Pejam celik, hampir tiga bulan Haris tidak pulang. Rayyan makin kerap terjaga malam, menangis dalam diam memeluk bantal busuknya. Nama “papa” tetap menjadi doa di hujung sujud kecilnya walau tiada lagi wajah yang datang memeluknya.Apa salah mereka sehingga Haris tidak lagi peduli?Kalau disebabkan Aisyah yang sakit sehingga membuat Haris berpaling ya itu okey tapi Rayyan?kenapa dia juga turut di abaikan sebegini?.
Aisyah tahu, cukup sudah dia berdiam diri.
Pagi itu dia mengenakan tudung biru lembut, baju kurung polos yang pernah dibelikan Haris suatu ketika dahulu.Ketika cinta Haris kepadanya masih hangat. Hari ini dia tidak datang sebagai isteri, tapi sebagai ibu yang membawa hati anaknya yang semakin retak.Dia mahu mengingatkan Haris tanggungjawabnya kepada Rayyan.
Dia tunggu di bawah pejabat Haris. Menunggu hingga lelaki itu muncul, mengejar langkahnya sebelum sempat masuk ke kereta.
“Abang… tunggu. Lima minit saja. Demi Rayyan.”
Haris kelihatan rimas, namun dia berhenti. Pandangan tajam, wajah tak berperasaan.
“Kenapa kau datang sini?”
Aisyah telan air liur, cuba tahan gugup. “Aisyah tak nak bergaduh..Kalau abang memang dah tak nak atau dah tak sayang Aisyah takpe abang.. Aisyah cuma nak abang dengar… tentang anak kita.”
Haris merenung Aisyah di hadapannya.
'Tupppp satu perasaan rindu menjalar perlahan di hatinya..'tapi dia bersikap seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan.Haris mengangguk perlahan.
Mereka akhirnya duduk di sebuah bangku batu di taman kecil berhampiran. Aisyah menggenggam tangan sendiri erat-erat.
“Rayyan rindukan abang. Dia selalu tunggu depan pintu. Bila dia dengar enjin kereta, dia terus lari buka tingkap. Dia fikir… abang balik..Abang betul taknak balik ke??tolong balik demi Rayyan,Aisyah merayu supaya abang datanglah jenguk Rayyan,dia masih kecil.Dia tak faham apa-apa.”Aisyah merayu dengan lembut.
Haris diam. Wajahnya kekal kosong.
Aisyah teruskan walau dadanya bergetar. “Aisyah tak tahu nak jawab soalan dia. Dia tanya kenapa papanya tak balik. Dia tanya apa salah dia sampai papa dah tak pedulikan dia.”
“Dia budak. Nanti dia lupa,” jawab Haris perlahan. Ringkas. Tajam.
Aisyah terkejut. Nafasnya tersekat seketika. “Dia anak kita, abang. Dia bukan anjing jalanan yang abang boleh tinggal dan harap dia lupa.Sememangnya apa salah kami abang??aisyah ni isteri,Rayyan tu darah daging abang!.”Nada bicara Aisyah sedikit meninggi.
Haris bingkas berdiri. Sudah bosan. “Okey!!Aku akan cakap, aku ni tak nak kembali pada kau yang dah tak lama hidup.Aku nak hidup aku yang tenang!. Kau tu pun sakit, Aisyah. Jaga Rayyan selagi kau mampu. Bila kau dah tak ada nanti… aku akan datang ambil dia.Aku nak ruang aku sendiri!.”Haris membentak Aisyah.
Kata-kata itu menghentak dada Aisyah seperti palu.Ianya sungguh menyakitkan.
Dia terdiam. Tidak percaya lelaki yang pernah bersumpah sehidup semati kini bercakap seperti menunggu ajalnya hanya untuk mengambil hak penjagaan.
Aisyah mendongak, menahan air mata. “Itu saja nilai Aisyah di mata abang? Penjaga sementara sebelum Aisyah mati?takde ke sedikit rasa simpati abang pada kami?pada Rayyan??dia tu anak kamu wahai Haris Iskandar!”Aisyah sedikit mengamuk.Dia tersungkur di lantai.
Haris tidak menjawab. Matanya mengelak.Dia tidak melihat Aisyah sama sekali.Pandangannya jauh di lontarkan ke langit biru.
Aisyah berdiri perlahan. Langkahnya lemah, namun suara hatinya mulai teguh.
“Kalau itu yang abang pilih, Aisyah takkan halang. Tapi jangan salahkan sesiapa nanti bila anak abang membesar tanpa rasa bangga menyebut nama papanya.”
Dia melangkah pergi, perlahan-lahan, membawa luka yang sudah tak tertampung lagi.
Haris hanya berdiri membatu, hatinya kosong . Seolah-olah perasaannya telah lama mati, dibunuh oleh ego dan hasutan seorang wanita yang bukan miliknya.
Dan buat pertama kali, langit kelihatan terlalu kelabu.walaupun matahari masih tinggi.Dia juga merasakan sakit di dada.
'Teruk sangatkah perbuatanku ini?'soalnya dalam hati..
Ya teruk!kau terlalu pentingkan diri sehingga lupa kepada syurga sebenar kau Haris Iskandar!Kau abaikan wanita baik sebaik Aisyah dan berpaling kepada Nadine wanita licik separti iblis!...Nadine telah berusaha menarik kau hanyut menikmati godaan dunia sementara.Dia memastikan kau jatuh total ke genggamannya.Dia membuatkan kau mengabaikan keluarga.Wanita seperti itu yang kau pertahankan?!Sepatutnya Aisyah yang layak di pertahankan bukan dia!
Setelah perbualannya tamat bersama Aisyah sebentar tadi,Haris duduk termenung lama di dalam kereta.
Entah apa yang di fikirkannya.Rasa bersalah?mungkin saja ya.Tapi perasaan itu tidak mampu meruntuhkan egonya.Dia sebenarnya sedang angau bermain cinta bersama Nadine.Mengingat Nadine,Haris kembali Hanyut.Dia terus melupakan halnya bersama Aisyah sebentar tadi.
Share this novel