Lorong hospital dingin dan sepi, walaupun langit luar sudah mula merah kejinggaan.
Rayqal melangkah perlahan, wajahnya sedikit gusar. Hatinya tidak keruan, tapi dia tahu langkahnya hari ini bukan kerana belas kasihan, atau dendam. Ia datang dari tempat yang lebih dalam. Lebih rumit.
“Cik cari siapa?” tegur seorang jururawat muda di kaunter.
Rayqal menunduk sopan.
“Saya… saya nak tahu keadaan pesakit bernama Yasmin Saleha. Dia masih di wad?”
Jururawat itu meneliti rekod komputer. Kemudian dia angguk.
“Masih, encik. Hari ini hari ketiga dia di sini. Tapi Alhamdulillah, bacaan tekanan darah dia dah stabil. Cuma masih perlu pemantauan kerana kekurangan zat dan dehidrasi.”
Rayqal menghela nafas lega.
“Kalau boleh… saya nak jelaskan semua bil rawatan dia, termasuk kalau ada sambungan hari seterusnya.”
Jururawat itu terpinga-pinga. “Encik waris ke?”
Rayqal senyum tawar. “Bukan… tapi saya pernah jadi sebahagian hidup dia.”
Diam seketika, sebelum dia sambung dengan nada perlahan, “Dan saya rasa saya masih lagi…”
Jururawat tidak bertanya lebih. Dia hanya mengangguk dan menyerahkan borang untuk ditandatangani.
Sebelum menyerahkannya semula, dia menulis sesuatu.
“Nombor encik… untuk rujukan rekod.”
Rayqal ambil pen dan coretkan nombornya. Lepas segalanya selesai, dia menapak perlahan ke koridor wad.
Di luar bilik Yasmin…
Langkahnya terhenti. Kaca tingkap kecil di pintu kayu putih itu jadi medan pengintai perasaan.
Di sebalik cermin itu, Yasmin duduk bersandar di atas katil. Wajahnya masih pucat, rambutnya diikat longgar. Tubuhnya nampak kecil dalam baju pesakit warna hijau pucat.
Dia sedang melihat telefon. Mata tidak berkelip. Jari tidak bergerak. Hanya renungan yang dalam. Seolah-olah membaca sesuatu yang terlalu menyentuh.
Rayqal memandang penuh diam.
Dan dalam diam itu, dia rasa hatinya bergetar. Bukan kerana rindu. Tapi kerana sesuatu yang lebih asing — kehilangan yang tidak dimiliki sepenuhnya.
Dia keluarkan telefon bimbit dari saku seluar. Skrol ke bawah. Mencari nama itu. Tapi senarai contact dia kosong. Tidak ada nama Min Fav seperti dulu.
Nama itu pernah jadi ‘pinned’ pertama. Nama itu pernah jadi tempat dia mengadu, dan berkongsi setiap gelak hariannya.
Kini, tiada lagi.
Kosong.
Dan hatinya… turut rasa begitu.
Kenapa aku rasa begini?
Cemburu? Tapi dengan siapa? Dia hanya lihat skrin… Atau sebenarnya, ini adalah penyesalan yang belum sembuh?
Dia genggam telefon kuat-kuat. Nama Yasmin tidak lagi ada dalam telefon dia. Tapi jelas terpahat dalam dada.
Rayqal tunduk.
Perasaan itu menari liar bukan cinta yang meledak, tapi kehilangan yang menikam perlahan. Yang bila tidak ditenangkan, akan jadi parut.
Dia lihat Yasmin menggigit bibir perlahan. Rutin yang dia kenal sangat-sangat.
Itulah Yasmin… bila tahan marah, atau tahan air mata, dia akan gigit bibir. Bila terlalu sedih, dia hanya diam. Dan bila terluka… dia berlakon tenang sampai semua orang percaya dia kuat.
Rayqal ambil nafas panjang. Tangannya hampir menyentuh tombol pintu.
Tapi dia berhenti.
Dia tahu… Yasmin belum sedia. Dan mungkin, dia sendiri belum cukup layak untuk berdepan dengan perempuan yang pernah dia patahkan tanpa sempat dia rawat.
Lalu, perlahan-lahan, dia undur. Meninggalkan bayang dirinya di koridor sunyi.
Di dalam bilik…
Yasmin meletakkan telefon perlahan di atas riba. Skrin kosong. Tiada mesej. Tiada panggilan.
Tapi ada satu perasaan yang sukar dijelaskan seolah-olah hatinya terdetik tentang seseorang.
Dia pegang dada sendiri.
“Kenapa aku rasa… dia dekat?”
Beberapa jam kemudian…
Jururawat masuk dan letakkan satu slip kecil di meja sisi.
“Ini rekod pembayaran, Cik Yasmin. Ada seseorang dah selesaikan semuanya. Kalau ada sambungan, akan dicover juga.”
Yasmin angkat kening.
“Seseorang?”
Jururawat senyum. “Tak bagi nama. Tapi tinggalkan nombor telefon.”
Yasmin ambil slip itu perlahan. Matanya menangkap nombor itu satu deretan angka yang terlalu dikenali.
Tangan dia bergetar.
Matanya mula berkaca.
Bukan kerana rasa mahu menyambung cerita. Tapi kerana untuk pertama kali dalam waktu yang lama… seseorang datang tanpa dijemput.
Dan itu, walaupun cuma seketika, cukup untuk buat hatinya berdegup semula.
Lorong hospital dingin dan sepi, walaupun langit luar sudah mula merah kejinggaan.
Rayqal melangkah perlahan, wajahnya sedikit gusar. Hatinya tidak keruan, tapi dia tahu langkahnya hari ini bukan kerana belas kasihan, atau dendam. Ia datang dari tempat yang lebih dalam. Lebih rumit.
“Cik cari siapa?” tegur seorang jururawat muda di kaunter.
Rayqal menunduk sopan.
“Saya… saya nak tahu keadaan pesakit bernama Yasmin Saleha. Dia masih di wad?”
Jururawat itu meneliti rekod komputer. Kemudian dia angguk.
“Masih, encik. Hari ini hari ketiga dia di sini. Tapi Alhamdulillah, bacaan tekanan darah dia dah stabil. Cuma masih perlu pemantauan kerana kekurangan zat dan dehidrasi.”
Rayqal menghela nafas lega.
“Kalau boleh… saya nak jelaskan semua bil rawatan dia, termasuk kalau ada sambungan hari seterusnya.”
Jururawat itu terpinga-pinga. “Encik waris ke?”
Rayqal senyum tawar. “Bukan… tapi saya pernah jadi sebahagian hidup dia.”
Diam seketika, sebelum dia sambung dengan nada perlahan, “Dan saya rasa saya masih lagi…”
Jururawat tidak bertanya lebih. Dia hanya mengangguk dan menyerahkan borang untuk ditandatangani.
Sebelum menyerahkannya semula, dia menulis sesuatu.
“Nombor encik… untuk rujukan rekod.”
Rayqal ambil pen dan coretkan nombornya.
Lepas segalanya selesai, dia menapak perlahan ke koridor wad.
Di luar bilik Yasmin…
Langkahnya terhenti. Kaca tingkap kecil di pintu kayu putih itu jadi medan pengintai perasaan.
Di sebalik cermin itu, Yasmin duduk bersandar di atas katil. Wajahnya masih pucat, rambutnya diikat longgar. Tubuhnya nampak kecil dalam baju pesakit warna hijau pucat.
Dia sedang melihat telefon. Mata tidak berkelip. Jari tidak bergerak. Hanya renungan yang dalam. Seolah-olah membaca sesuatu yang terlalu menyentuh.
Rayqal memandang penuh diam.
Dan dalam diam itu, dia rasa hatinya bergetar. Bukan kerana rindu. Tapi kerana sesuatu yang lebih asing kehilangan yang tidak dimiliki sepenuhnya.
Dia keluarkan telefon bimbit dari saku seluar. Skrol ke bawah. Mencari nama itu.
Tapi senarai contact dia kosong. Tidak ada nama Min Fav seperti dulu.
Nama itu pernah jadi ‘pinned’ pertama. Nama itu pernah jadi tempat dia mengadu, dan berkongsi setiap gelak hariannya.
Kini, tiada lagi.
Kosong.
Dan hatinya… turut rasa begitu.
Kenapa aku rasa begini?
Cemburu? Tapi dengan siapa? Dia hanya lihat skrin…
Atau sebenarnya, ini adalah penyesalan yang belum sembuh?
Dia genggam telefon kuat-kuat. Nama Yasmin tidak lagi ada dalam telefon dia. Tapi jelas terpahat dalam dada.
Rayqal tunduk.
Perasaan itu menari liar bukan cinta yang meledak, tapi kehilangan yang menikam perlahan. Yang bila tidak ditenangkan, akan jadi parut.
Dia lihat Yasmin menggigit bibir perlahan. Rutin yang dia kenal sangat-sangat.
Itulah Yasmin… bila tahan marah, atau tahan air mata, dia akan gigit bibir. Bila terlalu sedih, dia hanya diam. Dan bila terluka… dia berlakon tenang sampai semua orang percaya dia kuat.
Rayqal ambil nafas panjang.
Tangannya hampir menyentuh tombol pintu. Tapi dia berhenti.
Dia tahu… Yasmin belum sedia. Dan mungkin, dia sendiri belum cukup layak untuk berdepan dengan perempuan yang pernah dia patahkan tanpa sempat dia rawat.
Lalu, perlahan-lahan, dia undur. Meninggalkan bayang dirinya di koridor sunyi.
Di dalam bilik…
Yasmin meletakkan telefon perlahan di atas riba. Skrin kosong. Tiada mesej. Tiada panggilan.
Tapi ada satu perasaan yang sukar dijelaskan seolah-olah hatinya terdetik tentang seseorang.
Dia pegang dada sendiri.
“Kenapa aku rasa… dia dekat?”
Beberapa jam kemudian… Jururawat masuk dan letakkan satu slip kecil di meja sisi.
“Ini rekod pembayaran, Cik Yasmin. Ada seseorang dah selesaikan semuanya. Kalau ada sambungan, akan dicover juga.”
Yasmin angkat kening.
“Seseorang?”
Jururawat senyum. “Tak bagi nama. Tapi tinggalkan nombor telefon.”
Yasmin ambil slip itu perlahan. Matanya menangkap nombor itu satu deretan angka yang terlalu dikenali.
Tangan dia bergetar.
Matanya mula berkaca.
Bukan kerana rasa mahu menyambung cerita. Tapi kerana untuk pertama kali dalam waktu yang lama… seseorang datang tanpa dijemput.
Dan itu, walaupun cuma seketika, cukup untuk buat hatinya berdegup semula.
Share this novel