Retak Yang Tidak Terdengar

Drama Completed 341

Hari Sabtu yang biasanya dipenuhi tawa dan sarapan bertiga, kini sunyi. Haris keluar sejak subuh, katanya ada urusan kerja luar daerah. Aisyah hanya memandang pintu yang tertutup tadi tanpa berkata apa-apa. Rayyan duduk di depan televisyen, memeluk bantal kecilnya.

“Ibu, papa tak ada hari ni lagi?”

Aisyah tersenyum, cuba menenangkan. “Papa kerja, sayang. Nanti kita buat kek sama nak?”

Rayyan mengangguk perlahan. Tapi matanya kosong.Sesibuk itukah ayahnya sekarang?.Haris memang seorang yang kerja keras selama ini tetapi,dalam kerja kerasnya dia belum pernah mengabaikan keluarganya seperti sekarang.Sesibuk apapun dia dahulu,keluarga tetap menjadi keutamaannya.Ada sesuatu yang berubah.Ianya semakin ketara.

Aisyah mengisi hari dengan mengemas rumah, membasuh langsir, menyusun semula rak buku dan apa saja untuk mengalihkan fikirannya dari perasaan yang menghimpit. Namun di setiap sudut rumah itu, bayangan Haris masih terasa. Setiap kenangan mereka seolah berbisik sesuatu kepadanya.Banyak yang berubah drastik.

Ketika sedang mengemas meja kerja Haris di bilik tetamu, Aisyah terjumpa sesuatu yang membuat jantungnya berdegup kencang.

Sekeping resit hotel di Kuala Lumpur, tarikh semalam.

Bukan Penang seperti yang di maklumkan suaminya kemarin.Dan pastinya bukan urusan kerja.

Nama bilik: Mr. Haris A. & Guest.

Aisyah terduduk. Resit itu dipegang lama-lama, seolah menantikan ia menghilang sendiri. Tapi kebenaran tetap kaku di depan mata.Dia merasa suaminya telah melakukan kesalahan besar.

Tangannya menggeletar. Perutnya seakan terhimpit. Dia cuba menarik nafas, tetapi udara terasa sempit. Rasa hendak menangis, marah, menjerit, semuanya datang serentak.Tetapi tiada suara keluar.Entah kenapa dadanya terasa sangat sakit hanya dengan sekeping kertas.Dia tidak mahu menuduh tapi hatinya yang berkata begitu dan ianya menyakitkan.

Petang itu, Aisyah duduk di bilik Rayyan, memeluk anaknya erat. Rayyan pelik melihat ibunya yang tidak banyak bercakap.

“Ibu sakit ke?”

Aisyah menggeleng, memaksa senyum. “Ibu cuma letih sikit. Rayyan nak ibu peluk kuat-kuat tak?”

Anak kecil itu mengangguk dan terus baring di dada ibunya. Dalam diam, air mata Aisyah mengalir ke rambut Rayyan.Entah kenapa?padahal Haris belum terbukti melakukan apa yang di fikirkannya.Dia harus bertanya sendiri kepada suaminya.

Malamnya, Aisyah menunggu Haris pulang. Pukul 11 malam, baru pintu dibuka. Haris kelihatan letih, tapi wajahnya tidak bersalah. Seolah-olah semuanya masih seperti biasa.

“Abang makan luar?” Aisyah bertanya perlahan.

Haris mengangguk tanpa memandangnya. “Letih sangat. Aisyah tidur dulu lah.”

Dan dia berlalu masuk ke bilik tanpa sepatah kata lagi.

Aisyah hanya memandang belakang suaminya. Dalam hatinya, satu keputusan sedang terbentuk perlahan-lahan. Dia tidak akan terus menjadi perempuan yang hanya menunggu. Tidak akan menjadi isteri yang pura-pura buta.

Tapi dia juga bukan wanita yang tergesa membuat tuduhan.Dia mencari cara untuk bertanyakan hal ini kepada suaminya.Bukan untuk mencetus pergaduhan.Tapi untuk kepastian kepada tanda tanya hati yang semakin menggila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience