15.WENDY TERKEJUT
SUDAH beberapa hari berlalu. Wendy masih lagi menumpang di rumah pangsapuri murah Herrizal dan Johari kerana dia tidak tahu hendak ke mana. Dua pemuda itu pun tidak kisah sangat kalau amoi cina jelita itu mahu tinggal dengan mereka seberapa lama pun yang dia mahu.
Televisyen sedang bersiaran di ruang tamu. Wendy sedang duduk-duduk di sofa. Pakai skirt kontot ketat celah peha saja sambil melunjur kedua batang kakinya yang putih gebu dan menciut seksi itu.
Herrizal dan Johari yang duduk di sofa lain hanya mampu teguk air liur je lah.
"Bang...psst...kalau macam ni lah godaannya aku ingat malam nanti nak kena turun jugak pergi lorong cari 'kupu-kupu' malam"bisik Johari pada Herrizal.
"Hahaha"Herrizal terlepas ketawa.
"Aih...apalah malang nasib i tahun ni"kata Wendy mengomel sambil termenung memeluk sebiji bantal kecil.
"Kenapa Wendy?"tanya Johari.
"Mmh hari ni i punya birthday. Tak ada orang nak sambut dan raikan i"kata amoi cina tu.
"Laa ye ke..hm kalau macam tu biar saya dengan Joe keluar sekejap pergi town belikan kek dan makanan. Nanti kita celebrate okey?"kata Herrizal.
"Kami ada untuk celebrate Wendy"kata Johari pula.
Terus senyuman terukir di wajah cantik Wendy. Dia bangun dan duduk di tengah-tengah sofa yang sedang di duduki oleh dua pemuda itu.
"Ohh thanks Herry...Joe..kenapalah you dua orang ni baik hati sangat dengan i"kata Wendy sambil mengusap ke pipi dua orang pemuda adik beradik itu.
Herrizal dan Johari tersengih-sengih je lah. Mereka pun bersiap dan keluar menaiki kereta menuju ke pekan.
Selepas singgah ke restoran segera A&W dan membungkus makanan, mereka pun singgah pula ke sebuah kedai menjual kek dan bakeri.
"Wahh macam-macam jenis kek ada ni bang. Rambu mata nak pilih kalau macam ni"kata Johari sambil asyik melihat-lihat pelbagai jenis kek dalam rak kaca kedai tersebut.
Tiba-tiba datang seorang pelayan wanita muda yang cantik bertudung di kedai kek itu menegur Johari.
"Hai Johari...datang dengan abang nak beli kek ke?"wanita itu tersenyum mengulum.
Herrizal dan Johari menatap wajah pelayan wanita yang bertudung itu.
"Sazi..? Saziana ke ni? ai dah pakai tudung pulak kau?"kata Johari ternganga.
"Kau kenal ke dia Joe?"tanya Herrizal.
"Ah kau ni bang takkan dah lupa kot?. Inilah Saziana si wanita seksi yang aku bawak pergi hotel itu hari lepas menang lawan dengan Rody Tiger tu"ujar Johari.
Herrizal melongo memandang kepada Roziah.
"Astaga...betul ke?"
"Iya memang betullah ini saya Saziana. Panggil Sazi je. Siang saya kerja kedai kek. Malam buat part time ikut Mr Rachman. Fuh best gila lah tidur dengan Johari malam tu. Kuat betul penangan dia. Sampai terkencing saya atas katil hotel..Muah sayang Joe"kata Saziana tertawa sambil mengusap ke pipi Johari.
"Mak oi..betul ke cakap dia Joe?"Tanya Herrizal berbisik sambil ternganga dengan dua mata terbeliak.
"Hahaha gila tak gilalah bang. Dua keping gulung kondom habis lunyai aku balun. Bila bangun tidur pagi-pagi rasa lega je..err..cuma yang kurang enak tu kat atas permukaan katil yang aku baring dengan Sazi dah terasa lembab-lembab basah..bau hancing menyengat baunya bang"
"Eh eh Joe taknak lah cerita yang itu. Iyelah...memanglah hancing sikit awak..awak pun lasak sangat"kata Saziana sambil menekup mulut Johari.
Bahahahaha Hahaha
Herrizal ketawa sambil geleng-geleng kepala jelah dengar cerita tak senonoh adiknya bersama Saziana. Tak di sangka pula Saziana si wanita seksi jelita itu rupanya bertudung dan sopan pakaiannya bila bekerja di kedai kek di siang hari.
Saziana membantu dua pemuda itu membungkus kek yang mereka beli ke dalam sebuah kotak kek. Mereka pun membayar harganya.
"Terima kasih Sazi"kata Johari.
"Sama-sama Joe..awak tak nak ajak saya keluar lagi ke?"
Herrizal menyiku adiknya memberi isyarat agar peluang itu tidak di lepaskan.
"Ah baiklah..kalau Saziana sudi dengan saya apa salahnya"balas Johari.
"Ya saya sudi sesangat Johari. Sejak tidur dengan awak tempoh hari,saya selalu teringatkan Johari. Mujur hari ni kita dapat jumpa lagi"balas Saziana.
"Kalau boleh biarlah Sazi terus bertudung macam tu..kan cantik begitu"
"Baiklah..saya memang bertudung pun"
Saziana pun memberi alamat tempat tinggalnya serta nombor telefon untuk di hubungi.
Herrizal dan Johari pun minta diri.
"Aku perasan Saziana tu sayang betul lah kat kau Joe"kata Herrizal ketika sedang memandu.
Johari pula asyik tersengih-sengih macam kerang busuk sejak dari kedai kek tadi lagi.
"Hm abang rasa patut ke aku dan Sazi menjalin hubungan?"tanya Johari.
"Kalau kau dan dia dah saling suka-menyukai..apa salahnya"
               ******
"Thanks so much Herry...Joe..sebab dah bersusah-payah you all belikan kek dan pelbagai makanan ni untuk celebrate birthday i"kata Wendy ketika mereka bertiga duduk makan-makan sempena hari jadi Wendy yang ke 25.
"Sama-sama Wendy"balas dua pemuda itu.
Sambil makan mereka rancak berbual macam-macam perkara. Wendy sibuk hendak tahu pasal famili Herrizal dan Johari. Nak tak nak terpaksalah dua pemuda itu membuka kisah silam bagaimana bapa mereka di bunuh,ibu dan kakak mereka di rogol dan juga dibunuh oleh sekumpulan samseng durjana sekitar penghujung tahun 70an.
Wendy tidak tertahan rasa sedih dan sebak sehingga mengalirkan air mata.
"Herry...Joe..i harap you berdua tabahlah. Semoga penjahat-penjahat yang menganiaya ahli keluarga you berdua mendapat balasan mereka nanti"kata Wendy sambil menepuk ke bahu dua pemuda tersebut.
"Sebab tu lah kami ingin buru mereka Wendy...kami takkan pernah lupa setiap wajah mereka"kata Herrizal sambil meletakkan sekeping foto yang terdapat gambar Mokhtar,Kapten Salar,Mobin,Jongos dan Mahmud. Foto itu diambilnya sewaktu ke gudang yang di huni oleh Qazrel.
Wendy menatap foto tersebut sebelum tergamam dan menutup mulut.
"Mahmud salah seorang darinya?!"
Herrizal dan Johari mengangguk sebelum sekeping lagi foto di suakan kepada Wendy.
"Ini gambar famili kami"kata Johari.
Kali ini Wendy rasa seperti hendak pitam. Mana tidaknya...itulah foto yang sama di dapati oleh Mahmud melalui hadiah sewaktu majlis hari jadinya.
Wendy menatap wajah dua orang pemuda itu.
"Jadi maksudnya you dua oranglah yang hantar hadiah waktu malam birthday Mahmud di adakan beberapa hari lalu?"soal Wendy.
Herrizal dan Johari mengangguk.
"So Wendy...sekarang kami harap you fahamlah betapa bencinya kami pada Mahmud. Cubalah fikirkan bagaimana perasaan kami bila melihat pembunuh dan perogol ahli keluarga kami masih bebas di luar sana dan bersenang-lenang sedang kami terpaksa hidup merana dari kecil bersama memori sedih bertahun lamanya. Kami cuma mahu Mahmud dan semua yang terlibat mendapat balasan dari perbuatan mereka"ujar Herrizal.
Wendy termenung panjang sambil mengalirkan air mata. Perasaannya terusik apabila melihat gambar Herrizal dan Johari sewaktu kanak-kanak bersama ayah, ibu dan kakak mereka.
"I takkan salahkan you berdua. You got a strong reason to do that. I will help you two"kata Wendy.
"Tolong kami? how?"
Wendy pun memberitahu bahawa dia sebenarnya adalah salah seorang perempuan simpan tauke Boon Chai yang telah di 'hadiahkan' kepada Mahmud juga tentang hubungan baik tauke cina gemuk itu dengan Mahmud. Dia juga tahu tentang hubungan rapat Boon Chai dengan Kapten Salar.
Boon Chai ibarat abang besar dekat Pekan Cina yang letaknya juga dalam Pelabuhan Helang. Herrizal dan Johari juga tahu bahawa Pekan Cina adalah penempatan terbesar kaum tiong hua.
Di Pekan Cina itu Boon Chai mempunyai begitu banyak rangkaian bisnes seperti restoran,pasar basah, kedai pajak,kedai judi,pusat pelacuran dan kelab malam.
"Jadi Wendy adalah penyanyi dan penari kat kelab malam Boon Chai?"kata Johari.
"Ya...i dah lama kerja menyanyi dan menari kat kelab tu. Ahli kumpulan gangster tauke Boon pun ramai. Mereka selalu melepak dan mabuk-mabuk kat situ. By the way...lepas dengar cerita you all baru i tahu tauke Boon bukan orang baik-baik. So mulai hari ni i tak mahu kerja sama tauke lagi atau punya apa-apa kaitan dengan urusan dia"
"Baiklah Wendy..itulah yang sepatutnya. Kalau you bimbang,tinggal saja kat sini dengan kami. Boon Chai akan terima balasan di atas perancangan jahatnya hingga menyebabkan bapa angkat kami meninggal dalam suatu tragedi kebakaran yang di lakukan oleh orang -orang suruhannya"kata Herrizal.
             *******
Malam tu Johari keluar bertemu dengan Saziana. Nampaknya mereka berdua pun sudah saling mencintai antara satu sama lain. Cantik Saziana bertudung sanggul tinggi. Memakai dress dan kain panjang warna hitam.
Lepas makan malam di pekan, Johari dan Saziana pun sudah tergoda mahu bersebantal lagi di hotel. Tapi nasib kurang menyebelahi kerana kebetulan sewaktu tiba di hotel, sekumpulan pencegah maksiat sedang buat operasi menangkap pasangan kekasih yang buat maksiat di hotel.
Akhirnya Johari bawa Saziana ke kawasan yang banyak bangunan terbiar dan padang permainan.
Bulan mengambang penuh di langit sewaktu mereka lalu di tepian lorong pagar berliku-liku. Sesekali mereka temui pengemis atau gelandangan tidur di sana-sini.
"Psst okey ke kat tempat-tempat macam ni Saziana?"tanya Johari sambil jalan memimpin tangan wanita itu.
Saziana asyik meliarkan pandangannya ke sana ke mari.
"Boleh je Joe. Asalkan tersorok sudah"
"Eh tengok kat balik kabin tu. Kebetulan pulak ada orang buang tilam spring cabuk kat situ. Kat situ je lah ya?"kata Johari.
"Mmm okey...."Saziana tersenyum.
Di balik kabin itu penuh dengan timbunan kotak-kotak,papan lapis katil dan surat khabar lama berlonggokkan. Tilam spring cabuk dan besar bersaiz queen itu pun di hampar.
Johari dan Saziana berbaring bersama sambil berpelukkan erat dan berkucupan bibir ketat-ketat.
Mmh...cupp..cupp...mmh
Terpejam-pejam mata Saziana dek khayal kucupan bibir Johari. Sambil itu Johari membelai tudung dan sanggul tinggi Saziana. Belakang batang tubuh wanita itu pun di usap-usap. Keduanya pun hanyut dan karam bersama.
BERSAMBUNG....
Share this novel