Aisyah berdiri di hadapan Haris sekali lagi.Kali ini bukan untuk merayu, tapi untuk menyelesaikan.Dia sudah lelah berjuang menuntut haknya.Dia sudah muak merayu untuk secebis simpati.
Dia sudah letih. Letih dipermainkan. Letih berharap. Letih dihina dan diabaikan. Hatinya sudah cukup penuh dengan luka yang tidak berdarah.Sudah telalu banyak penghinaan yang dia terima daripada insan yang bernama Haris.Lelaki yang dahulu sudah bersumpah atas nama Allah untuk menjaga dan merawat dirinya selayaknya seorang bidadari dunia.Namun apa yang tinggal?lelaki yang sudah bersumpah janji itulah yang sedang menginjak-injak harga dirinya,memperbodohkan dan menghancurkan rasa cinta yang begitu tulus dan setia.Bukan hanya itu,lelaki itulah yang sekarang rancak menusuk sembilu ke dalam dirinya.
"Abang, Aisyah nak minta cerai."Aisyah menyatakan hasratnya dengan sebulat tekad.
Haris yang sedang menyusun dokumen di pejabatnya terhenti. Dia menoleh dengan pandangan tajam seolah-olah tidak percaya apa yang baru didengarnya.
"Apa kau cakap?"
"Aisyah nak abang ceraikan Aisyah. Aisyah tak sanggup lagi. Abang dah tak sayang Aisyah, tak hormat Aisyah, dan paling utama,abang dah buang anak kita dari hidup abang."
Haris bersandar ke kerusi, tersenyum sinis. “Aisyah… aku takkan ceraikan kau. Tak sekarang. Aku cuma akan lepaskan kau… bila kau dah tak ada lagi dalam dunia ni,dan Rayyan.Aku tak buang dia.Aku cuma tunggu masa yang sesuai untuk ambil dia.Kalau kau dah takde nanti aku yang akan jaga dia.Sekarang ni,aku bagi kau peluang untuk habiskan sisa hidup kau tu bersama Rayyan.Kalau kau berkeras nak aku jumpa Rayyan..Fine!aku akan ambil Rayyan tapi jangan harap kau boleh jumpa Rayyan sampai mati!FAHAM?!...”
Aisyah tergamam. Kata-kata itu lebih menyakitkan dari segala pukulan.Haris rupanya sekejam ini.Tidak menunjukkan sebarang simpati langsung terhadap Aisyah.
"Jadi selagi Aisyah hidup, Aisyah kena terus jadi isteri abang atas kertas macam tu? Walaupun abang layan Aisyah macam sampah?"soal Aisyah menahan sebak.
Haris berdiri, menghampiri Aisyah. “YES AISYAH!Selagi kau masih hidup kau akan kekal sebagai isteri aku!"
“Kalau abang nekad taknak ceraikan Aisyah,abang balik dan jalankan tanggungjawab abang yang sepatutnya,Aisyah akan maafkan abang.Aisyah akan lupakan apa yang jadi ni.Kalau abang memang dah tak cintakan Aisyah tak mengapa.Tapi tolong demi Rayyan...”Aisyah berkata sebak.
Haris ketawa kecil.Bukan kerana lucu, tapi kerana sinis.
“Aku tak ceraikan kau bukan bererti aku perlu pulang betul?Kau dah nak mati kan?buat apa aku buang masa dengan perempuan yang sekarat macam kau?kau boleh bagi apa?pasal Rayyan kau tak payah risau.Aku akan datang ambil dia selepas kau MATI!So kalau nak aku pulang jadi papa Rayyan kau kena mati dulu.”Haris menjerit kepada Aisyah.
Kata-kata itu menikam jantung Aisyah. Air mata mengalir tanpa izin, tetapi dia tetap tegak berdiri. Namun belum sempat dia menjawab, seseorang membuka pintu pejabat dan melangkah masuk dengan langkah angkuh.
Nadine.
Dengan tanpa malu, wanita itu merangkul lengan Haris dan memeluknya dari sisi. Wajahnya bersinar dengan senyuman kemenangan.
“Oh… Aisyah. Masih tak faham-faham lagi, ya?Mana harga diri kau?Orang dah tak nak kat engkau kenapa masih terhegeh-hegeh?Kalau alasan kau menganggu Haris selama ini adalah anak,Kau boleh bawak anak tu masuk liang lahad bersama kau lagipun anak tu pun tak memberi apa-apa faedah untuk Haris.Menyusahkan adalah..” Nadine mengerling dengan pandangan menghina. “Dan Haris kata kau patut mati kan?… kenapa kau tak dengar nasihat suami sendiri?apesal liat sangat roh kau nak hilang ni?”
Ketawa jahat Nadine membingit masuk ke rongga pendengaran Aisyah.
Aisyah menggenggam erat kain bajunya, menahan tangisan dan kemarahan.
"Nak hina saya boleh,nak suruh saya mati boleh.Tapi jangan hina anak saya!Rayyan tu tanggungjawab Haris.Itu amanah daripada Allah untuk Haris dan kau perempuan!Kau takde hak untuk bercakap semborono tentang keluarga ini!"Aisyah hampir mengamuk menghadapi Nadine.
Nadine mengerutkan kening memandang Aisyah.Dia semakin menghimpit lengan Haris, membisik di telinganya sambil memandang Aisyah tajam.
“Alaa..jangan sembang tentang hak..Tak lama lagi,aku yang berhak ke atas Haris.Sekarang ni,aku yang di cintai Haris.Kau dan anak kau boleh pergi mampus.Haris milik aku sekarang. Bukan kau.Kau tu cuma betina sampah yang sudah dibuang Haris”dengan selamba Nadine menginjak-injak Aisyah dengan kata-kata hinaan.
Haris tidak berganjak. Tidak menegur Nadine. Tidak mempertahankan Aisyah. Dia hanya berdiri membiarkan wanita lain merendahkan isterinya yang sah.
Aisyah menarik nafas dalam-dalam. Sakit. Ya, sakit. Tapi dia tidak akan tunduk di hadapan wanita itu.
Dia mengangkat dagunya sedikit, menatap mereka berdua.
“Saya mungkin sudah kehilangan kasih sayang dan sosok seorang suami. Tapi saya masih punya harga diri. Dan saya masih ada anak yang menghargai kehadiran saya.Kalau memang papanya pilih untuk lupakan tanggungjawab,dia masih ada saya yang sedia melengkapi hidupnya.Saya rasa Rayyan juga tak perlukan seorang papa yang lalai dengan tanggungjawab.Dan kau betina tak guna,yang hanya hidup dengan mengutip sisa orang lain.Kau sampah sebenar di sini!.Sampah bersama sampah itu selayaknya.Saya masih ada harga diri tak seperti kau yang tak bermaruah.Maruah diri saya jauh lebih tinggi daripada kamu berdua yang bertuhankan nafsu sehingga lupa amanah dan perintah Allah!Jangan sampai saya mengadu dan berdoa kepada Allah tetang kamu!!Jangan lupa Allah tak pernah tidur!”
Aisyah berpaling dan melangkah pergi.Walaupun hatinya koyak, dia tetap melangkah dengan maruah.Dia berhenti menangis.Dalam hatinya dia tidak berhenti berdoa agar Allah memberinya kekuatan.
Haris hanya kaku melihat kelibat Aisyah yang mulai menghilang.Ada sesuatu pada percakapan Aisyah yang menjentik hatinya tapi dia tidak mahu untuk mendalami perkara itu.Sedari awal dia hanya membiarkan Nadine mendahuluinya.Dia sama sekali tidak membela Aisyah.Dia membiarkan Nadine berbuat dan bercakap sewenangnya.Mati sudahkah kesedaran Haris?Di mana letak kewarasannya?Haris merasa kusut dengan perkara sebegini.
Nadine masih mengutuk Aisyah dengan bermacam-macam kata.Haris tidak melarang.Tapi dia mulai lelah dengan sosok yang bernama "Aisyah"...
"Baby please..stop talking about her..Kepala i serabut you.."Haris merengek kepada Nadine.Nadine tersenyum sumbing.Dia kemudiannya merangkul Haris ke pelukannya.
"Its okey baby.I'll stop talking now but please i taknak you macam ni.Jom keluar makan nak?i lapar..."Nadine bertutur manja.Haris senyum memandang Nadine seraya mengangguk perlahan.Mereka berjalan beriringan meninggalkan ruangan itu.
Share this novel