Bab 34: Bila Tuhan Takdirkan Kita

Mature Content Series 3457

Tawa aku masih belum reda. Lucu benar gelagat Rayqal tadi, lengkap dengan mimik muka dramatik sewaktu dia meniru suara perempuan-perempuan yang pernah keluar masuk hidupnya.

“Ada satu tu, Min… dia datang club pakai baju macam nak pergi pasar malam. Tapi bila saya demam, dia terus hilang macam kentut. Tak nampak bayang langsung!”

Aku ketawa tergolek di sebelahnya di atas tilam empuk. Dada Rayqal berombak kecil dek tawa yang masih bersisa, tapi matanya, ya… matanya kini menyimpan cahaya yang sedikit lain. Jauh. Sayu.

Dalam sekelip mata, tawa itu mati perlahan. Hening menyusup perlahan seperti kabus malam.

“Min…” suara dia tenggelam timbul. Jemarinya meraih tanganku yang masih di dada. “Saya bukan lelaki sempurna. Saya banyak luka… banyak silap.”

Aku hanya senyum nipis. Tangannya yang menggenggam itu aku balas kemas. Tanda aku masih di sini, masih mendengar.

“Saya pernah sakit teruk…” matanya mulai berkaca. “Sangat sakit sampai saya ingat saya nak mati. Masa tu... semua orang lari. Kawan, perempuan yang pernah cakap sayang… semua hilang.”

Air mata mula membasahi pipinya. Perlahan, aku menyeka dengan hujung jari. Tapi dia menggenggam tanganku dan menarikku rapat ke dadanya, membaringkan aku di sebelah.

“Jangan lap air mata saya sangat. Nanti saya jadi manja…” dia cuba berjenaka, tapi nada suara dia pecah di hujung.

Aku diam. Hanya biar dia melepaskan apa yang perlu.

“Saya pernah bercinta dengan seorang perempuan… cantik. Mulut manis. Mata dia… tajam, macam bulan sabit. Tiga tahun saya sayang dia. Tapi dia tak pernah setia.”

“Nak tahu tak, dalam tiga tahun tu, saya tak pernah rasa nak ajak dia kahwin pun. Tak pernah rasa nak bawa dia jumpa mak saya.”

Aku menoleh perlahan. “Kenapa?”

“Sebab dalam hati saya tahu… dia bukan orangnya. Tapi saya degil. Saya fikir cinta cukup untuk ubah semuanya. Tapi sebenarnya tak.”

Rayqal diam seketika. Matanya menatap siling, namun suaranya penuh dengan getar memori.

“Hari tu… saya bangun pagi-pagi. Saya tak tahu kenapa. Padahal saya jenis tak suka pagi. Tapi pagi tu, hati saya rasa lain. Saya sarung kasut sukan dan pergi jogging kat taman.”

Aku senyum kecil. Aku tahu ke mana cerita ini akan pergi.

“Dan masa tu, saya nampak awak…”

Aku tunduk malu, perlahan-lahan menggigit bibir menahan senyum.

“Awak tengah duduk dekat bangku taman, tangan sibuk betulkan tudung… tapi makin awak betul, makin senget. Lepas tu awak merungut… 'Ish tudung ni macam degil pulak hari ni!'”

Rayqal ketawa perlahan, jujur dari hati.

“Saya tergelak. Tapi waktu tu juga, jantung saya rasa… ada bunyi.”

“Bunyi?” aku menyoal lembut.

“Ya. Bunyi degupan yang saya dah lama tak rasa. Bukan sebab jogging, Min. Tapi sebab awak.”

Aku terdiam.

“Awak tahu tak,” dia menyambung, suaranya makin perlahan. “Saya pernah doa malam tu... ‘Ya Allah, kalau betul aku masih layak untuk disayangi, kau hantarlah seseorang yang tak tengok aku sebab duit, tak pandang rupa, tapi nampak luka-luka aku dan sanggup duduk dengan aku.’”

Dia pegang tanganku kemas.

“Dan Allah hantar awak.”

Jemari aku menggigil sedikit. Bibirku terkunci. Aku cuma tahu, dadaku sebak tiba-tiba. Mungkin kerana aku pun pernah berdoa begitu. Mungkin kerana aku juga pernah minta seseorang yang benar-benar melihat aku sebagai aku.

“Ray…” aku cuba bersuara.

“Tunggu,” potongnya lembut. “Biar saya habiskan.”

Aku hanya mengangguk perlahan, memandang wajahnya yang dipenuhi kejujuran.

“Saya pernah jadi lelaki paling tak berguna. Saya pernah tidur di kaki lima sebab tak mampu bayar sewa bilik. Saya pernah tunggu depan hospital sebab tak cukup duit nak beli ubat. Saya pernah minta tolong orang, tapi yang saya dapat cuma pandangan hina.”

“Saya tahu… saya tak layak untuk sesiapa.”

“Jangan cakap macam tu,” aku cepat menyampuk, tapi dia hanya senyum dan menggenggam tanganku lebih erat.

“Sebab tu saya takut bila awak hadir. Saya takut saya akan ulang semua kesilapan saya. Tapi setiap kali saya bangun dan tengok awak masih di sisi saya… saya tahu, Allah nak ajar saya tentang erti sabar dan kasih yang sebenar.”

Aku kini tak mampu menahan air mata sendiri. Perlahan aku sandarkan kepala di dadanya. Dengar degup jantungnya yang tenang. Degup itu milik lelaki yang penuh luka, tapi masih memilih untuk bertahan.

“Awak tahu, Min… saya tak kisah kalau dunia ini tak terima saya. Tapi bila awak terima saya, saya rasa… saya menang.”

Kata-katanya menyentap dalam. Membakar hati yang selama ini juga sarat dengan parut lama.

“Dan saya bersyukur… sangat-sangat. Sebab Allah tak hantar awak terlalu awal. Kalau awak hadir masa saya masih bodoh, mungkin saya tak akan tahu menghargai awak.”

Aku senyum dalam tangis. Bahagia yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Tangan kami masih bertaut. Nafas kami seiring. Dan pada malam itu, tanpa bintang pun, aku rasa dunia ini cukup terang.

Kerana Rayqal.

Dan kerana kami, yang dipertemukan di waktu yang paling tidak dijangka, tapi paling tepat menurut waktu Tuhan.

Pagi itu menyinar perlahan.

Cahaya matahari menyelinap masuk di celah tirai jendela wad hospital. Udara pagi membawa aroma ubat-ubatan yang sayup-sayup menari di ruang udara, bersatu dengan harapan baru hari ini hari Rayqal dibenarkan pulang.

Aku bangun lebih awal, seperti biasa. Langkah aku senyap, tak mahu kejutkan dia yang masih lena di katil hospital. Wajahnya damai. Seperti lelaki yang baru selamat dari badai besar.

Perlahan-lahan, aku duduk di sisi.

“Rayqal...” bisik aku lembut.

“Bangun ya. Doktor kata petang nanti awak boleh keluar. Keluarga pun nak datang.”

Rayqal buka mata sedikit, sempat kelip dua tiga kali. Dia senyum perlahan, mengangguk dengan mata yang masih layu.

Aku bantu dia duduk, letak bantal di belakang badan untuk sokongan. Tangan dia aku genggam kejap biasalah, lepas pembedahan, semuanya masih perlahan.

“Nak ke bilik air?” tanyaku.

Dia angguk sekali lagi.

Aku terus pimpin dia perlahan-lahan ke pintu bilik air. Saat dia masuk, aku lepaskan tangan dan langkah keluar.

“Saya tunggu kat luar ya... encik suami,” bisik aku manja sambil senyum senget.

Aku tarik kerusi, duduk. Baru nak rehatkan pinggang tiba-tiba…

“Sayang! Min! Kaki saya sakit!”

Jantung aku terkejut terus berlari lebih laju daripada otak. Aku bangkit dengan panik, sandal aku berbunyi flap flap flap menuju ke pintu bilik air.

“Awak kenapa?!”

Dari balik pintu yang terbuka separuh, suara dia kedengaran perlahan.

“Saya… terkencing dalam seluar. Kaki saya kejang. Tak boleh angkat.”

Aku berdiri terpaku. Otak aku gagal proses selama lima saat penuh. Mataku tertancap ke bawah kain hospital yang basah.

Okay. Panik aku reda. Tapi satu rasa lain muncul malu campur kelakar campur tolonglah jangan buat aku kena ujian iman pagi-pagi.

“Sayang… tolong bukakan seluar saya. Sakit nak gerak…”

Aku tarik nafas. Lama.

Dah halal, Min. Dah sah. Tapi…

“Awak… saya… saya tak reti buka seluar orang lelaki lah,” jawabku jujur sambil tekup muka dengan lengan.

Rayqal senyap sekejap.

Kemudian suara dia, lembut lebih jujur dari biasa.

“Min… awak isteri saya. Tak dosa. Tak malu. Dapat pahala pun. Saya minta tolong sebab saya perlukan awak. Bukan sebab saya nak ambil kesempatan.”

Hati aku diam. Tapi dalam dada, debar dia lain macam.

Dengan perlahan-lahan, aku masuk semula. Langkah aku kecil. Tangan aku macam robot lurus ke sisi. Wajah aku rasa panas. Macam nak meletup.

Baru nak dekat...

DUMM!

“Aduhh…”

Perut aku terkena bucu sinki. Separuh terdorong ke arah dia. Dalam keadaan aku cuba seimbangkan badan dia sempat cium pipi aku.

“Wanginya pipi sayang saya ni…” kata dia, sambil jongket kening dua kali gaya bad boy lama.

Aku buka mata, mata aku turun.

Dan...

Aku ternampak. Satu tu.

Automatik kepala aku berpaling ke dinding. Tangan aku angkat, tekup muka. Wajah aku, aku pasti, semerah cili api Thailand.

“Ya Allah! Saya nampak benda tak sepatutnya saya nampak!” jerit aku kecil, terus keluar dari bilik air.

Aku lompat ke katil, pusing dua kali, duduk tepi katil sambil mengipas muka.

“Min… awak okay?” jerit Rayqal dari dalam.

Aku menekup muka dengan dua tapak tangan. Jari aku menjalar ke telinga, leher, tengkuk. Semua aku lap padahal tak berpeluh pun.

“Aku nampak… benda... benda itu! Ya Allah kenapa pagi ni bonus visual banyak sangat niiii?!”

Rayqal ketawa dari dalam bilik air.

“Hahaha! Sayang… awak macam badut sarkas lari keliling katil. Comel sangat, sumpah!”

Aku pegang dada sendiri. Degup jantung macam baru lepas kena prank dengan kamera tersembunyi.

“Awak ni… memalukan saya, tau tak?” rungut aku, tak pandang dia pun.

Kemudian aku dengar dia tarik nafas perlahan.

“Tapi saya bersyukur sebab orang yang nampak ‘satu tu’… ialah isteri saya. Bukan nurse. Bukan sesiapa. Cuma awak, Min.”

Ayat tu buat aku terdiam. Dan buat pertama kalinya aku senyum sambil tutup muka pakai bantal kecil.

“Rayqal… walaupun awak bongok… saya tetap sayang awak.”

“Saya pun sayang awak. Walaupun awak lari macam nampak Toyol bawa lilin.”

Kami sama-sama ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience