Petang itu, Haris pulang lebih awal dari biasa. Langit mendung, udara berat. Di dalam rumah, suasana sunyi. Nadine tidak menyambutnya seperti biasa. Haris menjenguk ke tingkat atas. Lampu bilik utama terpasang.Sudah kebiasaan Nadine bermalas-malas sepanjang hari.Dapur rumah ini tidak pernah berasap.Jika lapar,kadang Haris hanya mengalas perut dengan biskut kering ataupun memesan makanan secara online.Kadang pula dia akan singgah makan dahulu dia mana-mana restoran sebelum pulang.
Haris melangkah malas menuju ke bilik.Tiba-tiba, dari celah pintu yang sedikit terbuka, dia terdengar suara lelaki sedang berbual mesra bersama isterinya.Dubbbb!dadanya tersentak.Dia diam terkaku cuba mendengar perbualan dua orang itu.
“Bila kau nak beritahu dia? Kau dah janji anak ni bukan anak dia. Kau tak boleh terus tipu dia!”
Degupan jantung Haris seolah terhenti.Dia masih berdiam diri.
"Aku tak boleh bagitau dia Izat.Kau tau kan aku sekarang tak kerja.Aku cuma harap duit dia je.Kalau aku bagitahu,macam mana aku nak hidup?"ujar Nadine manja.
"Aku ada..aku boleh tanggung kau Nad.Aku cintakan kau lebih dari Haris cintakan kau.Aku boleh jaga kau lebih dari Haris jaga kau.."Izat cuba meyakinkan Nadine.
Nadine tertawa kecil.
"Kau ada apa je Izat?kau kerja pun kuli bangunan.Cinta??cinta boleh buat duit ke??macam ni la Izat.Kita teruskan berhubungan seperti ini tapi jangan sampai Haris tahu.Sekarang ni pun aku yang bagi kau duit.Kalau bukan sebab Haris kita takkan mungkin hidup semewah ini..lagipun.."belum sempat Nadine menghabiskan katanya Haris sudah menolak pintu bilik dengan kuat.
Nadine berdiri membelakangi Haris, dan di hadapannya, seorang lelaki yang Haris tidak kenal sedang memegang perut Nadine yang sarat. Nadine menolak tangan lelaki itu, kelihatan gelisah.Nadine dan lelaki itu terkejut dengan kehadiran Haris yang secara tiba-tiba.
Haris melangkah masuk. Matanya merah, tangannya mengepal.
“Aku… tak boleh percaya apa yang aku nampak sekarang…” suaranya bergetar.
Nadine terkejut. “Haris, I boleh jelaskan…”
“Jelaskan apa?!” Haris menjerit, matanya penuh bara. “Siapa dia? Anak tu… anak siapa?!anak jantan ni ke??!”
Haris mengayunkan tumbukan betalu-talu ke arah lelaki yang bernama Izat itu.
"Berhenti Haris i boleh jelaskan.."pinta Nadine terjerit-jerit.Lelaki itu sudah tergeletak berlumuran darah.
"Jelaskan??apa penjelasan you?!"Haris semakin marah.Dia melepaskan lelaki itu dan beralih memandang Nadine garang.Nadine mula gementar.Haris menumbuk dinding tepat di samping Nadine.Nadine mula menangis.
"Cakap!!!!"Haris mengila.
“I… I cuma kesunyian. You tak pernah benar-benar sayang I. You selalu termenung, jauh entah ke mana. Selalu ingatkan Aisyah! Macam mana I tak cari tempat lain untuk rasa dihargai?!”
Haris melangkah mundur, terhantuk pada dinding. Nafasnya laju. Jiwanya seperti disiat.
"Aku tinggalkan Aisyah kerana kau!Aku abaikan anak aku pun sebab kau.Aku buat segala apa yang kau nak aku buat Nadine!!Aku tak pernah tolak apa-apa kemahuan kau!!Jangan salahkan Aisyah dalam perbuatan kau Nadine!!Aku beri segala-galanya pada kau tapi kau yang layan aku teruk Nadine!!Kau yang mula menjauh dari aku!!!Dan sekarang pun anak yang kau kandung tu bukan anak aku betul??!"Haris meraung seperti orang tidak siuman.
Nadine menangis, tidak menjawab. Tapi diamnya adalah pengakuan.
"Aku minta maaf..."Nadine memohon.
Haris terduduk di birai katil. Tangannya menutup muka. Tangisnya pecah. Tangis yang bukan sekadar kecewa… tapi hancur kerana untuk pertama kalinya, dia tahu apa itu erti dikhianati.Begini sakitkah rasa di khianati?.
Dalam fikirannya terbayang wajah Aisyah.
Aisyah yang setia.
Aisyah yang tidak pernah meninggikan suara.
Aisyah yang merayu, menangis, meminta dia pulang.
Aisyah yang tetap menjaga Rayyan meskipun hatinya hancur.
Dan dia, Haris… pernah memaki wanita itu. Pernah berkata, “Aku akan jaga anak kita bila kau dah mati.”
"Ya Allah apa aku dah buat ni???Aisyahhhh maafkan abang..Rayyann Maafkan papa..."
Dia terduduk, menggigil.
"Aku kejam... aku bodoh...aku percayakan kau bulat-bulat Nadine.Kau perbodohkan aku..Aku buta selama ini..."
Nadine cuba memegang bahunya. “Haris… I minta maaf. I sayang you…i tau i dah buat silap besar.Tapi tolong la maafkan i..I betul-betul cintakan you..”
Nadine merayu dalam tangis yang terisak.
Haris bangun perlahan, dan dengan suara paling dingin dan tegas dalam hidupnya, dia berkata:
"Aku tak perlukan kau lagi,aku tak hingin tengok kau lagi. Talak satu."
Nadine terkejut. “Haris, jangan... please, kita boleh bincang...”
"Tidak!" Haris menjerit. "Talak dua!"
Nadine meraung, cuba memeluknya.Memeluk erat Haris. Haris menolak. Dengan air mata yang jatuh, dia menyebut sekali lagi:
"Nadine munirah Binti Hassan!!Aku ceraikan kau dengan Talak Tiga.Aku ceraikan kau..Aku ceraikan kau dan aku ceraikan kau!!"
Nadine terhempas ke lantai, menangis dan merayu. Tapi Haris tidak berpaling.
Buat pertama kali dalam hidupnya, Haris meninggalkan seseorang… bukan kerana cinta yang pudar, tetapi kerana penyesalan yang sudah terlalu dalam.Setelah apa yang dia lakukan kepada Aisyah dan Rayyan.Nadine tanpa segan silu mengkhianati dirinya.
Haris terduduk lemah.Dia menangis semahu-mahunya.Buat pertama kalinya dia berdoa memohon keampunan.
"Ya Allah ampunkan aku..."
Share this novel