38.BERKELAH DAN MEMANCING
BERITA kecundangnya konco-konco Jongos dalam kejadian tembak-menembak dengan pihak berkuasa di Pub Drugon kecoh di dada-dada akhbar. Baguk antara yang terkorban dalam kejadian itu. Beliaulah yang di tugaskan melengahkan pihak polis sewaktu Jongos melarikan diri tempat kejadian dengan menaiki sebuah helikopter.
Namun begitu,pihak polis masih gagal mengesan di mana menghilangnya Jongos.
Walaubagaimanapun semua itu tidak penting lagi kerana Herrizal dan Johari sahaja yang tahu apakah nasib kesudahan Jongos pada malam beliau melarikan diri dengan helikopter itu.
Hasil soal siasat ke atas konco-konco Jongos yang menyerah diri kepada pihak polis telah membongkar suatu rahsia yang amat mengejutkan di mana Maniam yang masih di buru rupanya telah mati di bunuh dan di simen dalam tong deram oleh Baguk sebelum di humban ke sebuah hutan.
_____________
HUJUNG minggu pun tiba. Hari ini Herrizal dan Johari ada temujanji dengan Puan Rebekah untuk pergi berkelah dan memancing.
Sekitar jam sembilan pagi,Puan Rebekah pun muncul dari kejauhan bersama joran,kotak alatan memancing dan dia juga menjinjing raga berisi bekalan makanan.
Dia mengenakan selendang kepala dengan sanggul tinggi serta bercermin mata gelap dan topeng mulut. Wanita itu jalan melenggang lenggok dengan kain panjangnya yang ketat dan terbelah menjulurkan sebelah batang kakinya yang menciut seksi.
"Wahh itu pun Puan Rebekah dah tiba bang. Aduh bukan main seksi pula dia pakai begitu. Uhh mak aih jelita habis
dia berselendang sanggul tinggi"kata Johari.
"Hahaha kau memang tak senonoh lah Joe"Herrizal tertawa.
Johari berlari-lari pergi menyambut wanita itu. Joran dan kotak peralatan memancing Puan Rebekah pun di tolong jinjingkannya.
Wanita itu pula nampak ceria dan gembira hari ni. Di peluk ciumnya dua orang pemuda yang juga anak kandungnya itu.
Mereka bertolak menaiki kereta dan tiba di sebuah kawasan tasik perkelahan yang indah. Ada banyak pokok-pokok redup. Suasana agak sejuk berkabus sedikit tetapi segar dan nyaman.
Di bawah sebatang pokok besar yang redup,kain alas perkelahan di hampar. Segala barangan di letak di atasnya.
Johari menggali tanah dan mengumpulkan seberapa banyak cacing untuk di jadikan umpan. Cacing-cacing itu di bubuh dalam sebuah bekas.
Herrizal yang membantu menjerut umpan cacing pada mata kail joran wanita Puan Rebekah.
Kagum dua pemuda itu melihat kecekapan Puan Rebekah melontarkan tali pancingnya. Mereka berbual seketika. Lebih kurang dua puluh minit kemudian, Puan Rebekah
berjaya membawa naik seekor ikan toman sederhana besar.
Melongo Herrizal dan Johari di buatnya. Sedang umpan pancing mereka masih belum mengena walau seekor pun lagi.
"Wahhh hebat betul Puan Rebekah ni. Baru kali pertama memancing dah dapat hasil yang lumayan"kata Herrizal.
"Iyalah bang..ikan pun pandai pilih bulu. Dia tengok Puan Rebekah cantik berseri dan seksi pula..itu yang dia tak mahu makan umpan kita"Johari melawak.
"Hahahaha"berdekah-dekah Puan Rebekah ketawa dengan kata-kata Johari.
Dua pemuda itu pun mengajarkan pula bagaimana untuk mencabut mata kail yang tersangkut di mulut ikan itu serta memasang cacing baru kepada Puan Rebekah.
Sementara menunggu ikan memakan umpan,mereka pun duduk di atas alas perkelahan. Puan Rebekah ada bawakan sandwich tuna dan kuih-kuih serta air milo satu termos.
"Nah makanlah ya. Kalau nak lagi..masih ada banyak ni"kata Puan Rebekah sambil hulurkan piring-piring dengan sandwich dan kuih-muih itu kepada Herrizal dan Johari.
Berselera dua pemuda itu makan.
"Eh bang...sandwich ni macam...
"Aku ingatkan aku seorang je yang perasan Joe.."
"Alamak...sandwich tu tak sedap ke Joe? Herry? maafkan saya kalau ia kurang menepati selera kamu"kata Puan Rebekah.
"Err bukan Puan. Tapi sandwich puan ni saling tak tumpah macam sandwich yang ibu kami selalu buat waktu kami kecil-kecil dulu"balas Johari.
"Aduh sedapnyalah sandwich ni. Betul-betul teringatkan sandwich emak buat dulu-dulu ya Joe? tak sangka Puan Rebekah juga berbakat buat sandwich yang sama macam itu"kata Herrizal.
Hampir Puan Rebekah ingin menitiskan air matanya. Rupanya anak-anaknya itu tidak pernah melupakan sandwich yang pernah di buatnya suatu ketika lalu sewaktu dua orang pemuda itu masih lagi kanak-kanak.
Lama Puan Rebekah tertunduk-tunduk cuba mengawal emosinya. Sebagai ibu sudah tentu dia berasa terharu dengan kata-kata dua orang anaknya.
"Puan Rebekah tak apa-apa ke ni?"tegur Herrizal sambil menyentuh di bahu wanita itu.
"Ouh saya tak apa-apa"
"Eh kenapa Puan tak makan sekali ya?"tanya Johari. Hairan juga dia kerana wanita itu hanya menyediakan dua biji pinggan sahaja sedang dia sendiri tidak makan apa-apa.
"Tak apa...saya belum lapar lagi. Makanlah dulu ya"Senah memberi alasan.
"Err..agaknya kalau terjumpa puan di mana-mana mungkin kami tak dapat cam kerana tak pernah lihat wajah puan"kata Herrizal apabila wanita itu di lihat sering memakai cermin mata gelap dan topeng mulut.
"Minta maaf banyak-banyak sebab dah buat kalian tertanya-tanya kenapa saya sentiasa bercermin mata gelap dan bertopeng mulut begini. Err..sebenarnya saya kurang tahan dengan cahaya matahari dan habuk-habuk. Tak apalah..nanti kalau ada kesempatan saya buka cermin mata dan topeng ni"
"Oh begitu. Maaflah Puan..kami tak tahu rupanya Puan tak tahan cahaya matahari dan habuk"kata Herrizal.
"Mmh tak apa..makanlah lagi"kata Senah sambil menambahkan lagi kuih-muih dan sandwich ke pinggan anak-anaknya itu.
Lepas makan mereka pun berbual santai sambil sesekali bangun untuk pergi melihat kalau-kalau ikan telah memakan umpan dari joran-joran yang mereka pacak di tepian tebing.
"Alahai sejak kita kenal dengan Puan Rebekah ni. Tiba-tiba rasa seperti ada kasih sayang seorang ibu pulak. Kalaulah emak ada lagi, aku rasa aku nak baring-baring aja di ribanya walaupun kita dah besar dewasa begini"kata Johari.
"Hm kalau macam tu Johari baring sajalah di pangkuan saya"kata Puan Rebekah.
"Alamak biar betul ni Puan?"
"Iya boleh..marilah.."
Johari tersengih-sengih macam budak-budak kecil saja. Lepas tu terus dia berbaring di atas alas perkelahan berbantalkan ribaan Puan Rebekah.
"Eleh mengada-ngada macam budak-budak aja kau ni Joe"kata Herrizal.
"Kalaulah emak masih ada. Mungkin aku tak akan berkelakuan begini bang"
Puan Rebekah tersentak dan tersentuh dengan kata-kata Johari itu. Memang dia akui kesilapannya kerana telah mensia-siakan waktu kecil Johari dan Herrizal.
Ikutkan hatinya mahu sahaja dia lucutkan cermin mata dan topeng mulutnya itu dan menangis semahu-mahunya sambil memeluk dua orang anaknya yang telah dewasa itu.
Johari terlelap di pangkuan Puan Rebekah. Dia berdengkur sedikit. Herrizal sedang sibuk melihat-lihatkan joran dekat tebing tasik.
Naluri keibuan Senah memuncak-muncak. Lalu di belainya rambut Johari. Berlinang air matanya turun. Mujurlah ada cermin mata gelap itu buat menyembunyikan kelopak matanya yang bergenang-genang.
Ketika mentari telah naik tinggi tanda masuknya waktu tengahari,barulah Mereka berhenti memancing.
"Wow Puan Rebekah dapat tiga ekor ikan tasik yang besar dalam pengalaman kali pertamanya memancing. Ini rekod yang sangat membanggakan"kata Herrizal.
"Tepukkan buat Puan Rebekah"
Dua pemuda itu meraikan wanita itu dengan tepukkan.
"Ahaha terima kasih. Ini pun atas tunjuk ajar kalian berdua juga. Jorannya pun bagus dan mudah di selia. Saya puas hatilah"kata Puan Rebekah tersenyum mengangguk-angguk sambil menanggalkan safety jacket yang di pakainya.
"Haha lain kali bolehlah kita piknik lagi ya puan?"
"Iya ya boleh..seronok hari ni kan?"
"Seronok puan. Lain kali kita mancing lagi"
Mereka pun berkemas-kemas dan beredar pulang.
BERSAMBUNG....
Share this novel