Siapa Nadine?

Drama Completed 341

Semuanya bermula beberapa tahun lalu, ketika Haris baru sahaja memulakan kerja di syarikat baru. Aisyah masih ingat lagi hari pertama Haris membawa pulang cerita tentang Nadine. Ketika itu, Nadine hanyalah seorang rakan sekerja yang baru dalam hidup Haris. Tidak lebih daripada itu.

Aisyah sedang menyusun kain baju di ruang tamu ketika Haris tiba di rumah. Dia tersenyum melihat suaminya yang kelihatan lebih ceria daripada kebiasaannya.

“Abang, macam mana kerja hari ni? Boring ke?” Aisyah bertanya sambil memandang suaminya.

Haris duduk di atas sofa, meletakkan beg kerjanya. “Hari ni agak menarik. Ada rakan sekerja baru, Nadine. Dia sangat profesional dan boleh buat kerja dengan cepat. Dia banyak membantu kami.”

Aisyah tersenyum. “Baguslah, kan? Orang yang bagus memang selalu menyenangkan.”

“Ya, Nadine memang bagus,” jawab Haris dengan senyuman, tetapi ada sesuatu dalam cara dia berkata-kata yang membuatkan Aisyah berasa sedikit pelik. Namun, dia hanya mengangguk dan terus menyambung tugasnya.

---

Beberapa minggu selepas itu, Aisyah bertemu Nadine secara tidak sengaja. Mereka berdua berada di sebuah majlis makan malam yang diadakan oleh syarikat Haris. Aisyah tahu majlis itu adalah peluang Haris untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan sekerja dan membina hubungan profesional, jadi dia ikut Haris tanpa banyak soal.

Nadine tersenyum ramah apabila melihat Aisyah masuk ke ruang makan. “Aisyah, bukan? Saya Nadine. Saya dengar banyak tentang awak daripada Haris.”

Aisyah tersenyum sopan. “Oh, benar ke? Haris memang suka bercakap tentang saya kepada semua orang dan itu membuat saya malu kerana saya biasa sahaja.Maaf kalau Haris terlebih bercakap tentang keluarganya.”

Nadine tertawa kecil. “Ya, Haris memang suka bercerita. Kami sering berbincang tentang kerja dan kadang-kadang dia cerita sedikit tentang keluarga. Dia sangat beruntung mempunyai isteri yang sangat memahami.”

Aisyah tersenyum, walaupun dalam hatinya ada rasa sedikit canggung. Tetapi dia tidak mahu membuatkan Nadine rasa tidak selesa, jadi mereka berbual tentang perkara-perkara ringan. Tidak lama selepas itu, mereka mula berbual lebih mesra, berkongsi cerita tentang pekerjaan dan kehidupan peribadi masing-masing.

Aisyah merasakan Nadine adalah seorang wanita yang baik, pandai berbicara, dan sangat mudah didekati. Dia tidak menyangka, pertemuan pertama itu akan menjadi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih besar.Sesuatu yang akan mengubah segalanya.

---

Beberapa bulan selepas itu, Aisyah mula melihat perubahan dalam tingkah laku Haris. Pada mulanya, perubahan itu tidak begitu ketara.Haris masih kembali tepat pada waktunya setiap hari, masih melakukan perkara-perkara biasa yang mereka lakukan bersama. Tetapi semakin lama, Aisyah perasan bahawa Haris lebih kerap menghabiskan masa dengan Nadine. Mereka selalu berbincang tentang kerja selepas waktu pejabat, kadang-kadang Haris pulang lewat dan memberitahu Aisyah bahawa dia sedang menyelesaikan tugas tambahan dengan Nadine.

Satu malam, Aisyah pulang awal dari majlis keluarga dan tiba di rumah. Dia terkejut apabila melihat Haris masih tidak pulang, walaupun sudah lewat malam. Ketika itu, hatinya sudah mula terasa tidak sedap. Namun, dia menunggu dengan sabar.

Tidak lama selepas itu, Haris tiba. Wajahnya kelihatan sedikit penat, tetapi ada sesuatu yang lain.Sesuatu yang tidak biasa.Namun tidak tahu apakah sesuatu itu.Aisyah mengabaikan perubahan kecil itu.

“Aisyah, abang minta maaf lambat. Nadine minta abang bantu dia dengan projek terakhir. Dia dah penat sangat, jadi abang tolong dia siapkan,” Haris berkata, seolah-olah menjelaskan apa yang telah berlaku.

Aisyah hanya mengangguk, walaupun hatinya terasa berat. Dia tidak mahu terlalu banyak bertanya. Tetapi ada perasaan aneh yang mula tumbuh dalam dirinya.Entah apa tapi ia sesuatu yang mengganggu.

---

Hari demi hari, perasaan cemas itu semakin membesar. Aisyah tidak pernah mencurigai Haris secara langsung, tetapi dia mula merasa ada sesuatu yang berubah antara mereka. Nadine, yang dahulu hanya seorang rakan sekerja biasa, kini semakin banyak mengambil tempat dalam hidup Haris.

Suatu hari, Aisyah secara tidak sengaja menemui mesej antara Haris dan Nadine di telefon bimbit suaminya. Pesanan ringkas yang kelihatan biasa pada mulanya—tetapi ada satu mesej yang membuatkan Aisyah merasa sakit hati.

> Nadine: "Haris, terima kasih kerana selalu ada untuk saya. Saya tak tahu apa yang akan saya lakukan tanpa awak."

Aisyah menggenggam telefon itu dengan tangan yang menggigil. Dia tidak tahu mengapa mesej itu begitu menusuk hati. Dia sedar, hubungan mereka semakin berbeza. Dan Aisyah tahu, perasaan Haris terhadap Nadine mungkin lebih daripada sekadar rakan sekerja.

Aisyah meletakkan telefon di atas meja, menutup matanya seketika. Apa yang terjadi dengan Haris? Apa yang telah berubah dalam hati suaminya? .Dia cepat-cepat menangkis fikiran buruk itu daripada terus menghantui.Dia mengabaikan perubahan-perubahan kecil suaminya sehinggalah Haris berubah seperti sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience