Bab 42: Buntal Ke Paus Ke Saya Tetap Sayang

Mature Content Series 4165

Kami dah berjalan entah dari mana ke mana. Tangan aku masih dalam genggaman Rayqal, dan sandal aku dah mula terasa pasir halus melekat sana-sini. Resort tempat kami menginap pun dah tinggal jauh di belakang.

“Awak... Kita jalan sampai mana ni?” aku soal sambil tunduk tengok kaki sendiri yang makin lesu.

Rayqal berhenti depan sebuah kereta pacuan empat roda yang dah tersedia terparkir di tepi laluan kecil berpasir.

Dia buka pintu penumpang dan pandang aku. “Sayang, naiklah.”

Aku pandang dia dengan dahi berkerut. “Jap jap… Kita nak ke mana lagi awak?” tangan aku pantas pegang lengan dia, tak yakin.

Rayqal tunduk sedikit, sengih manja. “Saya nak bawa awak ke waterfall. Tak jauh pun, sana best. Air sejuk.”

Aku ternganga sedikit. “Waterfall?”

Dia angguk. “Yes. Private spot. Jarang orang tahu. Tapi saya dah booking awal.”

Aku toleh kiri kanan. “Awak… Kita dah jauhlah… Dua kali isi minyak kot tadi.”

Rayqal ketawa perlahan. “Saya tahu. Saya pun lapar. Okay lepas ni kita makan dan minum dulu, then baru kita pergi waterfall tu.”

Aku tarik nafas dalam-dalam. Perut aku pun macam dah mula berdendang lagu rock kapak. “Tapi... kenapa waterfall tu istimewa sangat sampai kena berlapar dulu?”

Rayqal senyum penuh rahsia. “Waterfall tu... best sebab ada bumbung.”

Aku angkat kening. “Bumbung?”

Dia angguk lagi. “Yes.”

Aku masih ternganga. “Bumbung apa? Ni air terjun ke gazebo?”

Dia tak jawab. Cuma senyum dan cuit hidung aku perlahan sebelum tolak tubuh aku lembut masuk ke dalam kereta.

“Sila, puan isteri saya. Saya janji awak akan suka.”

Sepanjang perjalanan dalam kereta, aku diam. Konon merajuk sebab lapar, tapi sebenarnya aku tengah cuba teka jenis air terjun apa yang ada bumbung.

Dalam kepala aku dah macam-macam keluar air terjun bawah gua lah, air terjun masuk chalet lah… tapi semua tu tak masuk akal.

Tangan aku bersilang atas perut. “Awak. Saya rasa macam pengantin diculik tahu tak.”

Rayqal menjeling sambil senyum. “Kalau saya culik pun, culik sah. Awak dah halal.”

“Hish!” Aku pura-pura nak tampar dia tapi dia sempat elak sambil gelak besar.

Tak lama lepas tu, kami singgah dekat sebuah kafe kecil tepi bukit. Simple tapi cantik konsep terbuka, ada kerusi rotan dan pemandangan menghadap lembah hijau. Kami duduk bawah payung jerami besar, dan pelayan datang dengan menu.

Rayqal pandang aku, “Nak makan apa?”

Aku tenung dia lama. “Kalau saya order dua pinggan, awak nak judge saya tak?”

Dia gelak. “Saya order tiga pinggan. So, awak takkan nampak tamak.”

Aku ketawa sambil tarik menu. Dalam masa tak sampai 20 minit, meja kami dah penuh dengan makanan Thai. Nasi goreng nanas, tom yam seafood, ayam pandan, dan satu pinggan besar kerabu mangga yang pedas menggila.

Aku makan sampai lupa nak bercakap.

Rayqal pandang aku dengan senyum penuh kasih. “Min.”

Aku angkat muka. “Hmm?”

“Awak tahu tak... saya suka tengok awak makan.”

Aku cebik. “Sebab tu awak kahwin dengan saya? Nak jadikan saya pemandu selera awak?”

Rayqal ketawa. “Tak. Sebab bila awak makan, muka awak nampak paling jujur. Tak hipokrit langsung.”

Aku terdiam. Lama.

Kadang-kadang Rayqal ni pelik. Tapi pelik dia selalu buat hati aku rasa lembut.

Perjalanan sambung semula lepas makan. Jalan makin kecil dan agak berbukit. Hutan kiri kanan makin rapat. Kereta kami masuk ke laluan batu kerikil, sebelum berhenti di satu kawasan teduh.

Ada pintu kayu kecil dengan papan tanda Private Access The Hidden Canopy Waterfall

Aku keluar dari kereta perlahan. Dengar deruan air dari kejauhan.

“Awak… ni ke tempatnya?”

Rayqal tutup pintu kereta dan pegang tangan aku. “Jalan sikit je lagi. Trust me.”

Kami jalan kaki tak sampai lima minit.

Bila sampai hujung laluan, aku terus terkaku.

Depan aku sebuah air terjun kecil mengalir dari tebing batu tinggi. Tapi yang buat aku terpaku, air terjun tu terletak di bawah satu bumbung besar kaca lutsinar yang dibina macam struktur moden.

Dindingnya daripada batu dan kayu, dan ada platform kecil tepi air terjun yang siap dengan kerusi santai dan tab mandi kecil di tepi batu.

Aku bersuara perlahan. “Ni… air terjun dalam villa ke?”

Rayqal senyum puas. “Villa air. Saya booking khas. Tempat ni memang untuk couple. Tak ramai tahu.”

Aku tak tahu nak respon macam mana.

“Awak…” aku pandang dia. “Ini gila. Tapi gila cantik.”

Rayqal peluk bahu aku. “Saya tahu awak suka bunyi air. Tapi saya tak nak awak penat trekking jauh-jauh. Jadi saya cari tempat yang still ‘nature’, tapi ada comfort.”

Aku hanya mampu tengok sekeliling. Dinding kaca tu benarkan cahaya masuk, tapi masih lindung dari panas terik. Suasana sejuk. Angin masuk dari celahan terbuka. Deruan air menenangkan.

Aku rasa macam masuk alam lain.

Rayqal buka selipar, jalan atas lantai kayu ke arah air. Dia tarik tangan aku.

“Jom.”

Aku ikut. Kami duduk atas platform batu besar, kaki celup dalam air yang mengalir jernih.

“Sejuk!” Aku terjerit kecil. Rayqal tergelak.

“Awak suka?”

Aku angguk perlahan. “Saya… suka awak.”

Dia pandang aku lama.

“Saya akan buat awak suka saya setiap hari, Min.”

Aku senyum perlahan.

Tangan kami masih saling genggam. Bunyi air jadi muzik latar paling indah dalam dunia. Dan tanpa perlu skrip, aku tahu moment macam ni bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Cukuplah untuk kami berdua. Dan sebuah bumbung kaca, di tengah hutan

Aku duduk dalam air dingin itu, terasa aliran lembut dari air terjun menenangkan urat-urat yang semalam keras sebab terlalu banyak berjalan dan ‘kena pasir kepal’.

Bahu aku yang tadi rasa sengal mula ringan semula. Mata aku pejam separuh sambil hela nafas perlahan.

Tiba-tiba, ada sesuatu bergerak laju dalam air.

"Sayang…" suara Rayqal datang dari sisi, bersama pelukan kejap di pinggang aku dari belakang.

Aku terperanjat sikit tapi sempat tampar tangan dia yang pegang aku macam tak ingat dunia.

“Awak! Bagi salam dulu kalau nak peluk!”

Dia ketawa perlahan di belakang telinga aku. “Salam... peluk halal ke tak ni?”

Aku tarik muka konon merajuk. “Dah tahu halal, makin nakal.”

Rayqal senyum, dagunya bertongkat di bahu aku. “Sayang... buka tudung nak? Sini tak ada orang.”

Aku toleh kiri kanan. Tiba-tiba jadi ejen perisik. Mata aku kecilkan, tekun menilai setiap penjuru. “Betul ke ni? CCTV pun tak ada?”

Dia geleng. “Confirm. Saya dah semak awal. Kawasan ni exclusive, tak ada rakaman. Awak sorang je perempuan yang guna kawasan ni hari ni.”

Aku angkat kening, masih ragu-ragu.

“Saya nak tengok rambut panjang awak. Please?” suara dia jadi lembut sangat sampai hati aku cair macam ais Thai tea.

Akhirnya, aku buka tudung perlahan dan letak tepi atas batu. Rambut aku yang panjang dan lembap dilepaskan. Rayqal terus angkat kepala dan renung lama.

Dia senyum lebar. “Subhanallah. Cantiknya isteri saya.”

Aku tersengih. Muka aku ni konon malu, tapi dalam hati macam lemak-lemak berkuah santan gembira, tau?

Dia tarik tangan aku dan bawa ke tengah kawasan air terjun, tempat dalam sikit tapi masih selamat. Kami terapung sama-sama sambil tangan dia tak lepas dari pinggang aku.

“Sayang nak naik sana tak?” Dia tunjuk ke arah satu struktur tinggi di hujung kawasan berbumbung tu rupa-rupanya ada gelongsor air warna-warni macam kat taman tema.

Aku angkat kening. “Naik sana buat apa?”

“Nanti kita gelongsor dari atas jatuh terus ke sini... gelongsur ni muat sampai seratus kilogram tau!”

Aku terus bercekak pinggang dalam air. “Amboi! Mulut awak tu biasa sangat ye main berat-beratkan orang.”

Rayqal cepat-cepat angkat tangan macam orang surrender. “Eh eh bukan macam tu... Saya cakap muat. Saya pun besar juga okay.”

Dia terus berenang ke tepi batu, panjat tangga kecil dan berlari ke arah gelongsor tu.

Aku geleng kepala. "Budak sekolah mana entah ni aku kahwin."

Gelongsor tu tinggi betul, dengan warna merah, biru dan kuning berselang-seli. Sakit mata aku tengok pun ada, macam pelangi tercekik gula kapas.

“Sayang!!!!!!” suara dia menjerit dari atas gelongsor.

Aku dongak. “Apa!”

“I love you very much!!!”

Aku tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Rambut aku yang terurai kena angin, dan air memantul cahaya dari bumbung kaca atas sana buat suasana ni nampak macam mimpi.

Rayqal terus meluncur turun laju, percikan air terbang ke mana-mana.

“Wuhuuuuuuuuuuu...” dan SPLASH!!! air terpercik sampai kena muka aku.

Aku terbatuk kecil, “Awak ni betul-betul la...”

Dia timbul semula dari dalam air sambil tergelak besar. “Best gila! Awak kena cuba juga nanti.”

Aku renung dia dengan pandangan penuh ‘isteri separa waras’. “Rayqal... awak suami ke budak darjah lima?”

Dia gelak sampai air masuk hidung. Tapi bila dia berhenti ketawa, dia renung aku dalam.

“Min…”

Aku diam. Dia jarang panggil aku macam tu, dengan suara separa tenang tapi serius.

“Saya tahu saya banyak perangai pelik. Tapi kalau awak tanya… ‘Adakah awak berada di tangan yang tepat?’…” dia tarik nafas.

”Saya doakan setiap hari, biarlah tangan saya ni yang terus pegang awak sampai kita tua.”

Aku terdiam.

Mata aku jadi kabur sikit. Aku tak tahu kenapa, tapi hati aku rasa lembut sangat. Aku macam nak nangis sambil gelak.

Dan waktu tu... aku tahu, jawapan untuk soalan yang selalu aku fikir dalam hati: Adakah aku berada di tangan yang tepat?

Ya. Ini tangan yang betul.

Tangan lelaki yang boleh jadi CEO, boleh jadi tukang order makan, boleh jadi budak sekolah, tapi tak pernah gagal jadi… suami yang buat aku rasa cukup.

Rayqal muncul dari tepi batu, tangannya bawa dulang berisi makanan ringan ada buah, sandwich kecil dan air kotak.

“Isteri aku ni macam ikan buntal lah… comel,” dia bisik dalam hati sambil pandang aku yang berenang ke sana sini. Kadang-kadang aku timbul, kadang menyelam betul-betul macam tak nak naik dah.

Tapi yang keluar dari mulut dia lain.

“Sayang... jom makan dulu,” dia panggil.

Aku angkat tangan sikit dari dalam air. “Tak lapar lagi!”

Rayqal letak dulang atas batu dan berdiri sambil tangan letak di pinggang.

“Haish... budak ni kalau dapat air macam ni macam buntal!”

Buntal.

Dia tergamam.

Muka dia terus berubah macam orang baru sedar dia terlepas cakap dalam mimpi ngeri.

Aku tiba-tiba timbul dekat tak jauh dari dia. “Apa awak cakap, Ray?”

Suara aku sedikit kuat, air masih menitis dari hujung rambut. Aku tak berapa dengar tadi sebab aku tengah menyelam. Tapi aku sempat tangkap hujung perkataan “buntal”.

Wajah Rayqal terus jadi panic mode. Matanya membulat, mulut dia separuh terbuka. “Um... s-saya…”

Aku berenang perlahan ke arahnya, mata tak lepas dari wajah dia yang tiba-tiba nampak bersalah sangat.

“Awak okay ke ni? Sejuk sangat ke?” Aku letak tangan atas lengan dia.

Tapi dia cepat-cepat undur dua langkah ke belakang.

“Awak mandilah lagi… saya nak makan dulu,” katanya pendek sebelum duduk dan pura-pura sibuk dengan sandwich. Muka dia langsung tak pandang aku.

Aku kerut dahi. “Eh, awak kenapa ni? Tiba-tiba je?”

Dia diam. Makin kunyah laju macam sandwich tu akan lari kalau dia lambat sikit.

Aku pelan-pelan naik dari air dan duduk sebelah dia. Rambut aku masih lembap dan kulit basah kena cahaya matahari buat aku nampak macam baru lepas berendam dalam kolam susu.

“Rayqal...”

Dia toleh sikit.

Aku senyum manja. “Saya ni macam ikan buntal ke?”

Rayqal tercekik air kotak.

Dia batuk sikit, “Huh? Eh? Apa awak dengar tu?”

Aku angkat kening. “Saya dengar... buntal.”

Dia garu kepala yang tak gatal.

“Sayang... sumpah saya bukan maksud tu hina. Saya maksud awak tu... comel. Macam... comel... sangat. Bila awak menyelam naik menyelam naik tu... macam karakter kartun... yang saya suka!”

Aku senyum sinis. “Kartun apa tu, Rayqal?”

Dia pejam mata. “Err... Dory?”

Aku ketawa besar. “Dory tu ikan pelupa, awak!”

Dia pegang kepala. “Lagi teruk. Saya patut diam je tadi...”

Aku ambil sepotong tembikai dan suap dekat mulut dia. “Tak apa... Saya terima. Ikan buntal pun, asalkan awak tak kata saya ikan paus.”

Dia terus peluk aku dari sisi. “Sayang saya ni... buntal ke, paus ke, dugong ke, tetap comel paling comel dalam hidup saya.”

Aku jeling. “Mulut awak tu... nasib halal.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience