Riak Halus Dalam Bahagia

Drama Completed 341

Petang itu, langit mendung namun nyaman. Aisyah duduk di ruang tamu, melipat kain sambil menonton rancangan masakan di televisyen. Rayyan berada di biliknya, sibuk menyiapkan kerja sekolah. Rumah itu terasa sunyi, namun damai. Jam dinding berdetik tenang, menandakan waktu sudah menghampiri pukul tujuh malam.

Biasanya pada waktu begini, Haris sudah pulang. Aisyah memandang pintu, berharap mendengar deruman enjin kereta suaminya, tapi yang kedengaran hanyalah bunyi hujan mula turun rintik-rintik.

Dia mencapai telefonnya, menaip mesej ringkas.

> “Abang, ok ke di pejabat? Tak balik lagi ke?”<

Beberapa minit berlalu. Tiada balasan.

Aisyah mengeluh perlahan. Dia bangun, menuju ke dapur untuk memanaskan lauk. Sup ayam dan ikan goreng—menu kegemaran Haris. Dia sengaja memasak lebih hari ini. Harapannya, mereka dapat makan malam bersama seperti selalu.

Setelah siap memanaskan lauk,Aisyah beralih kepada Rayyan yang merengek memintanya untuk membantu menyiapkan kerja sekolah.Katanya soalan itu susah untuk di fahami.Seketika dia leka membantu Rayyan dengan kerja sekolahnya.

Waktu berdetik.Sudah dua jam setelah dia siap mengurus Rayyan,Haris belum pulang ke rumah.Aisyah mulai risau kerana biasanya,paling lewat suaminya kembali ke rumah adalah sebelum azan isyak berkumandang.Dalam hatinya berkata 'ada sesuatu berlaku ke?' dia cuba menghubungi suaminya namun tidak berjawab.Risaunya bertambah.Dia mundar mandir sambil cuba menghubungi suaminya namun tetap gagal.

Namun,ketika jarum jam mencecah 9:30 malam di saat kerisauan Asiyah memuncak, barulah bunyi pintu pagar kedengaran. Aisyah cepat-cepat menjenguk keluar rumah, senyum di wajahnya kembali terukir.

“Abang, penat ya?” sapa Aisyah ketika Haris masuk, menanggalkan kasutnya dengan perlahan.

“Hmm… Maaf lambat. Banyak kerja tadi,” jawab Haris ringkas, suaranya kedengaran hambar.

Aisyah terkedu sedikit. “Aisyah tunggu abang.Kenapa call tak jawab?”

"Handphone mati.Tak sempat charge,banyak masalah kat tempat kerja.Projek besar company ada sikit masalah tu yang sibuk sampai tak sempat tengok dan charge handphone."Jawab Haris datar.

"Ooo begitu,Aisyah cuma risaukan abang tak pernah abang balik lewat macam ni..Abang dah makan?Jom makan sama-sama.Aisyah dah masak lauk kegemaran abang ni.Aisyah dah panaskan.."Aisyah mengalihkan topik.

Haris tidak membalas. Dia hanya meletakkan begnya di sofa dan melangkah ke bilik air. Aisyah memandang langkah suaminya, hatinya terasa aneh—ada sesuatu yang berlaku.Adakah masalahnya sebesar itu sehingga mengubah suaminya menjadi lebih pendiam?Aisyah bertanya-tanya dalam hati.

Di meja makan, suasana tidak seperti selalu. Haris banyak diam. Dia makan sekadarnya, tidak menegur Rayyan yang asyik bercerita tentang lukisan yang cikgu puji di sekolah. Aisyah cuba menghidupkan perbualan, tapi Haris hanya tersenyum nipis, kadang mengangguk.

Selepas makan, Haris terus ke bilik dan menutup pintu. Katanya mahu berehat. Aisyah membersihkan meja dalam diam. Hatinya mula dihimpit rasa tak tenang.Dia kemudian memanggil Rayyan untuk masuk tidur.

Dia duduk di birai katil setelah Rayyan tidur, memandang telefon di tangannya. Tiada mesej, tiada panggilan,selama ini jika suaminya itu ada hal mendadak atau urusan lain yang menyebabkan dia balik lewat pasti akan ada mesej atau panggilan walau apapun yang terjadi suaminya itu pasti akan menghubunginya.

‘Mungkinkah... abang simpan sesuatu?’

Tapi Aisyah cepat-cepat menolak perasaan itu. Tidak. Haris bukan lelaki yang begitu.Dia menambah fikiran positif.

'kan tadi abang kata ada masalah besar di company sampai handphone tak sempat charge.Aiyoo tak payah la fikir macam-macam'..Aisyah berbicara dalam hati.

Dia cuba tidur malam itu, memujuk hati bahawa semua cuma kebetulan dan suaminya memang sedang serabut dengan kerjanya. Tapi di dalam gelap, di sebalik keheningan malam, Aisyah tidak tahu bahawa hatinya baru saja melangkah ke permulaan luka yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience