Bab 37: Ucapan Yang Meleburkan Hati

Mature Content Series 3457

Langit malam terbentang luas. Bulan menggantung malu di celah awan tipis, sesekali bersembunyi di sebalik tirai kabus. Angin malam menyentuh pipi dengan lembut, seolah-olah ingin memujuk… atau mungkin mengendong rahsia yang bakal pecah dalam sekelip mata.

Tapi aku?

Jantung aku berdegup tak sekata. Tapak tangan aku sejuk. Nafas terasa pendek. Kereta yang membawa aku dan Rayqal berhenti perlahan di satu kawasan gelap, kosong, jauh dari cahaya jalan atau bunyi hon kota. Hanya ada bunyi cengkerik dan degupan dalam dada sendiri.

Aku kerutkan dahi. “Awak… kita nak ke mana ni?” Suara aku teragak-agak. Wajah Rayqal samar-samar diterangi lampu dashboard.

Dia hanya senyum. Tapi senyuman dia... bukan yang biasa. Ada sesuatu dalam riak wajah dia malam tu yang buat aku resah. Dia buka pintu, dan dengan tangan hangat yang biasa menenangkan aku, dia tarik tangan aku perlahan keluar dari kereta.

Langkah kami menuju ke tengah padang lapang yang hanya diterangi cahaya bulan. Rumput basah memijar di bawah kaki. Bintang-bintang bersinar tinggi, jadi saksi kami berdua berdiri di bawah langit terbuka, berdua di tempat paling sunyi.

“Saya nak tunjukkan sesuatu pada awak, Min,” suaranya perlahan, seperti berbisik kepada malam.

Aku diam. Menanti.

Rayqal tarik nafas dalam-dalam.

“Sebenarnya… saya kahwin dengan awak sebab…”

Degup jantung aku berhenti seketika. Dia berhenti di situ.

“Sebab?” Aku desak, walau suara aku tersekat.

Dia tunduk sejenak, kemudian angkat mata dan senyum kecil.

“Sebab saya bosan dan sunyi.”

Boom.

Dada aku macam ditampar badai. Nafas aku terhenti. Mata aku terbuka luas. Aku diam tapi bukan sebab tenang, sebab terkejut. Sebab sakit.

“Apa awak cakap tadi?” Suara aku bergetar, cuba menahan diri dari bertukar jadi ombak.

Rayqal masih cuba pegang tangan aku. Tapi aku tolak. Lembut, tapi penuh luka.

“Selama ni… saya sayang awak, jaga awak, tunggu awak sihat… sebab awak BOSAN? Saya teddy bear gajah lah kan? Peneman masa lapang?” Aku tergelak kecil. Tapi tawa tu mati dalam tangisan. Air mata aku jatuh tanpa amaran. Aku tunduk. Bahu aku naik-turun.

“Min…”

“Cukup. Saya… lapar.” Aku pusing badan, cuba berjalan ke kereta semula. Langkah aku longlai, tapi penuh dengan marah yang aku tak tahu nak tujukan ke mana.

Dan tiba-tiba

“SURPRISE!!!”

Seluruh padang menyala. Cahaya lampu LED dari segala arah menyala serentak. Belon-belon naik ke udara, berpusing perlahan dalam angin. Bunga api kecil menyala dari sudut pagar, meletus seperti bunga cinta yang mekar serentak.

Aku terkaku. Banner besar terbentang di tengah padang

“Selamat Hari Lahir Cinta Halal Saya Min!”

Aku tak sempat nak marah, tak sempat nak senyum.

Deya, Faizal, mama, abah dan adik aku yang baru saja bercuti pun turut hadir.. semua ada. Berdiri tersusun, senyum dan tepuk tangan. Wajah mereka bercahaya dalam lampu yang lembut, seperti mimpi yang baru terbuka.

Dan dari belakang…

“Happy birthday to you… sayang.” Bisikan lembut itu datang bersama satu ciuman di pipi kiri.

Hangat.

Perlahan.

Tangan Rayqal melingkar pinggang aku dari belakang, menarik aku masuk ke dada dia. Nafas dia ada di tengkuk aku. Jantung dia ada di belakang bahu aku berdetak, sama laju dengan degupan aku.

“Saya hampir rebah, sebab awak Ray…” Aku berbisik, air mata jatuh perlahan.

Rayqal peluk lebih erat.

“Rebahlah. Saya sambut.”

Tangisan aku bertukar jadi ketawa kecil. Tapi air mata terus mengalir. Macam aku baru jatuh cinta sekali lagi.

“Isk… awak ni… BONGOK, RAYQAL!” Tangan aku naik ke dada dia. Hentak perlahan. Tapi sebenarnya, aku genggam baju dia. Kuat. Sebab aku tak nak dia pergi walau selangkah pun.

Orang lain bersorak, ada yang gelak, ada yang ambil gambar. Tapi aku?

Aku cuma nampak Rayqal. Lelaki bongok yang baru saja buat aku patah hati… dan dalam masa tak sampai tiga minit, buat aku jatuh cinta balik. Dua kali. Dalam satu malam.

“Maafkan saya sayang,” dia berbisik lagi. “Saya cuma nak awak ingat hari lahir ni sampai bila-bila.”

“Dengan trauma? Dengan luka emosi?” Aku menyindir sambil menyapu air mata.

“Dengan CINTA. Yang halal. Yang nakal. Tapi hanya untuk awak je, Min.”

Aku tak mampu jawab. Sebab pelukannya terlalu selesa. Sebab suara dia terlalu jujur. Sebab hati aku… terlalu sayang.

Rayqal tarik tangan aku dan bawa aku ke tengah pentas mini yang dihias dengan lampu kelip dan bunga segar. Meja kecil tersedia dengan kek coklat kegemaran aku, dua lilin, dan tulisan halus di pinggan: Min & Rayqal Forever Halal.

“Pakcik tolong bakar kek tadi!” Faizal bersorak dari bawah, buat semua tergelak.

Aku ketawa dalam tangisan.

Aku yang malu-malu. Aku yang sentiasa hati-hati. Malam ni aku rasa bebas. Rasa dilindungi. Rasa jadi perempuan yang paling bertuah dalam dunia.

Rayqal suakan pisau kek. Tapi dia sempat berbisik, “Ini baru fasa satu.”

“Fasa dua?” Aku tanya, senyum sipi.

Dia ambil kotak kecil dari poket jaket. Buka perlahan dalamnya ada rantai emas putih, dengan huruf M kecil tergantung di tengah.

“Fasa dua… hadiah untuk perempuan yang berjaya buat saya jatuh cinta berkali-kali.”

Aku terus tunduk. Air mata gugur lagi.
Tapi kali ni bukan sebab sedih. Tapi sebab aku tahu, cinta aku... benar.

Angin malam berhembus perlahan. Lampu-lampu LED berkelip di sekeliling padang, mencipta suasana yang hampir sempurna macam pentas akhir dalam filem cinta.

Belon warna putih emas tergantung cantik, dan meja kecil di tengah padang dihiasi kek coklat dua tingkat dengan rekaan yang terlalu romantik untuk aku hadam selepas episod 'bosan dan sunyi' malam tadi.

Aku duduk bersimpuh, berhadapan dengan suami aku yang tak pernah kenal erti malu bila bercinta Rayqal. Lelaki paling bongok dalam sejarah cinta halal. Tapi entah kenapa, aku tetap jatuh hati.

“Sayang… ini kek khas dari saya. Resepi rahsia,” katanya dengan senyum penuh gaya, macam chef selebriti.

Aku senyum kecil. Hati aku masih trauma. Tapi bila dia pandang aku dengan mata redup tu… luluh juga sikit demi sikit. Rayqal suap kek perlahan ke mulut aku.

“Makan perlahan ya. Baby wife saya ni suka gelojoh,” dia sempat mengusik sambil ketawa kecil.

Aku gigit kek tu perlahan-lahan. Lembut. Coklat dia cair elok. Sedap sangat. Tapi

Erk… khukh…

KHUKKHHK!!

Aku TERBATUK kuat. Mata aku TERBELIAK. Tangan aku automatik tepuk dada.

“Sayang?! Kenapa ni?!” Rayqal terus panik, berdiri dan tepuk belakang aku. Aku genggam leher, cuba keluarkan apa yang tersekat. Air mata mula mengalir bukan sebab emosi, tapi sebab

TEKAK SAKIT!

“Khukh… khukkk!!”

Dan tiba-tiba

PFFFFTT!!

Aku termuntahkan semula kek tu… dan…

TING!!

Satu benda berkilat jatuh atas pinggan.
Semua orang yang berkumpul tadi senyap. Mata terbeliak.
Benda tu SEBUTIR CINCIN MAS. Bersinar bawah lampu padang.

Aku pandang cincin.
Aku pandang Rayqal.
Aku bangun perlahan-lahan.
Rambut aku dah serabai. Dada aku masih turun naik.

“RAYQALLLLLL!!!” jerit aku sambil bercekak pinggang. Suara aku bergegar macam guruh kecil.

“Awak nak saya jadi King Kong ke apa?! Letak cincin dalam kek??! Saya nak makan, bukan nak buat X-ray saluran esofagus!!”

Rayqal angkat tangan, senyum palsu yang tak menjadi langsung. “Erk… itu salah pekerja catering kot… saya sebenarnya nak letak dalam air sirap… tapi, erm… tersilap teknik.”

TANPA TUNGGU, DIA LARI.

Aku terus kejar dia sekeliling padang macam episod Running Min vs Bongok Halal! Belon berterbangan ke tepi. Tetamu tergamam.

Lampu berkelip. Tapi yang paling berkelip AKU. Sebab marah dan malu!

“RAYQAL!!! AWAK SUAMI PALING BONGOK DALAM DUNIA!!!”

Orang lain dah gelak sampai pegang perut. Deya bisik pada Saleha.

“Dia okay ke tu?”

Saleha jawab sambil ketawa, “Min okay… tapi Rayqal belum tentu.”

Lepas dua pusingan padang GEDUBUKKK!!

Kami sama-sama tergelincir.
Rayqal tersepak tiang khemah, aku ikut tergolek. Dan akhirnya aku jatuh dalam pelukan dia. Terbaring sama-sama atas rumput basah.

Dada dia laju. Nafas dia kuat. Tapi mata dia masih senyum. Cincin tu masih dalam genggaman aku. Aku letak tapak tangan atas dada Rayqal.

“Hati awak ni degil sangat ya… sampai nak bagi hadiah pun buat saya nyaris maut.”

Dia ketawa kecil, perlahan. “Tapi awak tetap comel… walaupun lemas.”

Aku jeling dia. “Comel kepala awak. Saya muntah tau. Dengan kek. Dengan cincin.”

“Tapi awak tetap sayang saya, kan?”

Aku pura-pura merajuk. Tapi tangan aku perlahan-lahan ambil cincin tu… dan aku sarungkan sendiri ke jari.

“Dah selamat… tak perlu muntah lagi.”

Kami ketawa bersama. Dalam rumput. Dalam pelukan. Dalam cinta yang gila tapi halal.

Rayqal pegang jari aku yang bersarung cincin. Dia pandang lama-lama.
Kemudian dia cium belakang tangan aku. Lembut. Lama.

Aku rasa… mungkin ini antara pelukan paling jujur yang pernah aku terima dalam hidup.

Orang di sekeliling kembali beri tepukan.
Maktok Anis dah rekod video.
Faizal geleng kepala, “Ini surprise paling bahaya aku pernah tengok.”

Deya dah siap edit tajuk video.

“Cincin Dalam Kek Isteri Dato’ Hampir Tercekik Tapi Masih Romantik”

Malam tu… kami sambung potong kek.
Tapi aku potong sendiri. TAK BAGI RAYQAL SUAP DAH!

Kemudian, bila semua orang dah balik… kami berdua duduk di bangku kayu tepi padang. Aku sandar kepala atas bahu dia. Cincin tu berkilau perlahan di bawah cahaya bulan.

“Awak tahu tak…” suara aku berbisik, “Cincin ni walaupun hampir buat saya trauma… tapi saya akan ingat sampai mati.”

Rayqal senyum. “Sebab romantik?”

“Sebab nyawa saya hampir melayang!” aku jawab, lalu ketawa kecil.
Rayqal ketawa sama.

Dia peluk bahu aku perlahan. “Min… terima kasih sebab masih pilih untuk sayang saya. Walaupun saya suami paling banyak buat masalah teknikal.”

“Saya sayang awak bukan sebab sempurna,” jawab aku, perlahan.

“Tapi sebab awak buat saya rasa selamat. Walaupun kadang-kadang… selamat tu datang lepas bergaduh dan muntah kek.”

Kami sama-sama diam.
Bulan terus bersinar.

Dan dalam hati aku… satu rasa lahir.
Rayqal bukan sekadar suami. Dia rumah aku. Rumah paling pelik tapi paling penuh kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience