Luka Tanpa Henti

Drama Completed 341

Petang itu mendung. Langit seperti mengerti hati Aisyah yang kian merunduk. Rayyan sedang tidur, keletihan selepas semalaman menangis diam tanpa jawapan tentang papanya

Aisyah duduk di ruang tamu sambil menggenggam telefon. Tangannya terketar menulis mesej, kemudian padam. Tulis lagi, padam lagi.

Akhirnya dia nekad.

>“Abang, aku minta sangat. Boleh kita jumpa? Rayyan perlukan abang,Rayyan terlalu rindulan abang..tolong,Aisyah merayu.”

Beberapa jam kemudian, mesej dibalas.

>“Jumpa aku di tempat biasa. Tapi cepat.”

Aisyah tiba di taman kecil berhampiran restoran kegemaran mereka dulu. Tempat yang menyimpan terlalu banyak kenangan manis yang kini kian memudar menjadi bayang.Tempat yang dahulu menyimpan banyak kisah bahagia.Namun kini hanya tempat untuk menyuarakan isi hati.Mereka seperti orang asing yang tidak pernah mencinta sesama sendiri.

Haris tiba sepuluh minit kemudian. Berpakaian kemas, rambut disikat rapi, tapi wajahnya hambar. Jauh bezanya dari lelaki yang pernah bersinar di matanya.

“Apa lagi, Aisyah?” Soalnya tanpa menyembunyikan rasa tidak sabar.

Aisyah telan air liur. “Aisyah… Aisyah cuma nak abang kembali tengok Rayyan. Bukan Aisyah. Aisyah tak harap apa-apa dari abang. Tapi Rayyan… dia perlukan abang. Dia tunggu. Dia tunggu hari-hari.”

Haris mendengus. “Kau tak faham bahasa ke? Aku dah penat. Aku nak hidup baru.”

Aisyah menahan sebak. “Hidup baru tak bermaksud abang buang tanggungjawab lama!. Anak kita tu, darah daging abang,sampai bila-bila dia tanggungjawab abang,abang tak boleh abaikan dia macam ni sahaja,ya dia masih budak dan kerana dia budak la abang kena buat sesuatu untuk dia!”

Lelaki itu berpaling, pandangannya keras. “Aku akan kahwin dengan Nadine.Aku akan mula hidup baru,kalau nak aku jumpa rayyan kau kena izinkan aku kahwin satulagi”Haris melemparkan dokumen yang perlu Aisyah tandatangan.

Dunia Aisyah seolah terhenti. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Jantungnya berdentum, namun wajahnya cuba kelihatan tenang.Dia datang ke sini untuk meminta Haris berjumpa dengan anak mereka.Namun lain pula jadinya.Hatinya sakit bagai di tusuk-tusuk.Tidak lama,dengan tenang Aisyah menurunkan tanda tangan.

“Aku harap kau tak ganggu hidup aku dengan Nadine lepas ni. Aku takkan datang...aku akan datang kalau aku nak tapi bukan sekarang”

Aisyah menarik nafas panjang, cuba teguh. “Jadi abang sanggup buang Rayyan demi perempuan tu?”

“Rayyan… uruslah dia sendiri. Kau kuat kan? Kau biasa buat semuanya sendiri. Teruskan.Aku akan datang kalau aku mahu.”

“Kalau Aisyah tak ada nanti?” suara Aisyah perlahan, nyaris tak terdengar.

Haris menjawab tanpa hati, “Bila kau dah tak ada… baru aku akan ambil Rayyan.”

Jawapan itu menghunjam ke hati Aisyah seperti sembilu.Dia tahu cinta suaminya untuknya telah mati.Tiada sedikit pun sisa mahukan sekadar simpati.Seburuk itukah aku sekarang sehingga suamiku tidak lagi menunjukkan isyarat cinta?

Aisyah berpaling. Mata basah, namun tidak lagi untuk lelaki itu. Dia tahu, tiada apa yang tinggal untuk diperjuangkan di situ.

Cinta sudah mati. Harapan sudah habis. Yang tinggal kini cuma tanggungjawab seorang ibu dan cinta tak bersyarat buat seorang anak.

____
Haris mendengus kasar melihat kelibat Aisyah yang semakin menjauh.Namun tidak lama dia tersenyum sumbing melihat dokumen yang sudah ada tanda kebenaran Aisyah.Dia tak sedar dia sedang melepaskan kehidupannya yang bahagia dan memilih kehidupan yang tiada cahaya.

Di sisi lain,Rayyan semakin lama semakin pendiam.Tidak ceria seperti sebelumnya.Dia merindukan sosok seorang bapa yang telah hilang dari hidupnya.Mak Pah yang melihat perubahan Rayyan menjadi risau.Rayyan tidak lagi minat melukis,tidak lagi mahu bermain bola.Hanya terperuk di satu sisi ruang tanpa melakukan apa-apa.Keceriaannya cuma ada ketika bersama Aisyah tetapi jika Aisyah berpergian keadaannya akan kembali seperti ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience