Bab 10: Bukan Lagi Dalam Bayang

Mature Content Series 3457

Gerai makin sibuk. Kadang-kadang sampai tiga kali aku tukar tudung dalam sehari sebab berpeluh tak henti. Tangan aku dah biasa pegang senduk panas, muka aku dah biasa berasap, dan suara aku? Dah macam DJ pasar malam.

“Ayam satu! Nasi lemak dua! Air limau ais satu!”

Deya uruskan pelanggan. Aku pula di belakang stall, terkepung dengan kuali panas, bunyi minyak meletup, dan suara budak-budak minta air tambahan. Kadang-kadang aku lupa hari, lupa waktu… dan terus-terang, aku juga terlupa tentang Rayqal.

Tapi dia tak lupa.

Dia datang walaupun dia lelaki elit, berharta, dan boleh saja makan di hotel bintang lima dia tetap datang duduk di meja plastik gerai kecil kami, sambil order nasi lemak ayam dan sirap laici.

Kadang-kadang dia order lebih, katanya nak makan dua kali sebab ‘penat tunggu masakan Min yang lembab tapi sedap’.

Kadang-kadang dia datang bukan untuk makan, tapi untuk membuli aku.

Ya. Membuli.

“Awak ni kenapa tarik telinga saya?!” jerit kecil aku satu hari bila dia datang belakang stall dan tarik telinga aku sambil ketawa.

“Supaya awak ingat saya. Awak kan sibuk sangat, sampai lupa awak nak kahwin minggu depan,” katanya sambil tarik hidung aku pula.

“Awak!” aku tolak tangan dia, tapi dia ketawa besar.

“Dari hidung awak yang kembang, jadi mancung sikit tau. Magik saya.” Dia kenyit mata.

Aku tarik apron aku, pura-pura nak pukul dia dengan senduk.

“Cis!” aku geram, tapi dalam hati aku ketawa. Dalam hati aku bahagia.

Sebab, walaupun dalam kesibukan, dia masih mahu jadi sebahagian dari hidup aku.

Tengah hari itu, lepas pelanggan makin berkurang dan Deya dah masuk ke belakang lori untuk kira stok, Rayqal tarik tangan aku ke belakang stall. Tempat itu bukan tempat cantik. Ada bau minyak goreng, tuala buruk tergantung, dan timbunan kotak kosong yang belum dibuang.

Tapi bila dia genggam tangan aku erat, tempat itu jadi paling indah dalam dunia.

“Minggu depan kita dah nak nikah, kan Min,” katanya perlahan.

Jantung aku mula laju. Degupan yang dulu aku takut rasa, kini jadi degupan yang aku nanti.

Aku tunduk sedikit. “Ya…”

Dia angkat dagu aku perlahan. Mata kami bertentang.

“Nanti bila kita dah nikah… saya akan ikut awak jogging kat taman. Tempat yang saya selalu pergi tu.”

Aku pandang dia dengan dahi berkerut.

“Awak jogging juga?”

Dia angguk. Senyuman dia mencairkan degupan jantung aku yang dah sedia tak stabil.

“Ya. Sejak kali pertama saya nampak awak jogging, saya terus rasa nak ke taman tu selalu. Setiap hari saya datang… tunggu awak lalu. Tapi awak tak datang pun. Sampai petang saya tunggu.” Dia tergelak kecil. Senyuman dia penuh kenangan.

Aku kaku. Nafas aku terasa berat. Aku tak sangka… saat aku sembunyi dari dunia, dia cari aku dalam diam.

“Apa yang buat awak tunggu?” aku tanya perlahan.

“Entah. Awak nampak kuat, Min. Walaupun awak rasa dunia lawan awak… awak tetap bangun pagi, pakai kasut, dan jogging.”

Aku terkedu. Ada sesuatu dalam suaranya yang buat aku rasa… dihargai. Dilihat. Tanpa perlu jadi sempurna.

Aku tenung tangan kami yang masih bergenggaman.

“Apa yang buat awak nak kahwin dengan saya? Betul-betul,” aku bersuara perlahan.

Dia tarik nafas panjang. “Sebab saya dah hidup lama dalam dunia yang cantik tapi kosong. Bila saya jumpa awak… dunia saya jadi penuh. Riuh. Kacau. Tapi penuh makna.”

Aku tergelak. “Saya ni kacau ya?”

“Ya. Kacau hati saya sejak hari pertama.”

Aku tampar perlahan dada dia. Tapi dalam hati aku tahu aku bukan lagi Yasmin yang dulu. Dulu aku takut dicintai. Takut dihina. Takut berdiri di depan lelaki, tapi sekarang… aku berdiri di belakang stall, berpeluh, tangan berbau bawang, tapi lelaki itu tetap genggam tangan aku.

Dan minggu depan… aku akan jadi isteri dia.

Malam tu, masa aku lipat apron dan duduk di bangku kayu luar rumah, mak duduk sebelah aku. Langit malam kosong dari bintang, tapi angin malam menyapa lembut.

“Min… mak bangga dengan kamu.”

Aku pandang mak, terkejut. “Kenapa mak cakap macam tu tiba-tiba?”

Mak senyum, pandang langit.

“Dulu mak takut kamu takkan percaya cinta. Tapi sekarang mak nampak kamu bukan saja percaya, kamu pertahankan cinta tu.”

Air mata aku bergenang. Rasa sebak bergema dalam dada.

“Mak, saya takut sebenarnya…”

Mak peluk bahu aku. “Takpa takut. Tapi jangan lari. Pegang tangan dia… dan jalan sama-sama. Itu namanya hidup.”

Aku sandar kepala aku ke bahu mak. Sunyi. Tapi penuh makna.

Dan aku tahu, bila hari itu tiba…

Aku akan berdiri di pelamin bukan sebagai “Min si anak gajah”.

Tapi sebagai Yasmin.

Wanita yang pernah jatuh,
Tapi bangun dengan cinta…
Yang akhirnya, milik aku juga.

Aku takut sebenarnya. Mak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience