Waktu berputar pantas. Segalanya mula berubah ke arah yang lebih indah.
Kedai bakeri Aisyah yang dulu sederhana kini sudah berkembang pesat. Ramai pelanggan tetap datang dari pelbagai tempat, tertarik dengan rasa dan layanan hangat yang Aisyah dan pasukannya berikan. Nama "Rasa Rindu Bakery" kini mula dikenali sebagai kedai bakeri tempatan terbaik di kawasan mereka.
Rayyan, yang kini semakin meningkat remaja, menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah. Bukan sahaja dalam akademik, malah dia juga aktif dalam aktiviti luar dan menjadi kebanggaan sekolah. Baru-baru ini, dia menerima anugerah Pelajar Cemerlang dan memenangi banyak anugerah di sekolah.Dia juga masih rajin membantu ibunya di bakeri hampir setiap hujung minggu.
Dan di sisi mereka, masih ada Haris.
Dia kini kembali menjadi lelaki yang penuh tanggungjawab. Wajahnya berseri, jiwanya tenang. Setiap kali ada masa, dia datang ke kedai membantu Aisyah. Sama ada menyusun stok, membasuh dulang, atau sekadar duduk dan menemani Aisyah di hujung hari.
Namun, satu hal yang tidak pernah berubah.Dia masih terus menerus meminta maaf.
“Aisyah… saya betul-betul minta maaf,” ucapnya suatu hari ketika mereka berdua sedang mengira stok mentega dan tepung.
Dan seperti biasa, Aisyah menjawab, “Saya dah maafkan awak, Haris. Kita dah lama lepas benda tu…”
Senyuman Aisyah ikhlas, namun jauh di sudut hati Haris, dia tetap menyimpan rindu. Rindu pada zaman dulu. Rindu pada saat mereka masih suami isteri. Rindu untuk memeluk keluarganya semula, sepenuhnya. Bukan begini.Bukan sebagi sahabat.Tapi sebagai suami kepada Aisyah dan bapa kepada Rayyan.
Namun dia terlalu malu untuk menyatakan isi hatinya. Takut ditolak. Takut harapan itu akan merosakkan semuanya yang sedang indah.
---
Satu petang yang tenang, langit cerah dan angin nyaman masuk ke dalam kedai melalui tingkap terbuka. Haris sedang sibuk memunggah kotak tepung yang baru sampai ke rak belakang.
Aisyah duduk di kaunter, tangannya memegang buku stok tapi matanya tidak fokus ke helaian. Dia memerhatikan Haris dari jauh.wajahnya bersungguh, peluh menitis di dahi, tapi bibirnya tersenyum. Lelaki itu... masih lelaki yang sama, dulu dan sekarang.
Tiba-tiba, Aisyah bersuara.Tenang tapi cukup jelas.
“Haris… awak nak tak kembali jadi suami saya?”
Haris membeku. Kotak tepung di tangannya hampir terlepas. Dia berpaling perlahan, memandang Aisyah dengan wajah penuh tanda tanya.
“Apa awak cakap tadi?” Haris berbisik, seolah tidak percaya.
Aisyah hanya tersenyum nakal, tidak mengulang soalan itu. Dia bangkit, menyarung apron dan menyambung tugasnya di dapur.
Haris meletakkan kotak, mengejarnya perlahan. “Aisyah… awak serius? Atau awak sakit? Atau awak main-main?”
Aisyah tergelak kecil sambil membuka peti sejuk.
"Entah..awak salah dengar kot.."Ujar Aisyah cuba menyakat Haris.
"Ehhh saya tak salah dengar.Awak seriua ke??jangan main-main Aisyah"pinta Haris sedikit manja.
“Kalau awak nak saya serius, awak yang kena masuk melamar...”
Haris terdiam. Tapi wajahnya bersinar. Matanya membulat, dan senyumannya lebar seperti kanak-kanak dapat hadiah hari jadi.
"Awak serius ke??"Haris memandang Aisyah.Aisyah mengangguk laju.
“Okey! Okey! Saya akan pergi melamar sekarang! Saya pergi buat persiapan dulu!” jerit Haris sambil melompat kecil, terlalu teruja.
Dia terus berlari keluar dari kedai, masih melompat kegembiraan.
---
Saat itu, Rayyan baru sahaja membuka pintu bakeri. Matanya membulat melihat bapanya melompat-lompat seperti orang gila.
Dia melirik ke arah ibunya. “Ibu… kenapa dengan papa tu?”
Aisyah hanya ketawa. “Papa kamu… dah gila agaknya.”
Rayyan menggeleng, “Papa memang pelik sejak dulu... Tapi pelik yang ni lain macam.”
Mereka berdua tergelak bersama, dan hari itu.Untuk pertama kalinya dalam hidup Rayyan dia melihat kedua-dua ibu dan bapanya tertawa... bersama.
Sebuah permulaan baru sedang terbina.
Share this novel