Bab: Kahwin Ya

Short Story Series 383

Aku dilahirkan sebagai seorang wanita berbadan besar. Setiap hari aku cuba berdiet, malah aku gigih jogging di taman setiap pagi demi menurunkan lemak-lemak degil di pinggang dan perut.

Tapi hampir setahun berlalu, berat badan aku tak juga menunjukkan penurunan yang ketara. Aku tetap bukan seperti wanita-wanita lain yang langsing dan cantik.

Aku tak pernah sentuh sebarang ubat kurus ataupun minuman viral yang kononnya boleh kurus dalam masa seminggu. Aku takut dengan kesan sampingan, dan aku yakin kalau nak kurus, biar secara sihat dan semula jadi.

Tapi abah aku pula lain ceritanya.

"Min, kalau kamu tak berjaya juga turunkan berat badan tu... kamu kahwin sajalah dengan kawan abah," katanya bersahaja waktu kami makan malam.

Korang tahu jelah, kawan-kawan abah aku semuanya tua-tua kerepot. Pakai tongkat pun ada! Rambut putih macam kapas. Entah-entah gigi pun pakai palsu.

Apatah lagi aku ni… aku masih muda, baru nak kenal dunia, tapi abah dah nak jodohkan aku dengan lelaki yang patutnya jadi datuk aku?!

"Min, kamu kahwin jelah. Abah rasa itu satu pilihan yang tepat," abah ulang lagi dengan tenang, seolah-olah itu perkara biasa.

"Ish, tak naklah abah! Buat apa kahwin dengan kawan-kawan abah tu? Semua tua-tua kerepot!" aku membantah keras.

Abah cuma ketawa.

Muka dia langsung tak menunjukkan rasa bersalah atau pun simpati. Dia bekerja sebagai pemandu kepada seorang lelaki sebayanya juga, tapi aku tak pernah ambil tahu siapa majikan abah.

Aku sibuk dengan hidup aku sendiri, struggle dengan body image dan usaha nak kurus.

Tapi kali ini, abah nampak betul-betul serius.

“Kahwin ya…”

“Abah!! Tak nak!” Aku terus melarikan diri naik ke tingkat atas rumah. Pintu bilik aku hempas kuat-kuat. Smeout bukan main!

Aku baring atas katil.

Mata aku tertancap ke siling. Air mata bergenang, tapi aku tahan. Aku tak nak nangis hanya sebab aku gendut. Tak patut aku dihukum hanya kerana badan aku tak macam model Victoria’s Secret.

Tapi... sampai bila aku nak lari?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience