Bab 2: Sengketa Di Ruang Mewah

Short Story Series 383

Semakin hari, aku semakin tak tenang. Kepala aku serabut macam wayar fon rosak. Abah bukan main-main rupanya. Siap bagi tarikh untuk bawa aku ke rumah majikan dia rumah keluarga bakal suami aku.

What the actual heck?

"Min, kita pergi rumah Dato' Karim ya. Dia jemput makan tengah hari," kata abah sambil sarung baju batik kesayangan dia.

Mak di dapur sibuk bungkus buah tangan. Aku? Aku dah panik sampai tahap mekap pun tak jadi. Foundation jadi kelabu, eyeliner jadi mata panda.

Hati aku bagai nak tercabut dari rongga dada. Serius, aku rasa macam nak pitam. Aku tak bersedia langsung!

Badan aku masih gempal, peha bergesel, lengan berketul, dan pipi aku yang montel ni tak dapat sorok walau pakai shawl lilit tujuh kali.

Tapi semua itu tak penting bagi abah. Bagi dia, peluang dah datang. Tak boleh tolak.

Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah rumah mewah tiga tingkat yang pintunya lebih besar dari meja makan rumah aku. Terasa kerdil sangat diri aku.

"Masuklah..." suara lembut menyapa dari arah dalam.

Aku angkat muka. Seorang wanita berhias anggun berdiri di muka pintu. Tudung satin dia berkilat dan blouse dia nampak mahal, ada bunga-bunga timbul. Muka dia tak senyum sangat, tapi nada dia sopan. Mungkin ni Puan Badriah, isteri Dato’ Karim. Mak angkat Rayqal.

Abah tarik perlahan tangan aku untuk melangkah masuk, dan aku ikut dengan jantung yang makin laju.

Tapi satu persoalan terlintas di kepala aku.

"Abah... kenapa kita pula datang sini? Tak ke biasanya orang pihak lelaki datang rumah perempuan?"

Abah ketawa kecil. "Ni lain sikit, Min. Diorang jemput."

Mak di belakang aku turut tergelak kecil macam tahu satu rahsia besar. Aku rasa macam kena prank hidup-hidup. Tapi ini bukan prank. Ini realiti.

Langkah kaki aku mati sebaik sahaja aku melangkah ke dalam rumah itu. Serius, dalam dia macam hotel lima bintang. Ada chandelier menggantung dari siling, lantai marble, dan aroma lilin wangi merebak ke seluruh ruang.

Dan ketika itu...

“Kenapa tak masuk?” Suara lelaki menyapa dari dalam. Dalam dan tegas. Dari nada suara sahaja dah buat aku rasa inferior.

Aku angkat muka dan ternampak seorang lelaki berdiri dengan tangan di dalam poket seluar slack. Badan dia tegap, berkumis nipis dan wajah dia sangat… berkarisma. Itulah agaknya Dato’ Karim, majikan abah.

Senyuman sinis menghiasi bibir dia.

“Takut kerusi patah ye?” katanya selamba.

Darah aku berderau. Hati aku macam ditikam pisau sejuk. Kata-kata itu cukup untuk buat aku rasa nak menyorok bawah sofa mahal mereka. Serius aku rasa macam nak lari keluar dari rumah itu, dari situasi itu, dari semua ni!

Mak aku masih tersenyum seolah tak dengar apa-apa. Abah pula tarik tangan aku masuk lebih dalam.

"Min, salam Dato'," arah abah perlahan.

Aku teragak-agak, tangan aku sejuk macam ais. Aku hulur juga tangan, sekadar salam di udara. Tapi aku dapat rasa... mata Dato’ Karim meneliti aku dari atas ke bawah. Pandangan dia tak selesa. Tajam dan penuh prejudis.

"Ini anak abang Ramli ya?" sapa Puan Badriah lagi, cuba mencairkan suasana.

Aku angguk perlahan.

"Dia manis juga orangnya," katanya walaupun nada suara dia kedengaran dibuat-buat. Macam pujian yang terpaksa.

Aku duduk perlahan atas sofa yang empuk. Tapi sebaik saja aku duduk, aku terus tarik hujung baju aku ke depan, nak lindung perut. Aku rasa diperhati. Mata mereka meneliti setiap inci tubuh aku yang serba tak kena.

Dan paling aku takut... Rayqal ada ke dalam rumah ni sekarang?

“Mana Rayqal?” tanya abah dengan nada ceria.

“Dia ada di atas. Tengah siapkan sesuatu, kejap lagi turun,” jawab Puan Badriah.

Aku menelan air liur. Rasa macam nak muntah sebab terlalu cuak. Tangan aku dah mula berpeluh. Mana aku nak letak muka ni? Dahlah aku datang ke rumah keluarga orang, satu keluarga kaya dan sempurna pula tu. Aku pula… si gendut yang penuh cela.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki lelaki turun dari tangga memecah sunyi.

"Assalamualaikum."

Aku berpaling. Dan di situ berdiri Rayqal. Lelaki yang katanya nak kenal aku. Lelaki yang nampak aku jogging dan jatuh hati dengan usaha aku bukan rupa.

Dia senyum, tapi senyuman dia tak mampu buang rasa gemuruh aku. Tambahan bila aku nampak Puan Badriah dan Dato’ Karim saling berpandangan seperti mereka sedang menilai pertemuan ini.

"Hai Min," Rayqal bersuara perlahan. “Terima kasih sebab datang.”

Aku angguk, senyum nipis. Tapi aku rasa macam nak nangis. Aku tak boleh nafikan, lelaki ini... sangat jauh dari apa yang aku bayangkan akan jadi milik aku.

Mak aku berbual dengan Puan Badriah. Abah pula sibuk memuji reka bentuk rumah. Aku? Aku duduk diam, memegang hujung tudung dan cuba sorok perut aku yang macam bantal peluk.

Tak lama lepas tu, mereka hidang makan tengah hari. Tapi aku hanya mampu jamah sedikit. Suapan aku perlahan dan hati aku masih dihurung rasa malu yang tak habis-habis.

Sepanjang makan, aku tak henti-henti terkenang kata Dato' Karim tadi. “Takut kerusi patah ye?”

Kenapa ayat tu macam terlekat dalam kepala aku?

Dan lebih menyakitkan… kenapa aku rasa ya, aku takut. Takut duduk di tempat yang bukan untuk aku. Takut berada di sisi keluarga yang tak pernah bayangkan wanita berbadan besar boleh jadi menantu mereka.

Selesai makan, kami bersalaman dan bersedia untuk pulang. Tapi sebelum keluar, Dato’ Karim sempat bersuara:

“Min... kalau betul nak masuk dalam keluarga kami, awak kena usaha lebih sikit. Biar nampak sepadan sikit berdiri dengan anak saya.”

Aku terkedu. Lidah aku kelu. Senyuman aku mati. Pandangan aku kabur, tapi aku paksa air mata jangan tumpah.

Rayqal berdiri di sisi ayahnya, wajah dia berubah.

“Papa…”

Tapi Dato’ Karim angkat tangan isyarat hentikan.

Aku tunduk. Langkah aku jadi berat. Tapi aku teruskan juga. Aku keluar dari rumah itu dengan dada yang sesak, kepala yang sarat dengan soalan.

Adakah cinta ini betul-betul milik aku?
Atau aku cuma pelengkap cerita simpati Rayqal saja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience