Bab 39: Saya Pilih Awak Sebab Saya Percaya

Mature Content Series 3457

Angin laut Phuket menyapa wajahku lembut. Langit senja membentang rona jingga keemasan, ombak berlari tenang ke pantai. Tangan Rayqal erat menggenggam jemariku ketika kami berjalan tanpa alas kaki di atas pasir putih. Langkah kami perlahan, selari seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

“Saya tak sangka awak sudi ke sini dengan saya, Min,” Rayqal berhenti, merenung aku sebelum menciumm ubun-ubunku dengan lembut.
“Terima kasih sebab jadi isteri saya.”

Aku senyum. Bukan senyuman dibuat-buat, tapi senyuman yang datang dari jiwa.

“Saya isteri awak. Ini tanggungjawab saya… dan juga hadiah yang Tuhan bagi.”

Kami terus berjalan menyusuri pantai. Sesekali bergurau, sesekali bermain pasir macam budak sekolah rendah yang baru jumpa laut.

Hati aku rasa ringan. Seolah-olah tiada lagi rasa gugup dari malam pertama yang aku tinggalkan dalam kamar Malaysia semalam.

Di sini, aku mahu bermula semula.
Tapi… tak semua yang kita niat, akan jadi seindah yang kita sangka.

Malam itu…

Rayqal keluar sebentar. Katanya, nak buat tempahan makan malam istimewa candle light dinner untuk “isteri kesayangan saya”

Aku tinggal di villa. Bersiap perlahan. Dress labuh satin warna peach, rambut aku sanggul separuh, pipi aku blusherkan sedikit.

Di cermin, aku nampak wajah perempuan yang… hampir bahagia.

Tapi bunyi ketukan di pintu mengejutkan aku.

Aku buka perlahan.

Seorang wanita berdiri. Tinggi. Kurus. Berkulit cerah dan anggun dalam blouse elegan dan skirt panjang warna beige.
Wajahnya polos, tapi matanya… tajam menikam.

“You mesti Min. I minta maaf datang tiba-tiba, tapi I tak sanggup pendam lagi,” katanya, suara tenang tapi penuh maksud.

Aku tergamam. “Maaf… awak siapa?”

Dia keluarkan telefon. Hulurkan ke aku.
Beberapa gambar muncul.

Rayqal dan dia. Tersenyum di tepi pantai. Dalam pelukan. Di sebuah resort.
Tarikh? Dua tahun lalu.

“I bekas tunang Rayqal,” katanya perlahan.

“Phuket tempat kami jatuh cinta… sebelum dia tinggalkan I tanpa alasan. Tanpa pesan. Tanpa penjelasan.”

Aku genggam erat telefon itu.

“I tak datang nak rampas dia. Tapi I nak you tahu, dia bukan sejujur yang you sangka. Dia janji nak kahwin dengan I. Tapi dia pergi macam tu saja.”

Aku cuba bernafas. Tapi dada aku rasa sesak.

“Kalau dia boleh tinggalkan I macam tu, apa jaminan dia takkan buat perkara sama pada you?”

Aku tak jawab.
Sebab aku pun tak tahu.

Rayqal pulang dengan senyuman. Tapi senyumannya mati bila dia nampak aku berdiri di ruang tamu, tangan memegang telefon.

“Min, awak okay ke, tak sihat?” Dia cuba pegang bahu aku.

Aku tarik diri. Serahkan telefon itu kepadanya.

Dia pandang skrin, dan wajahnya berubah. Sedetik panik. Sedetik menyesal.

“Min, saya boleh jelaskan…”

“Jelaskan apa?” Suara aku tenang. Tapi hati aku… berkecai.

“Yang awak pernah nak kahwin dengan dia dan awak tinggalkan dia? Di tempat sama kita datang honeymoon ni?”

Dia tunduk. Tak mampu jawab.

“Saya tak kisah siapa awak sebelum saya. Tapi kenapa awak sembunyikan hal sebesar ini? Kenapa bukan dari mulut awak sendiri?”

Air mata aku gugur perlahan.
“Saya cuba percaya awak, Ray. Tapi awak buat saya rasa… macam pilihan sementara.”

“Min… saya tinggalkan dia bukan sebab saya mainkan dia. Masa tu saya belum bersedia. Saya takut dengan ikatan. Tapi dengan awak, saya pasti. Saya yakin.”

“Kalau awak yakin… kenapa awak masih sorok benda ni? Awak tahu tempat ni penting untuk saya. Tapi awak bawa saya ke tempat penuh kenangan awak dengan orang lain. Awak tak fikir hati saya?”

Rayqal langkah ke depan. Tapi aku undur ke belakang.

“Saya tak nak jadi bayangan sesiapa. Saya nak jadi yang pertama awak cintai dengan jujur… bukan yang kedua lepas awak lari dari kisah lama.”

Dia diam. Tak mampu balas.

Malam itu…

Candle light dinner yang dirancang tak menjadi. Angin malam yang sebelumnya terasa romantik, kini dingin menikam kulit.

Aku duduk di birai katil.
Rayqal diam di tepi tingkap, pandang laut.

Sunyi. Tapi hati aku bergelora.

“Awak tahu tak sakit dia macam mana?” aku tanya.

“Sakit bila hati nak percaya, tapi kebenaran datang dari mulut orang lain… bukan dari orang yang kita sayang.”

Rayqal tak jawab. Dia cuma tunduk.

Keesokan paginya…

Aku bangun awal.
Kemas baju aku sendiri. Sumbat dalam beg dengan hati yang pedih.

“Cinta yang benar… takkan sembunyi perkara besar. Saya bukan nak lari, saya cuma nak bertenang.”

Aku tinggalkan sekeping nota di meja sisi katil.

“Ray, saya tak marah. Tapi saya perlukan ruang. Saya sayang awak, tapi saya tak nak sayang saya dikhianati dengan cara diam.”

Langkah kaki aku berat. Tapi aku tetap keluar dari villa itu. Angin pagi Phuket terasa sejuk. Tapi hati aku lebih beku.

Rayqal bangun dan nampak bilik kosong. Dia nampak nota itu. Tangannya menggigil sedikit semasa membaca.

Min yang kini pergi… bawa luka dalam diam.

“Min… saya bodoh. Tapi saya tak akan lepaskan awak. Saya akan cari awak… walau sampai ke hujung dunia.”

Dia pandang luar tingkap.
Dan dari balkoni atas villa, wanita itu memerhati.

“Selesai… sekarang aku puas.” Dia senyum. Tapi senyumannya penuh racun.

Misi dia belum habis.

Langkah aku semakin jauh, meninggalkan hotel, meninggalkan semua yang baru sebentar tadi terasa indah. Kalau semalam aku percaya dunia ini milik kami berdua, hari ini aku sedar dunia ini ada sisi gelapnya. Sisi yang disembunyikan oleh lelaki yang aku panggil suami.

Aku berjalan tanpa hala. Kaki aku hanya ikut jejak rasa. Setiap langkah, ada air mata yang gugur perlahan. Dulu, selepas habis sekolah, aku dan Deya akan duduk berdua di perpustakaan.

Bercakap tentang mimpi, tentang cita-cita, tentang cinta yang kononnya akan datang tepat pada waktu. Tapi kini, aku sendirian. Dalam negara asing. Dalam emosi yang bergelora.

Dompet kecil aku genggam dalam beg tangan. Aku tahu aku tak patut terus hanyut begini. Tapi nak telefon Deya? Aku tak sanggup tarik dia ke dalam luka ini. Aku tak nak sesiapa rasa macam aku rasa sekarang.

Duduk di bangku jalan, aku pandang langit. Senja dah makin gelap. Aku pejam mata. Cuba tahan sebak yang makin menyesak.

“Kenapa semua ni berlaku, Tuhan?” bisik aku dalam hati.

Rayqal lelaki yang aku pandang sebagai pelindung, tempat aku berlindung selepas semua yang aku hadapi… rupa-rupanya menyimpan sesuatu yang aku tak tahu.

Sesuatu yang membuat aku tertanya-tanya… siapa aku dalam hidup dia sebenarnya? Tangisan aku gugur juga akhirnya. Satu per satu.

Aku bangkit, perlahan-lahan bawa diri ke sebuah restoran kecil tak jauh dari tempat kami menginap. Aku pilih meja paling hujung, jauh dari orang.

Aku pesan makanan halal ringan hanya semangkuk sup ayam dan air suam. Walaupun hati aku perit, badan aku tetap perlukan sesuatu untuk bertahan.

Baru aku nak tenangkan diri, kerusi sebelah aku ditarik seseorang.

Rayqal.

Wajah dia nampak letih. Mata dia merah. Tapi pandangan dia… tak pernah aku nampak seserius itu.

“Min…” suara dia perlahan. Hampir seperti bisikan. “Saya nak cakap sikit. Semua ni… berkaitan dengan masa lalu saya. Saya harap awak sudi dengar.”

Aku tunduk. Aku tak tahu nak dengar atau tak. Hati aku berperang dengan logik. Dia suami aku. Tapi kalau cinta itu masih tertinggal pada perempuan lain… aku siapa?

“Ray… kalau awak masih ada kisah dengan dia, lebih baik awak lepaskan saya.” Suara aku akhirnya keluar. Datar. Tapi dalam hati, ributnya… hanya Tuhan tahu.

Wajah dia berubah. Nafas dia mula laju. “Sebab perempuan tu… awak nak kita berpisah?” Suara dia naik sedikit. “Awak tahu tak tujuan saya bawa awak ke sini Min?!”

Aku gigit bibir.

“Awak bawa saya ke tempat yang pernah awak jatuh cinta dengan dia. Awak tak pernah cerita pun. Awak tak pernah beritahu saya semua tu. Kalau awak betul-betul jujur… kenapa bukan awak yang cerita sendiri? Kenapa dari mulut orang lain saya tahu semuanya?”

Tangan Rayqal mengepal. Dia berdiri. “Saya tak pernah fikir nak kahwin dengan dia! Tak pernah! Saya larikan diri dari kisah tu sebab dia bukan orang yang betul untuk saya. Awak fikir saya suka disalah erti? Awak fikir senang nak hadap semua ni?”

Aku angkat muka. Mata aku mula berkaca.

“Saya tak nak tahu siapa betul atau salah, Rayqal. Saya cuma nak tahu kenapa awak tak beritahu saya dari awal.”

Rayqal memandang aku lama. Nafasnya naik turun.

“Sebab saya takut. Saya takut kalau awak tahu, awak akan buat macam sekarang.”

Aku berdiri. “Kalau awak dah tahu saya akan jadi begini, kenapa bawa saya ke sini? Awak tak fikir saya pun manusia ada hati?”

Dia tak jawab. Tapi mata dia mula merah. Air mata itu… lelaki yang jarang menangis, kini hampir roboh. Tapi aku tak mahu kalah.

Tiba-tiba, Rayqal pusing badan dan berjalan keluar dari restoran.

Aku diam. Tapi dalam dada… luka makin dalam.

Aku cuba tarik nafas panjang. Cuba untuk bertahan. Cuba untuk tak rebah di tengah-tengah ruang makan orang ramai ini.

Belum sempat aku bangun, Rayqal kembali. Nafas dia tercungap. Tanpa kata, dia tarik tangan aku.

“Rayqal…! Awak sakitkan saya!” aku cuba lepaskan tangan. Tapi genggaman dia kuat.

Dia berhenti. Pandang aku. Mata dia tajam.

“Sakit?” Dia ketawa kecil tapi penuh kecewa. “Kau tahu tak siapa yang sakit sekarang ni Min?! Aku! Aku yang sakit!”

Aku terkedu.

“Awak dah gila ke apa, Rayqal?!” Suara aku mula tinggi. Aku tak tahan lagi.

“Awak bawa saya ke sini, semata-mata nak buat drama pasal perempuan tu?!”

Dia tak cakap apa. Tapi riak wajah dia berubah. Dia hempas tangan aku, lepas dengan kasar.

“Aku bawa kau ke sini sebab aku nak bina hidup baru dengan kau! Tapi kau… kau percaya cakap perempuan yang kau baru kenal sehari! Dia cucuk kau dengan cerita lama yang dia sendiri reka!”

“Jadi semua tu palsu?”

Dia diam.

Aku teruskan. “Kalau awak tak salah, kenapa awak padam mesej tu cepat sangat? Kenapa awak sembunyi? Kenapa awak buat saya rasa saya tak cukup penting untuk tahu siapa awak sebenarnya?”

Dia diam. Tapi langkah dia laju semula, tarik tangan aku sekali lagi. Kali ini lebih kuat.

“Min, ikut aku!”

“Rayqal… jangan tarik aku macam ni. Orang pandang.”

Dia berhenti sekejap. “Biar orang pandang. Aku nak semua orang tahu… kau isteri aku.”

Aku terdiam. Tapi air mata aku terus jatuh. Hati aku tak mampu terima cara ini.

Dia bawa aku keluar dari restoran, berjalan ke arah jalan kecil di belakang. Aku cuba tarik diri, tapi dia tak lepaskan.

Bila kami berhenti, dia bersandar pada tembok, dan aku masih digenggam di hadapan dia.

“Min, aku minta maaf.”

Aku pandang dia. “Ray… saya takut.”

“Takut pada apa?”

“Takut pada awak.”

Dia terdiam.

“Dulu, saya rasa awak pelindung saya. Tapi hari ni… saya tak kenal awak. Saya rasa macam sedang berdiri depan orang asing.”

Rayqal pejam mata. Nafasnya berat.

“Saya manusia yang ada sejarah. Tapi saya tak nak ulang kesilapan lama saya. Saya pilih awak sebab saya percaya… cinta saya pada awak bukan main-main.”

Aku geleng. “Tapi kepercayaan tu… awak patahkan sendiri.”

Dia lepaskan genggaman. Aku terus melangkah ke belakang, menjauh. Dan pada malam itu, aku kembali ke hotel seorang diri.

Di bilik, aku tak menangis. Aku cuma duduk di bucu katil, pegang cincin perkahwinan di jari.

Aku tak pasti… esok aku masih isteri dia atau tidak. Tapi malam ini, aku tahu satu perkara saja cinta boleh datang dengan senyum, tapi juga boleh tinggalkan luka paling dalam… dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience