11.GUDANG BERHANTU?

Action Series 2816

11.GUDANG BERHANTU?

MAHMUD muncul di ruang acara sambutan hari jadinya. Muzik yang sedang rancak berkumandang terus di tutup. Anak-anak buahnya yang asyik menari pun berhenti.

"Hoi badigol-badigol sekalian..bangun! bangun!"sergahnya apabila melihat ada di antara mereka yang tersembam dan terbaring akibat mabuk.

Mencicit buruh-buruh itu bangun.

"Maaf bos...ada apa hal ni bos?"

"Ni kau orang tengok ni..siapa yang bagi hadiah ni?"soal Mahmud sambil tunjukkan kotak hadiah di tangannya.

Anak-anak buahnya mulai berkumpul dan melihat apa isi di dalam kotak tersebut. Mereka pun terpinga-pinga kehairanan melihat kepingan foto yang berada di dalamnya.

"Ada lah tu yang saja nak bergurau menyakat bos"kata seorang anak buahnya.

"Bergurau kepala hotak engkau! ini tak kelakar okey. Sekarang cakap siapa yang punya kerja ni!?"tinggi nada suara Mahmud.

Anak-anak buahnya angkat bahu saja.

Tiba-tiba salah seorang anak buahnya yang telah pulang awal tadi muncul dengan wajah yang lebam-lebam akibat di belasah.

"Bos!...habislah habis"katanya sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Para pekerja lain dah mula kecoh-kecoh dan naik hairan.

"Hah yang engkau ni dah kenapa pulak? bengkak-bengkak mata tu"soal Mahmud.

"Aku...aku kena belasah bos. Beberapa orang lagi budak-budak kita pun sama kena belasah waktu nak pulang tadi"

"Siapa yang belasah?"soal Mahmud lagi.

"Budak dua orang yang cari pasal dengan kita sebelum ni lah bos..kali ni mereka datang bertiga dengan sorang lagi pemuda india. Aku rasa anak si Selvamuthusamy"

Bergegas Mahmud dan anak-anak buahnya keluar dari bangunan syarikat pembinaan itu sebelum terkejut besar bila mendapati beberapa orang buruh dah terbaring bergelimpangan di sana-sini dekat halaman akibat di belasah.

Mendengus-dengus Mahmud menahan marah.

"Sekarang aku nak kau orang pergi buru budak-budak tu sampai dapat! aku rasa mereka masih ada lagi kat sekitar sini!"arah Mahmud.

Ahli kumpulan Tukul dan Paku segera bertebaran ke sana sini. Mahmud pun masuk semula ke dalam bangunan dan menghubungi beberapa kumpulan jalanan lain yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk meminta bantuan.

Ramai anak-anak buah Mahmud yang di belasah di saat mereka pulang dari majlis sambutan hari jadi tadi. Akan tetapi ada juga yang sempat melarikan diri hingga terpaksa Herrizal,Johari dan Kugaressan mengejar mereka.

Lorong demi lorong belakang bangunan dan kaki lima di redah. Pantas macam lipas kudung juga buruh-buruh itu berlari. Namun sayang akhirnya mereka berjaya di tangkap juga oleh Herrizal,Johari dan Kugaressan. Berlaku pertempuran di antara mereka tidak jauh dari situ.

Suatu tumbukkan di hantar ke arah Herrizal. Pantas di tepisnya sebelum melompat ke udara lalu berpusing dan membalas lawannya dengan tendangan ala tornado.

Johari pula di layangkan dengan libasan sekeping kayu papan. Mujur cekap dan pantas di elak-elakkannya sebelum lawannya itu di terlalai lalu di serang pula oleh Kugaressan.

"Arghhhhhh"

Berguling-guling buruh seorang itu jatuh di atas jalanraya. Kuat juga penangan tendangan yang di hadiahkan oleh Kugaressan. Tepat menyinggah di belakang batang tubuhnya.

Ketika pergelutan itu berlaku,mereka sedang berada di halaman sebuah bangunan kilang kayu. Tanpa di sedari ada mata-mata sedang memerhatikan mereka dari dalam tingkap sebuah bangunan di sekitar situ.

"Heheh kau kena ucap terima kasih pada aku Mahmud. Kebetulan tiga orang yang sedang kau cari tu sedang belasah budak-budak kau kat kilang Papan Ah Fatt sebelah je dengan bangunan markas kumpulan aku. Mereka terdiri dari dua pemuda melayu dan seorang  pemuda india"kata seorang lelaki sambil bercakap melalui gagang telefon.

Dekat tingkap bangunan itu juga turut di lengkapi binokular. Lelaki itu dapat melihat dengan lebih jelas wajah Herrizal,Johari dan Kugaressan yang sedang berada di halaman kilang kayu itu melalui binokular tersebut. Tambahan pula malam ini bulan agak terang dan lampu-lampu pagar kilang papan itu juga di pasang.

"Kau kenal ke siapa mereka tu?"soal Mahmud di hujung talian.

"Hm aku rasa aku tahu pemuda india tu. Kuga namanya kalau tak silap aku..dia bekas ahli kumpulan Maniam.."

"Hei Lemmy,aku bukan maksudkan budak India tu. Aku tahu itu anak Selvamuthusamy...aku kenal bapa dia. Maksud aku pemuda yang dua orang lagi tu"kata Mahmud.

Lemmy terus meneropong dengan binokular dan cuba mengecam wajah Herrizal dan Johari.

"Sori Mud..aku tak pernah kenal siapa dua orang pemuda tu. Agaknya mereka orang luar"kata Lemmy.

"Baiklah tak apa. Oh ya..mereka ada di situ lagi ke?"

"Mereka dah keluar dari kilang papan dan sedang berjalan ikut lorong menuju ke kawasan funfair terbiar"

"Lemmy...tolong hantar isyarat kat kumpulan lain supaya menuju ke funfair sekarang. Aku nak mereka tangkap dan ganyang budak-budak tu"pinta Mahmud.

"Heheh baiklah. Tapi pertolongan aku ni adalah urusniaga berbayar Mahmud"

"Yelah..yelah..nanti kau datang lah ke ofis aku tuntut bayaran kau"

"Baiklah"

Panggilan tamat.

Lemmy segera mengejutkan ahli kumpulannya yang lain. Mereka di kenali sebagai Watch Tower. Markas mereka betul-betul dekat bangunan menara terbiar yang terdapat loceng besar di puncaknya.

Kumpulan-kumpulan jalanan lain biasanya akan merujuk kepada Watch Tower sekiranya ada berlaku kekecohan dalam ceruk di area tersebut. Lemmy akan naik ke loteng dan membunyikan loceng besar itu. Mercun juga di bakar sebagai pemberitahu arah.

Sementara itu beberapa buah kumpulan jalanan lain telah bertebaran di segenap area setelah Mahmud menghubungi ketua-ketua kumpulan terbabit bagi meminta tolong untuk memburu Herrizal,Johari dan Kugaressan.

Di saat Lemmy berdiri di bawah bumbung loteng tinggi menara dan memukul loceng serta membakar mercun yang meluncur laju ke arah sebuah kawasan funfair terbiar,semua ahli kumpulan segera menuju ke arah sana.

"Eh kenapa loceng menara tu berbunyi? nampak macam ada orang berdiri kat puncak loteng sambil bakar mercun"kata Johari.

"Alamak ini alamat tak baik bro. Mungkin Mahmud dah rojer kumpulan Watch Tower yang tinggal kat menara tu untuk kesan keberadaan kita"kata Kugaressan.

"Watch Tower?"serentak Herrizal dan Johari menyoal.

"Mereka tu kumpulan samseng yang pakar dalam hal meninjau keadaan sekitar dalam area ni. Mungkin mereka dah teropong kita melalui binokular sewaktu kita belasah budak-budak Mahmud kat kilang papan tadi. Mercun tadi sebagai pemberitahuan kepada team lain yang kita menuju ke arah funfair ni. Sebelum mereka muncul untuk tangkap kita, elok kita blah! tak mungkin kita akan dapat hadap mereka ramai-ramai macam tu"kata Kugaressan.

Seperti di duga,beberapa buah kumpulan telah muncul dari pelbagai arah. Mereka bertiga kini hampir terkepung.

"Kehkehkeh nak lari mana?!"kata seorang lelaki dengan rambut terpacak ala trojan.

Segerombolan budak-budak punk telah muncul dengan senjata kayu.  Kemudian kedengaran pula deruan enjin yang agak bising sebelum muncul pula sekumpulan samseng lain yang menaiki motor besar. Mereka di kenali sebagai Tengkorak Bikerz. Anak buah Lemmy dari kumpulan Watch Tower juga menyusul.

"Aduh! habislah kita kali ni"kata Johari.

Herrizal tenang sahaja sambil meliarkan pandangan ke arah gerombolan kumpulan-kumpulan samseng di sekeliling.

"Kita dah tak ada pilihan lain selain.."kata Kugaressan lalu menoleh ke arah sebuah bangunan gudang terbiar yang gelap dan pintu pagarnya berkunci dari dalam.

"Maksud kau kita lari dalam gudang tu ke Kuga?"tanya Herrizal.

"Betul bro...cuma aku risau kalau kau dengan Joe takut pulak nanti"

"Takut? ada apa je dengan gudang tu bro?"tanya Johari.

"Bro..semua orang tahu gudang tu berhantu. Samseng-samseng tu pun tak berani masuk ke situ. Tak ada satu kumpulan pun berani ceroboh masuk dalam tu"jelas Kugaressan.

Herrizal dan Johari teguk air liur sambil toleh ke bangunan gudang tersebut. Memang gelap-gelita. Seboleh-bolehnya mereka juga keberatan untuk masuk ke situ,namun apabila gerombolan kumpulan samseng yang pelbagai itu mulai menyerbu untuk menangkap mereka,sepantas kilat mereka bertiga memanjat naik ke pagar gudang tersebut.

Dan seperti kata Kugaressan,memang benar tiada seorang pun dari geng samseng itu sanggup memanjat pagar masuk ke situ. Mereka hanya berkumpul di luar pagar.

Beberapa saat kemudian terdengar bunyi siren kereta polis datang dari kejauhan. Gerombolan samseng tadi bersegera beredar pergi. Perbuatan mereka berkumpul beramai-ramai dan membuat kecoh seperti itu sudah pasti mengundang kehadiran pihak polis.

Herrizal,Johari dan Kugaressan pula terpaksa bersembunyi di halaman gudang gelap itu. Dua tiga buah kereta peronda lalu-lalang di jalanan. Terlalu berbahaya kalau mereka hendak melompat keluar dari pagar sekarang.

Lebih kurang setengah jam kemudian, bulan mulai hilang di balik awan gelap. Guruh mulai bersahutan sebelum hujan lebat mulai turun mencurah-curah. Kereta peronda polis baru sahaja beredar. Herrizal,Johari dan Kugaressan masih terkandas dalam kawasan gudang yang di dakwa kononnya berhantu itu.

Ketika cahaya kilat menyimbah terang, Herrizal yang sedang mendongak ke atas bangunan gudang terlihat suatu kelibat dengan memakai kelubung dan wajah separa melecur terbakar sedang tercegat dari dalam tingkap gudang.

"Hantu!!"teriaknya.

Johari dan Kugaressan segera mendongak ke arah tingkap yang di tunjukkan oleh Herrizal. Ketika cahaya kilat menyimbah lagi, kelibat itu telah tiada. Akan tetapi mereka terdengar pula suara seseorang sedang terbatuk-batuk.

"Aih...hantu apa yang boleh terbatuk-batuk macam tu?"soal Johari.

"Hm aku dah mula musykil dengan dakwaan kononnya gudang ni berhantu"kata Kugaressan.

Mereka bertiga berpandangan sebelum akhirnya memanjat naik ke tangga pangkin gudang menuju ke pintu masuknya di sebelah atas.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience