Layakkah Untuk Yasmin Bahagia?

Suzzana Malik's

Mature Content Series 4165
0
(0 ratings)

Synopsis

Layakkah Untuk Yasmin Bahagia. Yasmin Dahlia, atau lebih mesra dipanggil Min, hanyalah gadis biasa yang menjalani kehidupan sederhana bersama abahnya, seorang pemandu peribadi kepada keluarga hartawan ternama. Segalanya berubah apabila abahnya tiba-tiba meminta Min untuk menikahi Rayqal, anak tunggal majikannya yang terkenal dengan sifat dingin dan penuh misteri. Min terkejut, bingung, dan enggan. Pada Min, Rayqal terlalu sempurna untuk dirinya yang serba sederhana. Apatah lagi perkahwinan itu seperti satu paksaan demi membalas jasa keluarga majikan abahnya. Namun, di sebalik semua itu, Min tidak tahu bahawa Rayqal bukan sekadar bersetuju dia sendiri yang memulakan langkah. Bagi Rayqal, Min bukanlah gadis yang kebetulan hadir. Dia adalah satu-satunya insan yang mampu membuat jantungnya berdetak selepas sekian lama hidup dalam kelam dan kesakitan. Luka lama yang memakan diri, penyakit yang menuntut kekuatan... semuanya seakan lenyap bila Min muncul dalam hidupnya. Perkahwinan yang bermula tanpa cinta itu mula berbunga harapan. Namun, mampukah cinta tumbuh mekar apabila rahsia demi rahsia Rayqal mula terbongkar? Dan adakah Min sanggup bertahan bila dia tahu hakikat sebenar penyakit Rayqal... yang selama ini cuba disembunyikan demi kebahagiaan mereka? Dia tak cari sempurna... dia cuma perlukan Min, sebagai penenang di hujung waktu. “Min... awak mungkin tak tahu, tapi sejak kali pertama saya pandang awak, hati saya dah jatuh. Saya nak awak jadi penawar sakit saya, bukan sebab terpaksa... tapi sebab saya cinta.”


Share this novel

Rate this story


Comments

Fatimah Mutazali
2025-08-27 

akhirnya Min cuba berdamai dgn takdir semoga semua berjalan lancar. .. thanks update author teruskan berkarya

Fatimah Mutazali
2025-08-25  1 Replies

apalah akan jadi seterusnya tak dapat nak gambar Rayqal Dan Min thanks update author teruskan berkarya

Fatimah Mutazali
2025-08-24 

kesian Min tapi nampaknya Rayqal dah buka langkah tegas macam tu baru orang tahu awak tak ambil rengan dalam segala Hal.. masani lah kena tunjuk pada Min awak betulx2 ikhlas cintakan dia ... thanks update author teruskan berkarya

Suzzana Malik's

161 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience