Bab 13: Bila Yang Pergi, Datang Semula

Mature Content Series 3457

Petang itu, gerai makin lengang. Pelanggan sudah beransur pulang. Langit mula redup, angin sejuk bertiup perlahan.

Aku duduk di bangku belakang stall, tangan ligat melipat tuala kecil. Deya dah pulang awal kerana anaknya demam. Faizal pula sedang menyusun barang ke dalam van kecil kami.

Sedang aku sibuk dengan dunia sendiri, tiba-tiba ada bayang berdiri di hadapan aku.

“Masih suka makan nasi lemak sambal paru, ya?”

Aku angkat kepala perlahan. Kamal.

Dia berdiri dengan senyuman tenang, satu tangan di poket, satu lagi pegang beg sandang.

“Kenapa, nak review makanan aku ke?” aku cuba berseloroh, tak mahu kelihatan canggung.

Dia ketawa kecil. Suara dia masih macam dulu garau tapi tak kasar.

“Eh, dulu aku rasa sambal kau pedas sangat. Tapi sekarang… aku rasa lain. Kau punya sambal ada rasa tenang.”

Aku senyum nipis. “Rasa sambal berubah ikut hati yang masak, agaknya.”

Kamal angguk perlahan. Ada diam seketika. Mungkin dia cuba cari ruang untuk bicara, dan aku pula… cuba hadam kehadirannya.

“Min…”

“Hmm?”

“Aku ingat dulu aku selalu panggil kau ‘anak panda’…”

Aku terus pandang dia. Mata aku membulat. “Eh! Kau ingat lagi?!”

Dia tergelak kecil. “Mana boleh lupa. Kau jalan lambat, mata sembap setiap hari, suka tidur dalam kelas. Macam panda! Tapi… panda yang pandai masak maggi dekat koperasi.”

Aku tergelak juga. “Itu sebab kau suka minta maggi aku tiap kali rehat! Tak malu!”

Kamal duduk di bangku sebelah. Dia tarik nafas panjang, pandang ke depan.

“Tapi Min… aku nak minta maaf. Dulu aku tak faham cara nak berkawan. Aku buli sebab… aku suka kau sebenarnya.”

Aku terpempan. Tangan yang sedang melipat tuala terhenti.

“Aku ingat kau cuma suka kacau aku sebab kau bosan.”

“Tak lah… aku tak reti nak tunjuk perasaan. Masa tu budak-budak. Lagipun, kau dengan Reyqal…”

Aku diam. Nama itu singgah lagi.

“Maaf,” Kamal cepat betulkan ayatnya. “Aku tak nak sentuh kisah tu. Cuma aku harap… kau okay.”

Aku tunduk. “Aku okay. Sedang belajar untuk terus jadi okay.”

Kamal senyum lagi. Tapi kali ini, senyuman dia ada sesuatu yang aku tak tahu nak tafsir. Bukan simpati. Tapi macam… penghargaan.

“Min, aku tahu mungkin ni tak sesuai sekarang, tapi aku betul-betul nak berkawan balik dengan kau. Tanpa harapan lebih. Tanpa desakan. Aku cuma nak ada… kalau kau perlukan seseorang untuk dengar.”

Aku pandang dia. Mata dia jujur.

Dan untuk pertama kali dalam masa yang lama, aku tak rasa nak lari dari seseorang.

Aku angguk perlahan. “Okay… kita berkawan dulu.”

Dia senyum. “Dan kalau kau perlukan maggi pada hari hujan, aku masih pandai masak.”

Kami sama-sama ketawa.

Petang itu, langit makin redup. Tapi di hati aku… cahaya kecil mula menyala semula. Tak besar, tak panas. Tapi cukup untuk aku tahu… mungkin aku boleh belajar untuk percaya lagi.

Pagi itu aku buka stall macam biasa. Langit masih berwarna kelabu lembut. Dingin subuh masih belum hilang sepenuhnya. Tangan aku sibuk susun lauk atas meja, hiris timun nipis-nipis, sediakan air teh tarik dalam termos besar.

Tapi hari ini… ada satu kelainan.

Bau roti bakar.

Dan suara yang aku dah mula cam sejak semalam.

“Assalamualaikum tukang masak favourite sekolah,” tegur satu suara dari belakang.

Aku berpaling. Kamal berdiri di situ dengan plastik sarapan—roti bakar, telur separuh masak dan air kopi O. Siap dengan senyuman sipu-sipu ala-ala tak bersalah.

“Eh Kamal? Buat apa datang awal sangat?” aku pelik tapi tak marah. Cuma… terkejut.

“Takkan aku tak boleh belanja sarapan tukang masak paling sibuk kat Pekan ni?”

Aku geleng kepala. “Kau ni dari dulu suka buat kejutan.”

Kamal letak plastik atas meja lipat kecil dan duduk di bangku sebelah kanan, tempat Deya biasa duduk.

“Semalam… aku fikir banyak benda. Aku rasa aku patut mula semula dengan orang yang aku selalu pandang dari jauh dulu.”

Aku dongak. “Maksud kau?”

Dia tak pandang aku, tapi mata dia tenung telur separuh masak yang dia buka dengan berhati-hati.

“Dulu aku cuma tengok kau dari belakang kelas. Aku ingat kau lembap. Tapi rupanya kau kuat. Kau tak pernah ponteng. Kau tak pernah putus asa walau selalu kena ejek. Kau jalan lambat… tapi kau sampai juga.”

Aku terkedu. Tak sangka dia ingat semua itu.

“Aku tak tahu kau simpan semua tu.”

Dia angkat bahu. “Lelaki macam aku… simpan benda bodoh lama-lama. Tapi kali ni aku nak simpan benda elok. Benda yang mungkin… boleh jadi lebih baik kalau aku mula betul-betul.”

Kami diam sekejap.

Aku pandang dia. Wajah Kamal sekarang lain. Dah tak macam budak sekolah dulu yang suka baling getah pemadam. Sekarang dia ada pandangan matang. Dan ada cara bercakap yang buat aku rasa tenang.

Aku tarik kerusi, duduk berhadapan. “Tapi Kamal… aku baru je patah hati. Bukan patah sikit. Hancur habis.”

Dia angguk. “Aku tahu. Sebab tu aku tak datang nak ajak kau couple. Aku datang sebab aku nak jadi orang pertama yang sedia dengar bila kau nak cerita.”

Aku senyum, kecil. Jujur, ayat dia… macam serbuk kunyit dalam lauk kari—ringan, tapi buat rasa tu naik.

Aku buka bungkusan roti bakar. Gigit sedikit. Panas. Masih rangup. Kamal tahu tempat beli.

“Kau kerja apa sekarang?” aku ubah topik, cuba ringankan suasana.

“Aku buat freelance marketing. Ada juga jaga event kecil. Kadang-kadang tolong orang urus social media business. Tapi pagi ni aku tolong diri aku dulu—dengan cari sarapan dan… senyuman dari tukang masak kegemaran aku.”

Aku terus tergelak kecil. “Kau ni suka puji sangat. Dulu tak habis-habis panggil aku anak panda…”

“Dan sekarang aku rasa… panda tu paling rare. Patut dijaga,” dia balas sambil angkat kening.

Aku jeling dia. “Kalau aku lempar telur separuh masak ni dekat muka kau, kau rasa rare tak?”

Dia ketawa. “Rare dan melekit.”

Petang itu, kami tutup stall dengan senyum yang tak dirancang. Kamal bantu aku cuci bekas, simpan lauk lebihan. Tak banyak bicara—tapi ada ruang, ada rasa. Tak mendesak. Tak menekan. Cuma… hadir dengan ikhlas.

Dan malam itu… aku tidur dengan rasa yang berbeza. Luka masih ada, tapi aku rasa… mungkin, aku tak sembuh sendiri kali ini.

Dua minggu selepas pertemuan pagi itu, suasana dah mula berubah. Bendera kecil "Selamat Berpuasa" mula digantung di tiang lampu. Kedai runcit penuh dengan stok kurma, air kotak dan tepung kastard.

Ramadan datang lagi.

Dan aku… masih di stall, masih masak seperti biasa. Cuma kali ini, hati aku lebih ringan. Aku dah mula senyum ikhlas, bukan sekadar berpura-pura kuat.

Petang itu, Kamal datang lagi. Tapi bukan dengan sarapan.

Kali ini dia bawa satu buku nota dan senarai bercetak.

“Min,” tegurnya sambil letak fail biru atas meja gerai. “Aku ada satu cadangan gila. Tapi aku rasa… kau akan suka.”

Aku pandang dia sambil lap tangan. “Kalau ada idea yang buat aku masak lebih banyak, aku nak tahu dulu… siapa tukang cuci pinggan.”

Dia tergelak. “Aku, janji. Aku cuci, aku kutip pinggan, aku bancuh air pun boleh.”

Aku senyum separuh sinis. “Okay, teruskan.”

Dia buka buku nota. Dalam tu ada lakaran pelan gerai kecil.

“Aku dapat slot dekat Bazar Ramadan Pekan. Tapi aku tak nak jual benda biasa. Aku nak jual juadah kampung yang orang dah rindu. Bubur lambuk, nasi dagang, kuih kaswi, air kelapa pandan semua masakan kau yang power tu.”

Aku terkedu. “Aku?”

“Ya. Aku tak tahu masak. Tapi aku tahu kau boleh. Dan aku nak kita buat ni bersama. Bukan sebab duit semata, tapi… sebab aku rasa kau patut dikenali bukan sekadar tukang masak stall pagi.”

Aku terdiam. Lama.

Kamal tak desak. Dia tunggu. Macam selalu.

“Aku… takut.” Itu yang keluar dari mulut aku akhirnya.

Dia pandang aku. Matanya redup.

“Tak apa kalau takut. Aku pun takut. Aku pernah join projek macam ni dua tahun lepas. Gagal. Rugi RM3,000. Mak aku marah. Aku down. Tapi aku belajar. Dan kali ni… aku nak buat betul-betul.”

Aku pandang dia semula. Dia tak tipu. Aku nampak mata dia mata orang yang pernah jatuh, tapi masih berani bangun.

“Aku setuju. Tapi kau kena tolong aku potong bawang,” balas aku sambil hulur tangan.

Dia gelak. “Janji! Tapi jangan salahkan aku kalau bawang tu nanti jadi bentuk bulan sabit.”

Tiga hari kemudian, kami mula persiapan pertama. Kamal datang awal pagi, bawa bekas baru, banner kecil yang dia design sendiri bertulis “Juadah Yasmin Asli dari Dapur Hati”. Aku nyaris nak lempar senduk bila nampak nama tu.

“Kau ni… siapa suruh letak nama aku besar-besar?”

“Biar orang tahu siapa chef sebenar. Aku cuma tukang cuci,” balas dia sambil sengih.

Sepanjang hari, kami masak bersama. Kamal potong sayur, kupas kelapa, cuci daun pandan. Kadang-kadang dia buat silap, dan aku marah juga. Tapi dia tak pernah kecil hati. Dia hanya angkat tangan dan kata, “Sorry, chef.”

Dan waktu rehat, aku duduk beralaskan tikar di belakang gerai.

“Kau tak balik kampung mak kau ke Ramadan ni?” aku tanya sambil hirup air kelapa.

Dia tunduk sekejap. “Mak aku dah meninggal dua tahun lepas.”

Aku terdiam.

“Sebab tu aku suka datang sini… tengok orang masak. Dengar bunyi kuali. Bau rempah. Semua tu ingatkan aku pada dia.”

Aku genggam gelas plastik dalam tangan. “Maaf… aku tak tahu.”

Dia senyum. “Tak apa. Kau tahu sekarang.”

Dan dalam diam, aku rasa satu perkara Mungkin… bukan aku seorang yang pernah kehilangan. Tapi Kamal juga. Dan mungkin, itulah kenapa Allah hantar dia semula dalam hidup aku. Bukan sebagai pengganti… tapi sebagai seseorang yang faham cara luka sembuh perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience