Sinar Yang Tidak Dinanti

Drama Completed 341

Sudah hampir enam bulan Aisyah ulang alik untuk menjalani rawatan secara senyap. Setiap tusukan jarum, setiap rasa loya, setiap hari rambut gugur di bantal.Dia telan semuanya tanpa mengadu. Tiada air mata ditumpahkan di hadapan orang lain. Dia hanya menangis dalam diam, kemudian bangkit dengan senyum yang dipaksa.Kerana dia tahu, dia masih mahu hidup.

Dan hari itu, buat pertama kali, Aisyah berjalan keluar dari bilik rawatan tanpa perlu dipapah. Langkahnya tidak sekuat dahulu, tetapi dia berdiri sendiri. Doktor memandang dengan senyum lebar.

“Puan Aisyah, badan puan mula respon dengan baik. Masih terlalu awal untuk buat kesimpulan, tapi dari sudut perubatan, ini adalah berita baik.”

Aisyah tidak mampu menahan air matanya. Bukan air mata lemah, tapi air mata harapan. Dia tidak terus memberitahu sesiapa. Tidak Haris. Tidak Rayyan. Tidak Mak Pah.

Kerana kali ini, dia mahu berita baik itu menjadi miliknya terlebih dahulu,sebelum sesiapa boleh menyambutnya dengan ragu.

---

Di tempat lain, Haris duduk di ruang tamu kondo Nadine. Minuman keras di tangan, senyuman di wajahnya kabur dengan rasa bersalah yang semakin menebal, tetapi dia sudah terlalu dalam. Nadine duduk di sisinya, kepala bersandar manja.Haris sudah jauh tersasar.Dia benar-benar hanyut dia bawah godaan Nadine.

“Kenapa termenung jauh malam ni?” tanya Nadine, suaranya lembut seperti biasa.

Haris tidak menjawab terus. Fikirannya terbang ke hospital, kepada Aisyah.Sudah lama dia tidak datang menjenguk.Dia datang menjenguk ketika Aisyah dan Rayyan sudah lena.Hanya Mak Pah yang selalu menyambut kedatangannya.Mak Pah bertanya kenapa tidak datang lebih awal?tapi dengan alasan yang sama dia mengelak.Dia hanya menitipkan duit belanja untuk Rayyan,Aisyah dan gaji Mak pah kemudian berlalu pergi.Dia tidak lagi pernah benar-benar berbual mata ke mata bersama Aisyah mahupun Rayyan. Rayyan pun tidak bertanya tentang dirinya.Perjalanan perubatan Aisyah pun dia tidak ambil tahu.Semuanya kerana hasutan Nadine!

“Aku cuma letih,” balas Haris akhirnya.

Nadine mencuit dagunya, memaksa wajah Haris menatap matanya. “Letih dengan apa? Diri sendiri? Atau dia?”

Haris memejam mata.

“Aku tak tahu nak jawab soalan tu.”

“Kalau kau terus simpan rasa bersalah tu, kau tak akan ke mana-mana. Kau bukan jahat, Haris. Kau cuma perlukan ruang untuk diri sendiri. Dan aku cuma nak bantu kau cari jalan keluar."

Kata-kata Nadine seperti ubat bius. Melegakan, tapi tidak menyembuhkan. Haris tahu hakikatnya dia bukan tersesat. Dia lari. Lari daripada tanggungjawab. Lari daripada Aisyah yang sedang bertarung sendiri.

Namun dia tidak bangun. Dia biarkan dirinya terus tenggelam.

---

Di hospital, Aisyah berdiri di hadapan cermin bilik air. Dia membuka tudungnya perlahan, memandang kulit kepalanya yang mula licin, namun wajahnya tidak lagi pucat seperti dahulu. Matanya sedikit bersinar.

“I’m still here,” bisiknya kepada diri sendiri.Dia tersenyum puas dan bangga terhadap dirinya.

Di sisi katil, Rayyan tidur lena dengan buku cerita di dada. Aisyah melangkah perlahan, duduk di sebelahnya dan mengusap kepala anaknya.Sudah 7 bulan Haris tidak menjenguk mereka.Rayyan juga sering mempersoalkan kenapa papa tak pernah datang tapi Mak Pah mengatakan Haris selalu datang cuma pada saat dia datang, Aisyah dan Rayyan sudah terlena.Ada satu ketika Mak Pah cuba mengejutkan Rayyan ketika Haris sampai namun Haris melarang.Dia beralasan tidak mahu menganggu tidur Rayyan yang lena.

Seperti biasa Haris datang tetapi tidak bertanya kabar Aisyah kepada Mak Pah,tidak mengucup atau mengelus Aisyah mahupun Rayyan.Dia hanya datang untuk meninggalkan wang belanja kepada Mak Pah kemudian kembali pergi.
Walaupun begitu dan apapun alasannya Aisyah sudah tidak kisah.Dia belum ada kudrat untuk berfikir banyak ketika ini.Dia hanya fokus kepada proses sembuhnya dan yang paling utama Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience