Bab 31: Aku Masih Punya Nilai Untuk Dicintai

Mature Content Series 3457

Aku duduk tegak, tapi dalam hati aku… rebah. Langit senja di luar tingkap pun nampak sayu. Cahaya merah samar jatuh masuk ke dalam ruang tamu kecil rumah kami, membias di lantai mozek usang dan kusyen corak bunga yang makin pudar warnanya.

Aku tengok emak. Tengok abah.
Mereka berdua nampak tenang, tapi aku tahu dalam dada mereka, degup jantung mungkin tak jauh beza dengan aku. Sakitnya bukan kecil. Malunya bukan sedikit. Tapi kesabarannya... besar.

Mata aku meliar ke arah Deya yang tengah... menggigit jari macam tertelan resepi rahsia. Senyap tak bersuara, tapi ekspresi dia tak boleh sorok. Terlebih teruja. Wajah dia bagai tunggu live ending drama jam 9 malam.

“Cakap terus Min... kau pun masih single!” Tegas Deya bisik kuat, tapi cukup untuk semua yang dalam rumah dengar.

Aku toleh perlahan ke arah dia. Mata aku kecilkan. Nafas aku tarik dalam.

“Sabar lah... ingat ni plot mencintai mubtujuh hari ke hah?! Aku tumbuk kau japgi!”

Deya sengih panjang, tak takut langsung. Faizal yang dari tadi pegang telefon tiba-tiba tunduk, kononnya tengah tengok kipas siling. Eloklah. Jangan pandang aku sekarang, Faizal. Tak pasal-pasal telefon tu aku celup dalam kuah sambal sotong.

Aku telan air liur. Tak manis. Tak pahit. Pahit bercampur kelat.

Dalam kepala aku, macam-macam soalan datang.

Kalau aku terima, orang akan kata aku gila. Kalau aku tolak, aku akan rasa aku bodoh sebab masih sayang. Kalau aku diam?

Aku tengok Rayqal. Lelaki yang aku pernah sayang dengan seluruh nyawa. Yang pernah aku doakan siang malam. Yang akhirnya... aku lepaskan. Sebab dia tak tahu nilai seorang Yasmin.

Tapi hari ni… dia datang balik. Bukan sorang. Tapi dengan seluruh keluarganya. Dengan niat yang dia sendiri belum pasti mampu dia lunaskan.

“S-saya…” Suara aku serak. Tekak aku rasa ketat. Jantung aku berdentum macam main gendang Zapin. Serentak. Tapi tak ikut tempo.

Semua orang tengok aku. Mak genggam jari aku perlahan. Mata dia tenang, tapi aku tahu dia dah ready dengan apa jua jawapan aku. Abah pula bersila, tangan di lutut, renung aku tanpa emosi tapi cukup buat aku tahu… “fikir elok-elok, Min.”

Rayqal duduk di sebelah, tunduk. Tapi tubuh dia menghala ke aku. Dia nampak… bersedia. Tapi takut.

Aku belum sempat habiskan ayat...

Dato’ Karim angkat tangan perlahan. Suara dia tenang, dalam, dan kali ini tiada nada pemaksaan.

“Saya tak minta Min berterus-terang sekarang. Tapi bila kamu dah betul-betul ikhlas dengan diri sendiri... kami berdua akan datang lagi. Tapi kali ni, dengan risikan dan pertunangan penuh adat.”

Ruang tamu sunyi.

Suara cik-cak pun aku rasa senyap. Kipas berdengung tapi tak menyejukkan perasaan aku.

Aku tengok mak. Mata dia berair. Tapi dia senyum nipis. Senyuman orang yang nampak cahaya selepas gelap panjang.

Abah pejam mata. Tarik nafas panjang. Tangan dia genggam kain pelikat. Aku tahu, dia tak suka drama. Tapi dia hormat perjuangan lelaki yang sanggup rendahkan ego.

Deya tutup mulut. Mata dia dah bergenang. Faizal… dah berhenti rakam. Telefon dah diletak atas meja. Mungkin dia tahu, babak ni tak sesuai jadi tontonan umum.

Dan tiba-tiba…

Isteri muda Dato’ Karim bersuara.

Suara dia lembut. Macam DJ radio malam-malam pukul 11. Yang suara dia tenangkan orang lepas putus cinta.

“Betul tu, Min… Saya dan suami datang cuma nak jenguk kamu.
Kamu cantik. Dan awak kelihatan menarik tak seperti wanita-wanita kurus di luar sana…”

Semua dalam rumah freeze.

Aku… masih pegang lutut.
Mak tergamam.
Deya celik mata besar-besar.

“Saya kagum dengan awak, Min.” Dia perlahan-lahan hulur tangan, elus jari aku.

Aku tersentak.

WHAT?? Ni serius ke ni?

Aku tengok tangan aku. Tengok muka dia. Tengok Rayqal.

Rayqal tunduk, senyum kecil. Tapi bukan senyum sinis. Senyum malu. Mungkin bangga. Atau mungkin... lega?

Mak aku tahan senyum. Tapi bibir dia mengembang sikit. Abah pula... senyum halus. Senyuman yang aku tak tengok sejak bertahun.

Dan aku?

Aku tersenyum sendiri.

Malu.
Malu yang manis.

Malu yang buat pipi aku rasa panas. Tapi dada aku rasa lapang.

Malu yang buat aku rasa… mungkin… aku layak dicintai semula.

Bukan kerana bentuk badan. Bukan kerana kisah lama. Tapi kerana aku yang hari ini, tetap berdiri… meskipun pernah jatuh.

Rayqal pandang aku sekali lagi. Tak cakap apa-apa. Tapi matanya penuh rasa. Mata yang dulu pernah aku cuba padam dari ingatan, kini mula menyentuh hati aku semula.

Dan aku tahu...

Jawapan aku masih belum terlafaz.
Tapi hati aku… sudah mula memberi isyarat.

Mungkin belum hari ini.
Tapi aku dah bersedia untuk bukakan pintu… perlahan-lahan.

Aku duduk di atas katil, merenung dinding kosong yang tak pernah beri aku sebarang jawapan. Fikiran aku berserabut. Hati aku penuh persoalan.

Layakkah aku jadi seorang isteri kepada lelaki seperti Rayqal?

Lelaki yang pernah aku cinta, dan yang pernah menghancurkan hati aku tanpa sengaja. Jujurnya, aku takut. Takut sangat kalau aku buka semula pintu hati aku, dan akhirnya aku sendiri yang luka semula. Aku tak tahu sama ada aku kuat nak hadap semua tu lagi.

Tapi...

Tadi Deya ada cakap, kalau aku tolak sekali lagi, jangan harap dia datang lagi. Mungkin ini peluang terakhir yang Tuhan beri untuk aku rasa dicintai. Tapi kenapa hati aku masih ragu-ragu?

Aku dah penat simpan semua ni seorang diri. Penat. Sakit. Sunyi.

Ya, walaupun berat badan aku sedikit menurun kebelakangan ni dari 88 kilo ke 82 kilo tapi jiwa aku tak pernah turun. Tak pernah ringan. Jiwa aku masih sarat. Masih kelam. Masih menangis dalam diam.

Tangan aku mengusap dada sendiri. Sakitnya bukan fizikal, tapi dalam. Dalam sangat.

Tadi masa aku tersentuh dada Rayqal... dia tak tolak. Malah dia pegang jari-jemari aku dengan penuh hati-hati. Lembut, seolah-olah dia tak nak aku hilang lagi dari hidup dia. Lembut yang... buat hati aku bergegar.

"Saya masih bertahan disebabkan awak, Min."

Ayat dia bergema dalam kepala aku berulang kali. Kata-kata yang kedengaran jujur, tanpa lakonan. Pandangan mata dia waktu tu... kosong tapi penuh harapan. Seperti seseorang yang terlalu lama menunggu cahaya.

"Awak masih sakit di sini?" Aku tanya sambil meletakkan tangan di dada dia. Dia hanya mengangguk perlahan.

Tak banyak kata, tapi genggaman tangan dia makin kuat, menggenggam tangan aku erat di atas dadanya tempat hatinya. Tempat dia menyimpan luka itu.

Dan entah kenapa, tiba-tiba airmata aku menitis. Bukan setitik. Tapi deras. Aku cuba tahan, tapi tak mampu. Aku tak tahu sama ada aku menangis sebab sedih, atau sebab lega. Mungkin keduanya.

Rayqal diam. Dia tak panik, tak bertanya kenapa. Tapi dia angkat tangannya, dan dengan jari jemarinya yang panjang dan runcing, dia menyeka airmata aku yang jatuh satu demi satu. Perlahan, penuh sabar.

Satu perkara yang aku sedar... dia masih ingat cara aku menangis. Dan dia tahu cara untuk tenangkan aku.

“Apa yang awak buat ni, Rayqal...”

Dia senyum senget. “Saya cuma jujur. Saya tak tahu kalau saya akan dapat peluang ni lagi. Jadi saya guna semua ruang yang ada ni... untuk cakap dengan awak dari hati.”

Aku pandang dia lama. Dahi dia sedikit berkerut. Muka dia tak sebersih dulu, dah ada garis-garis tua. Tapi di mata aku... dia masih Rayqal. Lelaki yang pernah jadi mimpi dan ngeri aku dalam masa yang sama.

Dan satu soalan mula berlegar-legar dalam fikiran aku.

Kenapa aku?

Aku bukan wanita yang cantik. Tak ada bentuk badan yang ideal seperti model dalam iklan. Aku gendut. Aku tak sempurna. Banyak kekurangan.

Aku bukan macam perempuan yang pernah berdamping dengan dia dulu yang anggun, tinggi lampai, yang semua orang akan pandang dua kali kalau lalu di hadapan.

Tapi Rayqal... dia masih pilih aku. Dia masih cari aku.

Kenapa ya?

Aku tunduk, tak sanggup nak tanya soalan tu secara terus. Tapi hati aku mendesak. Aku perlu tahu.

“Rayqal...” suara aku perlahan, “kenapa awak pilih saya? Maksud saya... saya ni tak secantik perempuan-perempuan lain yang awak boleh dapat. Saya ni... gemuk. Saya tak ada apa-apa istimewa pun.”

Dia senyap beberapa saat. Aku hampir rasa menyesal sebab tanya, tapi masa aku nak alihkan pandangan, dia bersuara.

“Min... saya pilih awak sebab saya nampak apa yang orang lain tak nampak.”

Aku angkat muka.

“Orang lain nampak bentuk badan awak. Tapi saya nampak jiwa awak.”

Dia sambung lagi, “Saya pernah cuba lari cari yang ‘sempurna’ di mata orang, tapi akhirnya saya sedar saya paling tenang, paling jadi diri sendiri... bila saya dengan awak. Awak dengar saya bila saya tak boleh cakap. Awak faham saya walau saya cuba sembunyikan semuanya.”

Airmata aku bergenang semula.

“Awak tak tahu betapa saya rasa cukup bila saya dengan awak. Bila awak senyum, saya tenang. Bila awak marah, saya rindu. Bila awak jauh, saya hilang arah.”

Aku tak mampu tahan lagi. Aku menangis. Kali ni bukan kerana takut. Tapi kerana... terharu.

Dia genggam semula tangan aku. Kali ni, dia tak tunggu aku tarik atau balas. Tapi aku genggam balik. Perlahan.

Aku senyum dalam tangis.

“Mungkin hati saya tak sepenuhnya sembuh... tapi mungkin, saya boleh izinkan awak tolong rawat sikit demi sikit.”

Wajah Rayqal berubah. Dari tegang, jadi lega. Dia senyum, kemudian angguk perlahan.

“Itu pun dah cukup buat saya bertahan lebih lama.”

Dan malam tu, aku rasa... mungkin untuk kali pertama dalam masa yang lama, aku izinkan hati aku bernafas semula. Walaupun aku masih gendut, walaupun aku masih takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience