Sudah seminggu sejak pertemuan terakhir yang menggores luka. Namun dalam diam, Aisyah masih menyimpan secebis harapan.Bukan untuk dirinya, tetapi demi Rayyan.
Rayyan semakin murung. Senyum yang dulu ceria kini semakin jarang muncul. Aisyah perasan, anak kecilnya makin suka duduk termenung, memandang gambar lama keluarganya yang sempurna.Secebis gambar yang kini hanya tinggal kenangan.
Sebagai ibu, Aisyah tidak sanggup melihat Rayyan terus tenggelam dalam rindu yang tidak berbalas. Dia perlu cuba. Walau hatinya sudah remuk, dia masih sanggup mengorbankan perasaan sendiri demi anaknya.
Aisyah mula menulis mesej kepada Haris dengan nada lembut. Dia tidak lagi berbicara soal perasaan, tidak lagi menyentuh kisah silam. Hanya permintaan kecil-kecil:
>“ Rayyan ada persembahan di sekolah hari selasa depan. Dia akan gembira sangat kalau abang datang,kalau abang lapang datanglah.”
>“Rayyan demam sejak semalam. Dia asyik panggil nama abang waktu tidur.”
>“Aisyah tahu abang sibuk. Tapi Rayyan rindukan abang. Aisyah merayu…”
Namun setiap mesej yang dihantar, hanya dua balasan diterima:
“Aku sibuk.”
“Jangan ganggu hidup aku.”
Aisyah cuba lagi. Dia menghantar gambar Rayyan yang sedang bermain bola, berharap dapat mencuit hati Haris.
Tiada balasan.
Aisyah cuba hubungi pejabat Haris.Pegawai hadapan memberitahu Haris cuti. Cuti yang nyata bukan untuk keluarga.
Malam itu, Aisyah berdiri di balkoni rumah. Dia pandang langit kosong sambil memeluk diri sendiri. Dalam hatinya, dia ulang-ulang satu doa:
"Ya Allah, lembutkanlah hati suamiku… walau sedikit pun, demi anaknya.Ya Allah saya masih ikhlas akan memaafkannya demi Rayyan..Lembutkanlah hatinya walaupun hanya sekadar untuk bertemu Rayyan"
Keesokan harinya, dia beranikan diri untuk datang ke pejabat Haris, membawa Rayyan yang begitu teruja ingin menunjukkan lukisan Hari Keluarga yang dia buat.
Tapi Haris tiada. Pegawai memberitahu dia keluar makan tengah hari bersama… Nadine.
Hati Aisyah gugur lagi. Rayyan kecewa, tapi cuba senyum.Sejam dua menunggu masih tiada kelibat Haris.Aisyah bangun dan bertanyakan hal yang sama kepada pegawai yang bertugas di kaunter.Pegawai itu kemudian menyatakan bawa Haris telah mengambil 'off day'pada petang itu.Aisyah mengeluh hampa.Dia merenung Rayyan yang sedang duduk di bangku tidak jauh darinya.
“Mungkin papa busy,ibu. Nanti kita datang lagi, ya?”ujar Rayyan perlahan mendekati Aisyah yang sedang termenung panjang.Kasihan Rayyam dia masih belum mengerti apa-apa.
Aisyah hanya mampu angguk sambil menahan sebak.
Dia sudah cuba. Sudah berkorban segala harga diri demi anaknya. Tapi Haris tetap buta, tenggelam dalam dunia yang penuh fatamorgana. Dalam asyik cinta palsu, dia lupa anak kecil yang menunggu dengan hati yang tulus.Berbagai cara telah dia lakukan untuk memujuk Haris.Dia yang tersakiti tapi dia juga yang terpaksa mengorbankan perasaannya.Dia berjuang sehabis baik demi Rayyan.Kalaupun gagal sekurang-kurang dia sudah cuba semampunya.Haris yang buta tak melihat pengorbanan dan ketulusan Aisyah.
Aisyah sedar.Mungkin, cinta yang terpaksa dikejar itu memang tidak layak dikejar lagi.Aisyah memecahkan keheningan itu dengan menyuarakan soalan kepada Rayyan.
"Rayyan nak pergi playground tak?ataupun tengok wayang nak?ke nak pergi beli toys baru.."Aisyah cuba menghibur Rayyan.Rayyan tidak menjawab,dia hanya menunduk dan menggeleng.
"Emm kita balik kampung jom..jumpa atok dan nenek.Dah lama kita tak balik kampung kan?Jomlah."
Rayyan tidak menunjukkan keterujaannya.Dia masih menggeleng lemah.
"Kita tunggu papa balik baru pergi sama-sama.Rayyan taknak pergi mana-mana tanpa papa dan Rayyan tak nak buat apa-apa tanpa papa.."ujar Rayyan sedih.
Suasana pilu menyelubungi hati Aisyah.
'Lihat Haris.Dunia anak kecil perlahan musnah kerana perbuatanmu..'Aisyah membentak dalam hati..
Dia juga menjerit dalam hati
'Ya Allah apa yang perlu saya lakukan?bantu saya ya Allah... '
Aisyah bersungguh-sungguh merayu kepada sang pencipta.
Share this novel