Aisyah menatap senja yang semakin memerah di luar jendela kedai rotinya. Pemandangan itu selalu memberi ketenangan.Walaupun di sepanjang hari, dia berhadapan dengan pelbagai cabaran.Pelanggan, kerja, dan rutin harian. Tetapi setiap kali dia memandang ke luar jendela, dia merasakan ketenangan yang membawa perasaan damai. Seakan-akan, dia boleh merasakan kehadiran Haris di sana, meskipun dia tahu Haris sudah lama tidak ada dalam hidupnya.
Aisyah telah berjaya membina kehidupan baru. Kedai bakeri miliknya kini semakin maju, pelanggannya bertambah, dan dia merasa bangga dengan pencapaiannya. Tapi, di dalam hati, ada ruang kosong yang tidak pernah diisi oleh sesiapa pun. Ruang itu adalah tempat Haris. Lelaki yang telah memberi banyak kenangan baik yang manis mahupun yang pahit.
Aisyah tidak pernah memaksa dirinya untuk melupakan Haris. Baginya, Haris adalah cinta terakhirnya, dan cinta itu tidak akan pernah pudar, walau apapun yang terjadi. Dia tidak pernah menyalahkan Haris untuk apa yang berlaku. Dia sudah memaafkan semuanya.Kesalahan, pengkhianatan, dan ketidakpedulian yang telah Haris berikan. Dia tahu, mungkin Haris tidak pernah menyedari betapa dalamnya luka yang telah dia torehkan. Namun, Aisyah memilih untuk melangkah maju. Memaafkan adalah jalan terbaik bagi hatinya yang terluka.Dia beranggapan bahawa ini semua adalah rencana yang telah disusun cantik oleh Allah S.W.T untuknya.Dia juga beranggapan semua itu hanyalah asbab untuk dia menerika takdir dan mencari hikmah di sebalik.
Pernah beberapa kali, ada lelaki yang cuba mendekatinya, memberikan perhatian, dan bertanya apakah dia sudi memberi peluang kedua. Tetapi Aisyah, dengan cara yang sopan namun tegas, selalu menolak. Hatinya sudah tertutup rapat. Cintanya untuk Haris masih segar, meski kenyataan telah memisahkan mereka. Dia tidak mahu membiarkan diri jatuh ke dalam hubungan yang hanya akan membuatkan dia lebih terluka. Baginya, Haris sudah cukup menjadi bahagiannya, walau dalam diam.
Ada malam-malam tertentu ketika Aisyah duduk di hadapan cermin, mengingat kembali masa-masa indah mereka. Dia teringatkan saat-saat mereka meluangkan waktu bersama, ketawa bersama, dan bagaimana mereka berdua merancang masa depan. Aisyah pernah berharap agar mereka berdua akan terus bersama, tetapi impian itu dihancurkan oleh kenyataan yang terlalu pahit untuk diterima.
Dia kadang-kadang tertanya-tanya, apa khabar Haris? Adakah dia bahagia dengan Nadine? Adakah dia masih memikirkannya, walaupun hanya sedikit? Aisyah cuba menahan rasa ingin tahu itu. Dia tidak mahu mengorek kembali kenangan yang menyakitkan. Dia berharap, jika memang Haris telah menemukan kebahagiaan, biarlah begitu. Dia tidak mahu mengganggu hidup lelaki itu lagi. Apa yang penting sekarang adalah Rayyan.Dia cuma ingin memberi yang terbaik untuk Rayyan.Dia hanya ingin anaknya itu tumbuh besar dan bahagia tanpa merasa kurang dari segi apapun.Hanya saja Rayyan sudah kehilangan sosok seorang bapa.
Aisyah mengalihkan pandangannya dari jendela, kembali kepada tugasnya. Dia harus menjaga kedai ini, menjaga kehidupannya, dan memberi perhatian penuh kepada anaknya. Rayyan adalah segala-galanya baginya sekarang.
Namun, di malam-malam tertentu, Aisyah masih terjaga. Rasa sepi menyelubungi dirinya, dan dia bertanya-tanya apakah Haris pernah merindukannya. Tidak ada jawapan untuk itu, hanya keheningan yang mengisi ruang hati yang kosong.
Aisyah menghembuskan nafas panjang, mengangkat wajah ke langit malam. "Semoga kau bahagia, Haris," bisiknya dalam hati. "Semoga kau mendapat apa yang kau cari. Saya hanya mahu kau bahagia, walaupun tanpa saya."
Dia tidak tahu bahawa di dunia lain, jauh di luar jangkauan pandangannya, Haris sedang menderita, mencari-cari kebahagiaan yang dia telah tinggalkan. Haris, yang dahulu begitu yakin dengan pilihannya, kini merasakan kehancuran yang tidak dapat diperbaiki.
Namun, Aisyah memilih untuk tidak mengetahui itu. Dia memilih untuk terus berjalan, menjalani hidup dengan senyuman, walau kadang hatinya terluka.
Di luar, bintang-bintang bersinar cerah, seakan menyaksikan perjalanannya, mengingatkan Aisyah bahawa meskipun dia telah melalui pelbagai cobaan, masih ada cahaya yang menanti di hujung jalan.
Aisyah wanita yang saaangat baik.
Dia ikhlas memaafkan Haris yang sudah melakukan banyak penganiayaan terhadap dirinya.Dia malah tidak menyimpan dendam walaupun satu ketika dahulu dia pernah berdendam.Malah Aisyah masih setia mencintai Haris.Cuma keadaan lalu yang memaksa mereka untuk berpisah.Tapi itu yang terbaik bagi mereka.Bak kata bait lirik Bella Astilah "Lebih baik berpisah..."Dan Erni Zakri "Lebih baik kita masing-masing"..
Share this novel