Gua punya Tian Long yang dulu amat di geruni pun tewas"
"Kalau macam tu tauke serah je pada aku"
"You nak buat macam mana Mobin?"
"Biar aku 'bermain-main' dengan mereka dulu"kata Mobin sambil tersengih.
"Hahahaha...aku sudah agak..engkau Mobin, dari dulu sampai sekarang memang sering saja panjang akal"Mokhtar menyampuk.
"Budak-budak Petir Waja mahupun anak-anak Bakri dan Senah tu masih budak hingusan lagi sewaktu zaman kita mengganas di Pelabuhan Helang ni dulu Mokhtar...mereka masih setahun jagung kalau nak di bandingkan dengan kita"kata Mobin.
"Baiklah...baiklah...ikut you lah Mobin. Lu boleh cari markas Petir Waja dekat gudang besar sebelah kawasan fun fair lama tu"
******
TING TONG!
Loceng pintu kaca kedai menjual barangan memancing itu berdenting tanda ada pelanggan datang. Herrizal segera bangkit dari sofa untuk pergi bukakan pintu. Lagipun dia mengunci pintu kaca itu dari dalam tadi sebab mahu lena sebentar.
Puan Rebekah tercegat di luar pintu sambil melambai.
"Hai Puan Rebekah...maaflah saya terlelap kat sofa tadi..Puan dah lama sampai ke?"kata Herrizal memimpin tangan wanita itu masuk ke dalam kedai dan pergi ke sofa.
"Saya pun baru aja sampai ni Herry"balas Puan Rebekah sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.
Macam kebiasaannya selalu,Puan Rebekah memakai selendang kepala satin unggu dengan hiasan manik-manik berkilauannya itu dengan sanggul tinggi,bercermin mata gelap serta memakai kain seperti purdah menutupi mulut dan hidung.
"Wahh seksi pulak penampilan Puan hari ni"kata Herrizal terpesona melihat Puan Rebekah menyarung dress yang ranggi di tubuhnya dengan kain panjang ketat yang agak terbelah di tepi menayangkan sebatang kaki,peha gebu dan betisnya yang menciut seksi. Terasa wanita itu tampak lebih muda seperti wanita berusia tiga puluhan.
"Hahaha iyalah saja saya pakai macam ni sebab Johari kata dia lebih suka kalau saya berpakaian seksi aja"kata Rebekah.
"Hahaha Johari tu memang tak senonohlah Puan. Maaflah ya Puan..kalau adik saya tu dah buat puan rasa janggal atau kurang selesa dan rasa terpaksa pula kena pakai seksi"
"Eh tak ada lah Herry...saya okey sahaja begini. Tak ada yang susahnya pun. Oh ya,Johari mana? tak nampak pun dia"tanya Puan Rebekah sambil pandangannya melilau di dalam kedai.
"Johari tak ada hari ni Puan. Dia pergi temankan isterinya pergi membeli barangan dan pakaian bayi. Sebulan dua lagi bersalinlah isterinya"ujar Herrizal.
Puan Rebekah sedikit terkejut. Masih segar dalam ingatannya wajah Johari sewaktu kanak-kanak dahulu. Waktu kini Johari telah pun dewasa dan mempunyai pasangan hidup. Terasa kesal pula dia kerana telah mensia-siakan waktu kecil anak-anaknya dahulu.
"Bila Johari menikah?"
"Kira-kira dah nak hampir setahun juga. Err...sebenarnya Johari tak bernikah pun Puan. Pasangannya itu pun masih isteri orang. Suaminya kalah bertarung dengan Johari setelah mencagarkan dirinya"
"Ouh begitu...mmh tak apalah tu. Asalkan Johari sama perempuan itu hidup bahagia sudahlah. Herry pula bagaimana? dah punya pasangan?"tanya Rebekah.
"Err...iya saya dan Wendy..."
"Dengan wanita cina? pasti muda dan cantik orangnya ya?"
"Haha betul Puan. Beberapa hari lepas saya temani Wendy ke klinik. Dia hamil sebulan"
"Hm...kamu dua beradik memang nakal ya.."
"Hahahaha"Herrizal terlepas ketawa.
"Tak apalah..jaga pasangan kalian tu baik-baik ya"
"Terima kasih atas nasihat Puan tu"
Sempat Herrizal tunjukkan sekeping foto gambar Wendy kepada Puan Rebekah.
"Wow seksi dan jelita habis amoi teman wanita Herry ni.."kata Puan Rebekah tampak teruja. Lama juga dia menatap ke foto itu.
Puan Rebekah termenung panjang seketika memikirkan tentang dua orang anak lelakinya yang kini telah dewasa itu. Tak tahulah kenapa tiba-tiba dia di rundung kesunyian. Mungkin terfikir bahawa Herrizal dan Johari tak lama lagi mungkin akan sibuk dengan anak-anak mereka pula.
Wanita itu pun minta diri. Herrizal menghantarnya hingga ke pintu.
"Kirim salam kat Johari ya"
"Ya baiklah Puan. Hati-hati ya puan"
Herrizal tercegat sahaja dekat pintu kedai sehingga kelibat Puan Rebekah sudah agak jauh. Tiba-tiba dia terlihat wanita itu tersandung jatuh sewaktu menuruni tangga titian jeti.
"Puan!!"
Bergegas Herrizal pergi ke sana. Risau pula dia kalau Puan Rebekah terjatuh ke dalam air laut. Namun mujur wanita itu terbaring pengsan di atas permukaan jambatan. Tumit sandalnya patah. Itulah punca dia terjatuh tadi.
"Puan...puan bangun puan"kata Herrizal memangku kepala wanita itu. Puan Rebekah masih tidak terjaga. Mungkin dia terkejut sangat sewaktu jatuh tadi hingga pengsan.
Herrizal pun menakung air laut di tangannya untuk di sapu ke wajah Puan Rebekah. Kain penutup purdah wanita itu terpaksa di buka seketika.
Alangkah terkejutnya Herrizal apabila menatap wajah Puan Rebekah. Mana mungkin dia tidak kenal wanita dengan tahi lalat di dagu itu.
"Emak?!...emak ke ni?"
Herrizal masih ada sedikit keraguan. Dia pun membuka beg tangan wanita itu dan membaca kad pengenalan diri Puan Rebekah.
Tatkala nama Hasnah bt. Khalid tertera dekat kad tersebut,serta-merta air mata pemuda itu berlinangan.
"Emak..."
Di peluknya wanita itu semahu-mahunya. Di ciumnya ke dahi dan pipi ibunya yang telah sekian lama menghilangkan diri.
Herrizal mendukung tubuh ibunya dan membawa pulang ke kedai menjual barangan memancing itu lalu di baringkannya di atas sofa. Dia masih tersedu-sedan menahan sebak rindu yang mendalam. Patutlah wanita itu tidak pernah membuka cermin mata gelap dan kain purdah di wajahnya. Mungkin dia bimbang akan penerimaan Herrizal dan Johari terhadap dirinya yang telah sekian lama menghilangkan diri. Apa pun ia,segalanya telah terungkap jua akhirnya.
Tak lama kemudian Senah terbatuk-batuk kecil dan tersedar. Dia mamai-mamai sebelum melihat dirinya dalam keadaan terbaring atas sofa dalam kedai menjual barangan memancing itu, dan Herrizal duduk di sisinya dengan linangan air mata. Wanita itu menggelabah bila perasan cermin mata gelap dan kain purdah penutup mulutnya telah di lucutkan.
"H...Herry...mana..mana spek dan purdah saya ya?"
"Mak tak perlukan semua tu lagi"kata Herrizal semakin sebak.
Tahulah Senah bahawa pemuda itu telah pun mengetahui identitinya. Dan itu lebih baik kerana dia pun dah lama mahu berterus-terang dengan anaknya.
"Herry...maafkanlah mak sebab terpaksa merahsiakan identiti mak dari kalian. Mak bimbang kau dan Johari akan bencikan diri mak kerana bertahun meninggalkan kalian"kata Senah lalu sebak dan memeluk anak lelakinya itu.
Herrizal juga memeluk erat tubuh ibunya.
"Apa pun kisah di sebalik kehilangan mak bertahun-tahun,Herry tak pernah salahkan mak"kata pemuda itu teresak-esak.
BERSAMBUNG....
Share this novel