Beberapa hari selepas ‘lamaran’ spontan Haris di kedai bakeri itu, suasana di rumah Aisyah menjadi sedikit berbeza. Bukan kerana rasa canggung atau janggal, tetapi kerana sesuatu sedang tumbuh dalam diam.Sesuatu yang sudah lama tidak berani mereka harapkan: sebuah masa depan bersama.
Dan kali ini, Haris benar-benar serius.
---
“Aikk papa.kenapa pakai baju melayu hari ini? Kita nak ke masjid ke?”
Rayyan bertanya sambil menatap bapanya dari kepala hingga kaki. Haris kelihatan kemas dengan baju melayu warna biru gelap, lengkap bersamping. Rambutnya tersisir rapi dan dia membawa sejambak bunga.
Aisyah keluar dari dapur, hampir tersedak melihat Haris di ruang tamu.
“Ya Allah, Haris… kenapa ni?”
Haris tersenyum lebar. “Saya datang melamar.”
Rayyan menganga.
Aisyah tergelak kecil, menggeleng tidak percaya.
Haris melangkah mendekatinya, kemudian melutut di hadapan wanita itu.Wanita yang dulu telah dia sakiti, yang dia abaikan, yang dia biarkan menangis malam demi malam dalam penyesalan.
“Aisyah binti Harun… izinkan saya menebus segala kesilapan. Saya tak akan beri janji manis, tapi saya berjanji akan berusaha sebaik mungkin menjadi suami yang kamu layak dapatkan. Bukan kerana kasihan, bukan kerana kesian, tapi kerana saya sedar… cinta sebenar saya tak pernah pergi dari hati ini. Dan itu adalah kamu.”
Air mata Aisyah bergenang.
Dia tidak menjawab terus. Dia menoleh ke arah Rayyan, seolah meminta restu anak mereka.
Rayyan hanya tersenyum sambil angguk perlahan.
“Saya terima lamaran awak, Haris,” balas Aisyah.
Dan ruang tamu kecil itu dipenuhi dengan tangis bahagia dan tawa lega.
---
Beberapa bulan kemudian…
Majlis pernikahan mereka berlangsung sederhana tapi penuh makna. Keluarga, teman-teman, dan orang kampung hadir menyaksikan penyatuan semula dua hati yang pernah terbelah. Orang ramai berbisik, menceritakan kisah mereka dengan rasa takjub.Tentang betapa kuatnya seorang wanita bernama Aisyah, tentang betapa jauhnya seorang lelaki boleh tersesat, dan bagaimana cinta serta pengampunan dapat membina semula yang telah runtuh.
---
Dan kehidupan baharu bermula.
Kali ini, Haris bukan lagi lelaki yang lalai.
Dia kini bangun awal pagi, membantu Aisyah di kedai, menghantar Rayyan ke sekolah, menyusun masa kerjanya agar sentiasa ada untuk keluarga. Setiap minggu, dia merancang satu aktiviti keluarga.Sama ada piknik, memasak bersama, atau sekadar menonton filem di ruang tamu.
Dia tidak pernah lupa ulang tahun perkahwinan,hari lahir Rayyan, hari lahir Aisyah, malah hari Aisyah membuka kedai bakeri dulu pun dijadikan hari istimewa.
Aisyah? Dia masih wanita yang sama, cuma kali ini lebih bahagia, lebih dihargai, lebih dicintai dengan cara yang betul.
Rayyan pula, walaupun awalnya canggung, kini semakin akrab dengan bapa nya.Hubungan mereka terjalin erat, malah Rayyan pernah berkata kepada bapanya, “Terima kasih sebab datang semula.”
Di sini kita belajar bahawa peluang kedua bukan kelemahan. Ia adalah kekuatan untuk memperbaiki. Ia bukan tanda kalah, tapi tanda matang.
Aisyah memberi peluang bukan kerana dia lemah, tetapi kerana dia kuat untuk memaafkan.
Haris berubah bukan kerana dia terpaksa, tetapi kerana dia mahu. Dan kerana cinta sebenar, bila diuji dan tidak goyah ia kembali lebih kuat dari sebelumnya.
Kerana kadang-kadang, cinta sejati bukan tentang tidak pernah terpisah. Tapi tentang kembali… setelah tersesat jauh.
Share this novel