Hari-hari yang sepatutnya menjadi ruang untuk Haris menebus kesalahan bertukar menjadi medan kekeliruan. Di satu sisi, dia ingin memperbaiki hubungannya dengan Aisyah dan menjadi bapa yang lebih baik kepada Rayyan. Namun di sisi lain, Nadine semakin galak memainkan peranannya.Manis dalam tutur, tajam dalam niat.
Setiap kali Haris menjauh, Nadine akan muncul. Seperti bayang-bayang yang setia, dia sentiasa tahu bila Haris lemah dan letih. Dia tidak pernah memaksa, namun kata-katanya perlahan-lahan meracuni fikiran Haris.
Suatu petang, mereka duduk di dalam kereta selepas “perbincangan kerja” yang entah ke berapa kali.
“Aku rasa bersalah,” kata Haris sambil menatap stereng.
“Aisyah... dia sakit. Tapi aku tetap cari kau.”
Nadine menyandarkan diri ke tempat duduk, memandang Haris penuh simpati yang dibuat-buat.
“Haris... awak bukan Tuhan. Awak tak boleh selamatkan semua orang. Kadang-kadang, orang sakit tu memang ditakdirkan pergi.”
Haris mengerutkan dahi. “Jangan cakap macam tu.”
“Aku cuma cakap benda yang awak takut nak hadap. Awak penat, Haris. Terlalu lama simpan diri untuk seorang wanita yang mungkin tak akan ada lama lagi. Awak tak salah kalau awak nak rasa bahagia, walaupun untuk diri sendiri.”
“Dia isteri aku…” balas Haris lemah.
“Tapi sampai bila awak nak hidup dalam bayang rasa bersalah? Sampai bila nak kurung diri dalam perkahwinan yang dah hancur? Aisyah bukan Aisyah yang dulu. Dia sendiri pun dah letih…”
Kata-kata Nadine menusuk. Haris tidak membalas, hanya diam. Hatinya keliru, dan untuk seketika, dia membiarkan dirinya larut dalam racun itu. Racun yang membenarkan keinginan dan kesalahan bercantum jadi satu.
---
Di hospital, Aisyah duduk di kerusi roda di hadapan tingkap. Wajahnya masih pucat, tapi matanya tidak lagi kosong. Dia baru selesai berbincang panjang dengan doktor yang mengendalikan rawatannya.
“Ada peluang, Puan Aisyah,” ujar doktor tadi dengan suara yang penuh harapan. “Kami akan cuba rawatan gabungan. Ia agresif, tapi tahap puan masih dalam lingkungan yang boleh diselamatkan. Kalau puan kuat semangat, insya-Allah kita boleh lawan.”Sinar itu sedikit menyenangkan hatinya yang selama ini kusut.
"Syukur..Tuhan mendengar doaku"ucapnya sambil tersenyum sedikit.
Aisyah memandang langit petang yang mulai jingga. Ada cahaya samar yang menembusi awan, memberi sedikit kehangatan pada jiwanya. Peluang. Harapan.
Tapi dia tidak memberitahu Haris.
Entah kenapa, dia tidak mahu.Mungkin kerana teringat kepada satu mesej yang terpapar di skrin handphone Haris semalam.Semasa Haris tertidur di bangku beberapa pesan bertubi-tubi masuk.Dan bunyi itu menganggu tidur Aisyah yang memang sudah sukar untuk berehat.Dia kemudian mencapai handphone milik Haris dengan niat ingin memasang mood silent namun jarinya terhenti apabila melihat pesan dari Nadine.
> "I miss u baby..Jangan lupa janji kita esok.Tempat biasa.Hmm tak boring ke asyik jaga perempuan sakit tu?u datang la teman i..Kita have fun sikit..btw i really miss u baby..tak sabar jumpa esok muahhh"<
Aisyah meletakkan semula telefon bimbit itu dan kembali melelapkan mata yang tak kunjung lelap.Hatinya sakit.
______
Aisyah tekad. Dia akan teruskan rawatan itu untuk dirinya sendiri. Untuk Rayyan.Dia tidak lagi pedulikan tentang Haris.
Walau tubuhnya lemah, jiwanya masih mahu melawan.
_____
Lewat malam itu, Haris tidak datang. Ini kali pertama dia tidak muncul tanpa sebarang alasan. Aisyah tidak menelefon. Dia tidak mahu lagi meminta. Tidak mahu lagi memaksa.Dia tahu kerana dia sudah melihat pesan Nadine seblumnya.
Dia hanya menatap telefon bimbitnya, lalu menaip satu pesanan ringkas kepada Haris.Dia tetap menghantar mesej walaupun dia tahu kebenaran.Tapi dia cuma ingin pastikan jika Haris masih peduli terhadapnya.
> “Kalau abang penat, tak apa. Saya faham.”
Pesanan itu tidak dibalas.
Dan dalam diam, Aisyah tahu dia sedang bersiap untuk berjuang sendirian.Dia harus melepaskan perkara yang tambah menyakitkannya.Dia perlukan kekuatan itu tapi dalam masa yang sama di takut kehilangan suaminya.Dia masih berharap suaminya berubah dan kembali menyayanginya.Dia rindukan kasih sayang suaminya.Dia rindukan perhatian.Namun Nadine merosakkan semuanya.
Share this novel