Bab 44: Cucu On The Way

Mature Content Series 4165

Suasana bilik masih dibalut sisa-sisa kehangatan pelukan malam tadi. Aku masih bersandar pada dada Rayqal, perlahan-lahan menghirup aroma tubuh dia yang selalu buat aku rasa… tenang.

Tenang. Untuk pertama kalinya, selepas segala ribut emosi yang menyerang kami sepanjang berada di sini.

Langit di luar masih malu-malu. Matahari belum menjenguk sepenuhnya, tapi sinarnya sudah mencium langsir tipis yang menari perlahan ditiup angin penghawa dingin. Waktu seolah-olah beku. Dalam bilik hotel ini, hanya ada aku dan dia. Aku dan suami yang perlahan-lahan… aku mula percaya semula.

Aku sandar dagu di bahunya, mata masih separuh pejam. “Kalau dunia tak kacau kita langsung, awak rasa kita boleh tinggal kat sini sampai tua?”

Rayqal senyum. “Kalau awak sanggup makan belut masak asam tiap hari, saya pun sanggup.”

Aku tergelak perlahan.

Tapi tiba-tiba, telefon bimbit Rayqal berbunyi nyaring. Nada dering khas yang dia set hanya untuk keluarganya.

Aku terus duduk tegak. "Jangan jawab," aku bergurau sambil tarik selimut naik ke hidung. “Diorang boleh tunggu. Kita baru nak sambung babak slow-mo dalam filem cinta.”

Rayqal hanya ketawa kecil dan mengangkat telefon.

“Waalaikumussalam, Mama…”

Aku dengar suara Puan Badriah dari corong telefon walaupun jarak agak jauh. Mungkin dia tengah on speaker, atau… suara mama dia memang jenis ‘full blast’ ikut vibes Datin elitis klasik.

"Macam mana dengan honeymoon kamu? Semua okay? Min okay? Tak ada lari tengah malam ke?"

Aku jeling Rayqal tajam. “Kalau aku lari pun, salah siapa?”

Rayqal senyum simpul dan balas, “Alhamdulillah, Mama. Semua okay. Min tetap cinta hati saya.”

Aku tekan muka ke bantal. Geli hati. Tapi dalam diam, ada manis yang menyelinap. Dia tak malu ucap macam tu walaupun dengan mak dia sendiri. Suami siapa macam tu?

Tapi belum sempat aku tenang, soalan seterusnya dari Puan Badriah hampir buat aku tersedak bantal sendiri.

“Dah boleh bagi keluarga ni cucu ke belum? Ke kamu berdua masih dalam mood honeymoon yang selesa je?”

Aku menjerit dalam hati.

CUCU?!

Mood selesa?!

Rayqal pandang aku. Bibir dia senyum, mata dia tajam. “Insya-Allah, Mama. Cucu on the way.”

APA?!

Aku terus toleh, tengok dia. Mata aku terbeliak. Jari aku cucuk peha dia kuat-kuat. “Awak dah hilang akal?!”

Rayqal tak layan. Siap angguk dua kali ke telefon macam nak sahkan tempahan preorder bayi kami.

Dia letak telefon selepas beberapa minit berbual, dan aku terus hentam lengan dia dengan bantal.

“Awak ni kenapa? Mana boleh janji anak macam janji GrabFood? Macam nak order nugget 6 ketul!”

Rayqal peluk pinggang aku dari belakang. “Min, cuba awak tengok muka awak waktu marah… sumpah comel.”

“Jangan tukar topik!”

Dia ketawa besar.

"Okay, okay. Tapi serius Min, saya doakan. Kalau awak ada isi nanti, saya orang paling bahagia dalam dunia ni. Saya nak jadi ayah yang terbaik."

Kata-kata dia buat aku terdiam.

Dalam kelakar, dalam senyum, ada sesuatu dalam suara Rayqal yang menyentuh hati aku. Bukan sebab dia nak anak cepat-cepat. Tapi sebab aku tahu… dia ikhlas. Dia nak kami lengkap. Dia nak aku tak pernah rasa sunyi lagi.

“Saya bukan tak nak…” aku mula bersuara perlahan. “Tapi saya takut.”

Rayqal pandang aku. Serius.

“Takut apa?”

“Takut kalau saya tak cukup baik jadi ibu. Tak cukup kuat. Saya ni manja. Emosi naik turun. Tengok awak lama-lama pun saya boleh menangis.”

Dia ketawa kecil dan tarik aku ke pangkuan dia. “Min. Kalau awak mampu sayang saya macam awak sayang saya sekarang, awak dah cukup jadi ibu yang baik.”

Aku pandang wajah dia. Wajah suami aku yang perlahan-lahan hilangkan segala trauma lama.

Dia usap rambut aku. “Tapi saya janji tak paksa. Awak tentukan bila. Bila awak sedia. Tapi kalau boleh esok, esok pun saya okay.”

“Rayqal!”

“Eh, tak salah berangan…”

Aku gelak sampai keluar air mata. Bahagia kadang tak perlu mahal. Tak perlu benda besar. Cukup ada seseorang yang buat kita rasa cukup… walaupun dunia luar sibuk nak tanya cucu ke belum.

Kami terbaring semula di katil. Peluk. Senyap. Tapi hati aku penuh dengan kata-kata tak terucap.

Aku pandang dia. “Tapi janji dengan saya satu benda.”

“Apa?”

“Kalau kita dapat anak nanti… awak jangan pilih nama pelik-pelik. Jangan nak letak nama macam Rayfeliano Rimbaud atau Nurnafiska Gracelyn.”

Dia tergelak besar. “Tu nama artis ke nama ubat gigi?”

Aku senyum. Dalam hati aku berbisik…

“Kalau ini hidup aku selepas luka-luka yang dulu… aku takkan minta tukar walau satu saat pun.”

Dan di hujung Phuket, dalam bilik sederhana yang dipenuhi gelak tawa dua insan biasa, cinta tak lagi hanya tentang janji tapi tentang hadir, tentang redha, dan tentang berani memilih untuk sayang setiap hari… walaupun dunia masih sibuk tanya pasal ‘cucu on the way’

Selesai mandi bersama dalam suasana yang suci dan penuh rasa cinta sebagai suami isteri aku balut tubuh dengan tuala kapas putih dan perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik air.

Haba dari air panas masih terasa di kulit, dan bau sabun tubuh Rayqal masih melingkar dalam udara. Wangi. Lelaki. Dan… buat aku senyum sendiri.

Bilik masih senyap. Tenang. Sunyi yang bukan sunyi kosong tapi sunyi yang selesa.

Rayqal sedang duduk di hujung katil, beralas tuala juga, rambutnya basah menjurai ke dahi. Tapi wajah dia? Muka lelaki tengah merengek manja!

"Min… meh sini. Saya sejuk lah," dia merengek, mata bundar penuh drama.

Aku geleng kepala. Tapi dalam hati cair, Min… cair!

Rayqal ni, luarannya nampak macam hero iklan jam tangan mahal tinggi, kurus, selalu nampak serius. Tapi dalam hati… anak kucing. Parah.

Aku capai losyen di meja sisi, sapu perlahan pada lengan dan betis aku. Tapi tiba-tiba mata aku jatuh pada sesuatu… di atas cadar katil. Warna pudar yang menandakan semalam… bukan mimpi.

Aku terdiam.

Lama aku tenung kesan itu. Mata aku kelip-kelip. Terasa jantung berdegup pelik antara malu, syukur, dan macam nak pitam.

Dan ketika aku sedang cuba buat tak nampak, Rayqal pun datang dari belakang.

Dia nampak.

Dan dia… senyum.

Senyum bukan senyum biasa. Tapi senyum bangga macam baru menang piala presiden.

"Awak! Janganlah tengok! Ihhh.." aku tampar tangan dia perlahan, cuba tarik cadar tu, tapi dia lebih cepat.

Dia tarik aku rapat ke tubuh dia dan peluk dari belakang. Dagu dia sandar di bahu aku. Nafas dia tenang.

"Terima kasih, sayang," dia bisik dekat telinga aku. Suara dia dalam… tapi lembut.

Aku tergamam.

Terus rasa nak teleport ke tempat lain. Muka aku merah, tangan aku tak tahu nak letak mana.

"Eh… eh… awak ni! Malulah!" Aku terus sembam muka kat dada dia. Panas. Sumpah panas muka ni!

Rayqal ketawa kecil sambil peluk aku erat.

"Saya bangga dengan awak, Min. Awak kuat. Awak tak tahu betapa saya rasa… bersyukur sangat malam tadi awak pilih untuk izinkan saya jadi suami awak, sepenuhnya."

Aku diam. Dada aku rasa lapang sangat.

"Papa saya dulu… tak pernah ajar saya cara jadi lelaki yang bertanggungjawab. Saya belajar semuanya lepas kahwin dengan awak. Saya belajar dari mata awak. Dari cara awak pandang saya masa saya gagal… dan masih maafkan saya. Saya tahu saya tak sempurna, tapi saya janji, saya nak jadi lelaki yang awak boleh bangga."

Aku rasa dada aku dipalu perasaan. Perlahan, aku pusing menghadap dia dan pegang tangan dia erat.

"Ray… awak bukan sempurna. Tapi saya pun bukan. Kita belajar sama-sama. Dan saya… saya tak pernah menyesal pilih awak."

Dia senyum kecil. Tangannya naik ke pipi aku, dan dia usap dengan ibu jari. “Dan saya tak pernah berhenti jatuh cinta dengan awak dari hari pertama saya nampak awak tersadung depan lif tu.”

Aku tergelak kecil. “Haa… dari situ ke?”

"Yup. Dari situ saya tahu, perempuan ni… bukan jenis biasa-biasa."

Aku tenung dia lama.

Dan tanpa sedar, aku pandang semula kesan semalam di cadar. Walaupun dia sendiri dalam keadaan tak sihat, masih sakit dada sekali-sekala, dia tetap cuba bahagiakan aku.

Tetap layan kerenah aku yang macam budak kecik. Tetap layan rengek aku bila aku mengada-ngada malam tadi.

Aku ingat balik masa aku mengadu sakit, dia terus bisik hadis dan kisah Rasulullah. Dia cerita lembut tentang bagaimana Nabi melayan Aisyah r.a. dengan penuh kasih.

Siap dia kata, "Kalau awak merajuk, saya akan jadi lelaki paling rugi kalau tak pujuk. Sebab saya tak sanggup tidur kalau awak pandang saya dengan muka sedih tu."

Ya Allah… siapa tak cair?

“Sayang…” suara dia panggil lagi.

“Hm?” aku tunduk malu.

“Sakit lagi tak?”

Aku terkaku.

Soalan tu… betul-betul buat jantung aku berhenti satu saat. Nak jawab ya takut salah faham. Nak jawab tak pun… alamak, segan ah!

Aku hanya menggeleng perlahan. Tapi entah kenapa… mata aku tak berani nak pandang dia.

Rayqal senyum. Senyum yang aku kenal senyum nakal sebelum dia buat sesuatu yang buat aku gugup.

“Saya ingat…” suara dia mendekat, dan nada dia berubah. “…nak cipta lagi kehangatan pagi ni. Boleh?”

ASTAGHFIRULLAH!

Aku terus tarik bantal dan tutup muka. “Rayqal! Awak ni!”

Dia ketawa terbahak, siap golek atas katil. “Eh kenapa? Awak kata semalam sweet… saya nak sambung sweetness tu!”

“Awak nak sambung gula ke diabetes?!”

Aku cuba larikan muka, tapi dia tarik aku semula dalam pelukan dia. Kali ni, tangannya kemas pada pinggang aku, dagunya bersandar pada bahu aku, dan nafasnya menenangkan.

“Saya tak minta banyak pun, Min. Saya cuma nak awak tahu… awak ni hadiah paling besar dalam hidup saya.”

Aku diam.

Peluk dia semula.

“Saya malu lah awak cakap manja-manja macam tu.”

“Tak apalah… malu tu pun pahala.”

Kami sama-sama ketawa.

Sama-sama kembali pada satu ruang yang kami bina semula lepas runtuh, lepas hujan, lepas angin kencang. Cinta ini bukan lagi tentang nafsu atau pasangan yang baru kahwin. Tapi tentang redha, tentang memahami, dan tentang memilih untuk tetap ada.

Dan walaupun aku masih malu…

Aku tetap mahu.

Dalam bilik kecil yang sunyi itu, dua hati saling berpaut dalam pelukan hangat. Malu-malu. Tapi tak pernah hilang mahu. Sebab cinta yang dibina atas doa dan harapan… selalu akan jadi yang paling indah walaupun kadangkala tersipu dan menyusup ke bawah bantal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience